May 16, 2011

Resepi Acar Rebung Che Tom

Bahan-bahan utama:

  • 1kg Rebung
  • RM1 bawang merah(dipotong)
  • RM1 Bawang putih(dipotong)
  • RM1 Cili kering(dikisar)/4 sudu serbuk cili adabi
  • 50sen kacang tanah(digoreng)
  • 2 sudu cuka
  • 1 cawan minyak masak
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • 1 inci halia
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan tambahan:
  • Biji sawi
  • Biji lenga
  • Buah pala
  • Buah prun
  • Halwa pala
  • Halwa kundur
  • Kismis
  • Kurma
Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih serta halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
  3. Masukkan pula cili kering yang telah dikisar dan kacau hingga sebati. Setelah cili kering naik baunya, masukkan pula cuka dan biarkan seketika.
  4. Selepas itu, masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Apabila telah mendidih, masukkan gula dan garam serta bahan-bahan tambahan. Kemudian kacau sehingga sebati.
  6. Masak api perlahan dan biarkan seketika sehingga kuah acar rebung pekat.
  7. Angkat setelah masak dan hidangkan. Acar rebung yang tengah mendidihSudah siap..Nyumm2...

6 comments:

alimaz kembara terasing said...

assalam cik kompas.... saya datang cari resepi acar rebung... heheheh halalkan resepi ini untuk saya ya.... semoga allah memberkati hidup cik kompas...

cik kompas said...

waalaikumussalam..

silakan...

amin..terima kasih kerana doakan saya.

ni resepi acar rebung mak saya...

untuk berkongsi..

selamat mencuba.

allyna said...

masa dulu, sebut jer pasal rebung...tak suka nak makan, tapi setelah mencuba acar rebung yang kawan bawak dari Kedah, mula saya tercari2 resepinya.... tapi serius, memang sedap. TQ for ur recipe

cik kompas said...

sedap kn...ur welcome ^^

Anonymous said...

Nak buat untuk bln puasa nnt..nyum..nyum..

Maizura, Ipoh said...

Assalamualaikum Cik Kompas,

Terima kasih kongsi resepi ni. Alhamdulillah, sedap sungguh resepi ni. Akak buat first time terus menjadi.