Dengan teliti dia membuka hujung plastik tersebut, dan satu sampul hijau bersama-sama kepingan kertas kajang yang penuh dengan tulisan keluar dari plastik itu. Dia kemudiannya, membuka sampul hijau itu dengan berhati-hati dan saat itu satu kad berwarna merah jambu yang comel menjadi tatapannya. Tinta berwarna merah dengan kata-kata "Kukirimkan kata petanda kasih untukmu kekasih" menghiasi muka depan kad tersebut. Kad itu merupakan kad raya yang diterimanya pada September2009 yang lalu.
Tersenyum dia sendirian kini apabila menatap kad itu. Dua tahun masa berlalu, namun tak terasa ia berlalu,masih terasa seperti baru kelmarin ia berlaku. Dia bukakan kad itu, dan didalamnya terletak comel satu bentuk hati berwarna merah yang dilekatkan dan ditengahnya terdapat gambar pengirim kad itu. Senyumannya menguntum kembali. Memang lucu, apabila bercinta, memang segalanya akan diusahakan agar menjadi sesuatu yang paling istimewa untuk yang tersayang.
Di bahagian atas hati itu terdapat serangkap coretan, senyuman membuah lagi di bibir itu apabila membaca setiap patah perkataan itu. Manisnya kata-kata si pengirim buat penerima kad itu, cukup mencairkan hati yang menerimanya. Gambar si pengirim di dalam hati yang dilekatkan itu di lihat lagi, namun hanya dilihat dengan pandangan kosong sahaja. Semua itu sudah tidak memberi apa-apa makna dalam hidupnya.
Diletaknya kad itu, lalu kertas kajang yang penuh dengan tulisan itu di capainya. Satu persatu ayat dibacanya, itulah diari cintanya. Diari itu bermula dari tarikh 09/09/09, setahun selepas hatinya menjadi milik pengirim kad sebentar tadi. Dan diari itu masih tidak pernah berhenti di tulis walaupun kini dia dan pengirim kad itu sudah jauh dipisahkan oleh masa dan keadaan. Ketika itu, pena mula dilarikan di atas kertas kajang itu, coretan untuk kunjungan kali ini dititipkannya untuk menjadi simpanan peribadinya.
Setelah siap, plastik pembungkus kenangan itu dilipat kembali. Perlahan-lahan dia meletakkan kembali ke dalam kotak hijau dan ditolak kembali ke tempat asalnya di bawah katil di penjuru hujung. Begitulah, dia tidak akan pernah jemu untuk mencoretkan sesuatu setiap kali dia membuka kembali kenangan lamanya itu.
Mungkin, Januari 2012, dia akan kembali untuk mengunjungi lagi kotak hijau itu. Dan mungkin ketika itu dia sudah tidak punya idea untuk menitipkan apa-apa lagi kerana kenangan lama kian pudar dek perjalanan masa yang kian cepat berlalu pergi. Masa membuatkan sayang bertandang, dan masa jualah yang membuatkan sayang dan kenangan itu pergi.
~tak ada kena mengena dengan sesiapa pun, sekadar coretan kenangan.
~terpengaruh menulis benda ni bila selalu sangat dengar coretan kenangan "aku dia dan lagu" kat radio Klasik.fm.
~lagu tema entri ni Sentuhan Kecundang by Rahmat Ekamatra..
~Lirik Lagu Sentuhan Kecundang Oleh Ekamatra
Kita tempuh segala rintangan
Kecundang jua menimpa
Kita telah mencuba segala
Namun tewas akhirnya
Putus tak bisa disambung
Kusut tak terhurai
Hilang tak bisa diganti
Patah kekeringan
Cinta terlarang bagai terbuang
Dalam rimba yang gelap
Dan penuh duri
Mestikah aku meratap
Membinasakan diriku
Atau ku biar saja
Ia berlalu
Sentuhan kali terakhir
Abadi dalam hatiku
Tak dapat ku menghalang
Perpisahan ini
No comments:
Post a Comment