June 10, 2011

わたしの なまえは ナジラです。


Bahasa Jepun? にほんご。

Dah 5 tahun aku tinggalkan bahasa ini. Sayang memang la sayang. Bila difikirkan balik, dulu aku belajar hanya untuk peperiksaan. Terdetik hati aku bila tengok adik-adik yang belajar bahasa jepun di sekolah dulu makin cekap. Aku? da 90% lupa. Adoii..... Sayangnya..... Oleh itu, disebabkan permohonan aku untuk menjadi cikgu sandaran ditolak, aku pun bertekad, nak kuasai semula bahasa yang dulunya aku dah hampir-hampir berjaya tangkap sepenuhnya. Untuk aku latih otak aku agar tak tepu sepanjang 4 bulan tanpa buat apa-apa. Sekurang-kurangnya otak aku akan berjalan juga lah kan. Aku mulai diri aku dengan mempelajari dari asas. Memang agak susah, kalau dulu seminggu aku dah dapat hafal semua huruf-huruf ni, tapi sekarang otak aku yang melepasi usia 20an dah tak secekap dahulu. Aku bertambah-tambah bersemangat apabila melihat kawan satu kos aku yang telah menyertai kelas bahasa jepun. Kenapa tidak aku cuba untuk ingat semula. Pasti boleh!!!!!!!!!4tahun aku belajar semua itu, dan dengan baki 4 bulan cuti yang ada, aku akan pastikan aku boleh kuasai bahasa yang amat aku minati ini. Ingat!!!!!!!!!! Belajar kerana ALLAH, jangan sebab nak dapat A atau lulus saja. Ya, dulu itulah tujuan aku belajar, subjek itu wajib diambil oleh setiap pelajar sekolah aku. Tapi sekarang, aku kena lebih berusaha dan tetapkan niat. NIAT itu penting. Andai kerana ALLAH, insyaallah kedua-dua aku akan dapat.
Jom kawan-kawan kita belajar asas...

June 8, 2011

Aku rindu roomate lama aku..

2010 merupakan tahun pertama aku di universiti itu. Semasa aku mendaftar, aku cedera di kaki. Oleh yang demikian, aku memohon di pejabat asrama untuk menukar bilik ke tingkat 1. Alhamdulillah, permohonan aku di terima. Namun begitu, aku di tempatkan di blok J. Sepatutnya bagi majoriti pelajar kos aku, kami ditempatkan di blok K. Tapi disebabkan aras bawah blok K dah penuh, aku di tempatkan di blok J. Ala, sebelah blok ja pun, no hal la. Aku bermonolog sendirian tanpa aku tahu akibat yang bakal aku hadapi apabila duduk berasingan dengan pelajar yang satu kos dengan aku. Blok J dikhaskan untuk pelajar Jururawat(lagi sedap sebut nursing). Satu aras blok memiliki empat rumah, manakala satu rumah memiliki 5 bilik yang dilengkapi tandas+bilik mandi, dapur, bilik ampaian serta anjung(tempat kegemaran aku sidai baju, kalu nasib kurang baik, baju kena rampas). Satu bilik, 2 orang pelajar. Roomate aku orang Kelantan, umur dia 20tahun, muda satu tahun dari aku. Selepas genap 1 tahun aku hidup dengan dia di satu bilik, aku makin selesa dengan dia. Aku pun da paham perangai dia, dan banyak juga rahsia yang aku kongsi dengan dia. Kadang-kadang aku suka mintak pendapat dari dia, pemikiran orang yang lagi muda kadang-kadang lebih matang tau.... Pernah satu ketika, aku demam. Masa tu bulan puasa. Aku mati-mati tak nak buka puasa. Dia marah aku sebab tak mboh(eh3...bahasa ganu plak(=.=") ), sebab aku tak mau dengar cakap dia. Akhirnya lepas telefon mak aku, mak aku suruh aku buka puasa. Melihat aku yang sudah buka puasa, dia dengan pantasnya mengambil termometer yang memang setiap pelajar nursing mesti ada, dan terus suap di mulut aku..(personalitinya sebagai seorang jururawat amat ketara ketika itu)... Adoi!!!!!!!!!!!! Hari itu kalau tak silap aku, lebih dari 5 kali aku mandi, sebab dia cakap bila mandi, haba dalam badan akan keluar, lagi satu, berbotol-botol air masak aku minum. Sebab dia cakap, bila banyak minum air, nanti cepat nak buang air, bila buang air, haba dalam badan pun turut keluar sekali. Itulah kenangan aku demam dan dialah yang menjadi jururawat aku. Lagi satu, masa musim peperiksaan, aku akan dapat belajar apa yang dia belajar, sebab dia ni suka sangat bercerita segala nota yang dibacanya. Daripada sakit puan, sakit tuan, kanak-kanak, mental, macam-macam lagi lah...Banyak lagi benda yang aku lalui dengan dia, banyak sangat sampai tak tahu nak diceritakan. Tapi aku bersyukur sebab dikurnia dia oleh ALLAH untuk bersahabat dengan aku.. TakdirNya jua aku tersesat seorang diri di blok J(blok jururawat).... Ni ada satu artikel yang kami dua jumpa dalam facebook dan kami cuba aplikasikan 2 minggu sebelum cuti semester yang lepas. Hahahahaa..... Kerja gila yang kami cuba tiru sebelum berpisah.

