April 25, 2010




Fuh..............semalam aku dah mengharungi ujian Munsyi dengan ujian Medsi.Penat sangat, rasa berpinar-pinar mata ni.....tengkuk pun rasa lenguh,asyik tunduk menanda jawapan bagi ujian tu.semua sekali ada 610 soalan...
Ujian untuk menguji personaliti,,,hmmmm.....penat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ni ada beberapa panduan untuk calon2 yang berminat..

PANDUAN UJIAN MEdSI

  1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai awal bulan April.

  2. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada hujungbulan April.
  3. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

  4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

  5. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

  6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

  7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.

  8. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.

  9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

  10. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)
munsyi plak....

MALAYSIAN UNIVERSITY SELECTION INVENTORY (MUnSyI)
Ujian ni untuk sapa2 yg berminat nk masuk USM(dulu ada cita2 gak,tp xkesampaian.ha3...)

cmna nk daftar?
ala...
google ja..
xpun taip https://pohon.usm.my
pastu isi ja la apa yang dia nk...
tp kena slalu alert ar...
kot2 de info baru update..


SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PERSONALITI UNTUK SEMUA YANG BARU NAK AMBIK UJIAN NI..
(=.=) insan yang xdapat masuk USM @ jadi cikgu

No comments: