June 22, 2014

Wake me up, when degree end~

Assalamualaikum...

Cepatnya masa berlalu, hujung bulan Mei lepas, aku baru saja tamatkan peperiksaan terakhir untuk ijazah aku. Awal bulan June pulak, aku bertungkus lumus menyiapkan thesis tersayang, ditambah dengan VIVA lagi...9 June 2014, tarikh yang amat bermakna, setelah tangan ini menghulurkan thesis, kaki pon mengorak langkah meninggalkan UniSZA dan Terengganu, setelah 4 tahun aku lalui pahit manis demi segulung ijazah ni...aceewaaahhhh.....Berpuitis pulak kan,,,

So? Now, I am officially graduated student of Bachelor of Food Technology..Alhamdulillah and yeeeeeeeaaaaayyyyyyyyyy!!!!!!
Selesai final exam semester 8

Teruja yang amat lepas selesai VIVA

February 23, 2014

I'm back!!!

Assalamualaikum..

pejam celik...pejam celik...dah dekat 2 tahun tak update blog...hahaha...memang dah lama mengabaikan hobi menulis...bukan sengaja..tapi,,,tapi....terpaksa..huhuhu...sibuk sangat dengan urusan sendiri plus tak dapat nak luangkan masa untuk menulis...adoii.... (=.='') dalam 2 tahun ni banyak perkara yang dah berlaku..
  • Disember 2012 (121212) ~ one of my buddies of AFANSAR got married..congrats!!
  • Februari 2013 ~ dirisik...hehehe (blushing2)
  • Februari-Ogos 2013 ~ Praktikal di Batu Caves...disana banyak sangat pengalaman yang tak terluah..kat sana banyak yang aku dapat tentang kehidupan ni...hidup tak seindah apa yang kita bayangkan...tak semua orang baik di dunia ni....360 degree berubah untuk adapt dengan persekitaran kat sana..rasa hidup being alone with stranger in crowded place....survive sorang-sorang kat sana...
  • Mei 2013 ~ new born, Nur Fariha Safiya...kesian dia, doktor jangka baby boy...tengok-tengok keluar baby girl..kan baby girl dah kena selimut dengan selimut kereta-kereta..sekarang dah 9 bulan, dah mula belajar bertatih..


  • Ogos 2013 (180813) ~ after raya, My E-day ^^
  • September 2013 ~ mulakan tahun akhir (semester 7)..Product Development day..my group came out with Azuki bar, energy bar from red beans plus dates, raisin and so on..kami dapat no 2..alhamdulillah..
  • Oktober 2013 ~ encik tunang fly to Lebonan for 1 year (T_T) sobs....sobs....
  • November 2013 ~ one of my buddies of AFANSAR sym passed away (!_!)
  • Januari 2014 ~ start my final year project (catfish jerky)
  • Februari 2014 ~ my tok wan meninggal dunia (!_!) and start semester terakhir, semester 8...struggles for my fyp and starting da thesis..bergelumang dengan ikan keli...adoi!!!!

June 7, 2012

Sayangku dah mati


Kelmarin perkara yang sama terjadi. Dulu Bobo, kelmarin Potat. Bezanya, Bobo aku tak nampak kat depan mata, tapi Potat aku nampak dia dah terdampar tak bernyawa.

Dua tahun lepas kat Matrik Kedah, aku selalu main dengan sekoq anak kucing ni. Dia comel, lincah, manja, pandai dan aku namakan dia Bobo. Tapi masa cuti raya, aku tinggal dia dengan mak dia kat asrama. Lepas cuti aku cari dia, dia dah tak dak. Dia mati, jatuh dari tingkat 3. Anak kucing, mana dia nak tau apa-apa. Meloncat sana, ,meloncat sini, akhirnya terjatuh. Masa tu sedih sangat, dan lepas tu aku malas dah nak sayang-sayang kucing sebab aku takut yang aku sayang tu la yang akan mati.

Bulan lepas aku jumpa Potat, dia warna hitam, Bobo dulu warna putih tompok-tompok hitam. Budak kat depan rumah aku yang bela. Masa mula-mula aku tengok dia, dia kecik sangat, macam baru lahir ja. Kawan aku cakap, budak tu bela bagi besaq. Nanti dah besaq dia nak bagi kat kawan dia yang lain. Aku suka panggil dia baby hitam, sebab warna dia hitam, tapi nama yang tuan dia bagi ialah Potato.

Mula-mula aku tak endah sangat dengan si Potat ni, tapi dah tiap-tiap hari nak pi kuliah dia mesti dok melompat-lompat main kat kaki aku, mau aku tak sayang. Kalau aku pi rumah kawan aku, buka ja pintu dia dah lari mai kat aku. Pahtu mula la dia dok tangkap kaki aku, manja sungguh Potat ni. Kadang-kadang, kalau kawan aku lambat sikit, aku masuk main sat dengan dia. Seronok main dengan dia, aku boleh dok gelak sorang-sorang.

Kelmarin aku keluaq nak pi makan, aku tengok tuan Potat teyak, mata dia merah. Dia pi kat tangga sambil tengok-tengok kat bawah. Dia dengan kawan dia lari-lari turun ke bawah. Aku pun rasa lain macam, apa yang terjadi, aku intai kepala tengok ke bawah. Ya Allah, Potat!! Aku nampak Potat dah terbaring tak bernyawa. Aku tengok dari atas yang tuan Potat bungkus dia dalam kain batik nak pi tanam. Aku dengaq budak-budak aras tu cerita yang tuan Potat buka pintu sambil dok study. Dia tak sedaq Potat keluaq. Si Potat keluaq main-main kat luaq, tapi dia terjatuh dari tingkat kami, tingkat 3. Huhuhuhu....

Udin.

Active

Si Buta

Bobo dengan mak dia, Momo

Gebu

Belang


Si kembaq, Gebu dan Belang

Semalam aku dok pikiaq sorang-sorang, awat la aku dok teras sedih ni. Rupa-rupanya aku sedih sebab Potat dah mati. Susah la nak terima kematian, sedangkan setiap yang bernyawa pasti akan mati juga. Hurmmm.... Semoga aku tak sedih... ^^

semua kucing yang dalam gambaq kat atas tu dah tak dak dengan keluarga aku. Ada yang mati, ada yang dah bagi kat orang. Sekarang kat rumah aku ada 2 ekoq ja kucing, tu pon yang mai sendiri. Mak aku kata, dah tak larat nak ambik dah. Kalau ambik, bela, tak dan tua dah mati. Mati kena racun dengan orang. (!_!) ps:sayangilah haiwan..

May 7, 2012

Assignment 3-CHICKEN FRANKFURTER


E450Diphosphates [Emulsifier]
              help prevent oil and water mixtures from separating.
E451Triphosphates [Emulsifier]
             help prevent oil and water mixtures from separating.
E452Polyphosphates [Emulsifier]
            help prevent oil and water mixtures from separating.
E250Sodium nitrite [Preservative]
Stabilizes the red color in cured meat, gives a characteristic flavor and also play a role in preservation by reducing water activity.
E252Potassium nitrate (Saltpetre) [Preservative]
Inhibit the growth of the Clostridium botulinum, as a colour retention agent that fixes the colour of meats and fish, making them look fresh and more appealing to buy.



May 4, 2012

Lagu kesukaan


Taubat

Album : Sumbangsih
Munsyid : Soutul Jihad
http://liriknasyid.com


Ya Allah, ya Allah
Terimalah taubatku
Kumenangis kumerintih
Mengharapkan keredhaan

Hidup ini
Bagai arus yang deras
Tanpa haluan
Kumeminta, kumengharap
Pengampunan dari-Mu

Sudah lama kukesali
Perbuatanku ini
Di kala sendirian
Kumelihat ciptaan-Mu
Tanpa sedar terlintas
Keinsafan yang nyata

Di kala sendirian
Kumelihat ciptaan-Mu
Keresahan jiwa ini
Mengharapkan pengampunan

Lagu : Salleh & Faizan
Lirik : Salleh & Faizan
Solo : Faizan 
 
Mendayu-dayu ja bila dengar.. (T_T) jom sama-sama dengar
 

Sunan Musafir


Alhamdulillah, selepas sutera bidadari, tiba la penamat untuk siri cerita laksamana Sunan. Yang pastinya, setiap kisah yang ada permulaan, pasti ada penamatnya. Insyaallah, segala yang baik bolehlah kita ambil sebagai iktibar. Contohnya, sifat laksamana sunan yang kuat beribadat, cintakan Allah dan Rasul serta berperibadi baik.

Tak sabar nak memiliki buku ni, sebab nak sangat tau apa yang bakal terjadi. Boleh jugak tambah lagi koleksi karya Ramlee Awang Mursyid. Sukanya.... Tapi kena sabaq dulu. Tunggu habis final semester ni, dan buku ni akan aku jadikan hadiah untuk diri. Alhamdulillah, setidak-tidaknya, aku tahu apa yang aku suka dan dapat la buat diri sendiri gembira..

Jom sama-sama dapatkan buku ni..

Assignment 2-Chilli sause


Produk kedua aku pilih ialah sos cili...
 
E1422 Acetylated distarch adipate [Stabiliser] [Thickening agent]
A starch that is resistant against stirring, high temperatures and low pH. As a thickener and vegetable gum to give improved 'mouth feel’.
E260Acetic acid [Preservative] [Acidity regulator]
Regulating pH, controlling acidity and improving flavor in the food.
E211Sodium benzoate [Preservative]
As a preservative which act as a bacteria-destroying agent.
E415Xanthan gum [Thickener] [Stabiliser]
As salt tolerance, oxidation resistance agents and to improve thickness of ingredients.
E122Carmoisine / Azorubine [Colouring]
Synthetic red food dye that give red colour to food.
E124Ponceau 4R / Cochineal Red A / Brilliant Scarlet 4R [Colouring]
A brilliant-red dye which is synthetic colourant that used as a food colouring.

Assignment 1-Cheddar Cheese

Nak kongsi pemerhatian yang aku buat untuk assignment food chemical component aku.. Menarik juga kalau kita tau bahan-bahan yang ada dalam makanan yang kita nak beli. Tapi assignment aku lebih fokus kepada food additive yang melibatkan kod E (E numbes).

Apa sebenarnya kod E ni ek? Haa.... jangan sempitkan fikiran untuk menghukum semua makanan yang ada kod E ni haram ya.Kod E merujuk kepada nombor rujukan yang digunakan untuk memudahkan pengenalpastian food additive yang digunakan dalam sesuatu makanan. E stand for Europe.
 Produk makanan yang pertama aku ambik untuk assignment aku ialah Cheddar Cheese


E331Sodium citrates [Antioxidant]
Prolong the shelf life of foods by protecting against deteriotion caused by oxidation (fat rancidity)
E339Sodium phosphates [Emulsifier]
To allow the uniform dispersion of two or more ingredients and to prevent oil from separating from the rest of the mixture.
E322 Lecithin [Emulsifier] **haram if it is from animal fat
Lecithin provides solidity to foods and helps to prevent other ingredients from separating.
E460Cellulose [Emulsifier]
As an emulsifier to stabilize water-oil-mixtures.
E200Sorbic acid [Preservative]
An effective inhibitor of the growth of most moulds, yeasts and many bacteria.
E160 (b)Annatto, bixin, norbixin [Colouring]
red color; derived from a tree (Bixa orellana); used to dye cheese

April 1, 2012

Malaysia Global March to Jerusalem 2012 UniSZA

Yang ini banner dari pelajar teknologi makanan.

Selepas perarakan.
Antara sepanduk untuk GMJ.
Di dalam dewan.

Sebahagian dari FoodTech Tahun 2. yang lain dah balik..

March 27, 2012

MIHAS, balik kampung, BFTJ?


Jom sama-sama kita sertai Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)..

Tak lama lagi dah nak masuk bulan April, aku pun dok menghitung hari dah nak balik kampung untuk cuti pertengahan semester. Rasanya baru sangat aku mulakan semester 4 ni, tapi rupa-rupanya dah hampir 2 bulan masa berlalu.

Alhamdulillah kali ini aku diberi kesempatan untuk balik, walaupun sangat singkat masa tu, tapi alu bersyukur sangat masih punyai ruang masa dengan keluarga. Sekali sekala tu, dapat la jenguk mak ayah dengan adik beradik yang lain kan. Lepas juga kerinduan yang kat depa semua kan.