20 Cara Menjadikan Roomate Anda Gila

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.




Apapun, roomate aku kenal siapa aku...

"che nad!!! tutup lampu tuh, nak takut apa, tak dak apa-apa nak kacau eh..."
"che nad!!! bangunn....dah pagi"
"che nad, dah solat belum?"
"che nad!!!dah mandi belum?"
"che nad!!! dan che nad!!!....................................................... Ni gambar yang dia edit, J1/2 tu nombor rumah kami la... Teddy bear biru tu aku punya..hehehe...

Tula dia roomate aku, suka betol teddy bear banyak-banyak. Bukan semua milik kami...


Dan baru aku sedar, gambar aku ngan dia tak dak satu pun...
Ada tu ada, tapi aku tak sempat nak copy dari dia..huhuhu....
Sebab masa aku balik aritu dia ada kat rumah tengah bercuti...
Cuti kami tak sama..

Jernihkan hati...


Jernihkanlah hatimu dengan mengingati mati dan apabila membaca Al-Quran....

Perkongsian aku hari ini ialah tentang motivasi diri...
Jika anda rasa diri seperti kosong, tak bermakna,
maka cuba jernihkan hati.
Macam mana? Ingatlah mati..
Hati kita ini ibarat besi yang berkarat...
Andai kita selalu mengingati mati,
Insyaallah, hati kita akan semakin jernih...
Pada suatu hari, semasa hati aku tengah kosong,
aku dengan tidak sengaja(bukan tidak sengaja, tapi memang kehendakNYA)
membuka radio ikim, ketika itu mendayu-dayu suara ustaz di slot motivasi pagi
bercerita tentang ketenangan...

Dia ibaratkan utara sebagai tenang dan selatan sebagai tension(dan sebagainya yang negative)

kemudian dia berkata
" semakin kita menuju ke utara, semakin selatan jauh dari kita"

maksudnya disini, seandainya kita rasa kosong, gelisah, tension, stress dan sebagainya, andai kita cuba untuk menuju ke arah ketenangan, insyaallah segala rasa di atas akan turut meninggalkan kita...

Tapi, apa pula yang dimaksudkan dengan ketenangan?
Macam mana kita nak menuju ke arah ketenangan?

Ketenangan adalah sesuatu yang tak dapat dibeli.
Ia boleh didapati andai kita makin dekat dengan ALLAH...

Maka, apa yang kita boleh buat untuk tenang?
Lakukanlah kebaikkan, kerana apabila kita melakukan kebaikkan kita akan tenang..

Kebaikkan apa pulak dah....

Senyum----->satu contoh kebaikkan..

Keluargaku kini,,,,




Cuti...Cuti....Hari keluarga aku bercuti...Percutian yang terindah dalam tahun ini..Tak lama lagi, ahli keluarga kami akan bertambah lagi. Mungkin tahun ini, tahun depan, aku pun tak pasti.. Yang pastinya aku akan dapat abang ipar baru...Farish da genap 1 tahun, alhamdulillah dah boleh berjalan pun. Tapi masih bertatih-tatih lagi la. Tak berapa cekap lagi. Masa hari pertama aku balik, dia langsung tak kenal aku. " Farish, ni mak cik la...." Dia buat tak kenal aku. Mau tak, aku dah berapa bulan tak balik rumah. Makin cerdik anak sedara aku seorang tu. Seminggu lebih amik masa untuk dia mau dekat aku. Itu pun kalau tak dak pilihan lain dia baru mau aku dukung dia. Sekarang dia dah manja dah dengan aku. Sayang semua..............

Pesanan dari aku :
"Sayangilah orang yang tersayang selagi mereka ada..Hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa..."Aku merindui abah....

June 7, 2011

Merajuk..




Sebenarnya, hari ini aku mogok. Tak lah mogok, tapi merajuk sebenarnya. Uwaaaaaaaaaaaa...... Aku tengah lapar gila, tak makan nasi pun hari ini. Aku merajuk, aku cuma minum susu dengan oat aja tadi. Itupun curi-curi ke dapur. Nasib baik dalam bilik aku ada biskut. Dari pukul 12 tadi aku mengurung diri dalam bilik. Laptop ini pun tak tutup dari tadi. Kesian kat baby aku ni, dah panas dah yer. Aku kena marah, sebab pecahkan cawan, tak masak nasi("nanti suruh baru nak buat").. Alaaa....aku lambat sikit aja ke dapur, dah dituduh tak mau buat. Huhuhuhu... Sepanjang satu bulan aku balik ni, aku dah cuba sedaya upaya untuk berkelakuan baik. Tak cukup baik lagikah aku dimata mereka? Mungkin............. Esok aku buat la semua kerja tu. Dari sapu sampah, kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju, masak nasik, jadi co tukang masak... Ingat, jangan nanti disuruh. Buat semua benda itu sebelum disuruh. Lapar....Lapar.....LapaQ........
Amaran!!!!
Jangan tiru aksi ini di rumah...

tut..tut....tut....


Tiba-tiba hari ini aku dapat satu mesej dari seorang sahabat yang dah lama aku kenal, tahun 2008. Dan takdir ALLAH aku bertemu semula dia dimenara gading, 2010. Dia seorang yang cukup tabah aku kira, sebab banyak perkara yang ALLAH uji dia yang aku rasa kalau aku, aku tak mampu untuk nak hadapi dengan setabah dia.

Bulan puasa 2008, dia datang ke bilik aku. Bersama-sama telefon bimbit yang aku kira baru di belinya. Dia mahu meminjam laptop aku untuk mengisi lagu di telefonnya. Sambil memindahkan lagu, aku bertanya, "mak tau dak beli henpon baru ni?".
Dia hanya diam tanpa bicara, aku mula hairan. Lalu aku ulang semula pertanyaan itu. Dengan berat hati dia menjawab, "mak kita dah tak da, awal tahun hari tu sebelum mendaftar matrik dia meninggal, lepas itu abang kita pun meninggal tahun yang sama. Jangan risau, kita dah bagi tau abah kita la." Aku terdiam, tak ada lagi soalan yang terkeluar dari mulut becokku.

Di suatu petang di pertengahan Ramadhan 2008,
"Abahhhhhhhh...... Abahhhhhhhhhhhhhhh........ Abahhhh..."
Ish, sapa la pulak dok melalak petang-petang ni, kacau betol lar. Nak rehat pon kacau la. Sudah biasa benda ini berlaku, kami satu aras memang suka bising. Menjerit la, gelak la. Macam-macam. Tapi, kenapa macam lain ja jeritan petang ini. Betoi ka depa menjerit saja-saja tu. Aku dan dua orang kawan sebilik aku pun menjenguk bilik ke koridor aras kami. Aku lihat dia sedang menangis sambil menjerit nama abahnya. Kenapa ni? Aku lantas keluar dari bilik. "Apa dah jadi dengan Nur(Bukan nama sebenar)?"
"Tadi family dia telefon, abah dia meninggal."
Ya ALLAH, ujian lagi buat dirinya. Aku hanya mampu memerhati dia menangis serta lemah meronta-ronta meratapi satu lagi kehilangan insan yang dia sayangi sambil ditenangkan oleh kawan sebiliknya. Hanya tinggal seminggu lagi Hari raya aidilfitri, mestilah sangat sedih.

Februari 2009....
Aku dikehendaki pulang awal ke matrik sebab ada kursus dan aku dapat tahu sepanjang cuti 2 minggu ini dia tak balik kampungnya. Mujurlah kafe buka sebab budak-budak PDT(program dua tahun) tidak bercuti. Dia ceritakan kepada aku yang dia curi-curi tinggal di asrama dan berlakon memakai baju seperti hendak ke kuliah jika mahu membeli makanan di kafe. Aku tidak sampai hati mahu bertanya kenapa dia tidak pulang. Tapi aku tertanya-tanya, tak takutkah dia duduk sorang-sorang kat blok asrama tu. Memang ada budak PDT, tapi aras aku hanya ada seorang saja dan blok aku agak terpencil dan dibelakangnya hutan. Sebelum aku pulang semula ke kampung aku untuk menyambung cuti aku, aku pergi bertemu budak PDT aras aku tu. Aku bertanya kemanakah dia pergi? Telefonnya langsung tak dapat aku hubungi. Rupa-rupaya dia ke KL, rumah satu-satunya abang yang tinggal. Sepanjang cuti semester itu, aku langsung tak dapat menghubungi dia.


