April 25, 2010




Fuh..............semalam aku dah mengharungi ujian Munsyi dengan ujian Medsi.Penat sangat, rasa berpinar-pinar mata ni.....tengkuk pun rasa lenguh,asyik tunduk menanda jawapan bagi ujian tu.semua sekali ada 610 soalan...
Ujian untuk menguji personaliti,,,hmmmm.....penat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ni ada beberapa panduan untuk calon2 yang berminat..

PANDUAN UJIAN MEdSI

  1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai awal bulan April.

  2. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada hujungbulan April.
  3. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

  4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

  5. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

  6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

  7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.

  8. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.

  9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

  10. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)
munsyi plak....

MALAYSIAN UNIVERSITY SELECTION INVENTORY (MUnSyI)
Ujian ni untuk sapa2 yg berminat nk masuk USM(dulu ada cita2 gak,tp xkesampaian.ha3...)

cmna nk daftar?
ala...
google ja..
xpun taip https://pohon.usm.my
pastu isi ja la apa yang dia nk...
tp kena slalu alert ar...
kot2 de info baru update..


SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PERSONALITI UNTUK SEMUA YANG BARU NAK AMBIK UJIAN NI..
(=.=) insan yang xdapat masuk USM @ jadi cikgu

April 24, 2010

Cuti..


Hmm.....cuti yang panjang ni tak boleh di
bazirkan...Tapi aku rasa aku dah banyak bazirkan masa....nak keja????mestil a mak tak bagi...
So, jadi pembantu suri rumah mak aja la.....hahahaha....takpa la, tak pandai pon
buat-buat pandai aja la...hihihihi.....
bosan la kadang-kadang....internet pon jarang boleh guna.....kadang-kadang tu jadi cikgu tuisyen untuk si budak kecik kat rumah ni......fuh....asyik main aja keja dia...

Ermm,,,,,satu hal aku nak ketengahkan la kat sini...Apahal ek,lelaki kat luar sana tuh,kalau tahu aja perempuan tak tahu masak ataupun kurang pandai masak,depa akan kutuk...KENAPA?WHY?PORKEY?

Adoi la.....dok pikiaq hal ni..Tiba-tiba aku jumpa la satu nota kat facebook seorang kakak ni...
Hahahahaha!!!sangat-sangat....terbaikkkkk ar....LELAKI yang pandang hina kat perempuan yang kurang pandai masak kena baca nota ni....hahahaha..........

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

by Siti Zainab on Thursday, November 25, 2010 at 3:26pm

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!




April 23, 2010

Percutian di Bandar Bersejarah(ملاك)

Hari ahad lepas, aku, kak kin, mak dan baby farish yang masih kat dalam perut pergi
bercuti...Bercuti ka??? Tak jugak la...Mungkin boleh di panggil masa aku
bersama dengan ibu
tercinta(wala wey....)

Sebulan lamanya aku berenggang dengan
mak,lani tiba la masanya untuk aku kembali
menjadi

"Si Manja".(well....)

Hari pertama, aku dah heret mak aku berjalan-jalan,.

Masa tu matahari atas kepala woO...Kesian kat mak aku..

Akhirnya aku berjaya pujuk mak, "Mak,jom naik beca?"

Boleh aja..
mak kan sporting.

Sepanjang jalan, orang pandang semacam aja,macam tak pernah tengok orang naik beca.......mesti depa kata aku tak berperikemanusiaan...erk?

Ataupun depa semua teringin gak,tapi malu...hahaha....

Melaka ni sebuah negeri yang kecik ja,besaq sikit ja dari Perlis, dia terletak kat barat Semenanjung Malaysia,bersempadankan : Negeri Sembilan kt utara, Johor kt tenggara dan Selat Melaka kt barat.

Ni koleksi kapal comey lam Muzium tu


Hari seterusnya kami keluar awal pagi.Kami shopping sikit-sikit ja..Lepas tu kami pi
dekat satu kapal besar....wOw!(gaya orang JaKUN) tengah-tengah bandar terdampar sebuah kapal..Memang
cantik la tempat dia mendarat tu.Kapal itu dikenali sebagai Muzium Samudera.Ada
tiga tingkat,ada penghawa dingin,dan kena buka kasut masa
masuk dalam kapal ataupun muzium tu...
Macam-macam barangan tinggalan sejarah yang ada dalam kapal tu...Yang paling menarik adalah bilik kurungan
la, siap cukup lengkap dengan tahanan sekali...hihihihi...Seronok la dapat jalan-jalan sekitar kota bersejarah ini..Pengalaman
baru...