December 27, 2011

Bubur Asyura

Assalamualaikum semua.

Bersempena bulan Muharam yang lepas, aku sempat la ikut satu program buat bubur asyura kat Terengganu ni. Program tu gabungan pelajar UMT dengan UniSZA bersama-sama kariah masjid lama Tok Jembal. Perjalanan nak pi ke masjid tu lebih kurang 10 minit ja, dan melalui Pantai Rhu ataupun pantai belakang UMT. Masa lalu kot pantai tu, aku terpegun seketika. Subahanallah, ombak kat laut tu tak henti-henti.

Terakhir aku pi pantai tu dalam bulan September, sekarang dah Disember nak masuk Januari, dah hampir 3 bulan lebih. Menurut pok cik van yang aku naik tu, memang macam ni laut kat Terengganu masa musim ni. Sampai Raya Cina nanti baru balik kembali macam biasa. Aku macam teruja sikit la, sebab tak pernah lagi tengok. Yang pastinya, kami memang dilarang buat aktiviti kat pantai musim sekarang ni, sebab tu la aku langsung tak ambik tau pasai laut dan pantai. Terperap ja kat dalam u, dok langut tengok muka roomate.

Berbalik pasal bubur asyura, setibanya aku kat perkarangan masjid tu, aku nampak ada mak cik tu dok siang bawang. Aku ni mula la rasa pelik, bubuq sora(bubur asyura) kat tempat aku mana ada letak bawang. Tanda tanya dah pop up dah kat minda aku masa tu. Tapi aku biarkan dulu, biar aku tengok dulu, baru aku tau. Mungkin cara orang Terengganu ni buat lain sikit, atau mungkin juga mak cik tu nak masak benda lain kot.

Kami semua mula menghulurkan tangan untuk menolong mak cik-mak cik tu. Aku terpisah dengan kawan-kawan yang lain, sebab aku pilih untuk kupas bawang, manakala kawan-kawan aku pi perisi ikan. Ikan? Pelik... Pelik.... Wey.... Nak buat bubur asyura kot, apa sal la ikan rebus pon depa guna ni. Tak pa, tak pa, aku terus tarik nafas panjang. Think positive, ok.......... Tapi, belum sempat aku positifkan minda aku ni, aku nampak sorang pak cik ni bawak mai ayam. Laaa.... pulak dahhhh.... Macam-macam la.

Sekarang aku dah mula pening dah, dah tak boleh terima dah semua bahan-bahan yang depa dok bawak mai ni, macam pelik ja. 360 degree lain dari kat tempat aku. Jadi aku pon beralih ke tepi masjid, aku tolong sorang kawan aku untuk hidangkan sarapan. Wah... Wah... Sedap!. Nasi kerabu lagi tu... Nyum... Nyum.. Nyum... Jadi benda-benda yang aku dok pening tadi semua hilang dek mata aku dok layan tengok kuih muih dengan nasi kerabu yang menyelerakan tu.

Seterusnya, aku tengok beberapa orang pak cik, masukkan beras ke dalam kawah. Eh... Eh... Eh.. Pak cik! Kita kan nak buat bubur asyura, kenapa nak masak nasik pulak ni. Silap menu ka ni? Tapi semua tu hanya suara hati aku. Aku tak berani nak tanya. Kesian betul, aku keliru masa tu. Akhirnya ada seorang kakak ni terangkan la kat aku. Mungkin dia tengok muka aku dah lain kot. Mula-mula dia tanya aku orang mana, lepas tu aku luahkan kat dia apa yang aku dok pikir tu.

Dia cakap kat Terengganu ni, depa tak guna tepung, depa guna beras. Depa kacau sampai hancur, lepas tu baru masuk bahan-bahan yang lain. Ayam diperisi halus-halus dan di masukkan dalam bubur tu. Sebab tu perlunya bawang, halia dan lengkuas. Sebab nak bagi naik bau. Rempah ratus pon di campur sekali. Ikan rebus pulak, nak buat sambal makan dengan bubur tu. Isi ikan tu di campur dengan kelapa parut dan bahan-bahan yang lain kemudian digoreng dan ditaburkan sebagai hiasan. Macam kat bawah tu...

Gambar dari google.. Ni la, bubur asyura Terengganu.


Ooooo.... Macam tu ka. Patut la aku ni macam jakun ja, tak tahwan hala. Hahaha. Aku tergelak sendirian memikirkan reaksi aku dari awal tadi. Mesti muka aku dah berkerut-kerut untuk cuba hadam benda baru ni dari mula-mula aku tengok benda yang pelik dan aku tak pernah tengok mak aku dan orang kampung aku buat.

Rupa-rupanya ada perbezaan cara memasak bubur asyura kat lain-lain tempat. Aku ni memang betul-betul katak di bawah tempurung betul ar. Hahaha... It's ok Nazirah, better late than never. Dan akhirnya, tepat pukul 12 tengah hari kami budak-budak UniSZA terpaksa balik. Ala, tak sempat siap! Tak pa la, nanti ada yang akan menghantarkan untuk kami. Sebelum balik, salam dengan mak cik-mak cik kat situ. Dan dapat satu tapuware bubur asyura cair.

Tapi aku tak ambik pon, aku bagi kat orang lain. Aku ada alasan sendiri, sebab aku tau yang diri aku ni tak akan boleh terima benda yang baru. Mind set aku dari kecik kata bubur asyura manis, ada buah-buahan, labu, jagung, ubi dan sebagainya. Oleh itu, dengan rasa bersalahnya aku nak cakap, aku tak dapat makan bubur asyura yang baru aku kenal sebentar tadi.

Petang tu, enam tapuware sampai kat bilik aku. Ha.... Sudah.. Parah... Parah... Macam mana aku nak bagi habis semua ni. Ting! Aku ada idea. Hehehee... Alhamdulillah, aku selamat merasa sikit dan yang selebihnya aku ajak kawan-kawan yang lain makan.

Ni rupa bubuq sora kat belah utara, rasanya manis.


Ni pulak Kelantan mari. Comel gila warna dia. Siap ada hiasan lagi. Serius aku baru tau hari ni.


Ni bubur asyura selatan. Ada sayur-sayuran. Ala-ala bubur lambuk pon ada.

Yang ni Sarawak mari.

Jadi, nak kongsi sikit la apa yang aku dapat dari bubur asyura ni:
  • Terimalah perbezaan, lain orang lain rasa.
  • Kena ajar diri untuk tahu sesuaikan diri dalam apa jua tempat, bak kata pepatah, "Masuk ke kandang kambing mengembek,masuk ke kandang kerbau menguak"
  • Mind set kita boleh diubah, tapi bukan secara drastik, perlukan masa.
  • Buat sapa-sapa yang nak cari suami belah pantai timur ni, cepat-cepat la belajaq na. Eh3..ada kena mengena ka. Hahahaha..

November 14, 2011

ALLAH Maha Penyayang pada hambaNya.

Masuk hari ni, dah tiga hari aku jejakkan kaki kat bumi Terengganu tercinta ni, tapi saki baki hati aku ni macam masih terawang-awang dalam perjalanan lagi, tak sampai-sampai, mungkin tersesat dalam hutan di kawasan Tasik Banding. Macam mana ek nak cepat adapt? Dah penat aku pujuk diri ni, " Cepat la sayang, jangan malas, buat assigment, ya!", contoh aku pujuk diri sendiri. Hahahaha.. Naik cuti ni, aku rasa kerja aku bertimbun-timbun. Bertambah serabut bila timbunan kerja aku propotional to bertimbunnya baju aku. Ish..ish..ish... Apa pemalas punya anak dara ni, macam mana nak jadi isteri solehah ni! Kemudian aku bermonolog sendirian, "tak ada masa la", dan tiba-tiba satu suara kedengaran berlegar-legar di kotak memori aku, "Che Nad, tak ada masa itu hanya digunakan untuk orang yang malas saja tau, orang yang rajin hanya akan berkata tak cukup masa kalau tak dapat buat sesuatu." Purrffffff......*sigh*

Kalaulah aku nak merungut yang aku banyak kerja, sebenarnya orang lain lagi la banyak kerja. Kalau aku rasa subjek semester ni susah, orang lain lagi la belajar benda yang complicated dari aku. Ermmmmm..... Dan secara tak sengaja semalam aku membuka akaun emel aku, itupun sebab kawan satu kumpulan nak hantar bahan, kalau tak, dah jadi rekod paling lama kot aku tak buka emel. Sambil aku dok semak-semak bahan yang aku terima dari kawan aku tu, empat emel dari satu nama terpapar di ruang mata aku. Alhamdulillah, Allah sampaikan nasihat buat aku melalui dia, si pengirim emel tersebut.

Emel yang keempat_

Mari, kita duduk sebentar dan muhasabah diri.
Pernahkah kita duduk sebentar, dan berbicara(berdoa) dengan Ilahi?
Meluahkan kepadaNya segala kelemahan kita.
Menceritakan kepadaNya segala keaiban kita.
Mengadu kepadaNya segala kesusahan dan kepayahan kita dalam bergerak menjadi hambaNya.
Pernahkah kita, menangis, mengalirkan air mata kepadaNya?

Ya, kadangkala kita tidak memerlukan tulisan dan bicara panjang.
Yang kita perlukan adalah amal.
Pernahkah kita bergerak memperbaiki kualiti solat kita?
Pernahkah kita berusaha memperbaiki tajwid bacaan Al-Quran kita?
Adakah kita berusaha menambah bilangan muka surat Al-Quran yang kita baca sehari?
Bagaimana pula dengan solat-solat sunat?
Bagaimana dengan amal-amal kebaikan lain yang ringan seperti seyum kepada sahabat, sedekah dan sebagainya?

Pernahkah kita duduk sebentar dan melihat semula kepada semua itu?

Kadangkala kita tidak sedar bahawa ketenangan hati itu muncul daripada amal kebaikan, daripada muhasabah diri kita dengan Ilahi. Dan kadangkala kita tidak perlu kepada tulisan dan bicara yang panjang, yang kita perlu adalah amal yang sentiasa kita tingkatkan saban hari.


Bicara indah;

"Di dalam hati ada kekosongan,

yang tidak akan terisi melainkan dengan merapat kepada Ilahi.

Di dalam hati ada kegelisahan,

yang tidak akan dapat ditenangkan melainkan dengan Ilahi.

Di dalam hati ada kerisauan,

yang tidak akan dapat diselesaikan, melainkan dengan Ilahi."


"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang." Surah Ar-Ra'd ayat 28.


P/s I ; Rasa-rasanya, ada juga diantara kamu-kamu ini yang dapat emel dari dia ni kot.
P/s II ; Kalau dia terbaca entri ni, maaf la sebab hanya menggunakan 'dia' sebagai penganti diri buat kamu, aku ada alasan tersendiri. Dan aku bukan bermaksud nak ciplak ayat yang kamu tulis dan hantar ni, tapi aku nak kongsi ayat-ayat yang bermakna ini untuk yang lain, yang tak dapat emel ni dari kamu.
P/s III ; Buat yang baca, aku tak masukkan semua yang ditulis dalam keempat-empat emel tu pun, cuma sebahagian daripada emel ketiga dan keempat saja.
P/s IV ; Alhamdulillah, jom kita mula dari sekarang wahai sahabat-sahabat seislamku.

November 10, 2011

Kenangan

Perlahan-lahan dia hampiri hujung katil di dalam bilik itu. Tangannya mencapai sebuah kotak sederhana besar di bawah katil itu. Dia menyapu perlahan habuk-habuk yang kian menebal dek kerana jarangnya kotak itu dibuka. Ini kerana fungsi kotak itu sendiri, sebagai sebuah kotak rahsia, maka hanya dia saja yang akan membuka kotak itu. Isi kotak itu dikeluarkan satu persatu. Buku-buku kenangan ketika di sekolah menengah, kad-kad hari raya, dan di dasar kotak itu ada beberapa buku nipis. Dan di tengah-tengah buku itu dia keluarkan satu sampul hijau berukuran A4 yang disaluti plastik.

Dengan teliti dia membuka hujung plastik tersebut, dan satu sampul hijau bersama-sama kepingan kertas kajang yang penuh dengan tulisan keluar dari plastik itu. Dia kemudiannya, membuka sampul hijau itu dengan berhati-hati dan saat itu satu kad berwarna merah jambu yang comel menjadi tatapannya. Tinta berwarna merah dengan kata-kata "Kukirimkan kata petanda kasih untukmu kekasih" menghiasi muka depan kad tersebut. Kad itu merupakan kad raya yang diterimanya pada September2009 yang lalu.

Tersenyum dia sendirian kini apabila menatap kad itu. Dua tahun masa berlalu, namun tak terasa ia berlalu,masih terasa seperti baru kelmarin ia berlaku. Dia bukakan kad itu, dan didalamnya terletak comel satu bentuk hati berwarna merah yang dilekatkan dan ditengahnya terdapat gambar pengirim kad itu. Senyumannya menguntum kembali. Memang lucu, apabila bercinta, memang segalanya akan diusahakan agar menjadi sesuatu yang paling istimewa untuk yang tersayang.

Di bahagian atas hati itu terdapat serangkap coretan, senyuman membuah lagi di bibir itu apabila membaca setiap patah perkataan itu. Manisnya kata-kata si pengirim buat penerima kad itu, cukup mencairkan hati yang menerimanya. Gambar si pengirim di dalam hati yang dilekatkan itu di lihat lagi, namun hanya dilihat dengan pandangan kosong sahaja. Semua itu sudah tidak memberi apa-apa makna dalam hidupnya.

Diletaknya kad itu, lalu kertas kajang yang penuh dengan tulisan itu di capainya. Satu persatu ayat dibacanya, itulah diari cintanya. Diari itu bermula dari tarikh 09/09/09, setahun selepas hatinya menjadi milik pengirim kad sebentar tadi. Dan diari itu masih tidak pernah berhenti di tulis walaupun kini dia dan pengirim kad itu sudah jauh dipisahkan oleh masa dan keadaan. Ketika itu, pena mula dilarikan di atas kertas kajang itu, coretan untuk kunjungan kali ini dititipkannya untuk menjadi simpanan peribadinya.

Setelah siap, plastik pembungkus kenangan itu dilipat kembali. Perlahan-lahan dia meletakkan kembali ke dalam kotak hijau dan ditolak kembali ke tempat asalnya di bawah katil di penjuru hujung. Begitulah, dia tidak akan pernah jemu untuk mencoretkan sesuatu setiap kali dia membuka kembali kenangan lamanya itu.

Mungkin, Januari 2012, dia akan kembali untuk mengunjungi lagi kotak hijau itu. Dan mungkin ketika itu dia sudah tidak punya idea untuk menitipkan apa-apa lagi kerana kenangan lama kian pudar dek perjalanan masa yang kian cepat berlalu pergi. Masa membuatkan sayang bertandang, dan masa jualah yang membuatkan sayang dan kenangan itu pergi.

~tak ada kena mengena dengan sesiapa pun, sekadar coretan kenangan.

~terpengaruh menulis benda ni bila selalu sangat dengar coretan kenangan "aku dia dan lagu" kat radio Klasik.fm.

~lagu tema entri ni Sentuhan Kecundang by Rahmat Ekamatra..

~Lirik Lagu Sentuhan Kecundang Oleh Ekamatra

Kita tempuh segala rintangan
Kecundang jua menimpa
Kita telah mencuba segala
Namun tewas akhirnya

Putus tak bisa disambung
Kusut tak terhurai
Hilang tak bisa diganti
Patah kekeringan

Cinta terlarang bagai terbuang
Dalam rimba yang gelap
Dan penuh duri

Mestikah aku meratap
Membinasakan diriku
Atau ku biar saja
Ia berlalu

Sentuhan kali terakhir
Abadi dalam hatiku
Tak dapat ku menghalang
Perpisahan ini

November 9, 2011

Nazirah = Makanan

hurmm.... Tengah otak ni ligat memikirkan bertapa beratnya nak habiskan cuti kali ni, tiba-tiba suatu bayangan mucul difikiran. Sesuatu yang lembut, berwarna keputihan, rasanya lemak, yang... aduh..... stop.... stop...... Jangan membayangkan lagi!!!!!!!!!! Nanti aku tak dapat tiduq malam pulak. Sebenarnya, aku nak sedapkan hati untuk tak rasa berat hati nak tinggalkan kampung halaman Jumaat ni. Jadi, otak aku yang licik mula la memancing diri aku ini dengan makanan kegemaran aku, LAKSAM.............. Yeppppp..... Aku jatuh cinta pandang pertama dengan laksam ketika aku berada disana, dan sepanjang aku dok merasa laksam, laksam yang kat Kuala Terengganu palinggggggggggggggggggggggg best!!!! Aku tak tipu.. Terutamanya laksam kat depan pintu belakang UMT.. Serius aku cakap, aku kalau lalu pi pantai belakang UMT, mesti kena pi gerai mak cik tu dulu. Tapi, dah lama dah tak pi. Semenjak negeri pantai timur dilanda musim hujan (T_T). Rindunya nak makan laksam mak cik tu. Kat UniSZA tak dak pulak yang menjual laksam. Kalau nak makan pun kena keluaq pi pasar malam la.


Ok ni gambar yang sebijik macam laksam kat gerai mak cik depan UMT tu.. Kuah dia bila makan, dapat rasa isi ikan..walaaaaaaaaaaaaaaaaaa............sedapppppp....




Hari ni dah hari rabu, nak masuk khamis, jadi dah tinggal satu hari untuk aku balik. Jadi, aku kenalah clearkan check list aku. CHECK LIST? Nak tau check list mende yang aku buat sebelum balik bercuti hari tu? Hahahahahahaha.... Tak lain tak bukan, check list makanan yang perlu aku makan semasa cuti semester aku kat rumah. Antara makanan yang masuk dalam senarai aku ;
  • Spegati kaw kakak sulung aku buat.
  • Pizza free yang kakak aku belanja.
  • Ulam kacang botol (pengaruh dari housemate aku untuk awet muda).
  • Cheese cake, kalau blueberry cheese cake lagi la bagus.
  • Kerabu mangga/kerabu lempuin/kerabu apa-apa ja lah.
  • Popia nestum edisi aku buat sendiri.
  • Nasi impit plus kuah kacang edisi mak aku buat.
  • Apom balik special Nat Balai Baru.
  • Murtabak kegemaran aku.
  • Coleslaw edisi aku buat sendiri.
  • Blueberry cheese tart (yang ni tak kesampaian, jem blueberry tak jumpa)
  • Laksa lemak edisi mak aku buat.
  • Rendang ayam edisi aku plus mak aku buat.
Itu saja kot. Alhamdulillah, dah hampir semua aku tick, kecuali lima yang terakhir. Murtabak, Insyaallah, esok Pak Long belikan, Coleslaw plak mungkin lusa baru aku dapat buat, bahan dah siap beli, tapi esok tak boleh buat, aku nak keluar, dan disebabkan aku keluar esok, jadi Insyaallah aku mungkin dapat beli blueberry cheese tart. hehehee.. Dua yang terakhir tu memang dah tak sempat, sebabnya, rendang ayam tu sepatutnya aku dengan mak aku buat masa Raya Haji. Tapi, disebabkan sibuk dengan daging, kami terlupa pasal ayam. Adoiiii, kempunan la aku untuk dua bulan yang akan datang. Laksa lemak pulak, mak aku tak sempat buat, tapi alhamdulillah, hari pertama aku balik hari tu, mak aku dah buat laksa biasa... Yummy, sedap.

Rasa pelik jugak aku kali ni, macam buat senarai untuk makan makanan ni buat kali yang terakhir ja. hahahahahahahaha....Tak da la... Aku memang kuat makan. Kan nama aku memang sinonim dengan makanan.. hahahaha....

Rasanya tak terlambat lagi kot untuk aku ucapkan, "Selamat Hari Raya Aidiladha semua"


p/s: sekarang aku teramat-amat suka nombor 11:11, sapa tahu apa maksudnya? hee~


October 28, 2011

Salman, i want to be your girlfriend


Sila tengok video ini.

Sangat-sangat memberi pengajaran.

FUhh.... Qalbu aku amat tersentuh dari minit ke 6:30 hingga 8:40.

Ayat-ayat yang ustaz tu cakap membuatkan aku rasa terpukul.

Memang dah beberapa kali ulang, aku langsung tak rasa jemu.

Dalam kehidupan kita ini, kita akan sentiasa diuji oleh ALLAH...

Cuma bezanya ujian-ujian yang datang ialah samaada kita mampu atau tak mampu untuk hadapinya.

Selamat menonton~

October 27, 2011

Pengalaman menjadi bidan.

Assalamualaikum..

Hari ini, tiba-tiba saja aku terkenangkan bayi-bayi yang pernah aku bidankan satu masa dulu. Bagaimana keadaan mereka ya sekarang. Kenangan setahun yang lalu mula terimbau.


04 APRIL 2010.

Suansana ketika itu amat suram. Bumi baru saja disirami oleh air hujan yang turun tadi. Cuaca pula sejuk dan keadaan sekeliling gelap kerana matahari sudah mula melabuhkan tirainya. Jam menunjukkan jarum enam petang ketika itu. Saat kaki aku melangkah untuk ke tandas di hujung blok aras itu, kedengaran sayu-sayu suara mengerang kesakitan di penjuru ruang yang agak tersembunyi di tepi tangga.

Aku kehairanan, bunyi apakah itu. Tanpa berfikir panjang, aku terus halakan langkah ke arah suara itu. Saat mata menangkap kelibat tubuh itu, hormon adrenalin mula giat dirembeskan oleh kelenjar adrenal melalui rangsangan hypotalamus, dan menyebabkan jantung aku berdegup dengan begitu kencang sekali. Manakala keringat dingin di dahi aku sudah mula menitis perlahan.

Ketika itu mulut aku terkunci, mata kami bertaut, dan aku dapat rasakan ada satu sinar dimatanya meminta belas dari aku. Aku dengan tindakkan luar sedar menghampirinya dan memegang tangannya. Aku langsung tak dapat memikirkan apa tindakkan yang perlu dilakukan. Kemudian aku ingin bergerak untuk meminta bantuan, namun dia menarik tangan aku sambil menggeleng lemah. Fahamlah aku bahawa dia tidak mahu hal ini diketahui oleh orang lain.

Saat itu, aku memerhati dirinya, dia seperti menahan sakit. Perutnya besar, tidak normal bagi pandangan aku. Beberapa ketika kemudian, dia kembali mengerang kesakitan, aku diam tanpa bertanya. Aku sangat pasti yang sekarang hormon oxytocin sudah mula dirembeskan oleh kelenjar pituitary. Sebabnya aku dapat rasakan yang dia tengah alami contraction pada smooth muscle dekat uterus dia.

Positive feedback mechanism pon dia alami, sebab itulah sakit yang dirasai akibat contraction makin lama makin cepat jarak masanya. Aku ketika itu menjadi sedikit gementar, apa yang perlu aku lakukan selepas ini. Tak kan lah nak terus memerhati sahaja. Lalu, perlahan-lahan aku beranikan tangan aku untuk memegang perutnya. Aku urut-urut perutnya ke bawah, kerana itu saja yang terlintas di akal aku ketika itu. Tapi aku tak tahu adakah ianya dapat membantu memudahkan proses kelahiran tersebut.

Kemudian, dia mula meneran dan aku masih lagi mengurut perutnya yang sarat itu. Tiba-tiba, satu jasad keluar, dan saat itu aku terpaku. Rasa perasaan yang sebak dan bercampur dengan gembira sekali. Akhirnya, setelah hampir satu jam dia bertarung nyawa, lahirlah juga baby yang sangat comel itu.

Tapi, perjuangan dia masih belum tamat, uri perlu juga dikeluarkan, jadi dia mula meneran untuk kali yang kedua. Sungguh perit aku lihat dia, dahinya berkerut-kerut. Saat imam di masjid membacakan surah dalam solat magrib, baby kedua dilahirkan. Dek kerana waktu magrib dah berganjak pergi, aku terpaksa tinggalkan dia.

Begitulah pengalaman pertama aku menjadi bidan. Memang sangat aku tak boleh lupa. Alhamdulillah, dia selamat melahirkan 5 baby yang comel-comel. Walaupun dia langsung tak tahu siapa ayah kepada setiap anak-anaknya, tapi dia bertekad untuk menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Saat aku melangkah pergi setelah tamat matrikulasi, iaitu 14 APRIL 2010 kesemua bayi-bayi itu baru berusia 10 hari, dan itulah kali terakhir aku melihat mereka semua. Mungkin sekarang mereka juga sudah menjadi ibu, atau mungkin sudah tiada lagi, wallahualam.






Kasih sayang ibu yang melahirkan anak tak berbelah bahagi walaupun tanpa ayah





Hanya 3 baby pertama sahaja yang aku bidankan, yang lagi dua keluar selepas aku pi solat magrib.


p/s I : doakan aku menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang ramai nanti.
p/s II: entri ni bukan main-main na, betul-betul pengalaman aku. Cuma ada sikit-sikit yang aku tambah...hahahaha...

October 24, 2011

Kisah sardin, katak dan fibroid.

Kalau gambar ni terlalu kecik, pandai-pandai la cari note yang sebenar.

Aduhai, panas hati jugak aku rasa hari ni. Mana tidaknya, hari ni aku terjumpa lagi satu artikel kat facebook mengenai sardin. Tangkap sentap aku jadinya. Ish3… Sudah-sudah la oi, ni mesti kes nak sabotaj syarikat sardin ni. Erm, tapi kan, walaupun apa yang ditulis itu tak betul, tapi kesannya kepada aku cukup hebat. Aku ingat lagi, awal tahun lepas, masa tu aku sangat “lembab”, tak banyak memikir kot, aku terjumpa satu artikel kat facebook tentang kuah sardin di tambah katak sebagai salah satu bahan di dalamnya.

Aku terpukul gila dengan artikel tersebut. Aku yang suka makan sardin tahap maxima telah menjadi loya untuk melihat sajian tu. Sampai sekarang, walaupun aku tau semua itu dusta belaka, namun diri aku masih tak boleh kembali untuk menyukai sardin. Kesiankan kat sardin, menjadi mangsa kepada makhluk-makhluk yang giat menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan segala jenis sardin dalam tin.

Dalam keghairahan kita kongsi sesuatu benda, kadang-kadang kita juga perlu kaji benda tu. Insyaallah, aku nak kongsi sesuatu la,mungkin ilmu aku tak cukup lagi, tapi aku harap sangat dapat memberi sedikit buah fikiran untuk kita terus mengkaji dan berfikir.

Ok, kita mulakan dengan cerita tentang apa itu sardin. Sardin ni merupakan canning food. Canning ni plak adalah one of the food preservation method. Heat yang dikenakan sangat tinggi, above 100⁰C for specific time (about 20minutes), bergantung kepada makanan itu sendiri. Alatan yang digunakan untuk industri ni, mana la boleh nak samakan dengan yang ada kat rumah. Pressure cooker yang industri punya lain, bagai langit dengan bumi bezanya dengan yang ada kat dapur rumah kita tu. Lagi satu, kat industri, tak ada punya guna heat biasa, selalunya guna fire-tube steam generator ka, water-tube steam generator ka, dan banyak lagi alatan yang menggunakan teknologi yang lagi canggih. Kat dapur rumah kita ada? Mesti la tak dak kan. Majoriti kat dapur-dapur kita, masak memasak hanya menggunakan LPG. Tau dak apa itu LPG? Tak kan tak tau kot.... LPG tu stand for Liquid Petroleum Gas, ala yang kita dok beli dalam tong warna biru, hijau dan kuning kat kedai runcit kat hujung kampung tu la. Yang letak kat bawah dapur gas tu.

Andai kata saudara yang menulis artikel kat atas ni nak menulis tentang keburukan sardin, mungkin dia boleh tambahkan lagi dengan membuat kajian tentang Clostridium botalinum (sejenis bacteria yang mempunyai toxin dan spora yang tahan kepada suhu yang amat tinggi). Kesan memakan toxin dari bacteria ni ialah mengakibatkan paralysis (lumpuh). Dan kajian ada dijalankan, 35 daripada 65 peratus berlaku kematian jika tidak diubati segera with botalinum antitoxin. Kenapa dia sibuk cakap pasal bahan kimia khas la, apa la. Padahal nama “bahan kimia khas” tu pon dia tak pernah nyatakan.

Yang pasal fibroid pulak, exactly causes why women develop these tumors not known. Tapi mungkin genetic abnormalities, alterations in growth factor expression, abnormalities in the vascular (blood vessel) system, and tissue, menjadi salah satu causes of development of fibroid. Mungkin juga yang ditulis saudara ini penemuan terbaru, melalui permerhatian dia, itu aku tak pasti.Wallahualam.

Insyaallah, jom belajar bersungguh-sungguh dan mengkaji lagi. Dengan ilmu yang kita ada dan pelajari sekarang, kita mungkin dapat sumbangkan untuk ummah suatu hari nanti. Sebab tu kita kena jadi pakar dalam pelbagai bidang, nanti tak lah kita senang-senang ditipu orang.
Pasal kes sardin ni, sebenarnya dah banyak sangat. Prof aku ada jugak nasihatkan, hati-hati dalam menekan butang share kat facebook, takut-takut kita menjadi penyebar fitnah. WALLAHULAM…

Yang pasal artikel tentang katak vs sardin aku tak printscreen pon, malas. Nanti ada orang yang akan alami apa yang aku rasa. Harap sangat dapat sucikan maruah sardin-sardin tempatan.

Link utk canning for food industry-http://www.fao.org/docrep/010/ai407e/AI407E22.htm
Link utk Clostridium botalinum- http://www.foodborneillness.com/botulism_food_poisoning/
Link utk pressure canner-
http://www.dummies.com/how-to/content/food-preservation-methods-canning-freezing-and-dry.html
Doakan aku menjadi Food Technologies yang berguna untuk ummah suatu hari nanti.


Info I : Food Technology is not about to be a chef.
Info II : Food Technology = Engineering (about the mechines), biochemistry (food compound), microbiology(foodborne microorganism), accounting( to calculate balance sheet, cash flow),entrepreneur(how to marketing product), teknologi maklumat ( to get fimilar with computer), etc.

Buka minda ya, jangan jadi katak di bawah gelas. Menerima apa sahaja yang orang cakap tanpa mengetahui, merasai dan mendalaminya. Learn is fun...

Ayat campur habis dah, marah punya pasal.. Term-term yang aku blajaq semua keluar dalam bentuk tu, aku hantam taip ja la..

October 23, 2011

Oh! Satar...

Satar? Mimpi apa la aku hari ni nak tulis tentang satar. Eh3! nanti dulu..... Satar ni bukan ada kena mengena dengan Aziz Satar mahupun Izat Satar tau, langsung tak ada kaitan dengan dua orang ini. Satar sebenarnya ialah sejenis makan ringan. Ia sangat terkenal di negeri pantai timur, terutamanya negeri Terengganu. Ikan banyak sangat, sebab tu lah ikan dijadikan salah satu sumber untuk makanan ringan. Ermm..... Patut la budak-budak kat sebelah pantai timur ni bijok'-bijok' blake. Rupanya, deme-deme ni sokmo makang makanang ringan dari sumber yang berkhasiat. Ikan pun kan memang salah satu sumber protein yang tinggi. Di tambah pulak protein tu sendiri penting untuk pertumbuhan otak. Tapi itu hanyalah teori dari aku ja. Hahahaha... Allah dah bagi setiap manusia tu kebijaksanaan, kan! Tapi nok kabor nim, satar memang sangat seddddddd''''''''daaaapppppppp! (ustaz kat kursus kawen aku haritu yang ajar harakat ni)........... Tapi kan, bagi aku la, sangat membazir la kalau satar ni hanya sebagai makanan ringan. Sebabnya, ia diperbuat daripada ikan, jadi kenapalah ia tak dijadikan lauk pauk untuk makanan tengah hari ka, malam ka. Pelik kan? Jadi, setelah aku berjumpa dan mengenali satar, aku cuba ubah cara memakannya. Dan semua orang pikir aku sangat pelik ketika itu. Padahal, aku pikir depa yang sangat pelik. Hahahaha... Aku jadikan satar sebagai lauk, dan aku makan dengan nasi putih serta sayur. Kawan aku ada juga yang tegur, tapi aku jawab, kat tempat aku, tak ada orang makan lauk saja tanpa adanya nasi. Hahahahaa... Akhirnya, bila selalu sangat tengok aku makan macam tu, depa dah rasa biasa dah, dan depa hormat cara aku. Aku pon kena la hormat cara makan depa kan. Tapi..... Ish3!!!! Sangat membazir la kalau makan satar sekadar makanan ringan sahaja, lebih baik makan dengan nasi dan sajian lain. Heeee...


Ni haa satar si jantung hati aku.



Ni ada resepi untuk nak buat satar. Aku cari kat wikipedia dan laman sesawang Jabatan Perikanan Malaysia.

Bahan-Bahan ;

1. Kelapa Parut

2. Bawang Besar

3. Bawang Merah

4. Cili Hidup

5. Garam

6. Gula

7. Perasa

Cara-cara

a) Mengadun

Isi ikan diadun bersama ramuan seperti kelapa parut, bawang besar, barang merah, cili hidup dan bahan perasa seperti garam, gula serta perasa. dengan menggunakan mesin pengadun sehingga sebati.

b) Membungkus

Adunan yang telah siap kemudiannya dibungkus dengan menggunakan daun pisang berbentuk kon. Satar-satar kemudiannya dicucuk dan disusun rapat pada bilah buluh yang telah disediakan.

c) Membakar

Satar boleh dibakar menggunakan dua cara iaitu menggunakan arang atau 'griller.' Semasa membakar, jarak di antara bara api dan satar hendaklah tidak terlalu dekat supaya pembalut tidak hangus dan isi masak sepenuhnya.




Kadang-kadang, aku tengok satar ni macam salah satu jenis makanan yang seksi juga la.



Nak lagi resepi ;

Yang ini aku dapat dari Pak cik Wiki.. Lagi terperinci la. Boleh kalau nak cuba. Mak cik-mak cik yang jual kat pasar malam kat belah utara tu, cuba-cuba la belajaq, nanti boleh la aku pi beli..

Bahan-bahan

  1. 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
  2. 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  3. 8 biji buah keras
  4. 2 cm halia, dicincang halus
  5. 3 biji bawang merah, dihiris
  6. 1 ulas bawang putih, dicincang
  7. 150 g kelapa parut putih
  8. Garam
  9. 1/2 camca gula
  10. 1 camca belacan
  11. 2-3 biji lada merah, dicincang
  12. 1-2 camca serbuk lada
  13. 1 helai daun salam, dimayang
  14. 1 helai daun kunyit, dimayang
  15. Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  16. Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara penyediaan

Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).

Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak

October 9, 2011

Jamuan Hari Raya

Alhamdulillah, hari ini aku masih lagi diberi nikmat untuk bernafas dan diberi peluang untuk terus merasai nikmat-nikmat yang tidak ternilai harganya. Sepanjang hampir sebulan aku memulakan kuliah, pelbagai kisah yang aku lalui. Ada yang membuatkan aku rasa suka, dan ada juga yang membuatkan aku berduka. Biasalahkan, nama pun hidup, mestilah dirundung suka dan duka, kan. Namun, alhamdulillah, aku masih dapat berdiri dan tak rebah tersungkur ketika ini. Ini kerana ALLAH kurniakan aku dengan sahabat-sahabat yang sangat baik.

Jadi aku ingin ceritakan sikit kisah aku di awal semester yang baru untuk tahun ini. Ianya berkaitan dengan kawan-kawan sekelas dengan aku. Jumlah kami semua ialah 35 orang, 33 kuntum bunga dan hanya 2 ekor kumbang. Umur kami lebih kurang sama, cuma beza setahun dua saja. Namun, aku kira kami tak ada apa-apa masalah dengan umur.

Untuk semester kali ini, kami merancang untuk mengadakan jamuan hari raya. Jadi, setelah semua bersetuju, maka kami pun menetapkan waktu. Tapi jamuan tersebut hanya untuk pelajar perempuan saja. Maaf, bukan diskriminasi, tapi kami buat jamuan itu di asrama saja, jadi kami tak jemput pun dua kumbang kesayangan kelas kami tu.

Ditambah pula dengan suasana syawal yang masih berbaki. Pada hari jamuan itu, aku tersenyum sendiri, dalam hati kecil aku terdetik rasa bahagia sangat. Bahagia kerana dapat berkumpul dengan mereka semua. Sebelum ini, tak pernah untuk aku duduk dan makan bersama-sama dengan mereka semua, tapi jamuan kali ini aku rasakan seperti dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kami semua. Dan disebabkan kami punyai 3 tahun lagi untuk sama-sama berjuang, kami harus terus mengeratkan lagi ikatan ini agar saling melengkapi satu sama lain. Amin..


Macam-macam jenis kuih raya yang depa ni bawak. Sedap-sedap pulak tu.

Rakan kami yang berbangsa cina juga tidak lupa untuk sajikan kami dengan kuih bulan. Sedap!

Inilah kami, keluarga Food Technology 2010/2014 yang comei-comei blako.