Kalaulah aku nak merungut yang aku banyak kerja, sebenarnya orang lain lagi la banyak kerja. Kalau aku rasa subjek semester ni susah, orang lain lagi la belajar benda yang complicated dari aku. Ermmmmm..... Dan secara tak sengaja semalam aku membuka akaun emel aku, itupun sebab kawan satu kumpulan nak hantar bahan, kalau tak, dah jadi rekod paling lama kot aku tak buka emel. Sambil aku dok semak-semak bahan yang aku terima dari kawan aku tu, empat emel dari satu nama terpapar di ruang mata aku. Alhamdulillah, Allah sampaikan nasihat buat aku melalui dia, si pengirim emel tersebut.
Emel yang keempat_
Mari, kita duduk sebentar dan muhasabah diri.
Pernahkah kita duduk sebentar, dan berbicara(berdoa) dengan Ilahi?
Meluahkan kepadaNya segala kelemahan kita.
Menceritakan kepadaNya segala keaiban kita.
Mengadu kepadaNya segala kesusahan dan kepayahan kita dalam bergerak menjadi hambaNya.
Pernahkah kita, menangis, mengalirkan air mata kepadaNya?
Ya, kadangkala kita tidak memerlukan tulisan dan bicara panjang.
Yang kita perlukan adalah amal.
Pernahkah kita bergerak memperbaiki kualiti solat kita?
Pernahkah kita berusaha memperbaiki tajwid bacaan Al-Quran kita?
Adakah kita berusaha menambah bilangan muka surat Al-Quran yang kita baca sehari?
Bagaimana pula dengan solat-solat sunat?
Bagaimana dengan amal-amal kebaikan lain yang ringan seperti seyum kepada sahabat, sedekah dan sebagainya?
Pernahkah kita duduk sebentar dan melihat semula kepada semua itu?
Kadangkala kita tidak sedar bahawa ketenangan hati itu muncul daripada amal kebaikan, daripada muhasabah diri kita dengan Ilahi. Dan kadangkala kita tidak perlu kepada tulisan dan bicara yang panjang, yang kita perlu adalah amal yang sentiasa kita tingkatkan saban hari.
Bicara indah;
"Di dalam hati ada kekosongan,
yang tidak akan terisi melainkan dengan merapat kepada Ilahi.
Di dalam hati ada kegelisahan,
yang tidak akan dapat ditenangkan melainkan dengan Ilahi.
Di dalam hati ada kerisauan,
yang tidak akan dapat diselesaikan, melainkan dengan Ilahi."
"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang." Surah Ar-Ra'd ayat 28.
P/s II ; Kalau dia terbaca entri ni, maaf la sebab hanya menggunakan 'dia' sebagai penganti diri buat kamu, aku ada alasan tersendiri. Dan aku bukan bermaksud nak ciplak ayat yang kamu tulis dan hantar ni, tapi aku nak kongsi ayat-ayat yang bermakna ini untuk yang lain, yang tak dapat emel ni dari kamu.
P/s III ; Buat yang baca, aku tak masukkan semua yang ditulis dalam keempat-empat emel tu pun, cuma sebahagian daripada emel ketiga dan keempat saja.
P/s IV ; Alhamdulillah, jom kita mula dari sekarang wahai sahabat-sahabat seislamku.