June 29, 2010

Tragedi Gua Kelam



29/06/2010
3hari lagi masa untuk aku habiskan dengan keluarga dan kawan2..
kelmarin aku keluar,makan2 dengan kawan2 aku.best,macam2 cerita yg kami cakap..
memang lama aku dengan depa semua tak jumpa.3tahun dah tinggal sekolah.
kami semua pun dah lain,makin cun2 belaka.hihihihi...

hari ni kami set nak g berkelah kt GUA KELAM,aku jadi tuan rumah.bukan senang member2 aku ni nak datang area Padang BesaQ ni.aku sangatlah gembira.mak aku buat bihun untuk kami semua.pukul 10.30pagi aku dah sampai,mak aku yang hantar.
Gua Kelam sunyi sepi,biasa la hari ni kan hari bekerja..memang tak dak orang kecuali pekerja kat situ..

aku mula kecut dah,depa dah dekat,mak aku pon balik.tiba2 aku dengaq deruman moto kuasa besaq.aku lagi ar takut.macam2 perkara bermain kat fikiran aku.bila member2 aku sampai hati aku pun rasa lega sangat...hehehe....suka sangat bila depa mai..benda pertama kami buat,kami makan dulu..makan kenyang2..

aku tengok air,aku dh jd xsabaq sangat..last2,aku orang pertama masuk lam aiq..sejuk gila ar...tapi memang best sangat..tambah2 orang tak dak plak..lagi la aku suka..aku main aiq sampai semua kawan aku jadi teringin gak...tak leh jadi,che t dengan atik pon join aku.hehehehehe...

kami main aiq dan macam2 lagi la.che t sibuk tangkap ikan.hahaha..memang aku suka sangat..kenangan manis dengan member2 aku la..last2 sekali sue yang tak bawak baju pon turun gak lam aiq..abis xtahan tengok kami main aiq la..hahahahaha...memang dia basah teruk la..kesian kt dia..

dah puas main aiq,kami pon berhenti..mulut semua dh dekat2 biru dh..pastu kami pon round gua kelam...tangkap gambaq apa semua..posing xingat dunia dh..macam2 gaya ada...hahaha....best ar...sampai lenguh dok kira senyum ja...wakakakaka..

bermulalah tragedi GUA KELAM,tepat kol3 kami pon bertolak balik.depa semua nak pi rumah aku,tengok baby farish..aku naik moto ngan atik..sue ngan che t,ima ngan tut!kami pun mulakan perjalanan...bawak moto dengan hati2,helmet pon pakai..kona sana...kona sini..

tiba2,moto kami terjatuh kat bahu jalan..aku ngan atik diam ja,atik cuba nak naik balik ke jalan raya,lepas tu aku cuma ingat aku tengah bergolek2 atas jalan raya..ya ALLAH...kami jatuh moto..tadi moto tak dapat naik kat jalan tu sebab tinggi sangat..aku dpt rasakan kaki aku sakit sangat..aku bangun selamatkan atik,moto ada atas dia..aku angkat moto 2..

depa yang lain terus berhenti moto dan kutip semua barang yang jatuh.bila atik buka helmet,darah mengalir..MASYAALLAH,kaca mata atik pecah..aku dapat rasa kaki aku sakit sangat,tapi aku tahan..depa tanya nak pi klinik dak.atik jawab tak nak,aku pon xmau gak..tengah kecut gila kot..yang aku lak,luka aku tu kena rantai moto yang tengah jalan..patut la minyak tak mau keluaq..darah tak berapa mengalir sebab minyak tu halang..

che t bawak atik,aku naik dengan sue.kami teruskan perjalanan untuk menghantar aku.aku langsung tak tunjuk dan tak tengok luka aku..biar la.cuma ima nampak ibu jari aku berdarah,tu aja.sampai di rumah aku,kami takut2 nak masuk.aku leh cover luka aku sebab seluar panjang dapat tutup kaki aku.

mak aku panggil depa masuk,mak aku tanya awatnya yang segan nak masuk ni...last2 aku gtau kami excident..mak aku terkejut..mak aku terus amik kunci keta and ajak kami pi klinik..ima ikut sekali dan yang lain tunggu kat rumah aku..kat atas kereta mak aku mulalah sesi ceramahnya..

sampai di klinik,doktor panggil aku..aku masuk,tunjuk dia luka aku tu..luka aku panjangnya jarak antara ibu jari ngan jari telunjuk..panjang..tapi syukur sangat,tak dalam..doc nk cuci guna spirit..sakit hanya ALLAH yang tahu...amat pedih,aku ketap gigi sebab terlampau sakit..lepas doc cuci aku dengan atik kena inject,precaution kot2 kena kancing gigi..

atik plak kaca dari cermin mata dia tikam kat kening dia..ada dua tempat yang dalam.tapi kt muka doc tak jahit tapi boh gam..pastu kat lutut terpaksa la gunting seluar jeans yang dia pakai..isi kat lutut dia kena buang kit...tu ja,aku yang tak ok kit sebab kaki..aku nak mendaftar seminggu lagi ni!macam mana??

June 25, 2010

sedih laa...


sedih...
apa maksudnya..
kadang2 perlu ada rasa itu..
aku tengah sedih ni..
sebab apa??
aku kena marah..
biasa la kan..
asam garam hidup..
think positive la..
orang marah sebab "sayang"
yeke??ntah..no komen


sedih...
aku amat sedih..
sedih sekali..
tapi mengapa aku perlu sedih..
mungkin sebab hari kelmarin aku gembira..
mungkin juga sebab aku tak boleh selalu bahagia..
sebab apa??utk aku tak alpa..
tak alpa dengan kegembiraan dan kebahagiaan..


kadang2 aku perlu sedih..
sebab apa??
sebabnya,kalau seseorang itu dah pernah sedih,
bila dia sedih lagi,sedih itu tak terlalu pedih,
tapi kalau orang yang tak pernah sedih,
bila dia sedih,dia akan 2 kali ganda rasa sedih itu...


sedih...
AKU AMAT SEDIH...
TERAMAT...
ADUHH...
TERLALU SAKIT..
KADANG2 AKU FIKIR BUKAN2..
BILA ORANG MARAH AKU..
AKU PIKIR ORANG TAK SAYANG AKU.


TAPI........
BAK KATA ORANG...
MARAH TANDA SAYANG...
AKU KENA MARAH...
AKU ADA ORANG SAYANG LA EK??
NTAH LA!!!


sedih...
bila seseorang ada depan mata mesti kita buat tak endah...
kita dengan senang aja sakitkan hati dia..
tanpa kita sedar dia terluka teruk..
dia suka berdiam diri...
walaupun setiap hari terluka..
dia insan biasa...
kenapa susah sangat nk paham dia..
kenapa perlu dia yang terluka...
kenapa dia yang perlu rasai seksaan ini..
aduhai....pedih sekali,,
sampai bila dia harus begini...
dia tak sanggup jadi derhaka,,


tetapi..........
tadi,kebaikkan dia disoalkan...
aduh.............sakitnya..
tolong................
amat sakit..
adakah ini hanyalah hasutan syaitan..
untuk aku menyimpan dendam..


YA ALLAH...
jauhkanlah aku dari mendendami insan yang aku sayang..


YA ALLAH...
ampunilah aku dan dirinya...
letakkanlah dia bersama2 orang soleh di syurga nanti..
hanya akulah saham buat dirinya..
andai aku mendendaminya,
siapa lagi yang akan mendoakannya kelak...


hapuskan air mata,NAZIRAH...
redha dan teruskan usahamu...
walaupun dirimu dibenci...
kau harus balas dengan kasih sayang...
hapuskan lah perasaan benci dan dendam itu...
kerana rasa itu hanyalah mainan syaitan...