Selepas cuti aku bertanya, dan dia menjawab telefon itu sudah dijualnya. Aku hanya terdiam. Selepas habis matrik aku lost contact dengan dia. Ditambah pula aku memang langsung tak berhubung dengan kawan-kawan matrik lama, sebab aku tak suka ingat kembali kenangan di sana(ni cerita lain)...

July 2009
Aku pasti semua kawan-kawan aku di matrik dulu sudah mendapat tawaran universiti,termasuklah dia. Aku? aku GAGAL... Aku terpaksa mengulang semula matrik. Yang pastinya, jauh meninggalkan Negeri Sembilan iaitu Matrikulasi Kedah. Kekecewaan aku membuatkan aku melupakan segalanya tentang kenangan di matrik dulu, termasuklah dia.

Hari berganti hari, aku makin sibuk dengan aktiviti aku. Sehingga aku langsung dirinya.

June 2010,
Aku dapat tawaran universiti di Terengganu. Aku pergi dan mula belajar di sana. Universiti aku ada 3 kampus, Kampus Gong Badak(kampus utama, majoriti kos agama), Kampus Kota( kampus untuk semua budak kos sains termasuk untuk kos aku, tapi sekarang dah dimanipulasi sepenuhnya oleh fakulti sains kesihatan bersekutu-medic,dietetik and so on yang berkenaan) dan yang terakhir Kampus Besut(masih dalam proses untuk siap dan dikhaskan untuk 3 fakulti termasuk fakulti aku, so 2012 aku akan ditendang ke Besut).

Berbalik kepada cerita dia, suatu hari aku ke kampus kota, makmal aku semua dekat kampus tu. Tiba-tiba, dalam perjalanan aku ke arah kawan-kawan aku yang berkumpul di bawah kanopi, ada sesorang menjerit nama aku lalu memeluk aku. Aku kaget, kawan-kawan aku pun turut kaget melihat aksi itu. Aku masih tidak dapat melihat orang yang memeluk aku, dan bila aku menoleh, aku lihat wajah dia. Ya ALLAH, di negeri ini, aku di temukan semula dengan dia. Aku kembali memeluk dia. Sebak rasa ketika itu. Kemudian kami berborak-borak dan aku meminta nombor telefon dia. Selepas sama-sama bertukar salam, dia berlalu meninggalkan aku, dia ada kelas.

Dan kini aku bersahabat semula dengan dia. MAAFKAN aku SAHABAT kerana memutuskan tali persahabatan kita sebelum ini. Moga dirimu sentiasa dirahmati oleh ALLAH...

Sekarang dia aku lihat makin kuat dengan tarbiah oleh sahabat-sahabat satu usrah dengannya. Dan aku juga lihat cahaya keceriaan dimatanya. Moga dengan adanya usrah(keluarga) yang baru ini dapat membuatkan dirinya tetap tabah dalam menghadapi segala ujian.


Ini mesej yang dihantar olehnya untuk aku, sahabatnya sebagai peringatan....
Ukhti, "Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu, kerana sesungguhnya ALLAH tidak pernah merasa bosan sehinggakan kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh ALLAH ialah yang dilakukan secara BERTERUSAN walaupun sedikit" (HR Bukhari & Muslim).. Moga istiqamah walau dimana berada..

Aku ketagih...

Pejam celik, dah hampir satu bulan cuti semester aku berlalu. Bila difikirkan, macam baru saja sampai di kampung halaman, rasa macam baru semalam naik bas dari Kuala Terengganu dan macam baru saja pagi tadi sampai di Kangar. Sebenarnya aku nak cerita pasal benda aku ketagih amat sangat. Aktiviti yang aku ketagih sangat adalah membaca. Sebenarnya, sekarang aku tengah merajuk untuk membaca. Sebabnya ada satu kejadian sadis dah berlaku. Oleh itu, sampai ke hari semalam aku merajuk. Aku merajuk sebab tak dapat nak pi pesta buku yang lepas. Sebabnya tarikhnya jatuh masa kemuncak aku tengah final exam. Aku sangat kecewa.
uwaaaaaaaaaaaaaa................................aku nak buku terbaru Ramli Awang Mursyid, Sutera Bidadari. Nak! Nak! Nak! Nak jugak...................... Banyak lagi buku dari penulis kegemaran aku yang baru keluar. Semuanya aku tak dapat tengok walaupun sekadar pada kulit buku. Maklum lah, aku duk Perlis, buku-buku baru keluar lambat sikit nak sampai. Adoi..... Dan sekarang aku langsung dah tak ada perasaan teruja untuk memiliki koleksi buku-buku yang selama ini aku impi-impikan.
Dengan saki baki ketagihan aku hari ini, aku pun mula la intai-intai blog-blog yang aku suka stalker. Alhamdulillah, ketagihan aku mula dirangsang semula. Aku mula rasa menyesal sebab dah hampir sebulan aku merajuk kepada satu-satunya hobi yang aku paling suka ini. Dan disebabkan buat masa sekarang aku tak ada apa-apa buku pun untuk dibaca, aku pun mula la balik aktiviti lama yang aku selalu buat masa kat U disaat aku tertekan, iaitu baca blog dalam masa beberapa jam tanpa henti. Inilah antara blog yang kerap aku intai kebelakangan ini :

  1. Kereta Mayat
  2. Aidileaks
  3. Burungman
  4. Terompah Caring
  5. Yang terbaru ....Blog Rozaimi & Pak cik Hashim
Blog kereta mayat aku paling suka la, sebabnya banyak yang aku dapat ditambah pulak penulis, Encik Hamka, suka post benda yang diselitkan dengan benda-benda lawak. Sampai aku boleh gelak tergolek-golek suka dengan lawak dia. Ada lagi blog lain, tapi depa macam tak aktif update. hohohoho... Aku ni pulak jenis suka baca post yang panjang-panjang dan berterusan macam yang blog Rozaimi & Pak cik Hashim punya post cita tentang Memoirs of a gambler. Ada lagi, Langitilahi, dari seorang penulis kepada banyak penulis. Langitilahi sangat aku suka, sebab banyak post untuk mentarbiah hati.
Salah seorang penulis Langitilahi ialah penulis buku diatas, tak sabar aku nak miliki kalian berenam.. Bila dah dapat akan aku jaga dan tatang bagai minyak yang penuh. Hahahahaaha....
Aku lagi suka baca tulisan tanpa ada apa-apa gambar. Sebab aku rasa tulisan itu sangat unik tanpa apa-apa gambar sebab ia mampu menceritakan sesuatu yang dapat dibayangi oleh pembaca.TJuga buat penulis yang dianugerahkan sesuatu yang istimewa oleh ALLAH untuk mereka, jangan pernah berhenti menulis, kerana banyak orang yang nak baca tulisan kalian.
Dan, ketagihan aku tak akan pernah berhenti!!!!

Ujian dari ALLAH

ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatanya yang dikerjakannya. "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


Sehari, dua ini aku diuji. Doakan aku, moga aku kuat. Ya ALLAH, pedihnya..

June 4, 2011

Terasa Diri bersemangat.


Pagi-pagi ini, lepas jalan-jalan ke blog orang, dapat la juga sesuatu yang mendidik hati. Post tuan punya blog ini macam sarapan pagi buat aku. hehehehehe...... Tapi aku ambil bahagian kesimpulan saja la, sebab bahagian ini sangat menyentuh hati aku, terasa seperti embun pagi telah menyirami hati aku. Cewah, ayat, tak boleh belah. Terima kasih buat tuan punya blog ni, di atas post yang sangat menyentuh hati saya, Penyakit Nanti Begitu Baru Begini.

"Kesimpulannya, mahu jadi pelajar cemerlang, hari ini kena start rajin baca buku, ulangkaji, study smart dan sebagainya. Mahu jadi suami yang soleh, isteri yang solehah, hari ini kena start ubah sikap, perangai, akhlak, dekatkan diri dengan Allah, tambahkan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Mahu jadi ayah dan ibu yang disegani dan dihormati anak-anak, hari ini kena start istiqamah dengan amalan, baiki kelemahan, terapkan nilai positif dan sebagainya. Mahu cemerlang dalam kerjaya di masa hadapan, hari ini kena start bina personaliti, ubah sikap negatif, sifat malas, bertangguh dan sebagainya."

