October 28, 2011

Salman, i want to be your girlfriend

video
Sila tengok video ini.

Sangat-sangat memberi pengajaran.

FUhh.... Qalbu aku amat tersentuh dari minit ke 6:30 hingga 8:40.

Ayat-ayat yang ustaz tu cakap membuatkan aku rasa terpukul.

Memang dah beberapa kali ulang, aku langsung tak rasa jemu.

Dalam kehidupan kita ini, kita akan sentiasa diuji oleh ALLAH...

Cuma bezanya ujian-ujian yang datang ialah samaada kita mampu atau tak mampu untuk hadapinya.

Selamat menonton~

October 27, 2011

Pengalaman menjadi bidan.

Assalamualaikum..

Hari ini, tiba-tiba saja aku terkenangkan bayi-bayi yang pernah aku bidankan satu masa dulu. Bagaimana keadaan mereka ya sekarang. Kenangan setahun yang lalu mula terimbau.


04 APRIL 2010.

Suansana ketika itu amat suram. Bumi baru saja disirami oleh air hujan yang turun tadi. Cuaca pula sejuk dan keadaan sekeliling gelap kerana matahari sudah mula melabuhkan tirainya. Jam menunjukkan jarum enam petang ketika itu. Saat kaki aku melangkah untuk ke tandas di hujung blok aras itu, kedengaran sayu-sayu suara mengerang kesakitan di penjuru ruang yang agak tersembunyi di tepi tangga.

Aku kehairanan, bunyi apakah itu. Tanpa berfikir panjang, aku terus halakan langkah ke arah suara itu. Saat mata menangkap kelibat tubuh itu, hormon adrenalin mula giat dirembeskan oleh kelenjar adrenal melalui rangsangan hypotalamus, dan menyebabkan jantung aku berdegup dengan begitu kencang sekali. Manakala keringat dingin di dahi aku sudah mula menitis perlahan.

Ketika itu mulut aku terkunci, mata kami bertaut, dan aku dapat rasakan ada satu sinar dimatanya meminta belas dari aku. Aku dengan tindakkan luar sedar menghampirinya dan memegang tangannya. Aku langsung tak dapat memikirkan apa tindakkan yang perlu dilakukan. Kemudian aku ingin bergerak untuk meminta bantuan, namun dia menarik tangan aku sambil menggeleng lemah. Fahamlah aku bahawa dia tidak mahu hal ini diketahui oleh orang lain.

Saat itu, aku memerhati dirinya, dia seperti menahan sakit. Perutnya besar, tidak normal bagi pandangan aku. Beberapa ketika kemudian, dia kembali mengerang kesakitan, aku diam tanpa bertanya. Aku sangat pasti yang sekarang hormon oxytocin sudah mula dirembeskan oleh kelenjar pituitary. Sebabnya aku dapat rasakan yang dia tengah alami contraction pada smooth muscle dekat uterus dia.

Positive feedback mechanism pon dia alami, sebab itulah sakit yang dirasai akibat contraction makin lama makin cepat jarak masanya. Aku ketika itu menjadi sedikit gementar, apa yang perlu aku lakukan selepas ini. Tak kan lah nak terus memerhati sahaja. Lalu, perlahan-lahan aku beranikan tangan aku untuk memegang perutnya. Aku urut-urut perutnya ke bawah, kerana itu saja yang terlintas di akal aku ketika itu. Tapi aku tak tahu adakah ianya dapat membantu memudahkan proses kelahiran tersebut.

Kemudian, dia mula meneran dan aku masih lagi mengurut perutnya yang sarat itu. Tiba-tiba, satu jasad keluar, dan saat itu aku terpaku. Rasa perasaan yang sebak dan bercampur dengan gembira sekali. Akhirnya, setelah hampir satu jam dia bertarung nyawa, lahirlah juga baby yang sangat comel itu.

Tapi, perjuangan dia masih belum tamat, uri perlu juga dikeluarkan, jadi dia mula meneran untuk kali yang kedua. Sungguh perit aku lihat dia, dahinya berkerut-kerut. Saat imam di masjid membacakan surah dalam solat magrib, baby kedua dilahirkan. Dek kerana waktu magrib dah berganjak pergi, aku terpaksa tinggalkan dia.

