July 18, 2010

kerinduan.


aku sunyi?betul ke ni.entah la.aku rasa kosong.aku dahagakan kasih sayang?ish..macam orang kurang kasih sayang la pulak.dah 2 minggu aku kat UniSZA ni,banyak kawan yang aku dapat,tapi sahabat yang sejiwa sikit aja.aku susah nak masuk ke?aku merindui mereka sebenarnya.mereka yang aku kira sahabat yang aku cintai.aku bersama2 mereka menempuh onak duri.sama2 gagal,sama2 sakit,sama2 menangis,sama2 berkongsi derita.

wahai sahabat2ku,aku merindui kalian,memang aku turut merindui keluarga aku.tapi dengan suasana belajar ini aku terkenangkan kalian.telatah kalian,senda kalian,bicara kalian,nasihat kalian,dan segalanya yang membuatkan aku menjadi kuat seperti sekarang.aku mencintai kalian yang bernama sahabat,yang selalu membimbing aku,menyedarkan aku tika aku terleka,menghiburkan aku tika aku berduka,memujuk aku tika aku merajuk.aduh,mengalir air mata ini mengenangkan kalian.kalian amat istimewa buat aku,teramat istimewa,walaupun kalian tak pernah tahu,tak pernah rasa,namun aku tak kisah.

sahabat,
aku amat mencintai dan menyayangi kalian.mengapa?aku rasa jiwa ini hidup dan terisi dengan ucapan kalian.aku amat gembira dengan ukhwah yang terjalin,tak pernah aku rasa ukhwah seerat ini sebelum ini.betul!ini yang aku rasa saat bersama kalian,aku akan tersenyum sendirian saat selepas kita belajar bersama.kenapa?kerana kalian membuatkan aku bahagia.aduh...indahnya!dari dulu lagi aku sudah membayangkan saat ini.saat kita terpisah jauh.saat kita belajar dan bertemu sahabat baru,tapi saat manis bersama kalian terbayang2 di mata aku..tiap hari akan aku buka lagu itu,lagu tema kita(Amar-cebisan kenangan).lagu itu sudah sebati dibibir aku,malah sudah lama aku tersimpan kemas di memori aku.

aku dedikasikan post ini buat sahabat2 tercinta:Nur Raihani,Ahmad Azamin,Syafiqah Izzati,Muhammad Fadhil,Nur Affira dan Amir Ikhwan.

(aku amat merindui kalian,apa yang kalian tengah buat ye sekarang?nak mesej aku takut tak berbalas,cukuplah aku ceritakan rasa hati aku ini dalam penulisan,rasa lega dihati ini.moga kalian bertemu dengan sahabat yang mencintai kalian.)

July 16, 2010

Bermula hidupku sebagai mahasiswi



4July2010
akhirnya,kaki aku telah melangkah masuk ke menara gading.inilah impian aku selama ini.syukur aku diberi peluang untuk menjadi pelajar universiti.kalaulah abah masih ada,ingin aku ucapkan padanya "abah,cik dapat masuk u!!".tapi aku hanya dapat ucapkannya di dalam hati aku saja.aku dapat rasakan semua gembira.aku turut gembira,inilah impian aku!saat aku melihat wajah2 ceria yang menghantar aku,hati aku nekad,aku harus berusaha gigih untuk mencapai kejayaan...

petang itu,selepas asar kami dikumpulkan.kami diarahkan pergi ke DABS(dewan).aku berjalan kaki bersama2 yang lain tanpa aku hiraukan kaki aku yang mula membengkak.tiba sahaja di dewan tangan aku ditarik oleh seorang pm(pembantu mahasiswa)."adik pakai reben merah ni sakit apa?".aku menunjukkan kaki aku yang agak parah lukanya ketika itu.ada yang menutup muka ketakutan.ngeri agaknya.balik dari dewan aku dibawa menaiki van.aku berkenalan dengan kakak2 yang turut berada di dalam van itu.

dua orang kakak pregnant,seorang bekas pesakit kanser tulang,yang lain aku dah lupa.hari pertama aku tempuhi dengan penatnya.malamnya aku tidak mengikuti program,kaki aku membengkak dengan teruk akibat berjalan ke DAPS petang tadi.aku di tempatkan di blok E.bermulalah pertemuan aku dengan Dian dan Majdyiah.MASYAALLAH,ukhwah yang terbina ketika itu amat manis.walaupun baru berkenalan,seakan2 sudah lama aku mengenali mereka.mereka dari Sabah,datang awal atas sebab penerbangan awal.mereka melayan aku,berborak dengan aku,bercerita dan bermacam2.4jam aku di rumah itu,langsung aku tak diam mulut berbicara.mereka memanggil aku kakak(aku 20,depa 19).

hari kedua,pendaftaran akademik.aku sesi kedua.aku pergi walaupun orang lain yang mendaftar untuk aku.aku dihadiahkan 2 batang tongkat(yang pastinya aku tak tau menggunakannya).petang itu sekali lagi aku tidak pergi ke DAPS(alasan yang sama,kaki aku).malamnya,aku rasa terlalu bosan,aku berkeras mahu pergi walau berkali2 dihalang oleh Kak Yat.dan aku tetap pergi dengan alasan tak mahu ketinggalan.(rupa-rupanya ada hikmah aku pi malam tu. aku jumpa Amira Ahmad Suhaimi, sahabat aku yang sama-sama berjuang dengan aku sekarang.kami satu kos.Alhamdulillah)

hari ketiga,aku terus degil dengan berkeras mahu mengikuti aktiviti,aku bagi alasan yang aktiviti itu cuma memerlukan aku duduk dan mendengar,alasan aku diterima,dari pagi sehingga ke petang aku gagahi diri.aku sakit,namun aku tahan.aku tak mahu susahkan sesiapa.aku dah cukup malu.malamnya kaki aku membengkak teruk,aku dibawa ke bilik rawatan.aku ditempatkan disitu bersama pesakit2 yang lain.kebetulan aku bertemu sahabat aku,Afiqah.dia muntah2.aku tidur bersama2 dia sehingga pukul 12,lepas itu aku balik ke bilik,dan Kak Yat mengingatkan aku untuk membawa segala keperluan untuk tinggal di bilik itu.aku mendengar sahaja kata2 kakak yang menjaga aku sepanjang minggu siswa ini.

keesokkan pagi,tengah aku mengemas,Kak Yat datang mengambil aku.aku pun ditempatkan di bilik yang kedua bersama2 Afiqah.bermulalah hidup aku di katil.aku tidak dibenarkan kemana2.hanya baring di katil.ini membuatkan aku terlalu bosan,tapi aku gagahkan juga kerana aku ingin cepat sembuh demi kuliah aku yang bakal bermula minggu hadapan.hari rabu dan khamis aku dengan rasminya tidak mengikuti program orentasi.sayang memang sayang,tapi apakan daya,baik aku diam di bilik dari menyusahkan orang menjemput aku ke dewan.

dua hari aku di katil,dan ditemani lappy kesayangan,tapi aku seorang,Afiqah sudah keluar.dan malam itu aku balik ke bilik dan berkemas untuk perpindahan esoknya.bangun dari tidur aku terus sambung berkemas.aku ke kaunter,Kak Yat sibuk dengan pendaftaran,aku terus ke kaunter dan menguruskan pertukaran bilik.aku memohon bilik di tingkat 1,aku dapat blok J125.roomate aku budak kos nursing.dia asal dari kelantan.masa aku dapat bilik pukul 9.aku langsung tak boleh diam,aku mula mengangkat barang walau aku tahu yang lori akan sampai untuk orang2 yang sakit.tapi aku masih ada tangan,kaki aku ja yang sakit.aku terus angkat dan angkat.sehinggalah habis barang aku.

letih mengangkat barang,aku berehat dibilik lama aku.tepat pukul 11,aku dapat mesej dari Kak Yat,"Nazirah,mana barang kamu?".apa yang harus aku jawab?aku pun berterus terang.puas aku dileteri Kak Yat,dia amat bimbang.tapi aku dah siap angkat,ok apa.hehehehe....(aku pantang dok diam,degil!!!!).itulah aku.petang itu aku ada aktiviti bersama2 fakulti.aku di restkan..hahaha,lawak plak ayat tu.depa main macam2,kat sini lah aku kenal dengan kawan2 sekelas dengan aku,36 perempuan,2 lelaki.aku juga dapat mengenali senior foodtech dan juga lec fakulti aku.malam itu aku dibawa menaiki kereta,emergency kes.hahaha(terasa diri special la plak = orang istimewa = OKU).

semua fasi baik.suka la,happening ja.depa layan aku yang kurang upaya ni dengan sebaik mungkin.terima kasih semua....................................................................................