Tapi kali ni aku tak terus balik dari Terengganu ke Perlis, sebabnya aku dan sahabat-sahabat satu kelas ada lawatan. Lawatan sambil belajar untuk pelajar semester 4. Disebabkan baru semester ini kami mula mengambil subjek-subjek yang berkaitan dengan makanan, jadi di kesempatan yang ada, kami ambil peluang untuk ke MIHAS. Sebelum ni aku tak tau pun apa itu MIHAS, ni sebab nak pi la baru aku tau. Bagus jugak la dapat sertai showcase ni.

Selain tu, macam biasa la kan, dah nama pun budak-budak food tech, mesti melawat kilang lah kan. Kilang yang akan kami pi ialah Kilang Ramly dan juga Dunkin. wah3... Lepas habis tu aku dah tak sabar-sabar nak balik Perlis. Hahahaha... seronok sangat.

Dan insyaallah, kalau tak ada aral, aku akan bertemu dengan sebahagian daripada BFTJ aku, iaitu sahabat-sahabat AFANSAR sym. Semoga ALLAH permudahkan urusan kami.

Gambar reunion Dis 2010.. dah hampir setahun lebih tak jumpa.. rindu hampa semua..

A- azamin
F- fadhil
A- amir
N- nazirah
S- syafiqah izzati
A- affira
R- raihani

March 24, 2012

ilmu vs akhirat

"Akhirat itu yang pertama,
namun ilmu bukan pula yang kedua..
They are directly propotional to each other..
Jadi, janganlah ditinggalkan akhirat untuk ilmu,
dan jangan pula ditinggalkan ilmu untuk akhirat.."

February 29, 2012

Berkongsi hobi membaca


Jom membaca, jom!! Ni la antara koleksi yang buku yang aku ada dan dah selamat aku tinggalkan kat rumah. Jadi, kat sini aku nak la cadangkan beberapa buah buku atau tulisan penulis-penulis yang aku kira bagus untuk sapa-sapa yang ada minat membaca.

  1. VT (Hilal Asyraf) - Sebuah novel remaja yang berkisarkan tentang kumpulan bola tampar di sebuah sekolah. Jalan cerita dan pengajaran yang cuba disampaikan cukup banyak dan sangat-sangat bererti. Dah tiga kali ulang novel ni, tapi aku tak rasa bosan pun sebabnya setiap kali aku baca, aku dapat sesuatu dalam novel tu. Boleh dikatakan sebagai sebuah novel yang memberi motivasi pada aku.
  2. Tombirou + Semangat Hutan + Tombirou Terakhir (Ramlee Awang Mursyid) - Novel karya RAM cukup mendebarkan setiap kali aku baca. Apa yang akan berlaku langsung tak dapat kita nak agak. Aku suka penulisan RAM sebab dia sangat kreatif dan jalan cerita dalam novel dia sentiasa buat aku rasa tak dapat nak berhenti membaca. Tiga buah novel ni semuanya bersambung, tapi aku rasa sungguh bermakna membacanya. Novel ni kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Tombirou( semangat hutan), yang dari kecil dibesarkan di dalam hutan dan tak pernah kenal dunia luar akhirnya kembali berpegang teguh pada agama. Tapi liku-liku yang perlu dihadapi sangat-sangat perit.
  3. aA + bB ( Hlovate) - Ni lagi seorang penulis yang aku kira penulisan dia cukup mantap. Sepanjang aku dok baca tulisan dia, semuanya tak pernah mengecewakan. Dan setiap tajuk novel dia ni sangat unik dan sebab uniklah kita rasa nak tau. Apa yang boleh aku komen tentang aA + aB adalah sangat-sangat best! Nak tau lagi, cuba baca la, sempoi jugak Hlovate ni, kadang-kadang boleh buat kita gelak sorang-sorang, idea yang cukup nakal kadang-kadang.

Dan yang paling istimewa baru aku miliki dengan menggunakan baucer buku ialah buku ni :


Harga buku ni RM 58, kandungannya tulisan bersertakan gambar yang berwarna. Sangat-sangat menarik dan berguna untuk kita lebih mengenali nabi kita.


p/s; nak pinjam? boleh... boleh... ^^