Jom berubah!!!!!!!

June 3, 2011

Kenangan Terindah 1996


Tiba-tiba malam ini aku rasa sebak la pula. Kenapa asyik dok teringat kenangan dulu-dulu ni. huhuhuhu.... Gambar diatas, diambil sebelum abah meninggal dunia. Aku 6tahun baru masa itu. Kakak sulung, tudung merah tingkatan 1 dan kakak kedua 11tahun. Yang kacak tu arwah abah aku, umur dia masa itu baru 36, mak aku pulak 33. Gambar aku diletakkan kartun sebab aku tak pakai tudung lagi masa itu.

Aku 13 tahun yang lepas.

  • 10 Januari 1990, aku lahir.
  • Anak keempat dari lima beradik, semua perempuan.
  • Orang kata muka aku turun abah aku.
  • Masa ini umur aku 9 tahun.(setahun selepas abah meninggal)
  • Susun baju kurung pun aku letak kat depan. hahahahahahaha... Sepatutnya kat tepi la.
  • Tudung warna merah, baju warna hijau. Sepadan ka dak ek?
  • Baju kurung ini kalau tak silap baju raya aku tahun itu.
  • Kecil-kecil dulu mesti aku suka warna hijau. Sebab gerek aku pun warna hijau juga.
  • Aku sempat menjadi anak bongsu selama 11tahun.
  • Tahun 2001, adik aku lahir lalu merebut takhta tersebut. Aku pasrah.
  • Kasut yang aku pakai itu kalau tak silap kasut raya.
  • Beli kat Padang Besaq, warna hitam dan ada gambar Hello Kitty.
  • Kawasan latar belakang gambar ini diambil masih sama seperti 13tahun yang dulu.
  • Cuma, pokok bunga kecil-kecil tu dah tak dak la.
  • Aku dulu dan sekarang tetap sama, cuma makin besar la.
  • Nama pun 13 tahun bertambah, mestilah berat pun bertambah. hahahahaa
  • Yang ambil gambar ini ialah kakak sulung aku.
  • Itu sahaja la yang aku ingat.

Kecantikkan Semulajadi

Cantik itu satu subjektif, tapi kita sebagai seorang muslim perlulah sekurang-kurangnya menjaga personaliti kita. Sentiasa bersih dan kemas, boleh membuatkan diri kita lebih bertenaga, sihat, ceria dan banyak lagi. Orang pun mudah dekat dengan kita. Ok, hari ini aku nak kongsi rahsia kecantikkan. Tapi bukanlah rahsia kecantikkan sangat pun, cuma tips yang boleh digunakan untuk menjaga diri kita.
Bahan-bahan utama, sudah semestinya bahan makanan(well....i'm a food technologist wanna be)

Pertama sekali, Susu tepung (Nespray ka, Omega ka, apa-apa jenis pun tak apa).
Masukkan 5-6 sudu susu tepung (nak lebih pun lagi bagus), campurkan dengan air suam, kacau sehingga sebati di dalam bekas sederhana besar dan bawa masuk dalam bilik mandi. Basahkan badan anda dahulu, kemudian diikuti dengan mandi susu tersebut. Letak sikit-sikit di atas permukaan kulit, biar susu itu menyerap kedalam kulit anda. Setelah habis semua susu di letakkan di permukaan kulit anda, tunggu 5minit agar susu itu kering. Selepas itu, boleh la dibilas. Amalkan seminggu sekali, Insyaallah kulit anda akan lembut.
Yang kedua ialah Oat(Pastikan oat asli bijian penuh, instant punya tak boleh) dan Madu (Tak kesah la madu asli ka, madu tualang ka, asalkan madu). Satu sudu oat dicampur dengan satu sudu madu dan digaul. Kemudian letakkan di muka sebagai mask. Biarkan selama 30minit, kemudian cuci. Keesokkan harinya anda akan rasa kulit muka anda sangat berminyak, ini bermakna, minyak telah keluar dari kulit muka anda. Hanya 3 kali seminggu, jangan lebih! Sebab, kulit kita juga memerlukan minyak tersebut.
Seterusnya Limau purut. Kulit dah, muka pun dah, sekarang untuk rambut. Potong limau purut ini menjadi 8 bahagian yang kecil-kecil, kemudian gosokkan di rambut serta kulit kepala. Biarkan seketika kemudian boleh dibilas. Limau ini juga boleh di gosok di bahagian badan yang mengeluarkan peluh seperti ketiak dan pelipat-pelipat badan. Rambut anda akan berbau harum dan juga dapat mengatasi masalah kelimumur. Seminggu sekali(2-3 biji).
Sebenarnya semua makanan diatas mudah diperolehi, kadang-kadang kat dapur rumah kita memang dah ada pun, kita ja yang tak pernah ambik tau apa kegunaan makanan tersebut untuk diri kita. Yang kita tahu, nak beli mask yang mahal. Bukan setakat mahal, bahan kimia pun turut menjadi ramuan mask yang kita beli itu. Silap-silap, ada pula bahan-bahan yang tidak diyakini kebersihannya(tak kata tak halal na, cuma tak bersih). Mana tau kan, kita asyik percaya aja kat orang yang mengeluarkan bahan-bahan tersebut, tapi adakah mereka mengambil kira kita? Fikir-fikirkan.

