July 15, 2010
perjalanan aku menuju menara gading~
hari Jumaat bersamaan 2hb Julai aku,mak,a.faizal,najwa,p.lang sekeluarga dan p.cik sekeluarga pon bertolak.destinasi utama kami Gong Badak,Kuala Terengganu,Terengganu..3buah kereta konvoi untuk menghantar aku.sebelum tu,aku teramat sedih.aku kucup pipi anak saudara aku,farish mak cik pergi dulu..aku salami kakak2 aku,ditelinga terngiang2 lagi,kak kin,kak ia ngan pak long pesan suruh aku belajaq bersungguh2.tinggi harapan yang aku pikul.aku pernah gagal,aku dapat rasakan harapan kini lagi berat dan aku tak ingin sekali2 menghampakan dan mengecewakan mereka seperti kegagalan yang pernah aku alami dulu.perit...pedih..tak terucap..sudah ek,skang nk cita g ganu nih.hehehehe..
kami pon bertolak..penat sangat sebab perjalanan jauh..berpuluh2 lagu berputar dia player kereta..kami berhenti makan di perak,kat Tasik Banding..lama jugak berenti..lepas dah hilang penat,kami pun sambung perjalanan,menuju ke Pasir Mas,rumah abang ipar aku.kami sampai waktu maghrib.kami dihidangkan makanan oleh tuan rumah iaitu mak a.faizal.sedap!tukang masak mesti la ada ummhhh bila masak kan.selepas kenyang kami pun dibawa ke homestay yang pertama...3buah keluarga pun menginap di homestay itu.aku yang keletih terus tidur dengan nyenyaknya..kaki aku pun rasa sengal2 jugak..
3hh-bangun2 pagi,mak da ada kat tepi..ntah bila masa mak tidur dengan aku..hehehe...aku tak sedaq pon..lucunya..mesti adik jelous kalau dia tau..sarapan pagi aku makan nasi kerabu,kenyang sangat..destinasi kami yang pertama Rantau Panjang.kami pon membeli sakan.aku pilih 3pasang kain untuk buat baju,satu untuk aku,mak dan kak ia.aku beli comforter(best2!).lepas tu kami berenti sekejap dekat Masjid Beijing..kalu tengok stuktur dari luar memang ingatkan tokong cina..tapi MASYAALLAH,masjid rupanya..ukiran masjid tu sangat unik..aku tertarik..pastu kami bertolak balik.memang aku jalan sana sini ar,da tak ingat yang kaki aku injured.dah tengah hari kami pergi pasar kat Pasir Mas,mak lang nak beli kain batik.masa tu aku memang dah tak boleh berjalan dah.aku tidur dalam kereta ja.kaki aku sakit sangat kot..(!_!)
lepas depa dah mai,kami pun pegi rumah a.faizal,makan tengah hari di sana..aku makan nasik sup..sedap,sup kaki ayam..hehehehe.....lepas salam2 kitorang pun bertolak ke Terengganu.aku,mak ngan adik tidur kepenatan..letih,jalan jauh sangat..pukul 5.30 lebih kami pun sampai,kami lalu depan UniSZA..lepas tu kami menuju ke homestay kedua di Tok Jiring,Kuala Terengganu,10minit dari UniSZA.fuh,rumah dua tingkat beb!tak sangka la pulak,sesuai la untuk tiga keluarga.memang sangat puas hati duduk homestay tu..selepas mandi dan siap2,kami pun bertolak ke Taman Tamadun Islam..kami cuma sempat ke Masjid Kristal saja.tu pun dah ok la.at least ada gak kan..
perut semua dah lapar,balik tu kami singgah pasar malam,dan yang terakhir giant(nak beli barang aku)..sejam jugak la aku beli barang2 tu semua..aku dapat rasakan semua letih,lepas tu kami pun balik homestay.balik tu aku keluar lagi dengan a.faizal,cari baldi..cari punya cari mujuq la ada..balik tu terus makan.lapaq gila kot.lepas tu aku pon tidoq..semua sunyi sepi ja..tidur lena la sebab terlalu letih dengan perjalanan yang panjang dan memenatkan demi menghantaq aku seorang..
4hb-seawal 6pagi semua dah bangun..selepas sarapan kami pun bertolak ke UniSZA..alamak!orang dah ramai lew...macam mana nih!tapi kaunter pendaftaran tak dibuka lagi la..dun worry!aku dapat no giliran yang ke 55 kalau xsilap la..tapi ada orang nampak aku jalan tak normal,diorang tarik aku ke kaunter untuk check aku sakit apa..aku diberi 4 5 jenis ubat dan diberi reben merah(siswi oku)hahahaha..adoi!!!lepas tu pi ambik kunci,aku dapat tingkat2!!!ok la kot.semua tolong aku angkat barang..12orang angkat sekali bawak aja.lepas siap semua depa pun cakap nak balik!aku dah sebak dah ni,,,huhuhuhu....nak kena tinggai dah.terima kasih sangat kat mak,abang faizal,pak lang sekeluarga dan pak cik sekeluarga..aku menghantar depa dari tingkat atas aja,mak tak bagi aku turun dah,takut kaki aku sakit..paklang sempat menyakat aku,"nak teyak la 2 kena tinggai"!!memang,memang aku teyak pun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
~bermulalah hidup aku di Universiti Sultan Zainal Abidin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment