June 7, 2012

Sayangku dah mati


Kelmarin perkara yang sama terjadi. Dulu Bobo, kelmarin Potat. Bezanya, Bobo aku tak nampak kat depan mata, tapi Potat aku nampak dia dah terdampar tak bernyawa.

Dua tahun lepas kat Matrik Kedah, aku selalu main dengan sekoq anak kucing ni. Dia comel, lincah, manja, pandai dan aku namakan dia Bobo. Tapi masa cuti raya, aku tinggal dia dengan mak dia kat asrama. Lepas cuti aku cari dia, dia dah tak dak. Dia mati, jatuh dari tingkat 3. Anak kucing, mana dia nak tau apa-apa. Meloncat sana, ,meloncat sini, akhirnya terjatuh. Masa tu sedih sangat, dan lepas tu aku malas dah nak sayang-sayang kucing sebab aku takut yang aku sayang tu la yang akan mati.

Bulan lepas aku jumpa Potat, dia warna hitam, Bobo dulu warna putih tompok-tompok hitam. Budak kat depan rumah aku yang bela. Masa mula-mula aku tengok dia, dia kecik sangat, macam baru lahir ja. Kawan aku cakap, budak tu bela bagi besaq. Nanti dah besaq dia nak bagi kat kawan dia yang lain. Aku suka panggil dia baby hitam, sebab warna dia hitam, tapi nama yang tuan dia bagi ialah Potato.

Mula-mula aku tak endah sangat dengan si Potat ni, tapi dah tiap-tiap hari nak pi kuliah dia mesti dok melompat-lompat main kat kaki aku, mau aku tak sayang. Kalau aku pi rumah kawan aku, buka ja pintu dia dah lari mai kat aku. Pahtu mula la dia dok tangkap kaki aku, manja sungguh Potat ni. Kadang-kadang, kalau kawan aku lambat sikit, aku masuk main sat dengan dia. Seronok main dengan dia, aku boleh dok gelak sorang-sorang.

Kelmarin aku keluaq nak pi makan, aku tengok tuan Potat teyak, mata dia merah. Dia pi kat tangga sambil tengok-tengok kat bawah. Dia dengan kawan dia lari-lari turun ke bawah. Aku pun rasa lain macam, apa yang terjadi, aku intai kepala tengok ke bawah. Ya Allah, Potat!! Aku nampak Potat dah terbaring tak bernyawa. Aku tengok dari atas yang tuan Potat bungkus dia dalam kain batik nak pi tanam. Aku dengaq budak-budak aras tu cerita yang tuan Potat buka pintu sambil dok study. Dia tak sedaq Potat keluaq. Si Potat keluaq main-main kat luaq, tapi dia terjatuh dari tingkat kami, tingkat 3. Huhuhuhu....

Udin.

Active

Si Buta

Bobo dengan mak dia, Momo

Gebu

Belang


Si kembaq, Gebu dan Belang

Semalam aku dok pikiaq sorang-sorang, awat la aku dok teras sedih ni. Rupa-rupanya aku sedih sebab Potat dah mati. Susah la nak terima kematian, sedangkan setiap yang bernyawa pasti akan mati juga. Hurmmm.... Semoga aku tak sedih... ^^

semua kucing yang dalam gambaq kat atas tu dah tak dak dengan keluarga aku. Ada yang mati, ada yang dah bagi kat orang. Sekarang kat rumah aku ada 2 ekoq ja kucing, tu pon yang mai sendiri. Mak aku kata, dah tak larat nak ambik dah. Kalau ambik, bela, tak dan tua dah mati. Mati kena racun dengan orang. (!_!) ps:sayangilah haiwan..

May 7, 2012

Assignment 3-CHICKEN FRANKFURTER


E450Diphosphates [Emulsifier]
              help prevent oil and water mixtures from separating.
E451Triphosphates [Emulsifier]
             help prevent oil and water mixtures from separating.
E452Polyphosphates [Emulsifier]
            help prevent oil and water mixtures from separating.
E250Sodium nitrite [Preservative]
Stabilizes the red color in cured meat, gives a characteristic flavor and also play a role in preservation by reducing water activity.
E252Potassium nitrate (Saltpetre) [Preservative]
Inhibit the growth of the Clostridium botulinum, as a colour retention agent that fixes the colour of meats and fish, making them look fresh and more appealing to buy.



May 4, 2012

Lagu kesukaan


Taubat

Album : Sumbangsih
Munsyid : Soutul Jihad
http://liriknasyid.com


Ya Allah, ya Allah
Terimalah taubatku
Kumenangis kumerintih
Mengharapkan keredhaan

Hidup ini
Bagai arus yang deras
Tanpa haluan
Kumeminta, kumengharap
Pengampunan dari-Mu

Sudah lama kukesali
Perbuatanku ini
Di kala sendirian
Kumelihat ciptaan-Mu
Tanpa sedar terlintas
Keinsafan yang nyata

Di kala sendirian
Kumelihat ciptaan-Mu
Keresahan jiwa ini
Mengharapkan pengampunan

Lagu : Salleh & Faizan
Lirik : Salleh & Faizan
Solo : Faizan 
 
Mendayu-dayu ja bila dengar.. (T_T) jom sama-sama dengar
 

Sunan Musafir


Alhamdulillah, selepas sutera bidadari, tiba la penamat untuk siri cerita laksamana Sunan. Yang pastinya, setiap kisah yang ada permulaan, pasti ada penamatnya. Insyaallah, segala yang baik bolehlah kita ambil sebagai iktibar. Contohnya, sifat laksamana sunan yang kuat beribadat, cintakan Allah dan Rasul serta berperibadi baik.

Tak sabar nak memiliki buku ni, sebab nak sangat tau apa yang bakal terjadi. Boleh jugak tambah lagi koleksi karya Ramlee Awang Mursyid. Sukanya.... Tapi kena sabaq dulu. Tunggu habis final semester ni, dan buku ni akan aku jadikan hadiah untuk diri. Alhamdulillah, setidak-tidaknya, aku tahu apa yang aku suka dan dapat la buat diri sendiri gembira..

Jom sama-sama dapatkan buku ni..

Assignment 2-Chilli sause


Produk kedua aku pilih ialah sos cili...
 
E1422 Acetylated distarch adipate [Stabiliser] [Thickening agent]
A starch that is resistant against stirring, high temperatures and low pH. As a thickener and vegetable gum to give improved 'mouth feel’.
E260Acetic acid [Preservative] [Acidity regulator]
Regulating pH, controlling acidity and improving flavor in the food.
E211Sodium benzoate [Preservative]
As a preservative which act as a bacteria-destroying agent.
E415Xanthan gum [Thickener] [Stabiliser]
As salt tolerance, oxidation resistance agents and to improve thickness of ingredients.
E122Carmoisine / Azorubine [Colouring]
Synthetic red food dye that give red colour to food.
E124Ponceau 4R / Cochineal Red A / Brilliant Scarlet 4R [Colouring]
A brilliant-red dye which is synthetic colourant that used as a food colouring.

Assignment 1-Cheddar Cheese

Nak kongsi pemerhatian yang aku buat untuk assignment food chemical component aku.. Menarik juga kalau kita tau bahan-bahan yang ada dalam makanan yang kita nak beli. Tapi assignment aku lebih fokus kepada food additive yang melibatkan kod E (E numbes).

Apa sebenarnya kod E ni ek? Haa.... jangan sempitkan fikiran untuk menghukum semua makanan yang ada kod E ni haram ya.Kod E merujuk kepada nombor rujukan yang digunakan untuk memudahkan pengenalpastian food additive yang digunakan dalam sesuatu makanan. E stand for Europe.
 Produk makanan yang pertama aku ambik untuk assignment aku ialah Cheddar Cheese


E331Sodium citrates [Antioxidant]
Prolong the shelf life of foods by protecting against deteriotion caused by oxidation (fat rancidity)
E339Sodium phosphates [Emulsifier]
To allow the uniform dispersion of two or more ingredients and to prevent oil from separating from the rest of the mixture.
E322 Lecithin [Emulsifier] **haram if it is from animal fat
Lecithin provides solidity to foods and helps to prevent other ingredients from separating.
E460Cellulose [Emulsifier]
As an emulsifier to stabilize water-oil-mixtures.
E200Sorbic acid [Preservative]
An effective inhibitor of the growth of most moulds, yeasts and many bacteria.
E160 (b)Annatto, bixin, norbixin [Colouring]
red color; derived from a tree (Bixa orellana); used to dye cheese

April 1, 2012

Malaysia Global March to Jerusalem 2012 UniSZA

Yang ini banner dari pelajar teknologi makanan.

Selepas perarakan.
Antara sepanduk untuk GMJ.
Di dalam dewan.

Sebahagian dari FoodTech Tahun 2. yang lain dah balik..

March 27, 2012

MIHAS, balik kampung, BFTJ?


Jom sama-sama kita sertai Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)..

Tak lama lagi dah nak masuk bulan April, aku pun dok menghitung hari dah nak balik kampung untuk cuti pertengahan semester. Rasanya baru sangat aku mulakan semester 4 ni, tapi rupa-rupanya dah hampir 2 bulan masa berlalu.

Alhamdulillah kali ini aku diberi kesempatan untuk balik, walaupun sangat singkat masa tu, tapi alu bersyukur sangat masih punyai ruang masa dengan keluarga. Sekali sekala tu, dapat la jenguk mak ayah dengan adik beradik yang lain kan. Lepas juga kerinduan yang kat depa semua kan.

Tapi kali ni aku tak terus balik dari Terengganu ke Perlis, sebabnya aku dan sahabat-sahabat satu kelas ada lawatan. Lawatan sambil belajar untuk pelajar semester 4. Disebabkan baru semester ini kami mula mengambil subjek-subjek yang berkaitan dengan makanan, jadi di kesempatan yang ada, kami ambil peluang untuk ke MIHAS. Sebelum ni aku tak tau pun apa itu MIHAS, ni sebab nak pi la baru aku tau. Bagus jugak la dapat sertai showcase ni.

Selain tu, macam biasa la kan, dah nama pun budak-budak food tech, mesti melawat kilang lah kan. Kilang yang akan kami pi ialah Kilang Ramly dan juga Dunkin. wah3... Lepas habis tu aku dah tak sabar-sabar nak balik Perlis. Hahahaha... seronok sangat.

Dan insyaallah, kalau tak ada aral, aku akan bertemu dengan sebahagian daripada BFTJ aku, iaitu sahabat-sahabat AFANSAR sym. Semoga ALLAH permudahkan urusan kami.

Gambar reunion Dis 2010.. dah hampir setahun lebih tak jumpa.. rindu hampa semua..

A- azamin
F- fadhil
A- amir
N- nazirah
S- syafiqah izzati
A- affira
R- raihani

March 24, 2012

ilmu vs akhirat

"Akhirat itu yang pertama,
namun ilmu bukan pula yang kedua..
They are directly propotional to each other..
Jadi, janganlah ditinggalkan akhirat untuk ilmu,
dan jangan pula ditinggalkan ilmu untuk akhirat.."

February 29, 2012

Berkongsi hobi membaca


Jom membaca, jom!! Ni la antara koleksi yang buku yang aku ada dan dah selamat aku tinggalkan kat rumah. Jadi, kat sini aku nak la cadangkan beberapa buah buku atau tulisan penulis-penulis yang aku kira bagus untuk sapa-sapa yang ada minat membaca.

  1. VT (Hilal Asyraf) - Sebuah novel remaja yang berkisarkan tentang kumpulan bola tampar di sebuah sekolah. Jalan cerita dan pengajaran yang cuba disampaikan cukup banyak dan sangat-sangat bererti. Dah tiga kali ulang novel ni, tapi aku tak rasa bosan pun sebabnya setiap kali aku baca, aku dapat sesuatu dalam novel tu. Boleh dikatakan sebagai sebuah novel yang memberi motivasi pada aku.
  2. Tombirou + Semangat Hutan + Tombirou Terakhir (Ramlee Awang Mursyid) - Novel karya RAM cukup mendebarkan setiap kali aku baca. Apa yang akan berlaku langsung tak dapat kita nak agak. Aku suka penulisan RAM sebab dia sangat kreatif dan jalan cerita dalam novel dia sentiasa buat aku rasa tak dapat nak berhenti membaca. Tiga buah novel ni semuanya bersambung, tapi aku rasa sungguh bermakna membacanya. Novel ni kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Tombirou( semangat hutan), yang dari kecil dibesarkan di dalam hutan dan tak pernah kenal dunia luar akhirnya kembali berpegang teguh pada agama. Tapi liku-liku yang perlu dihadapi sangat-sangat perit.
  3. aA + bB ( Hlovate) - Ni lagi seorang penulis yang aku kira penulisan dia cukup mantap. Sepanjang aku dok baca tulisan dia, semuanya tak pernah mengecewakan. Dan setiap tajuk novel dia ni sangat unik dan sebab uniklah kita rasa nak tau. Apa yang boleh aku komen tentang aA + aB adalah sangat-sangat best! Nak tau lagi, cuba baca la, sempoi jugak Hlovate ni, kadang-kadang boleh buat kita gelak sorang-sorang, idea yang cukup nakal kadang-kadang.

Dan yang paling istimewa baru aku miliki dengan menggunakan baucer buku ialah buku ni :


Harga buku ni RM 58, kandungannya tulisan bersertakan gambar yang berwarna. Sangat-sangat menarik dan berguna untuk kita lebih mengenali nabi kita.


p/s; nak pinjam? boleh... boleh... ^^


February 28, 2012

Degilnya seorang Nazirah

Assalamualaikum..

Sudah dua minggu aku mulakan kuliah untuk semester baru ni. Yang pastinya, minggu pertama tersangatlah lapang, jadi sempatlah aku habiskan dua buah novel yang belum aku baca kat rumah masa cuti hari tu. Ermm... Awal semester memang selalu macam ni, jadual pun tak disusun dengan betul lagi dan banyak jugak kelas yang bertukar. Semester baru kali ini banyak membawa pelajaran baru buat aku. Sepanjang 22 tahun aku hidup ni, sesuatu telah berlaku kat aku, sesuatu yang telah membuka mata aku.

Sebenarnya, memang lumrah manusia, jika kehilangan sesuatu, baru kita rasa kehilangan benda tu, kan. Sama la seperti aku. Aku diberi ujian, satu nikmat yang selama ini aku dapat, telah ditarik kembali oleh ALLAH dari aku. Baru sekarang aku sedar, betapa bermaknanya setiap yang ALLAH kurniakan kepada aku. Benarlah, semua nikmat yang kita miliki sekarang, bila-bila masa saja boleh ditarik daripada kita. Semua itu adalah pinjaman semata-mata. Alhamdulillah, bersyukurnya aku diberikan peringatan sebegini. ALLAH menegur aku yang makin terleka mencintai dunia yang hanya sementara ini dengan berlumba-lumba menyibukkan diri dengan hal dunia semata-mata.

Aku sekarang ada penyakit asthma, baru sebulan aku dapat tau yang aku hidapi penyakit ni. Mula-mula, biasa saja, cuma batuk, tapi akhirnya aku dapat tau yang aku hidapi penyakit ini bila kerap alami sesak nafas. Asthma ini merupakan penyakit genetik keluarga aku, arwah abah dan kakak aku juga ada. Tapi yang peliknya, aku baru dapat, dah 22 tahun, tapi sekarang baru aku dapat. Dua sebab utama yang merangsang penyakit ini datang, pertama disebabkan aku selalu berada dalam suhu sejuk (penghawa dingin dalam kuliah dan musim tengkujuh di Terengganu) dan debu ataupun habuk.



Sepanjang sebulan aku bercuti pada bulan Januari lepas, kerap jugak berulang ke klinik dan juga hospital. Tapi, ketika itu, aku masih anggap yang semua ini biasa saja. Dan disebabkan sikap ambil mudah aku itulah, aku kerap sakit seterusnya membuatkan mak aku susah hati. Adoiiiii..... Mak!!! cik bukan sengaja nak buat mak susah hati, tapi cik nak jadi macam orang lain, yang sihat, yang tak payah makan ubat, yang tak payah jaga pantang makan, yang tak payah buat orang lain risau..... hurmmmmm..

Degilnya sikap aku ini, membuatkan asthma kerap mendatangi aku. Malam sebelum aku balik Terengganu, aku makan sup daging, dan tengah-tengah malam aku dikejarkan ke hospital. Waktu tu, aku nampak sayu ja mata mak pandang aku. Bersalahnya rasa dihati, mak dah larang jangan makan, tapi aku nak makan juga. Akibatnya, aku susahkan orang lain untuk bawa aku ke hospital. Dapat ubat, ubat tu aku masukkan sekali dengan baju dalam mesin basuh. Cuai betul! Kesan ubat asthma ni buat aku menggigil dan pening-pening, jadi aku tak perasan yang aku masukkan baju yang dalam poketnya ada ubat yang aku baru dapat. Hahahaha.... Nazirah... Nazirah...

Ini nebulizer. Ubat yang disedut masuk melalui salur hidung dan mulut.

Hari aku bertolak datang ke Terengganu, mak mula risaukan aku. Mana taknya, aku akan berada di dalam bas yang berpenghawa dingin dan ditambah pula perjalanan aku mengambil masa lebih kurang 9 jam. Aku dapat rasa yang mak aku tak tidur nyenyak pun malam tu, sebabnya, pukul 4.30 pagi aku mesej cakap dah sampai U, mak aku balas. Maksudnya, mak aku tak tidur la tu, risaukan anak dia sorang ni.

Sekarang bila dah kat Terengganu, aku rasa lega sikit. Sebabnya, kalau aku sakit, mak tak nampak, jadi mak tak risau. Hehehe... Itu hanya andaian aku sahaja, tapi sebenarnya lagi buat mak aku risau. Mana taknya, dalam masa seminggu aku datang, dah 5 kali aku kena sedut ubat menggunakan nebulizer. Ala, biasa la, bilik bila kita tinggalkan sebulan, mestilah berhabuk kan. Fuuuuuhhhhh.... Kat sini, aku rasa macam aku susahkan kawan-kawan aku pulak. Mana taknya, asthma aku dua kali datang tengah-tengah malam. Kelam kabut jadinya.

Semuanya menjadi bertambah teruk dan yang pastinya aku rahsiakan dari mak. Balik bilik pukul 1, 2 3 pagi dalam keadaan menggigil lepas sedut ubat itu dah biasa dalam minggu ni. Dan disebabkan dua dos aku sedut ubat pun tak bagi kesan apa-apa, steroid dicucuk kedalam salur darah aku. Itupun lepas dua hari, dia datang jugak. Aku sebenarnya tak tau macam mana nak kendalikan penyakit aku ni, baru sebulan aku alami dan aku tak tau sangat macam mana tanda-tanda awal sebelum dia nak datang, yang aku sedar aku asthma bila aku tak boleh bernafas. Masa tu, hampa cakap pi la apa pun dengan aku, tak dak hari aku nak jawab punya. Hahahaha... Tak dak ah... Lawak ja. Aku sesak nafas sampai tak boleh bercakap, hanya boleh hangguk dengan geleng kepala ja.


Dan sekarang, aku dah dapat dua aksesori untuk dijadikan teman aku. Tiap-tiap hari aku kena guna. Ermmm... Apa lagi kalau bukan inhaler kan. Disamping tu aku dah bertukar jadi mask women bila masuk kuliah. Ni atas nasihat doktor, untuk aku kurang sedut udara sejuk.


Pandai adik ni guna, aku sendiri pun masih terkial-kial nak guna.

Jadi, semoga dengan ujian ini, aku lebih bersyukur kerana masih banyak lagi nikmat ALLAH yang aku masih dapat guna. Semoga diri ini terus kuat, baru la boleh cepat sembuh. ^^

February 15, 2012

Kami hebak, meme ar!!

Ini keluarga food tech aku kat sana. Ya, mata hampa tak silap, memang lelaki dalam kelas aku hanya dua orang.

Berat rasa hati nak percaya yang cuti semester dah nak habis. Sekarang ni macam nak teriak guling-guling ja. Aduh... Berat nanang ni. Jangan liat che nad oiii.... Pi Belajaq ghajin-ghajin na!!


Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.

“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]

February 5, 2012

Berubah itu sakit


Ya! Amat sakit dan pedih.
Ditambah pula bila persekitaran menganggap kita sebagai "seorang ini" selepas berubah,
Sedangkan kita masih "seorang itu"..
Fahamilah "seorang itu" yang cuba menjadi "seorang ini"
Bukan mudah dia hendak menjadi "seorang ini"
Kerana kenangan menjadi "seorang itu" akan sentiasa bersamanya.


Ya ALLAH, tabahkan hati ini ...
Perubahan ini bukan bermaksud aku orang lain,
kerana aku masih tetap yang dulu,
cuma aku kini tidak lagi ada di sana.
Aku sekarang berada di sini.
Dan janganlah kau ungkit kisah-kisah aku yang dulu,
kerana sesetangah kenangan itu amat memeritkan hati aku untuk aku ingati.
Kuatkan hati ini untuk terus melangkah, YA ALLAH..

February 4, 2012

Selamat Hari Lahir kawan

Entri ini khas buat sahabat baik aku, Mohd Safwan bin Mahzin yang menyambut hari lahirnya yang ke 22, 1 Februari lepas. Jadi bersempena dengan hari istimewa dia ni, aku nak imbas semua kenangan sepanjang aku kenal dengan dia.

Aku mula kenal dia pada awal umur aku 6 tahun, kami satu kampung jadi saat aku mendaftar di Tadika Kemas kampung aku, aku jumpa dia. Tapi aku tak rapat sangat pun dengan dia masa tu. Kami mula rapat waktu sekolah rendah, dan kami selalu makan nasi bungkus kat pondok waktu rehat sama-sama. Budak-budak lain makan kat kantin. Kami dua ni memang geng sebab kami nakal sangat-sangat(dalam kata lain, kami sangat buas*:nakal dalam bahasa utara, jangan fikir kami macam binatang buas pulak). Kami selalu kacau orang tu, kacau orang ni. Semua orang kami kacau. Tapi cikgu jarang marah kami, sebab masa belajar kami tak main-main.

Kenakalan kami ni akhirnya buatkan cikgu kelas kami naik angin. Jadi, cikgu tu denda kami, berdiri di belakang sudut kelas.

Waktu darjah 6. Lawatan ke TUDM.

"Nazirah, Safwan, saya tak kan lantik kamu berdua jadi pengawas untuk tahun depan. Ini denda sebab kamu dua teramat nakal dan suka buat kacau."

Betul! Cikgu kelas kami tu tak masukkan nama kami dalam senarai untuk menjadi pengawas pada tahun hadapannya. Aku kecewa, begitu juga dengan Safwan. Jadi selepas itu, kami mula berkelakuan baik. Dan akhirnya, tengah tahun tu kami dua dilantik jadi pengawas. Fuh, legaa...

Selain tu, kami selalu main batu tujuh(batu seremban), tapi Safwan lagi terror dari aku, aku jatuh nombor dua terror, boleh la, jari dia lentik dari aku, batu pon tak mudah jatuh. Tapi, dia ada juga kelemahan, bila dia kena buli dengan budak-budak laki yang lain, dia akan lari mai kat aku.

"Kak Ah.....Kak Ah....."

hahahahahaha... Mesti hang akan cuba nafikannya kalau aku cerita kat kawan-kawan hang sekarang ni. Malu la kan nak mengaku aku ialah penyelamat hang dulu-dulu.

Kat tempat mengaji kami selalu main lari-lari, sampai pernah kantoi dengan "Pak Teh", tok guru yang ajar kamu mengaji. Dah la dalam masjid pulak tu.

"Sapa yang dok berlari tadi?"

"...................." Semua diam ja.......

Padahal Pak Teh nampak baju dia, jadi aku dok diam ja buat muka baik. Kiranya dia la yang bersalah dan jadi pesalah utama waktu tu. hahaha.... Lagi satu, Pak Teh selalu suruh budak-budak laki azan asar setiap hari bila kami mengaji, dia apa lagi suka dok bangga-bangga kata azan sedap la. Hek la, tak sedap pon!! Lani hang dok amalkan lagi dak? Ok, tak payah jawab kat sini, jawab dalam hati sendiri. Selain main lari-lari dalam masjid, kami juga suka dok pi punggah bilik kat tepi mimbar, main-main mikrofon la, tapi yang paling kami takut adalah bilik yang simpan tempat mandi mayat. Hahahaha... Penakut sekoq-sekoq.

Itu semua cerita masa sekolah rendah, bila naik saja sekolah menengah kami terpisah. Aku dok asrama penuh, jadi jarang la balik kampung, kalau balik pun aku jarang keluar rumah. Ditambah pula masa tu mana ada medium untuk nak berhubung kan. Jadi persahabatan kami terputus macam tu ja waktu tu. Lagipun dah besar dah waktu tu, malu pun ada, sebab waktu tu dah tak sama macam waktu sekolah rendah.

Tapi mujurlah tak lama sebab suatu hari tu aku jumpa dia, kami tukar-tukar nombor telefon. Waktu tu baru mula berjinak-jinak guna telefon. Dan lepas tu kami pun janji agar persahabatan kami ni tak akan putus lagi. Jadi, setiap tahun, dia akan datang ke rumah aku. Wajib mai, kalau tak, aku bebai. hahahahaha.. Waktu hari raya, tak pun waktu ada majlis apa-apa ja la. Tapi pantang mak aku, kalau mai waktu yang tak dak sebab, jadi aku hanya benarkan dia mai rumah aku pada waktu-waktu yang tertentu saja. Tak manis pulak kan kalau dia selalu dok mai rumah aku kan.

Sepatutnya kami semua ada 4 orang yang sama-sama rapat, tapi disebabkan seorang dah berpindah kami terus berpecah. Hanya tinggal aku dengan Safwan saja yang selalu berhubung lagi. Banyak kenangan aku dengan dia, waktu aku tengah susah aku selalu mintak tolong dia. Pi meraya pon dua tahun pi dengan dia dan 2 lagi kawan kami. Sampai pernah kemalangan.

Mak aku dulu pernah dok buat gosip yang aku dok syok kat Safwan ni, aku gelak ja. Bila telefon, aku cerita kat dia, dia pon gelak. Mak aku sampai pernah cakap kat mak dia,

"Yah(bukan nama sebenar) tak mau pi minang anak aku, sebab dia tak mau menantu dekat-dekat"

Kami dok gelak sakan bila aku cerita benda tu. Mak! Mak! Ada ka patut. Aku pernah juga dok terang kat mak aku, tapi mak aku, suka mengusik. Aku pun paham la, mak aku lawak-lawak ja tu.

Dulu masa aku tingkatan 4, dia pernah pi melawat aku kat sekolah, bawak makanan lagi. hahahaha... Safwan... Safwan.... Berani jugak hang, siap bohong kat pak guard kata nak jumpa adik. hahaha...

Aku suka kawan dengan Safwan ni, sebab kami kenal masing-masing, dia tau perangai aku macam mana, dan aku tau perangai dia macam mana. Termasuk yang buruk-buruk la. Selalunya, keluarga yang terdekat ja kan yang tau perangai kita, tapi aku tau dia tau perangai aku macam mana, ikut kepala aku ja nak cakap dengan dia macam mana. Dia pun sama, ikut suka dia nak komen aku macam mana. Itu tak kena, ini tak kena, aku sombong la, aku macam-macam la. Tapi kami berani tegur macam tu sebab kami yakin, yang masing-masing tak akan terasa hati. Aku selalu kata kat dia, bajet la, control la, buat bagus la. hahahaha...

Kadang-kadang tu, kami tak berhubung lama juga, tapi lepas ada masa, mula la bercerita sampai tak ingat dunia, macam-macam. Dan aku pun tak pernah segan nak cerita semua benda yang aku fikir segan ar nak kongsi dengan orang lain kat dia (bab macam monolog dalaman terhadap orang lain).

Ni sahabat aku,Safwan. Ni dia gatai-gatai pakai baju kahwin abang dia, gambar ni dia bagi kat aku, ada dalam koleksi album aku.

Tadi dia telefon aku, free call kan. Aku berleter la kat dia, aku dapat tau alaun budak IPG RM4000 satu semester, jadi aku geram la, dia selalu sangat dok buat sengket. Tabuh kot, baru tau. Mau tak habis duit kalau dok beli kamera DSLR la, habiskan kat kucing la.. Eeeeeiiiii.... Tadi dia tadah telinga aku berleter suruh berjimat, hahahaha. Meluat pun, hang dengar jugak.

Ok dah kot entri ni kat hang wey! Selamat Hari Lahir......

Blog dia---> The Lazy-ism
Lawatlah blog dia, kalau hampa pu punya minat macam dia iaitu tangkap gambar, edit dan sebagainya tentang gambar la.

Dia juga buat part time ambil gambar orang bertunang dan kahwin. Kalau nak, call2 la dia.

p/s: header aku mana oiiiii, kata raya cina hari tu nak buat....