October 27, 2011

Pengalaman menjadi bidan.

Assalamualaikum..

Hari ini, tiba-tiba saja aku terkenangkan bayi-bayi yang pernah aku bidankan satu masa dulu. Bagaimana keadaan mereka ya sekarang. Kenangan setahun yang lalu mula terimbau.


04 APRIL 2010.

Suansana ketika itu amat suram. Bumi baru saja disirami oleh air hujan yang turun tadi. Cuaca pula sejuk dan keadaan sekeliling gelap kerana matahari sudah mula melabuhkan tirainya. Jam menunjukkan jarum enam petang ketika itu. Saat kaki aku melangkah untuk ke tandas di hujung blok aras itu, kedengaran sayu-sayu suara mengerang kesakitan di penjuru ruang yang agak tersembunyi di tepi tangga.

Aku kehairanan, bunyi apakah itu. Tanpa berfikir panjang, aku terus halakan langkah ke arah suara itu. Saat mata menangkap kelibat tubuh itu, hormon adrenalin mula giat dirembeskan oleh kelenjar adrenal melalui rangsangan hypotalamus, dan menyebabkan jantung aku berdegup dengan begitu kencang sekali. Manakala keringat dingin di dahi aku sudah mula menitis perlahan.

Ketika itu mulut aku terkunci, mata kami bertaut, dan aku dapat rasakan ada satu sinar dimatanya meminta belas dari aku. Aku dengan tindakkan luar sedar menghampirinya dan memegang tangannya. Aku langsung tak dapat memikirkan apa tindakkan yang perlu dilakukan. Kemudian aku ingin bergerak untuk meminta bantuan, namun dia menarik tangan aku sambil menggeleng lemah. Fahamlah aku bahawa dia tidak mahu hal ini diketahui oleh orang lain.

Saat itu, aku memerhati dirinya, dia seperti menahan sakit. Perutnya besar, tidak normal bagi pandangan aku. Beberapa ketika kemudian, dia kembali mengerang kesakitan, aku diam tanpa bertanya. Aku sangat pasti yang sekarang hormon oxytocin sudah mula dirembeskan oleh kelenjar pituitary. Sebabnya aku dapat rasakan yang dia tengah alami contraction pada smooth muscle dekat uterus dia.

Positive feedback mechanism pon dia alami, sebab itulah sakit yang dirasai akibat contraction makin lama makin cepat jarak masanya. Aku ketika itu menjadi sedikit gementar, apa yang perlu aku lakukan selepas ini. Tak kan lah nak terus memerhati sahaja. Lalu, perlahan-lahan aku beranikan tangan aku untuk memegang perutnya. Aku urut-urut perutnya ke bawah, kerana itu saja yang terlintas di akal aku ketika itu. Tapi aku tak tahu adakah ianya dapat membantu memudahkan proses kelahiran tersebut.

Kemudian, dia mula meneran dan aku masih lagi mengurut perutnya yang sarat itu. Tiba-tiba, satu jasad keluar, dan saat itu aku terpaku. Rasa perasaan yang sebak dan bercampur dengan gembira sekali. Akhirnya, setelah hampir satu jam dia bertarung nyawa, lahirlah juga baby yang sangat comel itu.

Tapi, perjuangan dia masih belum tamat, uri perlu juga dikeluarkan, jadi dia mula meneran untuk kali yang kedua. Sungguh perit aku lihat dia, dahinya berkerut-kerut. Saat imam di masjid membacakan surah dalam solat magrib, baby kedua dilahirkan. Dek kerana waktu magrib dah berganjak pergi, aku terpaksa tinggalkan dia.

Begitulah pengalaman pertama aku menjadi bidan. Memang sangat aku tak boleh lupa. Alhamdulillah, dia selamat melahirkan 5 baby yang comel-comel. Walaupun dia langsung tak tahu siapa ayah kepada setiap anak-anaknya, tapi dia bertekad untuk menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Saat aku melangkah pergi setelah tamat matrikulasi, iaitu 14 APRIL 2010 kesemua bayi-bayi itu baru berusia 10 hari, dan itulah kali terakhir aku melihat mereka semua. Mungkin sekarang mereka juga sudah menjadi ibu, atau mungkin sudah tiada lagi, wallahualam.






Kasih sayang ibu yang melahirkan anak tak berbelah bahagi walaupun tanpa ayah





Hanya 3 baby pertama sahaja yang aku bidankan, yang lagi dua keluar selepas aku pi solat magrib.


p/s I : doakan aku menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang ramai nanti.
p/s II: entri ni bukan main-main na, betul-betul pengalaman aku. Cuma ada sikit-sikit yang aku tambah...hahahaha...

No comments: