October 9, 2011

Jamuan Hari Raya

Alhamdulillah, hari ini aku masih lagi diberi nikmat untuk bernafas dan diberi peluang untuk terus merasai nikmat-nikmat yang tidak ternilai harganya. Sepanjang hampir sebulan aku memulakan kuliah, pelbagai kisah yang aku lalui. Ada yang membuatkan aku rasa suka, dan ada juga yang membuatkan aku berduka. Biasalahkan, nama pun hidup, mestilah dirundung suka dan duka, kan. Namun, alhamdulillah, aku masih dapat berdiri dan tak rebah tersungkur ketika ini. Ini kerana ALLAH kurniakan aku dengan sahabat-sahabat yang sangat baik.

Jadi aku ingin ceritakan sikit kisah aku di awal semester yang baru untuk tahun ini. Ianya berkaitan dengan kawan-kawan sekelas dengan aku. Jumlah kami semua ialah 35 orang, 33 kuntum bunga dan hanya 2 ekor kumbang. Umur kami lebih kurang sama, cuma beza setahun dua saja. Namun, aku kira kami tak ada apa-apa masalah dengan umur.

Untuk semester kali ini, kami merancang untuk mengadakan jamuan hari raya. Jadi, setelah semua bersetuju, maka kami pun menetapkan waktu. Tapi jamuan tersebut hanya untuk pelajar perempuan saja. Maaf, bukan diskriminasi, tapi kami buat jamuan itu di asrama saja, jadi kami tak jemput pun dua kumbang kesayangan kelas kami tu.

Ditambah pula dengan suasana syawal yang masih berbaki. Pada hari jamuan itu, aku tersenyum sendiri, dalam hati kecil aku terdetik rasa bahagia sangat. Bahagia kerana dapat berkumpul dengan mereka semua. Sebelum ini, tak pernah untuk aku duduk dan makan bersama-sama dengan mereka semua, tapi jamuan kali ini aku rasakan seperti dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kami semua. Dan disebabkan kami punyai 3 tahun lagi untuk sama-sama berjuang, kami harus terus mengeratkan lagi ikatan ini agar saling melengkapi satu sama lain. Amin..


Macam-macam jenis kuih raya yang depa ni bawak. Sedap-sedap pulak tu.

Rakan kami yang berbangsa cina juga tidak lupa untuk sajikan kami dengan kuih bulan. Sedap!

Inilah kami, keluarga Food Technology 2010/2014 yang comei-comei blako.

1 comment:

Anonymous said...

belajar banyak