Begitulah pengalaman pertama aku menjadi bidan. Memang sangat aku tak boleh lupa. Alhamdulillah, dia selamat melahirkan 5 baby yang comel-comel. Walaupun dia langsung tak tahu siapa ayah kepada setiap anak-anaknya, tapi dia bertekad untuk menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Saat aku melangkah pergi setelah tamat matrikulasi, iaitu 14 APRIL 2010 kesemua bayi-bayi itu baru berusia 10 hari, dan itulah kali terakhir aku melihat mereka semua. Mungkin sekarang mereka juga sudah menjadi ibu, atau mungkin sudah tiada lagi, wallahualam.






Kasih sayang ibu yang melahirkan anak tak berbelah bahagi walaupun tanpa ayah





Hanya 3 baby pertama sahaja yang aku bidankan, yang lagi dua keluar selepas aku pi solat magrib.


p/s I : doakan aku menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang ramai nanti.
p/s II: entri ni bukan main-main na, betul-betul pengalaman aku. Cuma ada sikit-sikit yang aku tambah...hahahaha...

October 24, 2011

Kisah sardin, katak dan fibroid.

Kalau gambar ni terlalu kecik, pandai-pandai la cari note yang sebenar.

Aduhai, panas hati jugak aku rasa hari ni. Mana tidaknya, hari ni aku terjumpa lagi satu artikel kat facebook mengenai sardin. Tangkap sentap aku jadinya. Ish3… Sudah-sudah la oi, ni mesti kes nak sabotaj syarikat sardin ni. Erm, tapi kan, walaupun apa yang ditulis itu tak betul, tapi kesannya kepada aku cukup hebat. Aku ingat lagi, awal tahun lepas, masa tu aku sangat “lembab”, tak banyak memikir kot, aku terjumpa satu artikel kat facebook tentang kuah sardin di tambah katak sebagai salah satu bahan di dalamnya.

Aku terpukul gila dengan artikel tersebut. Aku yang suka makan sardin tahap maxima telah menjadi loya untuk melihat sajian tu. Sampai sekarang, walaupun aku tau semua itu dusta belaka, namun diri aku masih tak boleh kembali untuk menyukai sardin. Kesiankan kat sardin, menjadi mangsa kepada makhluk-makhluk yang giat menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan segala jenis sardin dalam tin.

Dalam keghairahan kita kongsi sesuatu benda, kadang-kadang kita juga perlu kaji benda tu. Insyaallah, aku nak kongsi sesuatu la,mungkin ilmu aku tak cukup lagi, tapi aku harap sangat dapat memberi sedikit buah fikiran untuk kita terus mengkaji dan berfikir.

Ok, kita mulakan dengan cerita tentang apa itu sardin. Sardin ni merupakan canning food. Canning ni plak adalah one of the food preservation method. Heat yang dikenakan sangat tinggi, above 100⁰C for specific time (about 20minutes), bergantung kepada makanan itu sendiri. Alatan yang digunakan untuk industri ni, mana la boleh nak samakan dengan yang ada kat rumah. Pressure cooker yang industri punya lain, bagai langit dengan bumi bezanya dengan yang ada kat dapur rumah kita tu. Lagi satu, kat industri, tak ada punya guna heat biasa, selalunya guna fire-tube steam generator ka, water-tube steam generator ka, dan banyak lagi alatan yang menggunakan teknologi yang lagi canggih. Kat dapur rumah kita ada? Mesti la tak dak kan. Majoriti kat dapur-dapur kita, masak memasak hanya menggunakan LPG. Tau dak apa itu LPG? Tak kan tak tau kot.... LPG tu stand for Liquid Petroleum Gas, ala yang kita dok beli dalam tong warna biru, hijau dan kuning kat kedai runcit kat hujung kampung tu la. Yang letak kat bawah dapur gas tu.

Andai kata saudara yang menulis artikel kat atas ni nak menulis tentang keburukan sardin, mungkin dia boleh tambahkan lagi dengan membuat kajian tentang Clostridium botalinum (sejenis bacteria yang mempunyai toxin dan spora yang tahan kepada suhu yang amat tinggi). Kesan memakan toxin dari bacteria ni ialah mengakibatkan paralysis (lumpuh). Dan kajian ada dijalankan, 35 daripada 65 peratus berlaku kematian jika tidak diubati segera with botalinum antitoxin. Kenapa dia sibuk cakap pasal bahan kimia khas la, apa la. Padahal nama “bahan kimia khas” tu pon dia tak pernah nyatakan.

Yang pasal fibroid pulak, exactly causes why women develop these tumors not known. Tapi mungkin genetic abnormalities, alterations in growth factor expression, abnormalities in the vascular (blood vessel) system, and tissue, menjadi salah satu causes of development of fibroid. Mungkin juga yang ditulis saudara ini penemuan terbaru, melalui permerhatian dia, itu aku tak pasti.Wallahualam.

Insyaallah, jom belajar bersungguh-sungguh dan mengkaji lagi. Dengan ilmu yang kita ada dan pelajari sekarang, kita mungkin dapat sumbangkan untuk ummah suatu hari nanti. Sebab tu kita kena jadi pakar dalam pelbagai bidang, nanti tak lah kita senang-senang ditipu orang.
Pasal kes sardin ni, sebenarnya dah banyak sangat. Prof aku ada jugak nasihatkan, hati-hati dalam menekan butang share kat facebook, takut-takut kita menjadi penyebar fitnah. WALLAHULAM…

Yang pasal artikel tentang katak vs sardin aku tak printscreen pon, malas. Nanti ada orang yang akan alami apa yang aku rasa. Harap sangat dapat sucikan maruah sardin-sardin tempatan.

Link utk canning for food industry-http://www.fao.org/docrep/010/ai407e/AI407E22.htm
Link utk Clostridium botalinum- http://www.foodborneillness.com/botulism_food_poisoning/
Link utk pressure canner-
http://www.dummies.com/how-to/content/food-preservation-methods-canning-freezing-and-dry.html
Doakan aku menjadi Food Technologies yang berguna untuk ummah suatu hari nanti.


Info I : Food Technology is not about to be a chef.
Info II : Food Technology = Engineering (about the mechines), biochemistry (food compound), microbiology(foodborne microorganism), accounting( to calculate balance sheet, cash flow),entrepreneur(how to marketing product), teknologi maklumat ( to get fimilar with computer), etc.

Buka minda ya, jangan jadi katak di bawah gelas. Menerima apa sahaja yang orang cakap tanpa mengetahui, merasai dan mendalaminya. Learn is fun...

Ayat campur habis dah, marah punya pasal.. Term-term yang aku blajaq semua keluar dalam bentuk tu, aku hantam taip ja la..

October 23, 2011

Oh! Satar...

Satar? Mimpi apa la aku hari ni nak tulis tentang satar. Eh3! nanti dulu..... Satar ni bukan ada kena mengena dengan Aziz Satar mahupun Izat Satar tau, langsung tak ada kaitan dengan dua orang ini. Satar sebenarnya ialah sejenis makan ringan. Ia sangat terkenal di negeri pantai timur, terutamanya negeri Terengganu. Ikan banyak sangat, sebab tu lah ikan dijadikan salah satu sumber untuk makanan ringan. Ermm..... Patut la budak-budak kat sebelah pantai timur ni bijok'-bijok' blake. Rupanya, deme-deme ni sokmo makang makanang ringan dari sumber yang berkhasiat. Ikan pun kan memang salah satu sumber protein yang tinggi. Di tambah pulak protein tu sendiri penting untuk pertumbuhan otak. Tapi itu hanyalah teori dari aku ja. Hahahaha... Allah dah bagi setiap manusia tu kebijaksanaan, kan! Tapi nok kabor nim, satar memang sangat seddddddd''''''''daaaapppppppp! (ustaz kat kursus kawen aku haritu yang ajar harakat ni)........... Tapi kan, bagi aku la, sangat membazir la kalau satar ni hanya sebagai makanan ringan. Sebabnya, ia diperbuat daripada ikan, jadi kenapalah ia tak dijadikan lauk pauk untuk makanan tengah hari ka, malam ka. Pelik kan? Jadi, setelah aku berjumpa dan mengenali satar, aku cuba ubah cara memakannya. Dan semua orang pikir aku sangat pelik ketika itu. Padahal, aku pikir depa yang sangat pelik. Hahahaha... Aku jadikan satar sebagai lauk, dan aku makan dengan nasi putih serta sayur. Kawan aku ada juga yang tegur, tapi aku jawab, kat tempat aku, tak ada orang makan lauk saja tanpa adanya nasi. Hahahahaa... Akhirnya, bila selalu sangat tengok aku makan macam tu, depa dah rasa biasa dah, dan depa hormat cara aku. Aku pon kena la hormat cara makan depa kan. Tapi..... Ish3!!!! Sangat membazir la kalau makan satar sekadar makanan ringan sahaja, lebih baik makan dengan nasi dan sajian lain. Heeee...


Ni haa satar si jantung hati aku.



Ni ada resepi untuk nak buat satar. Aku cari kat wikipedia dan laman sesawang Jabatan Perikanan Malaysia.

Bahan-Bahan ;

1. Kelapa Parut

2. Bawang Besar

3. Bawang Merah

4. Cili Hidup

5. Garam

6. Gula

7. Perasa

Cara-cara

a) Mengadun

Isi ikan diadun bersama ramuan seperti kelapa parut, bawang besar, barang merah, cili hidup dan bahan perasa seperti garam, gula serta perasa. dengan menggunakan mesin pengadun sehingga sebati.

b) Membungkus

Adunan yang telah siap kemudiannya dibungkus dengan menggunakan daun pisang berbentuk kon. Satar-satar kemudiannya dicucuk dan disusun rapat pada bilah buluh yang telah disediakan.

c) Membakar

Satar boleh dibakar menggunakan dua cara iaitu menggunakan arang atau 'griller.' Semasa membakar, jarak di antara bara api dan satar hendaklah tidak terlalu dekat supaya pembalut tidak hangus dan isi masak sepenuhnya.




Kadang-kadang, aku tengok satar ni macam salah satu jenis makanan yang seksi juga la.



Nak lagi resepi ;

Yang ini aku dapat dari Pak cik Wiki.. Lagi terperinci la. Boleh kalau nak cuba. Mak cik-mak cik yang jual kat pasar malam kat belah utara tu, cuba-cuba la belajaq, nanti boleh la aku pi beli..

Bahan-bahan

  1. 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
  2. 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  3. 8 biji buah keras
  4. 2 cm halia, dicincang halus
  5. 3 biji bawang merah, dihiris
  6. 1 ulas bawang putih, dicincang
  7. 150 g kelapa parut putih
  8. Garam
  9. 1/2 camca gula
  10. 1 camca belacan
  11. 2-3 biji lada merah, dicincang
  12. 1-2 camca serbuk lada
  13. 1 helai daun salam, dimayang
  14. 1 helai daun kunyit, dimayang
  15. Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  16. Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara penyediaan

Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).

Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak

October 9, 2011

Jamuan Hari Raya

Alhamdulillah, hari ini aku masih lagi diberi nikmat untuk bernafas dan diberi peluang untuk terus merasai nikmat-nikmat yang tidak ternilai harganya. Sepanjang hampir sebulan aku memulakan kuliah, pelbagai kisah yang aku lalui. Ada yang membuatkan aku rasa suka, dan ada juga yang membuatkan aku berduka. Biasalahkan, nama pun hidup, mestilah dirundung suka dan duka, kan. Namun, alhamdulillah, aku masih dapat berdiri dan tak rebah tersungkur ketika ini. Ini kerana ALLAH kurniakan aku dengan sahabat-sahabat yang sangat baik.

Jadi aku ingin ceritakan sikit kisah aku di awal semester yang baru untuk tahun ini. Ianya berkaitan dengan kawan-kawan sekelas dengan aku. Jumlah kami semua ialah 35 orang, 33 kuntum bunga dan hanya 2 ekor kumbang. Umur kami lebih kurang sama, cuma beza setahun dua saja. Namun, aku kira kami tak ada apa-apa masalah dengan umur.

Untuk semester kali ini, kami merancang untuk mengadakan jamuan hari raya. Jadi, setelah semua bersetuju, maka kami pun menetapkan waktu. Tapi jamuan tersebut hanya untuk pelajar perempuan saja. Maaf, bukan diskriminasi, tapi kami buat jamuan itu di asrama saja, jadi kami tak jemput pun dua kumbang kesayangan kelas kami tu.

Ditambah pula dengan suasana syawal yang masih berbaki. Pada hari jamuan itu, aku tersenyum sendiri, dalam hati kecil aku terdetik rasa bahagia sangat. Bahagia kerana dapat berkumpul dengan mereka semua. Sebelum ini, tak pernah untuk aku duduk dan makan bersama-sama dengan mereka semua, tapi jamuan kali ini aku rasakan seperti dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kami semua. Dan disebabkan kami punyai 3 tahun lagi untuk sama-sama berjuang, kami harus terus mengeratkan lagi ikatan ini agar saling melengkapi satu sama lain. Amin..


Macam-macam jenis kuih raya yang depa ni bawak. Sedap-sedap pulak tu.

Rakan kami yang berbangsa cina juga tidak lupa untuk sajikan kami dengan kuih bulan. Sedap!

Inilah kami, keluarga Food Technology 2010/2014 yang comei-comei blako.