October 23, 2011

Oh! Satar...

Satar? Mimpi apa la aku hari ni nak tulis tentang satar. Eh3! nanti dulu..... Satar ni bukan ada kena mengena dengan Aziz Satar mahupun Izat Satar tau, langsung tak ada kaitan dengan dua orang ini. Satar sebenarnya ialah sejenis makan ringan. Ia sangat terkenal di negeri pantai timur, terutamanya negeri Terengganu. Ikan banyak sangat, sebab tu lah ikan dijadikan salah satu sumber untuk makanan ringan. Ermm..... Patut la budak-budak kat sebelah pantai timur ni bijok'-bijok' blake. Rupanya, deme-deme ni sokmo makang makanang ringan dari sumber yang berkhasiat. Ikan pun kan memang salah satu sumber protein yang tinggi. Di tambah pulak protein tu sendiri penting untuk pertumbuhan otak. Tapi itu hanyalah teori dari aku ja. Hahahaha... Allah dah bagi setiap manusia tu kebijaksanaan, kan! Tapi nok kabor nim, satar memang sangat seddddddd''''''''daaaapppppppp! (ustaz kat kursus kawen aku haritu yang ajar harakat ni)........... Tapi kan, bagi aku la, sangat membazir la kalau satar ni hanya sebagai makanan ringan. Sebabnya, ia diperbuat daripada ikan, jadi kenapalah ia tak dijadikan lauk pauk untuk makanan tengah hari ka, malam ka. Pelik kan? Jadi, setelah aku berjumpa dan mengenali satar, aku cuba ubah cara memakannya. Dan semua orang pikir aku sangat pelik ketika itu. Padahal, aku pikir depa yang sangat pelik. Hahahaha... Aku jadikan satar sebagai lauk, dan aku makan dengan nasi putih serta sayur. Kawan aku ada juga yang tegur, tapi aku jawab, kat tempat aku, tak ada orang makan lauk saja tanpa adanya nasi. Hahahahaa... Akhirnya, bila selalu sangat tengok aku makan macam tu, depa dah rasa biasa dah, dan depa hormat cara aku. Aku pon kena la hormat cara makan depa kan. Tapi..... Ish3!!!! Sangat membazir la kalau makan satar sekadar makanan ringan sahaja, lebih baik makan dengan nasi dan sajian lain. Heeee...


Ni haa satar si jantung hati aku.



Ni ada resepi untuk nak buat satar. Aku cari kat wikipedia dan laman sesawang Jabatan Perikanan Malaysia.

Bahan-Bahan ;

1. Kelapa Parut

2. Bawang Besar

3. Bawang Merah

4. Cili Hidup

5. Garam

6. Gula

7. Perasa

Cara-cara

a) Mengadun

Isi ikan diadun bersama ramuan seperti kelapa parut, bawang besar, barang merah, cili hidup dan bahan perasa seperti garam, gula serta perasa. dengan menggunakan mesin pengadun sehingga sebati.

b) Membungkus

Adunan yang telah siap kemudiannya dibungkus dengan menggunakan daun pisang berbentuk kon. Satar-satar kemudiannya dicucuk dan disusun rapat pada bilah buluh yang telah disediakan.

c) Membakar

Satar boleh dibakar menggunakan dua cara iaitu menggunakan arang atau 'griller.' Semasa membakar, jarak di antara bara api dan satar hendaklah tidak terlalu dekat supaya pembalut tidak hangus dan isi masak sepenuhnya.




Kadang-kadang, aku tengok satar ni macam salah satu jenis makanan yang seksi juga la.



Nak lagi resepi ;

Yang ini aku dapat dari Pak cik Wiki.. Lagi terperinci la. Boleh kalau nak cuba. Mak cik-mak cik yang jual kat pasar malam kat belah utara tu, cuba-cuba la belajaq, nanti boleh la aku pi beli..

Bahan-bahan

  1. 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
  2. 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  3. 8 biji buah keras
  4. 2 cm halia, dicincang halus
  5. 3 biji bawang merah, dihiris
  6. 1 ulas bawang putih, dicincang
  7. 150 g kelapa parut putih
  8. Garam
  9. 1/2 camca gula
  10. 1 camca belacan
  11. 2-3 biji lada merah, dicincang
  12. 1-2 camca serbuk lada
  13. 1 helai daun salam, dimayang
  14. 1 helai daun kunyit, dimayang
  15. Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  16. Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara penyediaan

Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).

Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak

2 comments:

munirah tamizi said...

che nad bg resepi mstila che nad kene buat kan...hehe...bole jamu kwn2..

cik kompas said...

hahaha....bg resepi sebab kempunan sgt..adoiii....