Hadirmu sebagai penganti abahku,
Tibamu tanpa hatiku mahu,
Sayangmu tak pernahku ambil tahu,
Namun dirimu tak pernah jemu.
Dirimu tak pernahku anggap ayah,
Kerana untuk lupakan abah teramat payah,
Kau sabar dengan aku walaupun susah,
Itulah namanya pengorbanan seorang ayah.
Masa berlalu bagaikan suatu mimpi,
Usiamu meningkat dan semakin berganjak pergi,
Namun kehadirmu tak juga aku hargai,
Kerana kau hanyalah seorang ayah tiri.
Tanpa aku sedari diriku kini sudah dewasa,
Selama 11 tahun aku dibesarkan oleh dirinya,
Sebagai pengganti abahku yang sudah tiada,
Sedikit demi sedikit aku mula menerimannya.
Namun panggilan untuknya masih tetap sama,
Seperti seorang pak cik saja layaknya,
Namun disebalik hati terselit seribu rasa,
"Ayah! Ayah!", itulah yang inginku ucap kepadanya.
Aidilfitri tiba lagi dengan sungguh ceria,
Menatap wajahnya aku makin diruntun hiba,
Mahu memanggilmu ayah kekokku rasa,
Namun aku risau nanti sudah tiada masa.
Entah mengapa hatiku dirundung hiba,
Selama ini hadirnya tak pernahku rasa,
Sayangnya tak pernahku ambil kira,
Perhatiannya tak pernah buatku gembira.
Wahai hati berusahalah segera,
Untuk kuat melontarkan segala rasa,
Agar tak menyesal dan tak merana,
Dek kerana perginya buat selamanya.
Buat dirimu yang bernama ayah, ampun maaf dari anakmu. Maaf andai diri ini tak mampu untuk memanggilmu dengan panggilan ayah walaupun hanya sekali. Terima kasih kerana selama ini menjaga, mengambil berat dan berkorban untuk membesarkan diri ini. 11 tahun dirimu bergelar ayah tiri kepada diri ini, tapi tak pernah sekali pun kau marah, tengking apatah lagi naik tangan kepada aku. Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang ayah untuk menjaga kami sekeluarga. Walaupun ada ketika, kita semua berduka, namun tiba jua saat bergembira.
Sungguh aku akui, dulu aku selalu ingat ayah tiri seorang yang jahat, suka pukul anak tiri, suka dera dan macam-macam lagi. Tapi sepanjang 11 tahun aku menjadi anak tiri, Pak Long, dia langsung tak marah aku, pukul, cubit dan apa pun tak pernah. Yang aku tau,
"Pak Long, esok nak pi cop sijil kat pejabat",
"Ok",
"Pak Long, satni beli murtabak, apom balik, kuih lapis, bla...blaa..blaa..",
"Ok",
"Pak Long, lampu dalam bilik cheq tak menyala",
"Pi ambik kerusi saya nak tengok",
"Pak Long, mai ambik cheq kat stesen bas pukul 4 pagi esok",
"Ok, pukul 3 saya sampai",
"Pak Long, nak buah limau purut seguni",
"Ok",
"Pak Long, cheq demam, nak 100plus",
"Ok",
"Pak Long, Pak Long, Pak Long... dan Pak Long",
Kini baru aku sedar, kasih sayang darinya bukan dengan kata-kata, tapi dengan membuatkan aku selesa. Dia akan selalu memberi bila aku meminta dan menunaikan apa saja permintaan dari aku. Itulah makna kasih sayang sebenar dari Pak Long, ayah tiri aku. Sungguh, aku baru sedar yang aku dah mula sayang dia. Tapi kenapa baru sekarang, kenapa selepas 11 tahun, kenapa bila aku dah besar, dan kerana aku sudah dewasa, aku malu untuk memanggilnya ayah, lidah ini dah tak mampu untuk ungkap perkataan itu. Macam mana ni? Hanya tinggal 5 hari lagi aku akan ada di rumah. Tolonggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!
P/s 1: Aku kenal Pak Long dari kecik lagi, sebab Pak Long satu felda dengan aku dan juga kawan kepada arwah abah aku.
P/s 2: Pak Long bahasakan diri dia, "saya". Tak pernah lagi dia guna yang lain.
P/s 3: Adik aku yang bongsu, ialah satu-satunya anak Pak Long dengan mak aku.
P/s 4: Aku tak rasa yang aku akan berjaya panggil AYAH kat Pak Long.
P/s 5: Kredit kat Kapten Atok sebab entri dia nilah yang buatkan aku menitiskan air mata dan tersedar betapa bernilainya seorang ayah itu walaupun ayah aku hanya ayah tiri tapi dia tetap AYAH..
8 hari bulan akan bakal tiba juga, namun aku tak juga mampu untuk panggil dia dengan panggilan ayah.. Sedihnya. Aku tak kuat. Malu dalam diri ini sangat tebal. Maafkan diri ini, ayah...
4 comments:
.. Tersentuhnya hati reading this.. what can i say is, u can try... tapi itulah..betapa sukarnya melakukannya...
sy menangis kot sepanjg menulis ni..huhuhu....susahnyaaa nk cuba..
che nad,sedihhh..:(
try la,selagi ada masa,insyaAllah boleh..:)
huhuhu....
da try, tp tak terkeluaq ar...
Post a Comment