Entri ini khas buat sahabat baik aku, Mohd Safwan bin Mahzin yang  menyambut hari lahirnya yang ke 22, 1 Februari lepas. Jadi bersempena  dengan hari istimewa dia ni, aku nak imbas semua kenangan sepanjang aku  kenal dengan dia.
Aku mula kenal dia pada awal umur aku 6 tahun,  kami satu kampung jadi saat aku mendaftar di Tadika Kemas kampung aku,  aku jumpa dia. Tapi aku tak rapat sangat pun dengan dia masa tu. Kami  mula rapat waktu sekolah rendah, dan kami selalu makan nasi bungkus kat  pondok waktu rehat sama-sama. Budak-budak lain makan kat kantin. Kami  dua ni memang geng sebab kami nakal sangat-sangat(dalam kata lain, kami  sangat buas*:nakal dalam bahasa utara, jangan fikir kami macam binatang  buas pulak). Kami selalu kacau orang tu, kacau orang ni. Semua orang  kami kacau. Tapi cikgu jarang marah kami, sebab masa belajar kami tak  main-main.
Kenakalan kami ni akhirnya buatkan cikgu kelas kami naik angin. Jadi, cikgu tu denda kami, berdiri di belakang sudut kelas.
 Waktu darjah 6. Lawatan ke TUDM.
Waktu darjah 6. Lawatan ke TUDM."Nazirah,  Safwan, saya tak kan lantik kamu berdua jadi pengawas untuk tahun  depan. Ini denda sebab kamu dua teramat nakal dan suka buat kacau."
Betul!  Cikgu kelas kami tu tak masukkan nama kami dalam senarai untuk menjadi  pengawas pada tahun hadapannya. Aku kecewa, begitu juga dengan Safwan.  Jadi selepas itu, kami mula berkelakuan baik. Dan akhirnya, tengah tahun  tu kami dua dilantik jadi pengawas. Fuh, legaa...
Selain tu,  kami selalu main batu tujuh(batu seremban), tapi Safwan lagi terror dari  aku, aku jatuh nombor dua terror, boleh la, jari dia lentik dari aku,  batu pon tak mudah jatuh. Tapi, dia ada juga kelemahan, bila dia kena  buli dengan budak-budak laki yang lain, dia akan lari mai kat aku.
"Kak Ah.....Kak Ah....."
hahahahahaha...  Mesti hang akan cuba nafikannya kalau aku cerita kat kawan-kawan hang  sekarang ni. Malu la kan nak mengaku aku ialah penyelamat hang  dulu-dulu.
Kat tempat mengaji kami selalu main lari-lari, sampai  pernah kantoi dengan "Pak Teh", tok guru yang ajar kamu mengaji. Dah la  dalam masjid pulak tu.
"Sapa yang dok berlari tadi?"
"...................." Semua diam ja.......
Padahal  Pak Teh nampak baju dia, jadi aku dok diam ja buat muka baik. Kiranya  dia la yang bersalah dan jadi pesalah utama waktu tu. hahaha.... Lagi  satu, Pak Teh selalu suruh budak-budak laki azan asar setiap hari bila  kami mengaji, dia apa lagi suka dok bangga-bangga kata azan sedap la.  Hek la, tak sedap pon!! Lani hang dok amalkan lagi dak? Ok, tak payah  jawab kat sini, jawab dalam hati sendiri. Selain main lari-lari dalam  masjid, kami juga suka dok pi punggah bilik kat tepi mimbar, main-main  mikrofon la, tapi yang paling kami takut adalah bilik yang simpan tempat  mandi mayat. Hahahaha... Penakut sekoq-sekoq.
Itu semua cerita  masa sekolah rendah, bila naik saja sekolah menengah kami terpisah. Aku  dok asrama penuh, jadi jarang la balik kampung, kalau balik pun aku  jarang keluar rumah. Ditambah pula masa tu mana ada medium untuk nak  berhubung kan. Jadi persahabatan kami terputus macam tu ja waktu tu.  Lagipun dah besar dah waktu tu, malu pun ada, sebab waktu tu dah tak  sama macam waktu sekolah rendah.
Tapi mujurlah tak lama sebab  suatu hari tu aku jumpa dia, kami tukar-tukar nombor telefon. Waktu tu  baru mula berjinak-jinak guna telefon. Dan lepas tu kami pun janji agar  persahabatan kami ni tak akan putus lagi. Jadi, setiap tahun, dia akan  datang ke rumah aku. Wajib mai, kalau tak, aku bebai. hahahahaha.. Waktu  hari raya, tak pun waktu ada majlis apa-apa ja la. Tapi pantang mak  aku, kalau mai waktu yang tak dak sebab, jadi aku hanya benarkan dia mai  rumah aku pada waktu-waktu yang tertentu saja. Tak manis pulak kan  kalau dia selalu dok mai rumah aku kan.
Sepatutnya  kami semua ada 4 orang yang sama-sama rapat, tapi disebabkan seorang  dah berpindah kami terus berpecah. Hanya tinggal aku dengan Safwan saja  yang selalu berhubung lagi. Banyak kenangan aku dengan dia, waktu aku  tengah susah aku selalu mintak tolong dia. Pi meraya pon dua tahun pi  dengan dia dan 2 lagi kawan kami. Sampai pernah kemalangan.
Mak  aku dulu pernah dok buat gosip yang aku dok syok kat Safwan ni, aku  gelak ja. Bila telefon, aku cerita kat dia, dia pon gelak. Mak aku  sampai pernah cakap kat mak dia,
"Yah(bukan nama sebenar) tak mau pi minang anak aku, sebab dia tak mau menantu dekat-dekat"
Kami  dok gelak sakan bila aku cerita benda tu. Mak! Mak! Ada ka patut. Aku  pernah juga dok terang kat mak aku, tapi mak aku, suka mengusik. Aku pun  paham la, mak aku lawak-lawak ja tu.
Dulu masa aku tingkatan 4,  dia pernah pi melawat aku kat sekolah, bawak makanan lagi. hahahaha...  Safwan... Safwan.... Berani jugak hang, siap bohong kat pak guard kata  nak jumpa adik. hahaha...
Aku suka kawan dengan Safwan ni, sebab  kami kenal masing-masing, dia tau perangai aku macam mana, dan aku tau  perangai dia macam mana. Termasuk yang buruk-buruk la. Selalunya,  keluarga yang terdekat ja kan yang tau perangai kita, tapi aku tau dia  tau perangai aku macam mana, ikut kepala aku ja nak cakap dengan dia  macam mana. Dia pun sama, ikut suka dia nak komen aku macam mana. Itu  tak kena, ini tak kena, aku sombong la, aku macam-macam la. Tapi kami  berani tegur macam tu sebab kami yakin, yang masing-masing tak akan  terasa hati. Aku selalu kata kat dia, bajet la, control la, buat bagus  la. hahahaha...
Kadang-kadang tu,  kami tak berhubung lama juga, tapi lepas  ada masa, mula la bercerita  sampai tak ingat dunia, macam-macam. Dan aku pun tak pernah segan nak  cerita semua benda yang aku fikir segan ar nak kongsi dengan orang lain  kat dia (bab macam monolog dalaman terhadap orang lain). 
 Ni sahabat aku,Safwan. Ni dia gatai-gatai pakai baju kahwin abang dia, gambar ni dia bagi kat aku, ada dalam koleksi album aku.
Ni sahabat aku,Safwan. Ni dia gatai-gatai pakai baju kahwin abang dia, gambar ni dia bagi kat aku, ada dalam koleksi album aku.Tadi  dia telefon aku, free call kan. Aku berleter la kat dia, aku dapat tau  alaun budak IPG RM4000 satu semester, jadi aku geram la, dia selalu  sangat dok buat sengket. Tabuh kot, baru tau. Mau tak habis duit kalau  dok beli kamera DSLR la, habiskan kat kucing la.. Eeeeeiiiii.... Tadi  dia tadah telinga aku berleter suruh berjimat, hahahaha. Meluat pun,  hang dengar jugak.
Ok dah kot entri ni kat hang wey! Selamat Hari Lahir......
Blog dia---> 
The Lazy-ismLawatlah blog dia, kalau hampa pu punya minat macam dia iaitu tangkap gambar, edit dan sebagainya tentang gambar la.
Dia juga buat part time ambil gambar orang bertunang dan kahwin. Kalau nak, call2 la dia.
p/s: header aku mana oiiiii, kata raya cina hari tu nak buat....