July 15, 2010

perjalanan aku menuju menara gading~


hari Jumaat bersamaan 2hb Julai aku,mak,a.faizal,najwa,p.lang sekeluarga dan p.cik sekeluarga pon bertolak.destinasi utama kami Gong Badak,Kuala Terengganu,Terengganu..3buah kereta konvoi untuk menghantar aku.sebelum tu,aku teramat sedih.aku kucup pipi anak saudara aku,farish mak cik pergi dulu..aku salami kakak2 aku,ditelinga terngiang2 lagi,kak kin,kak ia ngan pak long pesan suruh aku belajaq bersungguh2.tinggi harapan yang aku pikul.aku pernah gagal,aku dapat rasakan harapan kini lagi berat dan aku tak ingin sekali2 menghampakan dan mengecewakan mereka seperti kegagalan yang pernah aku alami dulu.perit...pedih..tak terucap..sudah ek,skang nk cita g ganu nih.hehehehe..

kami pon bertolak..penat sangat sebab perjalanan jauh..berpuluh2 lagu berputar dia player kereta..kami berhenti makan di perak,kat Tasik Banding..lama jugak berenti..lepas dah hilang penat,kami pun sambung perjalanan,menuju ke Pasir Mas,rumah abang ipar aku.kami sampai waktu maghrib.kami dihidangkan makanan oleh tuan rumah iaitu mak a.faizal.sedap!tukang masak mesti la ada ummhhh bila masak kan.selepas kenyang kami pun dibawa ke homestay yang pertama...3buah keluarga pun menginap di homestay itu.aku yang keletih terus tidur dengan nyenyaknya..kaki aku pun rasa sengal2 jugak..

3hh-bangun2 pagi,mak da ada kat tepi..ntah bila masa mak tidur dengan aku..hehehe...aku tak sedaq pon..lucunya..mesti adik jelous kalau dia tau..sarapan pagi aku makan nasi kerabu,kenyang sangat..destinasi kami yang pertama Rantau Panjang.kami pon membeli sakan.aku pilih 3pasang kain untuk buat baju,satu untuk aku,mak dan kak ia.aku beli comforter(best2!).lepas tu kami berenti sekejap dekat Masjid Beijing..kalu tengok stuktur dari luar memang ingatkan tokong cina..tapi MASYAALLAH,masjid rupanya..ukiran masjid tu sangat unik..aku tertarik..pastu kami bertolak balik.memang aku jalan sana sini ar,da tak ingat yang kaki aku injured.dah tengah hari kami pergi pasar kat Pasir Mas,mak lang nak beli kain batik.masa tu aku memang dah tak boleh berjalan dah.aku tidur dalam kereta ja.kaki aku sakit sangat kot..(!_!)

lepas depa dah mai,kami pun pegi rumah a.faizal,makan tengah hari di sana..aku makan nasik sup..sedap,sup kaki ayam..hehehehe.....lepas salam2 kitorang pun bertolak ke Terengganu.aku,mak ngan adik tidur kepenatan..letih,jalan jauh sangat..pukul 5.30 lebih kami pun sampai,kami lalu depan UniSZA..lepas tu kami menuju ke homestay kedua di Tok Jiring,Kuala Terengganu,10minit dari UniSZA.fuh,rumah dua tingkat beb!tak sangka la pulak,sesuai la untuk tiga keluarga.memang sangat puas hati duduk homestay tu..selepas mandi dan siap2,kami pun bertolak ke Taman Tamadun Islam..kami cuma sempat ke Masjid Kristal saja.tu pun dah ok la.at least ada gak kan..

perut semua dah lapar,balik tu kami singgah pasar malam,dan yang terakhir giant(nak beli barang aku)..sejam jugak la aku beli barang2 tu semua..aku dapat rasakan semua letih,lepas tu kami pun balik homestay.balik tu aku keluar lagi dengan a.faizal,cari baldi..cari punya cari mujuq la ada..balik tu terus makan.lapaq gila kot.lepas tu aku pon tidoq..semua sunyi sepi ja..tidur lena la sebab terlalu letih dengan perjalanan yang panjang dan memenatkan demi menghantaq aku seorang..

4hb-seawal 6pagi semua dah bangun..selepas sarapan kami pun bertolak ke UniSZA..alamak!orang dah ramai lew...macam mana nih!tapi kaunter pendaftaran tak dibuka lagi la..dun worry!aku dapat no giliran yang ke 55 kalau xsilap la..tapi ada orang nampak aku jalan tak normal,diorang tarik aku ke kaunter untuk check aku sakit apa..aku diberi 4 5 jenis ubat dan diberi reben merah(siswi oku)hahahaha..adoi!!!lepas tu pi ambik kunci,aku dapat tingkat2!!!ok la kot.semua tolong aku angkat barang..12orang angkat sekali bawak aja.lepas siap semua depa pun cakap nak balik!aku dah sebak dah ni,,,huhuhuhu....nak kena tinggai dah.terima kasih sangat kat mak,abang faizal,pak lang sekeluarga dan pak cik sekeluarga..aku menghantar depa dari tingkat atas aja,mak tak bagi aku turun dah,takut kaki aku sakit..paklang sempat menyakat aku,"nak teyak la 2 kena tinggai"!!memang,memang aku teyak pun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

~bermulalah hidup aku di Universiti Sultan Zainal Abidin