Ya Allah, ya Allah
Terimalah taubatku
Kumenangis kumerintih
Mengharapkan keredhaan
Hidup ini
Bagai arus yang deras
Tanpa haluan
Kumeminta, kumengharap
Pengampunan dari-Mu
Sudah lama kukesali
Perbuatanku ini
Di kala sendirian
Kumelihat ciptaan-Mu
Tanpa sedar terlintas
Keinsafan yang nyata
Di kala sendirian
Kumelihat ciptaan-Mu
Keresahan jiwa ini
Mengharapkan pengampunan
Lagu : Salleh & Faizan
Lirik : Salleh & Faizan
Solo : Faizan
November 13, 2012
June 7, 2012
Sayangku dah mati
Kelmarin perkara yang sama terjadi. Dulu Bobo, kelmarin Potat. Bezanya, Bobo aku tak nampak kat depan mata, tapi Potat aku nampak dia dah terdampar tak bernyawa.
Dua tahun lepas kat Matrik Kedah, aku selalu main dengan sekoq anak kucing ni. Dia comel, lincah, manja, pandai dan aku namakan dia Bobo. Tapi masa cuti raya, aku tinggal dia dengan mak dia kat asrama. Lepas cuti aku cari dia, dia dah tak dak. Dia mati, jatuh dari tingkat 3. Anak kucing, mana dia nak tau apa-apa. Meloncat sana, ,meloncat sini, akhirnya terjatuh. Masa tu sedih sangat, dan lepas tu aku malas dah nak sayang-sayang kucing sebab aku takut yang aku sayang tu la yang akan mati.
Bulan lepas aku jumpa Potat, dia warna hitam, Bobo dulu warna putih tompok-tompok hitam. Budak kat depan rumah aku yang bela. Masa mula-mula aku tengok dia, dia kecik sangat, macam baru lahir ja. Kawan aku cakap, budak tu bela bagi besaq. Nanti dah besaq dia nak bagi kat kawan dia yang lain. Aku suka panggil dia baby hitam, sebab warna dia hitam, tapi nama yang tuan dia bagi ialah Potato.
Mula-mula aku tak endah sangat dengan si Potat ni, tapi dah tiap-tiap hari nak pi kuliah dia mesti dok melompat-lompat main kat kaki aku, mau aku tak sayang. Kalau aku pi rumah kawan aku, buka ja pintu dia dah lari mai kat aku. Pahtu mula la dia dok tangkap kaki aku, manja sungguh Potat ni. Kadang-kadang, kalau kawan aku lambat sikit, aku masuk main sat dengan dia. Seronok main dengan dia, aku boleh dok gelak sorang-sorang.
Kelmarin aku keluaq nak pi makan, aku tengok tuan Potat teyak, mata dia merah. Dia pi kat tangga sambil tengok-tengok kat bawah. Dia dengan kawan dia lari-lari turun ke bawah. Aku pun rasa lain macam, apa yang terjadi, aku intai kepala tengok ke bawah. Ya Allah, Potat!! Aku nampak Potat dah terbaring tak bernyawa. Aku tengok dari atas yang tuan Potat bungkus dia dalam kain batik nak pi tanam. Aku dengaq budak-budak aras tu cerita yang tuan Potat buka pintu sambil dok study. Dia tak sedaq Potat keluaq. Si Potat keluaq main-main kat luaq, tapi dia terjatuh dari tingkat kami, tingkat 3. Huhuhuhu....
Udin. |
Active |
Si Buta |
Bobo dengan mak dia, Momo |
Gebu |
Belang |
Si kembaq, Gebu dan Belang |
semua kucing yang dalam gambaq kat atas tu dah tak dak dengan keluarga aku. Ada yang mati, ada yang dah bagi kat orang. Sekarang kat rumah aku ada 2 ekoq ja kucing, tu pon yang mai sendiri. Mak aku kata, dah tak larat nak ambik dah. Kalau ambik, bela, tak dan tua dah mati. Mati kena racun dengan orang. (!_!) ps:sayangilah haiwan..
May 7, 2012
Assignment 3-CHICKEN FRANKFURTER
E450 – Diphosphates [Emulsifier]
help
prevent oil and water mixtures from separating.
E451 – Triphosphates [Emulsifier]
help
prevent oil and water mixtures from separating.
E452 – Polyphosphates [Emulsifier]
help
prevent oil and water mixtures from separating.
E250 – Sodium
nitrite [Preservative]
Stabilizes the
red color in cured meat, gives a characteristic flavor and also play a role in
preservation by reducing water activity.
E252 – Potassium
nitrate (Saltpetre) [Preservative]
Inhibit the
growth of the Clostridium botulinum, as a colour retention agent that fixes the
colour of meats and fish, making them look fresh and more appealing to buy.
May 4, 2012
Lagu kesukaan
Taubat
Album : Sumbangsih
Munsyid : Soutul Jihad
http://liriknasyid.com
Munsyid : Soutul Jihad
http://liriknasyid.com
Mendayu-dayu ja bila dengar.. (T_T) jom sama-sama dengar
Sunan Musafir
Alhamdulillah, selepas sutera bidadari, tiba la penamat untuk siri cerita laksamana Sunan. Yang pastinya, setiap kisah yang ada permulaan, pasti ada penamatnya. Insyaallah, segala yang baik bolehlah kita ambil sebagai iktibar. Contohnya, sifat laksamana sunan yang kuat beribadat, cintakan Allah dan Rasul serta berperibadi baik.
Tak sabar nak memiliki buku ni, sebab nak sangat tau apa yang bakal terjadi. Boleh jugak tambah lagi koleksi karya Ramlee Awang Mursyid. Sukanya.... Tapi kena sabaq dulu. Tunggu habis final semester ni, dan buku ni akan aku jadikan hadiah untuk diri. Alhamdulillah, setidak-tidaknya, aku tahu apa yang aku suka dan dapat la buat diri sendiri gembira..
Jom sama-sama dapatkan buku ni..
Assignment 2-Chilli sause
Produk kedua aku pilih ialah sos cili...
E1422 – Acetylated
distarch adipate [Stabiliser]
[Thickening agent]
A starch that is
resistant against stirring, high temperatures and low pH. As a thickener and vegetable
gum to give improved 'mouth feel’.
E260 – Acetic
acid [Preservative]
[Acidity regulator]
Regulating pH,
controlling acidity and improving flavor in the food.
E211 – Sodium
benzoate [Preservative]
As a
preservative which act as a bacteria-destroying agent.
E415 – Xanthan
gum [Thickener]
[Stabiliser]
As salt
tolerance, oxidation resistance agents and to improve thickness of ingredients.
E122 – Carmoisine
/ Azorubine [Colouring]
Synthetic red
food dye that give red colour to food.
E124 – Ponceau
4R / Cochineal Red A / Brilliant Scarlet 4R [Colouring]
A brilliant-red
dye which is synthetic colourant that used as a food colouring.
Assignment 1-Cheddar Cheese
Nak kongsi pemerhatian yang aku buat untuk assignment food chemical component aku.. Menarik juga kalau kita tau bahan-bahan yang ada dalam makanan yang kita nak beli. Tapi assignment aku lebih fokus kepada food additive yang melibatkan kod E (E numbes).
Apa sebenarnya kod E ni ek? Haa.... jangan sempitkan fikiran untuk menghukum semua makanan yang ada kod E ni haram ya.Kod E merujuk kepada nombor rujukan yang digunakan untuk memudahkan pengenalpastian food additive yang digunakan dalam sesuatu makanan. E stand for Europe.
Produk makanan yang pertama aku ambik untuk assignment aku ialah Cheddar Cheese

E331 – Sodium
citrates [Antioxidant]
Prolong the shelf life of foods by protecting against deteriotion caused by oxidation (fat rancidity)
E339 – Sodium
phosphates [Emulsifier]
To allow the
uniform dispersion of two or more ingredients and to prevent oil from
separating from the rest of the mixture.
E322 – Lecithin [Emulsifier] **haram
if it is from animal fat
Lecithin
provides solidity to foods and helps to prevent other ingredients from
separating.
E460 – Cellulose [Emulsifier]
As an
emulsifier to stabilize water-oil-mixtures.
E200 – Sorbic
acid [Preservative]
An effective
inhibitor of the growth of most moulds, yeasts and many bacteria.
E160 (b) – Annatto,
bixin, norbixin [Colouring]
red color;
derived from a tree (Bixa orellana); used to dye cheese
April 1, 2012
Malaysia Global March to Jerusalem 2012 UniSZA
March 27, 2012
MIHAS, balik kampung, BFTJ?
Jom sama-sama kita sertai Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)..
Tak lama lagi dah nak masuk bulan April, aku pun dok menghitung hari dah nak balik kampung untuk cuti pertengahan semester. Rasanya baru sangat aku mulakan semester 4 ni, tapi rupa-rupanya dah hampir 2 bulan masa berlalu.
Alhamdulillah kali ini aku diberi kesempatan untuk balik, walaupun sangat singkat masa tu, tapi alu bersyukur sangat masih punyai ruang masa dengan keluarga. Sekali sekala tu, dapat la jenguk mak ayah dengan adik beradik yang lain kan. Lepas juga kerinduan yang kat depa semua kan.
Tapi kali ni aku tak terus balik dari Terengganu ke Perlis, sebabnya aku dan sahabat-sahabat satu kelas ada lawatan. Lawatan sambil belajar untuk pelajar semester 4. Disebabkan baru semester ini kami mula mengambil subjek-subjek yang berkaitan dengan makanan, jadi di kesempatan yang ada, kami ambil peluang untuk ke MIHAS. Sebelum ni aku tak tau pun apa itu MIHAS, ni sebab nak pi la baru aku tau. Bagus jugak la dapat sertai showcase ni.
Selain tu, macam biasa la kan, dah nama pun budak-budak food tech, mesti melawat kilang lah kan. Kilang yang akan kami pi ialah Kilang Ramly dan juga Dunkin. wah3... Lepas habis tu aku dah tak sabar-sabar nak balik Perlis. Hahahaha... seronok sangat.
Dan insyaallah, kalau tak ada aral, aku akan bertemu dengan sebahagian daripada BFTJ aku, iaitu sahabat-sahabat AFANSAR sym. Semoga ALLAH permudahkan urusan kami.
Gambar reunion Dis 2010.. dah hampir setahun lebih tak jumpa.. rindu hampa semua..
Gambar reunion Dis 2010.. dah hampir setahun lebih tak jumpa.. rindu hampa semua..
A- azamin
F- fadhil
A- amir
N- nazirah
S- syafiqah izzati
A- affira
R- raihani
March 24, 2012
ilmu vs akhirat
"Akhirat itu yang pertama,
namun ilmu bukan pula yang kedua..
They are directly propotional to each other..
Jadi, janganlah ditinggalkan akhirat untuk ilmu,
dan jangan pula ditinggalkan ilmu untuk akhirat.."
February 29, 2012
Berkongsi hobi membaca
Jom membaca, jom!! Ni la antara koleksi yang buku yang aku ada dan dah selamat aku tinggalkan kat rumah. Jadi, kat sini aku nak la cadangkan beberapa buah buku atau tulisan penulis-penulis yang aku kira bagus untuk sapa-sapa yang ada minat membaca.
- VT (Hilal Asyraf) - Sebuah novel remaja yang berkisarkan tentang kumpulan bola tampar di sebuah sekolah. Jalan cerita dan pengajaran yang cuba disampaikan cukup banyak dan sangat-sangat bererti. Dah tiga kali ulang novel ni, tapi aku tak rasa bosan pun sebabnya setiap kali aku baca, aku dapat sesuatu dalam novel tu. Boleh dikatakan sebagai sebuah novel yang memberi motivasi pada aku.
- Tombirou + Semangat Hutan + Tombirou Terakhir (Ramlee Awang Mursyid) - Novel karya RAM cukup mendebarkan setiap kali aku baca. Apa yang akan berlaku langsung tak dapat kita nak agak. Aku suka penulisan RAM sebab dia sangat kreatif dan jalan cerita dalam novel dia sentiasa buat aku rasa tak dapat nak berhenti membaca. Tiga buah novel ni semuanya bersambung, tapi aku rasa sungguh bermakna membacanya. Novel ni kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Tombirou( semangat hutan), yang dari kecil dibesarkan di dalam hutan dan tak pernah kenal dunia luar akhirnya kembali berpegang teguh pada agama. Tapi liku-liku yang perlu dihadapi sangat-sangat perit.
- aA + bB ( Hlovate) - Ni lagi seorang penulis yang aku kira penulisan dia cukup mantap. Sepanjang aku dok baca tulisan dia, semuanya tak pernah mengecewakan. Dan setiap tajuk novel dia ni sangat unik dan sebab uniklah kita rasa nak tau. Apa yang boleh aku komen tentang aA + aB adalah sangat-sangat best! Nak tau lagi, cuba baca la, sempoi jugak Hlovate ni, kadang-kadang boleh buat kita gelak sorang-sorang, idea yang cukup nakal kadang-kadang.
Dan yang paling istimewa baru aku miliki dengan menggunakan baucer buku ialah buku ni :
Harga buku ni RM 58, kandungannya tulisan bersertakan gambar yang berwarna. Sangat-sangat menarik dan berguna untuk kita lebih mengenali nabi kita.
p/s; nak pinjam? boleh... boleh... ^^
February 28, 2012
Degilnya seorang Nazirah
Assalamualaikum..
Sudah dua minggu aku mulakan kuliah untuk semester baru ni. Yang pastinya, minggu pertama tersangatlah lapang, jadi sempatlah aku habiskan dua buah novel yang belum aku baca kat rumah masa cuti hari tu. Ermm... Awal semester memang selalu macam ni, jadual pun tak disusun dengan betul lagi dan banyak jugak kelas yang bertukar. Semester baru kali ini banyak membawa pelajaran baru buat aku. Sepanjang 22 tahun aku hidup ni, sesuatu telah berlaku kat aku, sesuatu yang telah membuka mata aku.
Sebenarnya, memang lumrah manusia, jika kehilangan sesuatu, baru kita rasa kehilangan benda tu, kan. Sama la seperti aku. Aku diberi ujian, satu nikmat yang selama ini aku dapat, telah ditarik kembali oleh ALLAH dari aku. Baru sekarang aku sedar, betapa bermaknanya setiap yang ALLAH kurniakan kepada aku. Benarlah, semua nikmat yang kita miliki sekarang, bila-bila masa saja boleh ditarik daripada kita. Semua itu adalah pinjaman semata-mata. Alhamdulillah, bersyukurnya aku diberikan peringatan sebegini. ALLAH menegur aku yang makin terleka mencintai dunia yang hanya sementara ini dengan berlumba-lumba menyibukkan diri dengan hal dunia semata-mata.
Aku sekarang ada penyakit asthma, baru sebulan aku dapat tau yang aku hidapi penyakit ni. Mula-mula, biasa saja, cuma batuk, tapi akhirnya aku dapat tau yang aku hidapi penyakit ini bila kerap alami sesak nafas. Asthma ini merupakan penyakit genetik keluarga aku, arwah abah dan kakak aku juga ada. Tapi yang peliknya, aku baru dapat, dah 22 tahun, tapi sekarang baru aku dapat. Dua sebab utama yang merangsang penyakit ini datang, pertama disebabkan aku selalu berada dalam suhu sejuk (penghawa dingin dalam kuliah dan musim tengkujuh di Terengganu) dan debu ataupun habuk.
Sepanjang sebulan aku bercuti pada bulan Januari lepas, kerap jugak berulang ke klinik dan juga hospital. Tapi, ketika itu, aku masih anggap yang semua ini biasa saja. Dan disebabkan sikap ambil mudah aku itulah, aku kerap sakit seterusnya membuatkan mak aku susah hati. Adoiiiii..... Mak!!! cik bukan sengaja nak buat mak susah hati, tapi cik nak jadi macam orang lain, yang sihat, yang tak payah makan ubat, yang tak payah jaga pantang makan, yang tak payah buat orang lain risau..... hurmmmmm..
Degilnya sikap aku ini, membuatkan asthma kerap mendatangi aku. Malam sebelum aku balik Terengganu, aku makan sup daging, dan tengah-tengah malam aku dikejarkan ke hospital. Waktu tu, aku nampak sayu ja mata mak pandang aku. Bersalahnya rasa dihati, mak dah larang jangan makan, tapi aku nak makan juga. Akibatnya, aku susahkan orang lain untuk bawa aku ke hospital. Dapat ubat, ubat tu aku masukkan sekali dengan baju dalam mesin basuh. Cuai betul! Kesan ubat asthma ni buat aku menggigil dan pening-pening, jadi aku tak perasan yang aku masukkan baju yang dalam poketnya ada ubat yang aku baru dapat. Hahahaha.... Nazirah... Nazirah...
Hari aku bertolak datang ke Terengganu, mak mula risaukan aku. Mana taknya, aku akan berada di dalam bas yang berpenghawa dingin dan ditambah pula perjalanan aku mengambil masa lebih kurang 9 jam. Aku dapat rasa yang mak aku tak tidur nyenyak pun malam tu, sebabnya, pukul 4.30 pagi aku mesej cakap dah sampai U, mak aku balas. Maksudnya, mak aku tak tidur la tu, risaukan anak dia sorang ni.
Sekarang bila dah kat Terengganu, aku rasa lega sikit. Sebabnya, kalau aku sakit, mak tak nampak, jadi mak tak risau. Hehehe... Itu hanya andaian aku sahaja, tapi sebenarnya lagi buat mak aku risau. Mana taknya, dalam masa seminggu aku datang, dah 5 kali aku kena sedut ubat menggunakan nebulizer. Ala, biasa la, bilik bila kita tinggalkan sebulan, mestilah berhabuk kan. Fuuuuuhhhhh.... Kat sini, aku rasa macam aku susahkan kawan-kawan aku pulak. Mana taknya, asthma aku dua kali datang tengah-tengah malam. Kelam kabut jadinya.
Semuanya menjadi bertambah teruk dan yang pastinya aku rahsiakan dari mak. Balik bilik pukul 1, 2 3 pagi dalam keadaan menggigil lepas sedut ubat itu dah biasa dalam minggu ni. Dan disebabkan dua dos aku sedut ubat pun tak bagi kesan apa-apa, steroid dicucuk kedalam salur darah aku. Itupun lepas dua hari, dia datang jugak. Aku sebenarnya tak tau macam mana nak kendalikan penyakit aku ni, baru sebulan aku alami dan aku tak tau sangat macam mana tanda-tanda awal sebelum dia nak datang, yang aku sedar aku asthma bila aku tak boleh bernafas. Masa tu, hampa cakap pi la apa pun dengan aku, tak dak hari aku nak jawab punya. Hahahaha... Tak dak ah... Lawak ja. Aku sesak nafas sampai tak boleh bercakap, hanya boleh hangguk dengan geleng kepala ja.
Dan sekarang, aku dah dapat dua aksesori untuk dijadikan teman aku. Tiap-tiap hari aku kena guna. Ermmm... Apa lagi kalau bukan inhaler kan. Disamping tu aku dah bertukar jadi mask women bila masuk kuliah. Ni atas nasihat doktor, untuk aku kurang sedut udara sejuk.

Ini nebulizer. Ubat yang disedut masuk melalui salur hidung dan mulut.

Pandai adik ni guna, aku sendiri pun masih terkial-kial nak guna.
Jadi, semoga dengan ujian ini, aku lebih bersyukur kerana masih banyak lagi nikmat ALLAH yang aku masih dapat guna. Semoga diri ini terus kuat, baru la boleh cepat sembuh. ^^
February 15, 2012
Kami hebak, meme ar!!
Ini keluarga food tech aku kat sana. Ya, mata hampa tak silap, memang lelaki dalam kelas aku hanya dua orang.
Berat rasa hati nak percaya yang cuti semester dah nak habis. Sekarang ni macam nak teriak guling-guling ja. Aduh... Berat nanang ni. Jangan liat che nad oiii.... Pi Belajaq ghajin-ghajin na!!
“Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan. ”
“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]
Subscribe to:
Posts (Atom)