May 16, 2011

Resepi Acar Rebung Che Tom

Bahan-bahan utama:

  • 1kg Rebung
  • RM1 bawang merah(dipotong)
  • RM1 Bawang putih(dipotong)
  • RM1 Cili kering(dikisar)/4 sudu serbuk cili adabi
  • 50sen kacang tanah(digoreng)
  • 2 sudu cuka
  • 1 cawan minyak masak
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • 1 inci halia
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan tambahan:
  • Biji sawi
  • Biji lenga
  • Buah pala
  • Buah prun
  • Halwa pala
  • Halwa kundur
  • Kismis
  • Kurma
Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih serta halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
  3. Masukkan pula cili kering yang telah dikisar dan kacau hingga sebati. Setelah cili kering naik baunya, masukkan pula cuka dan biarkan seketika.
  4. Selepas itu, masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Apabila telah mendidih, masukkan gula dan garam serta bahan-bahan tambahan. Kemudian kacau sehingga sebati.
  6. Masak api perlahan dan biarkan seketika sehingga kuah acar rebung pekat.
  7. Angkat setelah masak dan hidangkan. Acar rebung yang tengah mendidihSudah siap..Nyumm2...

21 tahun menjadi pengembara....

Ni adik yg pilih..siap upin ipin lagi...hat ni sambut awl...sbb kena balik Terengganu..
sweet 20...tahun yang penuh dengan kenangan manis...
huhuhu...ni lambat sebab blajaq kt N9.tp keknya special..
Mak tersilap,ingat aku da 19,hehehehe...sbb 2 no8 2 agak comot...
Ermmm.....form5,mak bg kalkulator..soh aku pandai kira2...
Hari lahir yang jatuh pada hari raya haji....
Masa ni aku kt sekolah...mak beli n bawak...sayang mak....

Sebenarnya aku tak kesah pon kek tu sedap ke tak, besar ke kecik tapi aku bersyukur sebabnya, semua ni tanda ingatan insan kesayangan aku..Alhamdulillah...aku sambut hari lahir bukan nyanyi2 atau wat party pn...just makan kek sama-sama dengan keluarga aku...tanda ingatan mereka untuk aku pada hari istimewa aku....


Alhamdulillah, sudah 21 tahun sistem tubuh badan aku melakukan kerja mengikut segala kitarannya…
Tapi….adakah selama 21 tahun ni aku habiskan masa aku dengan melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya...Astagfirullahalazim....
Baru aku sedar, dengan bertambahnya umur aku,bertambah la jugak dosa aku(age is propotional to sin)
ALLAH tak janjikan kita kesenangan selain kita berusaha sendiri,tapi ALLAH telah janjikan akan ada bersama kita setiap masa...SETIAP MASA...even tgh baca blog,tulis blog...semua...
Apa tujuan utama aku hidup, untuk apa?
Jawapannya hanya satu.....
MENCARI REDHA ALLAH...
Tanpa redha ALLAH segalanya langsung tak bermakna!!!!!!!!
"Ya ALLAH,redhailah setiap langkah aku berjalan untuk mencari agamaMu"
ALHAMDULILLAH...........................


cheese kek sedap 22tahun
Indulgence sr 23tahun
24 tahun tak de kek hari lahir, sibuk final exam ijazah, tapi ada kek bertunang, hihihihi🧕

25 tahun pon tak de sambut sebab baru lepas majlis, kek kahwin👰🤵

26 tahun, tengah sarat mengandung🤰
27 tahun🎂, dapat 2biji team sukiya lagi 1🎂

28 tahun sambut dengan suami dan dan anak👨‍👩‍👧, jugak dapat lagi 1 🎂 dari kawan kerja sukiya
29 tahun♥️😽 , tahun ni dapat 3biji kek, 1🎂 dari team sukiya mp dan lagi 1🎂 kakak sulung hantar suprise delivery



April 13, 2011

Harga Sehelai Tudung Labuh


Bismillahirahmanirahim...

Mula dari arini aku dah xda kelas....nex week, study week...dok mengong2 lali lyn fb, terjumpa la notes kt fb sorg ni...

KHAS BUAT SANTAPAN MATA & DAN BUAT GADIS2 MANIS BERTUDUNG LABUH(sejuk mata aku tengok gadis2 nih).....dan seandainya anda mempunyai sahabat atau kawan yang baru mula berjinak untuk memakai tudung labuh, jangan keji mereka dan jangan pula jauhkan diri dari depa...tudung ja labuh,tp depa still orang yang sama la..memang la depa pon penah wat salah, kalu dak xla namanya MANUSIA..kn2...kn2....sesungguhnya hidayah terletak pada ALLAH... Stop condemning,start praying....renung2kn...........



Harga Sehelai Tudung Labuh

Dia menangis tersedu dalam dakapanku.

"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".

Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.

"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". "Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tenta...ng saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.

"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.

Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.

"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga.

"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.

"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.

"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?" Aku menduga.

Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.

"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan. Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."

"Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita."

"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah. Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."

Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.

"Habis, apa saya kena buat?", tanyanya.

"Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.

Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih sahabat".

"Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga." Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.

Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.

Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.

Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.

by Mohd Farhan Niks