December 27, 2011

Bubur Asyura

Assalamualaikum semua.

Bersempena bulan Muharam yang lepas, aku sempat la ikut satu program buat bubur asyura kat Terengganu ni. Program tu gabungan pelajar UMT dengan UniSZA bersama-sama kariah masjid lama Tok Jembal. Perjalanan nak pi ke masjid tu lebih kurang 10 minit ja, dan melalui Pantai Rhu ataupun pantai belakang UMT. Masa lalu kot pantai tu, aku terpegun seketika. Subahanallah, ombak kat laut tu tak henti-henti.

Terakhir aku pi pantai tu dalam bulan September, sekarang dah Disember nak masuk Januari, dah hampir 3 bulan lebih. Menurut pok cik van yang aku naik tu, memang macam ni laut kat Terengganu masa musim ni. Sampai Raya Cina nanti baru balik kembali macam biasa. Aku macam teruja sikit la, sebab tak pernah lagi tengok. Yang pastinya, kami memang dilarang buat aktiviti kat pantai musim sekarang ni, sebab tu la aku langsung tak ambik tau pasai laut dan pantai. Terperap ja kat dalam u, dok langut tengok muka roomate.

Berbalik pasal bubur asyura, setibanya aku kat perkarangan masjid tu, aku nampak ada mak cik tu dok siang bawang. Aku ni mula la rasa pelik, bubuq sora(bubur asyura) kat tempat aku mana ada letak bawang. Tanda tanya dah pop up dah kat minda aku masa tu. Tapi aku biarkan dulu, biar aku tengok dulu, baru aku tau. Mungkin cara orang Terengganu ni buat lain sikit, atau mungkin juga mak cik tu nak masak benda lain kot.

Kami semua mula menghulurkan tangan untuk menolong mak cik-mak cik tu. Aku terpisah dengan kawan-kawan yang lain, sebab aku pilih untuk kupas bawang, manakala kawan-kawan aku pi perisi ikan. Ikan? Pelik... Pelik.... Wey.... Nak buat bubur asyura kot, apa sal la ikan rebus pon depa guna ni. Tak pa, tak pa, aku terus tarik nafas panjang. Think positive, ok.......... Tapi, belum sempat aku positifkan minda aku ni, aku nampak sorang pak cik ni bawak mai ayam. Laaa.... pulak dahhhh.... Macam-macam la.

Sekarang aku dah mula pening dah, dah tak boleh terima dah semua bahan-bahan yang depa dok bawak mai ni, macam pelik ja. 360 degree lain dari kat tempat aku. Jadi aku pon beralih ke tepi masjid, aku tolong sorang kawan aku untuk hidangkan sarapan. Wah... Wah... Sedap!. Nasi kerabu lagi tu... Nyum... Nyum.. Nyum... Jadi benda-benda yang aku dok pening tadi semua hilang dek mata aku dok layan tengok kuih muih dengan nasi kerabu yang menyelerakan tu.

Seterusnya, aku tengok beberapa orang pak cik, masukkan beras ke dalam kawah. Eh... Eh... Eh.. Pak cik! Kita kan nak buat bubur asyura, kenapa nak masak nasik pulak ni. Silap menu ka ni? Tapi semua tu hanya suara hati aku. Aku tak berani nak tanya. Kesian betul, aku keliru masa tu. Akhirnya ada seorang kakak ni terangkan la kat aku. Mungkin dia tengok muka aku dah lain kot. Mula-mula dia tanya aku orang mana, lepas tu aku luahkan kat dia apa yang aku dok pikir tu.

Dia cakap kat Terengganu ni, depa tak guna tepung, depa guna beras. Depa kacau sampai hancur, lepas tu baru masuk bahan-bahan yang lain. Ayam diperisi halus-halus dan di masukkan dalam bubur tu. Sebab tu perlunya bawang, halia dan lengkuas. Sebab nak bagi naik bau. Rempah ratus pon di campur sekali. Ikan rebus pulak, nak buat sambal makan dengan bubur tu. Isi ikan tu di campur dengan kelapa parut dan bahan-bahan yang lain kemudian digoreng dan ditaburkan sebagai hiasan. Macam kat bawah tu...

Gambar dari google.. Ni la, bubur asyura Terengganu.


Ooooo.... Macam tu ka. Patut la aku ni macam jakun ja, tak tahwan hala. Hahaha. Aku tergelak sendirian memikirkan reaksi aku dari awal tadi. Mesti muka aku dah berkerut-kerut untuk cuba hadam benda baru ni dari mula-mula aku tengok benda yang pelik dan aku tak pernah tengok mak aku dan orang kampung aku buat.

Rupa-rupanya ada perbezaan cara memasak bubur asyura kat lain-lain tempat. Aku ni memang betul-betul katak di bawah tempurung betul ar. Hahaha... It's ok Nazirah, better late than never. Dan akhirnya, tepat pukul 12 tengah hari kami budak-budak UniSZA terpaksa balik. Ala, tak sempat siap! Tak pa la, nanti ada yang akan menghantarkan untuk kami. Sebelum balik, salam dengan mak cik-mak cik kat situ. Dan dapat satu tapuware bubur asyura cair.

Tapi aku tak ambik pon, aku bagi kat orang lain. Aku ada alasan sendiri, sebab aku tau yang diri aku ni tak akan boleh terima benda yang baru. Mind set aku dari kecik kata bubur asyura manis, ada buah-buahan, labu, jagung, ubi dan sebagainya. Oleh itu, dengan rasa bersalahnya aku nak cakap, aku tak dapat makan bubur asyura yang baru aku kenal sebentar tadi.

Petang tu, enam tapuware sampai kat bilik aku. Ha.... Sudah.. Parah... Parah... Macam mana aku nak bagi habis semua ni. Ting! Aku ada idea. Hehehee... Alhamdulillah, aku selamat merasa sikit dan yang selebihnya aku ajak kawan-kawan yang lain makan.

Ni rupa bubuq sora kat belah utara, rasanya manis.


Ni pulak Kelantan mari. Comel gila warna dia. Siap ada hiasan lagi. Serius aku baru tau hari ni.


Ni bubur asyura selatan. Ada sayur-sayuran. Ala-ala bubur lambuk pon ada.

Yang ni Sarawak mari.

Jadi, nak kongsi sikit la apa yang aku dapat dari bubur asyura ni:
  • Terimalah perbezaan, lain orang lain rasa.
  • Kena ajar diri untuk tahu sesuaikan diri dalam apa jua tempat, bak kata pepatah, "Masuk ke kandang kambing mengembek,masuk ke kandang kerbau menguak"
  • Mind set kita boleh diubah, tapi bukan secara drastik, perlukan masa.
  • Buat sapa-sapa yang nak cari suami belah pantai timur ni, cepat-cepat la belajaq na. Eh3..ada kena mengena ka. Hahahaha..