4July2010
akhirnya,kaki aku telah melangkah masuk ke menara gading.inilah impian aku selama ini.syukur aku diberi peluang untuk menjadi pelajar universiti.kalaulah abah masih ada,ingin aku ucapkan padanya "abah,cik dapat masuk u!!".tapi aku hanya dapat ucapkannya di dalam hati aku saja.aku dapat rasakan semua gembira.aku turut gembira,inilah impian aku!saat aku melihat wajah2 ceria yang menghantar aku,hati aku nekad,aku harus berusaha gigih untuk mencapai kejayaan...petang itu,selepas asar kami dikumpulkan.kami diarahkan pergi ke DABS(dewan).aku berjalan kaki bersama2 yang lain tanpa aku hiraukan kaki aku yang mula membengkak.tiba sahaja di dewan tangan aku ditarik oleh seorang pm(pembantu mahasiswa)."adik pakai reben merah ni sakit apa?".aku menunjukkan kaki aku yang agak parah lukanya ketika itu.ada yang menutup muka ketakutan.ngeri agaknya.balik dari dewan aku dibawa menaiki van.aku berkenalan dengan kakak2 yang turut berada di dalam van itu.
dua orang kakak pregnant,seorang bekas pesakit kanser tulang,yang lain aku dah lupa.hari pertama aku tempuhi dengan penatnya.malamnya aku tidak mengikuti program,kaki aku membengkak dengan teruk akibat berjalan ke DAPS petang tadi.aku di tempatkan di blok E.bermulalah pertemuan aku dengan Dian dan Majdyiah.MASYAALLAH,ukhwah yang terbina ketika itu amat manis.walaupun baru berkenalan,seakan2 sudah lama aku mengenali mereka.mereka dari Sabah,datang awal atas sebab penerbangan awal.mereka melayan aku,berborak dengan aku,bercerita dan bermacam2.4jam aku di rumah itu,langsung aku tak diam mulut berbicara.mereka memanggil aku kakak(aku 20,depa 19).
hari kedua,pendaftaran akademik.aku sesi kedua.aku pergi walaupun orang lain yang mendaftar untuk aku.aku dihadiahkan 2 batang tongkat(yang pastinya aku tak tau menggunakannya).petang itu sekali lagi aku tidak pergi ke DAPS(alasan yang sama,kaki aku).malamnya,aku rasa terlalu bosan,aku berkeras mahu pergi walau berkali2 dihalang oleh Kak Yat.dan aku tetap pergi dengan alasan tak mahu ketinggalan.(rupa-rupanya ada hikmah aku pi malam tu. aku jumpa Amira Ahmad Suhaimi, sahabat aku yang sama-sama berjuang dengan aku sekarang.kami satu kos.Alhamdulillah)
hari ketiga,aku terus degil dengan berkeras mahu mengikuti aktiviti,aku bagi alasan yang aktiviti itu cuma memerlukan aku duduk dan mendengar,alasan aku diterima,dari pagi sehingga ke petang aku gagahi diri.aku sakit,namun aku tahan.aku tak mahu susahkan sesiapa.aku dah cukup malu.malamnya kaki aku membengkak teruk,aku dibawa ke bilik rawatan.aku ditempatkan disitu bersama pesakit2 yang lain.kebetulan aku bertemu sahabat aku,Afiqah.dia muntah2.aku tidur bersama2 dia sehingga pukul 12,lepas itu aku balik ke bilik,dan Kak Yat mengingatkan aku untuk membawa segala keperluan untuk tinggal di bilik itu.aku mendengar sahaja kata2 kakak yang menjaga aku sepanjang minggu siswa ini.
keesokkan pagi,tengah aku mengemas,Kak Yat datang mengambil aku.aku pun ditempatkan di bilik yang kedua bersama2 Afiqah.bermulalah hidup aku di katil.aku tidak dibenarkan kemana2.hanya baring di katil.ini membuatkan aku terlalu bosan,tapi aku gagahkan juga kerana aku ingin cepat sembuh demi kuliah aku yang bakal bermula minggu hadapan.hari rabu dan khamis aku dengan rasminya tidak mengikuti program orentasi.sayang memang sayang,tapi apakan daya,baik aku diam di bilik dari menyusahkan orang menjemput aku ke dewan.
dua hari aku di katil,dan ditemani lappy kesayangan,tapi aku seorang,Afiqah sudah keluar.dan malam itu aku balik ke bilik dan berkemas untuk perpindahan esoknya.bangun dari tidur aku terus sambung berkemas.aku ke kaunter,Kak Yat sibuk dengan pendaftaran,aku terus ke kaunter dan menguruskan pertukaran bilik.aku memohon bilik di tingkat 1,aku dapat blok J125.roomate aku budak kos nursing.dia asal dari kelantan.masa aku dapat bilik pukul 9.aku langsung tak boleh diam,aku mula mengangkat barang walau aku tahu yang lori akan sampai untuk orang2 yang sakit.tapi aku masih ada tangan,kaki aku ja yang sakit.aku terus angkat dan angkat.sehinggalah habis barang aku.
letih mengangkat barang,aku berehat dibilik lama aku.tepat pukul 11,aku dapat mesej dari Kak Yat,"Nazirah,mana barang kamu?".apa yang harus aku jawab?aku pun berterus terang.puas aku dileteri Kak Yat,dia amat bimbang.tapi aku dah siap angkat,ok apa.hehehehe....(aku pantang dok diam,degil!!!!).itulah aku.petang itu aku ada aktiviti bersama2 fakulti.aku di restkan..hahaha,lawak plak ayat tu.depa main macam2,kat sini lah aku kenal dengan kawan2 sekelas dengan aku,36 perempuan,2 lelaki.aku juga dapat mengenali senior foodtech dan juga lec fakulti aku.malam itu aku dibawa menaiki kereta,emergency kes.hahaha(terasa diri special la plak = orang istimewa = OKU).
semua fasi baik.suka la,happening ja.depa layan aku yang kurang upaya ni dengan sebaik mungkin.terima kasih semua....................................................................................
No comments:
Post a Comment