NAZIRAH,aku tahu dirimu tabah...
kau mampu melangkah...
telanlah kata2 mereka dengan sabar..
mungkin dikau akan perolehi sesuatu yang lebih bermakna nanti...
tabahkan hatimu...
usahalah untuk dikau lebih berdikari....
berdirilah dikakimu sendiri...
kau mampu melakukannya,NAZIRAH...


aku bukan lemah untuk berputus asa...
walau dicaci dihina...
aku akan tetap berusaha menjadi yang terbaik...
bukan yang terbaik sekarang..
tetapi akan berusaha menjadi yang terbaik..
untuk membuatkan dirinya bangga dengan aku...
untuk membalas jasa dirinya,
walau aku tahu pengorbanannya langsung tak dapat aku balas..


oleh itu,relakanlah diri ini dimarahi..
relakan diri ini dihina..
relakan lah diri ini dipersenda...
aku rela...
demi membalas jasanya...


dia berhak...
kerana aku berasal dari rahimnya...
marahnya demi mendidik aku...
aku tahu...
aku akan terima
walau kadang kala aku terluka...
biarlah aku terluka


aku masih ada yang sentiasa dengan aku...
yang tak pernah lupakan aku walau aku sering terlupakanNYA..
yang langsung tak pernah meninggalkan aku walau aku sering lupa suruhanNYA..
yang sentiasa sayang akan aku walau aku selalu melakukan kesilapan...
yang selalu mengampuni aku andai aku tersilap langkah..
yang tak pernah penat membimbing aku kepadaNYA..
yang mencintai aku walaupun cinta aku buatNYA tak sekuat mana...
yang sentiasa bersama aku tika aku sedih dan gembira..
yang mengurniakan aku dengan segala nikmat yang tak terhingga..

YA ALLAH,DEKATKANLAH HATI INI DENGANMU....
PIMPINLAH HATI INI UNTUKMU...
PELIHARALAH DIRI INI AGAR TAK PERNAH PUTUS RAHMATMU..
DAN AKU POHON REDHAMU SENTIASA BERSAMAKU...
AMIN YA RAHMAN,YA RAHIM..........

June 20, 2010

bulan kegembiraan..........


ALHAMDULILLAH...................

syukur aku kehadrat ILAHI,aku masih bernafas.walaupun tika ini kepala aku terasa amat sakit.pening,sakit,itu sudah biasa berkunjung dalam hidup aku..


Pertama sekali aku nak meluahkan isi hati aku yang sudah lama aku pendamkan...
aku terlalu sibuk untuk mencoretkan sesuatu di ruang luahan hati aku ni..


1.Aku teramat gembira dengan kelahiran si kecil Muhammad Farish Syakirin

Melihat wajahnya sudah cukup membuatkan aku teramat gembira.aku teramat suka akan bayi. Nah! Lahir juga akhirnya bayi dalam keluarga aku. Perasaan aku tak dapat di ceritakan..Tiap2 hari,akan aku curi peluang untuk menyentuh si kecil Faris..Mencubit pipinya,mendukungnya,meribanya,menyuapkan susu untuknya,melihat dia mandi,memerhati telatahnya,memakaikan baju yg comel buatnya,membancuhkan susu untuknya,melihat dia merenyek manja,melihat dia menangis ketika u'uh(hehehe)...byk lagi...aku TERAMAT-AMAT bahagia...bahagia itu anugerah ALLAH...alhamdulillah...

2.Aku dapat berjumpa teman sekolah dulu

Tak kering gusi aku gelak.Sembang..Bercerita..Semuanya...Masa ni lah kami isi untuk ubat kerinduan..Yang pastinya,kami akan berpisah jauh semula demi menuntut ilmu. Bila diingat semula kisah2 di zaman sekolah,aku teramat bahagia..Lawak teramat sgt..Kenakalan kami menceriakan suasana..Kami remaja yang mencorakkan kenangan manis utk diingati. YA,memang benar,kenangan itu amat manis buat aku. Aku teramat merindui semua itu. Tapi semua tu tak kan pernah kembali. Selamanya!!!!!!!!!!! Alhamdulillah kerana aku dapat coret kenangan indah itu.

3.Aku rasa diri disayangi

Aduh! Biaqla aku di cop perasan, tapi aku dapat rasakan aura sayang dalam diri aku bertambah. Aku bahagia. Walaupun ada ketika aku menangis, berduka, muram durja, mengapa? Kerana dimarah.. Aku ni pon satu, selalu ngat buli adik aku.. Seronok bila aku dapat buat dia teyak...hehehehe.. Dan bila aku kena marah, aku akan masuk ke dalam bilik dan menangis sambil merajuk.. Aku dapat rasakan, 2bulan ini aku ada di rumah,aku menjadi semakin manja..Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Macam mana ni... Manja aku ni memang tahap melampau2. Aku jelous dengan adik aku, aku nak gak manja macam dia...hehehe...aku dah 20 la! Alhamdulillah dengan kurniaan keluarga yang bahagia dan ceria.

4.Nama aku tersenarai sebagai bakal mahasiswa

Syukur aku terpilih utk buat ijazah. Aku dapat tawaran dari Universiti Darul Iman,Terengganu(sekarang nama da tukaq-Universiti Sultan Zainal Abidin aka UniSZA).. Pilihan ke 5 aku dalam borang upu..Kosnya,Teknologi Makanan (CIK KOMPAS = MAKANAN). hahahahahaa..... Aku mula2 sedih sangat, tapi aku tak paham langsung kenapa aku sedih masa tu. Tapi bila aku pikir2 balik, aku bersyukur amat sangat..AKU TERPILIH.. Aku dikira insan bertuah. Aku akan jejakkan kaki ke negeri Terengganu dengan sejuta rangkaan yang telah aku buat untuk aku penuhi semuanya.aku harap semuanya berjalan dengan lancar.hendaknya.Alhamdulillah dengan rezeki ini.

5.TERENGGANU negeri yg aku cintai

Dulu2, aku bercinta dengan org Terengganu (wakakaa....kenangan lama2 dolu...) Sebab tu la aku dah jatuh cinta dengan negeri ini. Aku suka Terengganu, aku sayang Terengganu( ewah3.. lebih2 plak). Tapi,aku takut, takut cinta lama akan berputik kembali. Puas aku larikan diri dari dia,namun takdir mendekatkan aku. Bukan dia sajaa, tapi seorang lagi insan yang aku amat sayang... Tapi, aku cuba lupakan kedua2 insan ni dari hidup aku. Aku takut benteng tekad aku tumbang dek godaan syaitan...SEBAB UTAMA AKU CLASH!AKU NAK TUMPUKAN PERHATIAN DALAM PELAJARAN,AKU TAK NAK HATI AKU KOTOR DAN BILA HATI AKU KOTOR AKU SUSAH NAK TERIMA ILMU...NAMUN SUSAH BUAT AKU NAK LUPAKAN CINTA PERTAMA AKU.HATI INI MASIH AMAT MENCINTAI DAN MERINDUI DIA.aku brsyukur kerana aku dianugerahkan perasaan CINTA.tapi aku korbankan cinta aku kerana aku hendak lebih mencintai PENCIPTAKU.aku sedar,dulu aku alpa,salah diri aku yang mengotori cinta,aku buatkan diri aku lemah,sedangkan cinta itu mengguatkan...tgk la ayat kat bawah tu,hamka ada berkata.aku sedar aku salah..sebab tu aku nak berubah.biarkan aku lukakan hati aku,asalkan aku dapat cinta hakiki.

  • [cInta bkn mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan dgn kekuatan,cinta bkn mengajar menghina diri,tetapi menghembuskan kegagahan,cinta bkn melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat(HAMKA dlm tenggelamnya kapal van der wick)]

6.Aku dapat banyak kawan2 baru dalam alam maya,iaitu di yahoomessenger...

Aku bosan kat rumah, so aku isi masa aku dengan berchatting.. Memang amalan yang kurang elok. Tapi dengan niat utk aku mendapat kawan baru dan juga berborak2(aku suka berborak). Memang dalam room(yahoomessenger)banyak orang yg tak betul,lucah,suka mencarut,tapi ada jugak yang baik hati. So,dont judge a book by it cover!malam ni aku ada bukak satu blog member chatting aku,lelaki. Ayat dia teramat power,walaupun dalam room dia terlalu honaq. So, aku dapat buat 1 kesimpulan yang kt dalam room tu semua hanya pakai topeng aja. Aku baca blog kawan aku tu,dia putus cinta(mungkin kot,andaian aku aja). Aku pun dh jd muak dengan cinta itu. Tapi aku bukakkan mata aku, aku mula jatuh cinta lagi. Tapi bukan cinta ke arah yg leka tu semua. Aku mula jatuh cinta, dan mula rasa utk menyayangi kawan2 aku. Aku namakan ia sebagai cinta. Aku nak luaskan rasa cinta tu, tak mau kongkong diri aku utk menyayangi dan mencintai hanya pada kekasih semata-mata. Aku bahagia sebegini... ALHAMDULILLAH,, Harapnya berpanjangan.

7.Kerinduan terhadap arwah abah tercinta

Baru aku sedaq, dah 12 tahun abah pergi tinggalkan aku. Sepanjang 12tahun, dua kali abah bertandang dalam mimpi aku. Melawat aku, anak manjanya. Tika insan yg aku sayani pergi aku sudah cukup mengerti apa itu kematian..Walau aku belum mumaiyis masa tu, tapi aku tau apa itu MATI. 8tahun adalah usia aku ketika itu, aku tak ada di sisi abah masa dia hembuskan nafas yang terakhirnya. Yang aku tahu, aku sudah ada dihadapan jasad abah aku yang telahpun kaku. Tika tu, mak tarik tangan aku, pakaikan aku tudung, aku rasa sedih amat. aku tau abah sudah pergi tinggalkan aku. AKU TAHU DAN CUKUP MENGERTI SEMUA ITU..... Selama ni abahlah nyawa aku, abahlah duniaku. Abahlah insan yang mengajarku sembahyang. Memori aku masa kecik semua tentang abah. Tu semua anugerah.. Kepergian abah ada hikmahnya untuk mendekatkan aku dengan mak. Dari kecik aku takut mak. Mak garang. Aku langsung tak pernah manja dengan mak walaupun aku anak bongsu. Yang aku masih ingat memori aku dengan mak masa kecik, masa sekolah rendah, aku masa tu darjah 1, kakak aku yg kedua darjah 6, aku p sekolah nek gerek ja tapi kak aku, mak yang hantar. Aku tafsirkan memori itu sebagai aku masa kecik memang tak pernah manja dengan mak. TAPI selepas abah tiada aku mula nikmati kasih sayang seorang ibu.. Memori2 dengan mak mula dapat aku simpan. Tau tak kenapa aku rindu abah aku hari ini, sebab dulu masa aku darjah 1 ngan 2, aku selalu bagi dpt keputusan yg elok. Hadiah utk abah, dan kini aku dah dapat masuk U. Kerinduan ni seperti jeritan hati aku buat insan yang aku cintai, CHE RUS B CHE AWANG.....

"Abah!!!! Cheq dapat masuk Universiti!!!"..... Alhamdulillah sebab aku dianugerahkan rasa kerinduan ini,bahagia sgt dapat rasakan kerinduaan ini.



AKU,CIK KOMPAS,amat bersyukur kerana dikurniakan nikmat bulan Jun ini..moga aku dapat mendekatkan lagi hati aku utk ALLAH,PENCIPTA SEGALA2NYA....

ALHAMDULILLAH atas post yang panjang ini...