June 20, 2010

bulan kegembiraan..........


ALHAMDULILLAH...................

syukur aku kehadrat ILAHI,aku masih bernafas.walaupun tika ini kepala aku terasa amat sakit.pening,sakit,itu sudah biasa berkunjung dalam hidup aku..


Pertama sekali aku nak meluahkan isi hati aku yang sudah lama aku pendamkan...
aku terlalu sibuk untuk mencoretkan sesuatu di ruang luahan hati aku ni..


1.Aku teramat gembira dengan kelahiran si kecil Muhammad Farish Syakirin

Melihat wajahnya sudah cukup membuatkan aku teramat gembira.aku teramat suka akan bayi. Nah! Lahir juga akhirnya bayi dalam keluarga aku. Perasaan aku tak dapat di ceritakan..Tiap2 hari,akan aku curi peluang untuk menyentuh si kecil Faris..Mencubit pipinya,mendukungnya,meribanya,menyuapkan susu untuknya,melihat dia mandi,memerhati telatahnya,memakaikan baju yg comel buatnya,membancuhkan susu untuknya,melihat dia merenyek manja,melihat dia menangis ketika u'uh(hehehe)...byk lagi...aku TERAMAT-AMAT bahagia...bahagia itu anugerah ALLAH...alhamdulillah...

2.Aku dapat berjumpa teman sekolah dulu

Tak kering gusi aku gelak.Sembang..Bercerita..Semuanya...Masa ni lah kami isi untuk ubat kerinduan..Yang pastinya,kami akan berpisah jauh semula demi menuntut ilmu. Bila diingat semula kisah2 di zaman sekolah,aku teramat bahagia..Lawak teramat sgt..Kenakalan kami menceriakan suasana..Kami remaja yang mencorakkan kenangan manis utk diingati. YA,memang benar,kenangan itu amat manis buat aku. Aku teramat merindui semua itu. Tapi semua tu tak kan pernah kembali. Selamanya!!!!!!!!!!! Alhamdulillah kerana aku dapat coret kenangan indah itu.

3.Aku rasa diri disayangi

Aduh! Biaqla aku di cop perasan, tapi aku dapat rasakan aura sayang dalam diri aku bertambah. Aku bahagia. Walaupun ada ketika aku menangis, berduka, muram durja, mengapa? Kerana dimarah.. Aku ni pon satu, selalu ngat buli adik aku.. Seronok bila aku dapat buat dia teyak...hehehehe.. Dan bila aku kena marah, aku akan masuk ke dalam bilik dan menangis sambil merajuk.. Aku dapat rasakan, 2bulan ini aku ada di rumah,aku menjadi semakin manja..Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Macam mana ni... Manja aku ni memang tahap melampau2. Aku jelous dengan adik aku, aku nak gak manja macam dia...hehehe...aku dah 20 la! Alhamdulillah dengan kurniaan keluarga yang bahagia dan ceria.

4.Nama aku tersenarai sebagai bakal mahasiswa

Syukur aku terpilih utk buat ijazah. Aku dapat tawaran dari Universiti Darul Iman,Terengganu(sekarang nama da tukaq-Universiti Sultan Zainal Abidin aka UniSZA).. Pilihan ke 5 aku dalam borang upu..Kosnya,Teknologi Makanan (CIK KOMPAS = MAKANAN). hahahahahaa..... Aku mula2 sedih sangat, tapi aku tak paham langsung kenapa aku sedih masa tu. Tapi bila aku pikir2 balik, aku bersyukur amat sangat..AKU TERPILIH.. Aku dikira insan bertuah. Aku akan jejakkan kaki ke negeri Terengganu dengan sejuta rangkaan yang telah aku buat untuk aku penuhi semuanya.aku harap semuanya berjalan dengan lancar.hendaknya.Alhamdulillah dengan rezeki ini.

5.TERENGGANU negeri yg aku cintai

Dulu2, aku bercinta dengan org Terengganu (wakakaa....kenangan lama2 dolu...) Sebab tu la aku dah jatuh cinta dengan negeri ini. Aku suka Terengganu, aku sayang Terengganu( ewah3.. lebih2 plak). Tapi,aku takut, takut cinta lama akan berputik kembali. Puas aku larikan diri dari dia,namun takdir mendekatkan aku. Bukan dia sajaa, tapi seorang lagi insan yang aku amat sayang... Tapi, aku cuba lupakan kedua2 insan ni dari hidup aku. Aku takut benteng tekad aku tumbang dek godaan syaitan...SEBAB UTAMA AKU CLASH!AKU NAK TUMPUKAN PERHATIAN DALAM PELAJARAN,AKU TAK NAK HATI AKU KOTOR DAN BILA HATI AKU KOTOR AKU SUSAH NAK TERIMA ILMU...NAMUN SUSAH BUAT AKU NAK LUPAKAN CINTA PERTAMA AKU.HATI INI MASIH AMAT MENCINTAI DAN MERINDUI DIA.aku brsyukur kerana aku dianugerahkan perasaan CINTA.tapi aku korbankan cinta aku kerana aku hendak lebih mencintai PENCIPTAKU.aku sedar,dulu aku alpa,salah diri aku yang mengotori cinta,aku buatkan diri aku lemah,sedangkan cinta itu mengguatkan...tgk la ayat kat bawah tu,hamka ada berkata.aku sedar aku salah..sebab tu aku nak berubah.biarkan aku lukakan hati aku,asalkan aku dapat cinta hakiki.

  • [cInta bkn mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan dgn kekuatan,cinta bkn mengajar menghina diri,tetapi menghembuskan kegagahan,cinta bkn melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat(HAMKA dlm tenggelamnya kapal van der wick)]

6.Aku dapat banyak kawan2 baru dalam alam maya,iaitu di yahoomessenger...

Aku bosan kat rumah, so aku isi masa aku dengan berchatting.. Memang amalan yang kurang elok. Tapi dengan niat utk aku mendapat kawan baru dan juga berborak2(aku suka berborak). Memang dalam room(yahoomessenger)banyak orang yg tak betul,lucah,suka mencarut,tapi ada jugak yang baik hati. So,dont judge a book by it cover!malam ni aku ada bukak satu blog member chatting aku,lelaki. Ayat dia teramat power,walaupun dalam room dia terlalu honaq. So, aku dapat buat 1 kesimpulan yang kt dalam room tu semua hanya pakai topeng aja. Aku baca blog kawan aku tu,dia putus cinta(mungkin kot,andaian aku aja). Aku pun dh jd muak dengan cinta itu. Tapi aku bukakkan mata aku, aku mula jatuh cinta lagi. Tapi bukan cinta ke arah yg leka tu semua. Aku mula jatuh cinta, dan mula rasa utk menyayangi kawan2 aku. Aku namakan ia sebagai cinta. Aku nak luaskan rasa cinta tu, tak mau kongkong diri aku utk menyayangi dan mencintai hanya pada kekasih semata-mata. Aku bahagia sebegini... ALHAMDULILLAH,, Harapnya berpanjangan.

7.Kerinduan terhadap arwah abah tercinta

Baru aku sedaq, dah 12 tahun abah pergi tinggalkan aku. Sepanjang 12tahun, dua kali abah bertandang dalam mimpi aku. Melawat aku, anak manjanya. Tika insan yg aku sayani pergi aku sudah cukup mengerti apa itu kematian..Walau aku belum mumaiyis masa tu, tapi aku tau apa itu MATI. 8tahun adalah usia aku ketika itu, aku tak ada di sisi abah masa dia hembuskan nafas yang terakhirnya. Yang aku tahu, aku sudah ada dihadapan jasad abah aku yang telahpun kaku. Tika tu, mak tarik tangan aku, pakaikan aku tudung, aku rasa sedih amat. aku tau abah sudah pergi tinggalkan aku. AKU TAHU DAN CUKUP MENGERTI SEMUA ITU..... Selama ni abahlah nyawa aku, abahlah duniaku. Abahlah insan yang mengajarku sembahyang. Memori aku masa kecik semua tentang abah. Tu semua anugerah.. Kepergian abah ada hikmahnya untuk mendekatkan aku dengan mak. Dari kecik aku takut mak. Mak garang. Aku langsung tak pernah manja dengan mak walaupun aku anak bongsu. Yang aku masih ingat memori aku dengan mak masa kecik, masa sekolah rendah, aku masa tu darjah 1, kakak aku yg kedua darjah 6, aku p sekolah nek gerek ja tapi kak aku, mak yang hantar. Aku tafsirkan memori itu sebagai aku masa kecik memang tak pernah manja dengan mak. TAPI selepas abah tiada aku mula nikmati kasih sayang seorang ibu.. Memori2 dengan mak mula dapat aku simpan. Tau tak kenapa aku rindu abah aku hari ini, sebab dulu masa aku darjah 1 ngan 2, aku selalu bagi dpt keputusan yg elok. Hadiah utk abah, dan kini aku dah dapat masuk U. Kerinduan ni seperti jeritan hati aku buat insan yang aku cintai, CHE RUS B CHE AWANG.....

"Abah!!!! Cheq dapat masuk Universiti!!!"..... Alhamdulillah sebab aku dianugerahkan rasa kerinduan ini,bahagia sgt dapat rasakan kerinduaan ini.



AKU,CIK KOMPAS,amat bersyukur kerana dikurniakan nikmat bulan Jun ini..moga aku dapat mendekatkan lagi hati aku utk ALLAH,PENCIPTA SEGALA2NYA....

ALHAMDULILLAH atas post yang panjang ini...

4 comments:

Ahmad Azamin said...

1. TAHNIAH!!!!! dapt msuk u.
2.chenad hang seorg yang tabah.
3.hang dah jadi lebih hbt dri aku.
4.hang memang hebat.
5.selamat berjuang.
6.moga berjaya,cmrlg dunia akhirat.
ingt apa yang hang baca nie.....suatu hari nanti hang akan tersnym gmbira stelah skian lama derita....
7.chenad selamat tinggl....moga brjmpa lagi...

cik kompas said...

Azamin
1.terima kasih jd kwan aku
2.jgn pernah lupa utk bagi nasihat
3.aku sentiasa alpa,ingat2kan aku
4.jdlah doktor yg terbaik utk agama kita
5.selamat berjuang jugak utk ang
6.doakan aku dan sahabt2 yg lain...moga kita sama2 cemerlang dunia akhirat
7.insyaallah,aku harap dpt jumpa ang lg

cik kompas said...

memang aku tersenyum bila baca semula post ni...
alhamdulillah........

cik kompas said...

alhamdulillah...setiap kali aku rasa diri lalai...semua ni la yang buat aku kembali bersemangat..