May 23, 2011

Bila Aedes berleluasa..


Hahaha.. Nasib kau la aedes. Berkepul-kepul asap, sampai da tak nampak apa dah.

May 22, 2011

Whole Grain

This time i want to share with all of you about whole grain..Let me introduce it,

Whole grains are important sources of fiber and nutrients. A whole grain is an unprocessed plant kernel that

contains three parts: the bran, germ, and endosperm. The bran is the fiber-rich part of a grain kernel.

The germ is nutrient rich and is a good source of selenium, magnesium, potassium, B vitamins, and iron as well as other nutrients. The endosperm is the starchy, inner part of the grain.

This is whole grain.

Unfortunatelly,when grains are milled or refined, the bran and germ portions are removed,leaving only the endosperm. Refining removes important dietary fiber, vitamins, minerals and other naturally-occurring plant nutrients.Though most refined grains are enriched with vitamins and iron after processing. Meaning that, only nutrients are added back, but not for fiber. Therefore, because of the lack of fiber, refined grains are digested, converted to glucose, and absorbed into the blood stream quickly which leads to a rapid and significant increase in blood glucose and insulin levels. Due to this connection to elevated post-meal blood glucose and insulin levels, highly refined diets have been linked to obesity, development of type 2 diabetes and cardiovascular disease.

Refined grain

So, do you realize now? Refined grain is grain that have less benefit than whole grain. But, people choose appearance rather than the huge nutrient inside. It is just same as they look at people!


OK2....check it up...some example of whole grains and refined grains

Whole grains include: bread or pasta made from whole-wheat flour, oatmeal (but not the instant type), brown rice, buckwheat, popcorn, whole cornmeal, wild rice, and barley.

Refined grains include: white rice, white flour, bread and pasta products made from white flour, refined breakfast cereals , snack foods, "instant" grain products (for example oatmeal or rice).

So,how about "Beras cap Rambutan", "Beras Jati" and " Beras Taj Mahal Faiza Herba Ponni".

Are all brands of that rice are whole grain? Think about it..

Look cute,right?


How about this?


May 17, 2011

Cinta pandang pertama Mr S...........

Di suatu hari, angin bertiup sepoi2 bahasa.Mendamaikan perasaan sesiapa pun yang merasainya.Kelihatan seorang gadis berbaju kurung merah jambu berjalan keseorangan.Riak diwajahnya kelihatan berseri-seri.Si gadis berjalan melintasi longkang dengan berhati-hati.Dari satu blok ke satu blok yang lain.

Si gadis dengan sebuah beg merah jambu ditangan tersipu-sipu tersenyum.Entah apalah yang diangankan.Seketika kemudian,muncul sahabat si gadis dengan berwajah teruja.Rupa-rupanya,kedua-dua sahabat itu ingin ke pasar malam buat pertama kali semenjak mereka mula menetap di negeri baru ini.

Dengan suasana petang yang tenang,mereka mula berjalan menuju ke hadapan pintu pagar kediaman yang tersergam megah.Kedengaran hilai tawa diselang seli dengan gurau senda dua sahabat itu.Si gadis pula sibuk menceritakan perkara baru yang berlaku sepanjang berada di negeri baru itu.

Kira-kira 15minit perjalanan,mereka pun tiba.Pasar malam agak sesak dengan kehadiran penduduk setempat untuk mebeli barangan keperluan masing-masing.Si gadis dan sahabat tidak kurang juga,mereka mula berjalan untuk mencari makanan dan barangan keperluan mereka.Pengalaman pertama di pasar malam negeri baru ini amat mengujakan mereka berdua.Mana tidaknya,pelbagai jenis makanan dijual,dan ada sesetengahnya tiada di tempat mereka.Satu kawasan pasar malam itu habis dijelajah oleh mereka berdua.

