September 21, 2011
Renew niat
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Masih tak terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya, taqaballah minna wa minkum. Selepas sibuk menyambut hari raya yang lepas, aku kemudian menghitung masa-masa yang berbaki untuk bersama-sama keluarga. Jadi, semua perkara lain aku tinggalkan sepenuhnya. Dalam hati aku sayu, aku risau andai ini kali terakhir aku dapat menatap wajah-wajah kesayangan aku.
Hari terakhir aku di kampung amat memeritkan jiwa. Ditambah malam terakhir sebelum aku menaiki bas, adik bongsu aku memeluk aku dengan erat sekali dan menangis teresak-esak. Aku yang mulanya langsung tak ada perasaan menjadi sebak dengan tiba-tiba. Namun, aku tahan air mata dari mengalir. Bila bas mula bergerak keluar dari stesen, air mata aku terus jatuh tanpa aku dapat tahan.
Inilah akibatnya 4 bulan bercuti, hati dah tak kuat. Diri pula tak semangat. Rasa macam tak mau pi saja. Hari pertama di universiti, perasaan sebal menguasai diri. Semua benda yang buat rasa tak kena. Kadang-kadang rasa nak menangis tanpa sebab. Rasa malas jangan dikira, terlalu banyak menyaluti diri. Saat mata melihat rakan-rakan lain yang dihantar oleh ibubapa mereka, hati mula tersentuh. Cepat betul hati ni nak buat-buat tersentuh, padahal dulu ok ja, ni lepas cuti buat perangai pulak.
Minggu pertama, kesibukkan menjadi dua kali ganda apabila diri terlibat dengan pesta konvokesyen. Tika itu, tubuh mula mogok, mana taknya, di rumah 12jam online, 12 tidur, kat sini pulak 23 jam kena menggunakan otak dan juga kaki. Tiba-tiba diri sendiri tak dapat kawal tubuh sendiri. Semua benda jadi tunggang terbalik. Rasa macam nak menjerit dengan sekuat yang mungkin.
Tapi, alhamdulillah, rahmat ALLAH tiba. ALLAH anugerahkan diri ini dengan ukhwah, rasa sedikit terubat. Kemudian ALLAH hadiahkan pula diri dengan peringatan, yang pastinya peringatan buat diri agar terus tabah.
"JANGAN BERPUTUS ASA UNTUK BERUSAHA".
Kemudian hadiah dariNya tiba lagi, sungguh, ALLAH itu Maha Penyayang. Diri disedarkan untuk membetulkan NIAT agar berada dilandasan yang betul. Perbetulkan niat wahai hati, agar dirimu sentiasa tenang dan redha dengan setiap dugaan dan ujian yang datang.
"Bismillahirahmanirahim.. Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tujuan aku disini adalah keranaMu, Ya ALLAH, iaitu untuk mendalami ilmuMu. Engkau permudahkanlah setiap langkah aku berjalan untuk mencari agama dan ilmuMu."
Nasihat Dr Kamarul Ain (salah seorang pensyarah organic chemistry semester II)
"Open your mind and always think positive. Anggaplah yang kamu hendak belajar benda baru, dan harus ada rasa teruja, jangan pula anggap benda itu susah."
Pesan dari ibu tercinta,
Buat anakanda yang dikasihi,
Keredhaan Allahlah yang kita dambakan,
Jagalah hati dan fikiran serta tindakkan,
Utamakan solat pada waktunya,
Usahakan berjemaah di surau,
Zikir Al-Mathurat jangan tinggalkan,
Sentiasa bertadabbur Al-Quran.
Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristigfar kepadaNya,
Hati yang sentiasa dekat dengan ALLAH dan sentiasa berzikir mengingatinNya akan diberi rahmat dan keberkatanNya.
JOM SAMA-SAMA JADI KUAT..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment