Sudah dua minggu aku mulakan kuliah untuk semester baru ni. Yang pastinya, minggu pertama tersangatlah lapang, jadi sempatlah aku habiskan dua buah novel yang belum aku baca kat rumah masa cuti hari tu. Ermm... Awal semester memang selalu macam ni, jadual pun tak disusun dengan betul lagi dan banyak jugak kelas yang bertukar. Semester baru kali ini banyak membawa pelajaran baru buat aku. Sepanjang 22 tahun aku hidup ni, sesuatu telah berlaku kat aku, sesuatu yang telah membuka mata aku.
Sebenarnya, memang lumrah manusia, jika kehilangan sesuatu, baru kita rasa kehilangan benda tu, kan. Sama la seperti aku. Aku diberi ujian, satu nikmat yang selama ini aku dapat, telah ditarik kembali oleh ALLAH dari aku. Baru sekarang aku sedar, betapa bermaknanya setiap yang ALLAH kurniakan kepada aku. Benarlah, semua nikmat yang kita miliki sekarang, bila-bila masa saja boleh ditarik daripada kita. Semua itu adalah pinjaman semata-mata. Alhamdulillah, bersyukurnya aku diberikan peringatan sebegini. ALLAH menegur aku yang makin terleka mencintai dunia yang hanya sementara ini dengan berlumba-lumba menyibukkan diri dengan hal dunia semata-mata.
Aku sekarang ada penyakit asthma, baru sebulan aku dapat tau yang aku hidapi penyakit ni. Mula-mula, biasa saja, cuma batuk, tapi akhirnya aku dapat tau yang aku hidapi penyakit ini bila kerap alami sesak nafas. Asthma ini merupakan penyakit genetik keluarga aku, arwah abah dan kakak aku juga ada. Tapi yang peliknya, aku baru dapat, dah 22 tahun, tapi sekarang baru aku dapat. Dua sebab utama yang merangsang penyakit ini datang, pertama disebabkan aku selalu berada dalam suhu sejuk (penghawa dingin dalam kuliah dan musim tengkujuh di Terengganu) dan debu ataupun habuk.
Sepanjang sebulan aku bercuti pada bulan Januari lepas, kerap jugak berulang ke klinik dan juga hospital. Tapi, ketika itu, aku masih anggap yang semua ini biasa saja. Dan disebabkan sikap ambil mudah aku itulah, aku kerap sakit seterusnya membuatkan mak aku susah hati. Adoiiiii..... Mak!!! cik bukan sengaja nak buat mak susah hati, tapi cik nak jadi macam orang lain, yang sihat, yang tak payah makan ubat, yang tak payah jaga pantang makan, yang tak payah buat orang lain risau..... hurmmmmm..
Degilnya sikap aku ini, membuatkan asthma kerap mendatangi aku. Malam sebelum aku balik Terengganu, aku makan sup daging, dan tengah-tengah malam aku dikejarkan ke hospital. Waktu tu, aku nampak sayu ja mata mak pandang aku. Bersalahnya rasa dihati, mak dah larang jangan makan, tapi aku nak makan juga. Akibatnya, aku susahkan orang lain untuk bawa aku ke hospital. Dapat ubat, ubat tu aku masukkan sekali dengan baju dalam mesin basuh. Cuai betul! Kesan ubat asthma ni buat aku menggigil dan pening-pening, jadi aku tak perasan yang aku masukkan baju yang dalam poketnya ada ubat yang aku baru dapat. Hahahaha.... Nazirah... Nazirah...
Ini nebulizer. Ubat yang disedut masuk melalui salur hidung dan mulut.
Hari aku bertolak datang ke Terengganu, mak mula risaukan aku. Mana taknya, aku akan berada di dalam bas yang berpenghawa dingin dan ditambah pula perjalanan aku mengambil masa lebih kurang 9 jam. Aku dapat rasa yang mak aku tak tidur nyenyak pun malam tu, sebabnya, pukul 4.30 pagi aku mesej cakap dah sampai U, mak aku balas. Maksudnya, mak aku tak tidur la tu, risaukan anak dia sorang ni.
Sekarang bila dah kat Terengganu, aku rasa lega sikit. Sebabnya, kalau aku sakit, mak tak nampak, jadi mak tak risau. Hehehe... Itu hanya andaian aku sahaja, tapi sebenarnya lagi buat mak aku risau. Mana taknya, dalam masa seminggu aku datang, dah 5 kali aku kena sedut ubat menggunakan nebulizer. Ala, biasa la, bilik bila kita tinggalkan sebulan, mestilah berhabuk kan. Fuuuuuhhhhh.... Kat sini, aku rasa macam aku susahkan kawan-kawan aku pulak. Mana taknya, asthma aku dua kali datang tengah-tengah malam. Kelam kabut jadinya.
Semuanya menjadi bertambah teruk dan yang pastinya aku rahsiakan dari mak. Balik bilik pukul 1, 2 3 pagi dalam keadaan menggigil lepas sedut ubat itu dah biasa dalam minggu ni. Dan disebabkan dua dos aku sedut ubat pun tak bagi kesan apa-apa, steroid dicucuk kedalam salur darah aku. Itupun lepas dua hari, dia datang jugak. Aku sebenarnya tak tau macam mana nak kendalikan penyakit aku ni, baru sebulan aku alami dan aku tak tau sangat macam mana tanda-tanda awal sebelum dia nak datang, yang aku sedar aku asthma bila aku tak boleh bernafas. Masa tu, hampa cakap pi la apa pun dengan aku, tak dak hari aku nak jawab punya. Hahahaha... Tak dak ah... Lawak ja. Aku sesak nafas sampai tak boleh bercakap, hanya boleh hangguk dengan geleng kepala ja.
Dan sekarang, aku dah dapat dua aksesori untuk dijadikan teman aku. Tiap-tiap hari aku kena guna. Ermmm... Apa lagi kalau bukan inhaler kan. Disamping tu aku dah bertukar jadi mask women bila masuk kuliah. Ni atas nasihat doktor, untuk aku kurang sedut udara sejuk.
Pandai adik ni guna, aku sendiri pun masih terkial-kial nak guna.
Jadi, semoga dengan ujian ini, aku lebih bersyukur kerana masih banyak lagi nikmat ALLAH yang aku masih dapat guna. Semoga diri ini terus kuat, baru la boleh cepat sembuh. ^^
No comments:
Post a Comment