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang dan si gadis sudah mula penat untuk berjalan lagi.Barangan di tangan pun sudah penuh dengan pelbagai juadah dan barangan lain.Namun,sahabat si gadis belum puas berjalan dan belum habis membeli makanan.Dengan kesabaran si gadis tetap menunggu sahabatnya.

Tiba-tiba,si gadis terpaku melihat seorang pemuda yang sungguh kacak.Senyuman jejaka itu dihiasi dua lesung pipit,matanya yang kuyu dan badannya yang sasa membuatkan hati si gadis tertawan.Si jejaka dengan kebetulan menoleh ke arah si gadis,mata mereka bertentang,hati mereka bertaut.Itulah cinta pandang pertama mereka.

Mulai dari hari itu,si gadis mula menjalinkan hubungan cinta dengan si jejaka(Mr S).Setiap minggu Si gadis akan ke pasar malam untuk berjumpa dengan Mr S.Menatap wajah Mr S membuatkan si gadis cukup bahagia.Melihat senyuman Mr S membuatkan si gadis seperti diawang-awangan.Cukup bahagia hingga tak terucap dengan kata-kata.

Hari berganti hari,hubungan Mr S dan si gadis makin erat.Si gadis bagaikan tak bernyawa tanpa Mr S.Setiap saat denyutan nadinya,hanya Mr S dibibir.Mr S segalanya dalam hidupnya.Setelah 3bulan di negeri baru,tibalah cuti yang panjang buat si gadis.Bengkak mata si gadis menangis kerana terpaksa berpisah dengan Mr S selama 2bulan.

Di rumah,si gadis tak keruan menghitung hari.Si gadis ingin kembali untuk bertemu dengan buah hati kesayangannyan, Mr S.Setiap hari si gadis lalui penuh derita kerana merindui Mr S.Si gadis ingin menatap wajah tampan dan senyuman Mr S.Tapi,apa daya si gadis.

Akhirnya,tiba jua waktu yang dinanti-nantikan,si gadis pulang semula ke negeri baru selepas selesai cuti 2bulan.Hati si gadis melonjak keriangan.Tak lama lagi bolehlah si gadis bertemu dengan Mr S kesayangan si gadis.Bolehlah si gadis menatap hidung mancung, mata kuyu dan senyuman yang dihiasi lesung pipit kepunyaan Mr S.

Petang itu,seperti biasa si gadis berjalan kaki menuju pintu pagar.Berdebar rasa hati si gadis kerana terlalu rindukan Mr S.Si gadis memperbesarkan langkahnya apabila merasakan sudah tidak tertahan lagi menangung rindu terhadap Mr S.Seandainya ada sayap,akan dia terbang ke pasar malam untuk bertemu intan payungnya.

Apabila kaki menjejak tapak pasar malam,si gadis tiba-tiba terlihat satu susuk tubuh yang amat dikenali.Ia,itu Mr S.Tapi mengapa dia bersama-sama wanita lain.Mereka kelihatan mesra.Wanita itu juga ada mencium pipi Mr S.Apakah si gadis bermimpi?Adakah itu Mr S yang selama ini yang dirinduinya.

Mr S,mengapa engkau mainkan hati si gadis begini.Hancur luluh hati si gadis.Dunia bagaikan bergoncang ketika itu.Si gadis berlari pulang,dia sudah tidak sanggup melihat aksi mesra Mr S dan wanita itu.Sepanjang perjalanan pulang,si gadis menangis semahu-mahunya.Sayang yang dia beri,kecurangan yang dibalas.

Sekarang sudah genap setahun kisah si gadis dan Mr S.Si gadis makin tabah menghadapi kekecewaan dahulu.Si gadis juga sudah semakin dapat melupakan Mr S walaupun amat susah sekali.Tetapi dia bersungguh-sungguh berusaha untuk melupakan Mr S yang menghancurkan cinta si gadis.

Sampai sekarang,bila pergi ke pasar malam,si gadis akan curi-curi melihat Mr S.Walaupun setinggi Bukit Besar pun benci si gadis,cintanya tetap masih mendalam terhadap Mr S buah hati cinta pandang pertamanya.Ni la Mr S....kacakkan dia..
Rupa Mr S tanpa baju.....seksi kn...