May 17, 2011

Cinta pandang pertama Mr S...........

Di suatu hari, angin bertiup sepoi2 bahasa.Mendamaikan perasaan sesiapa pun yang merasainya.Kelihatan seorang gadis berbaju kurung merah jambu berjalan keseorangan.Riak diwajahnya kelihatan berseri-seri.Si gadis berjalan melintasi longkang dengan berhati-hati.Dari satu blok ke satu blok yang lain.

Si gadis dengan sebuah beg merah jambu ditangan tersipu-sipu tersenyum.Entah apalah yang diangankan.Seketika kemudian,muncul sahabat si gadis dengan berwajah teruja.Rupa-rupanya,kedua-dua sahabat itu ingin ke pasar malam buat pertama kali semenjak mereka mula menetap di negeri baru ini.

Dengan suasana petang yang tenang,mereka mula berjalan menuju ke hadapan pintu pagar kediaman yang tersergam megah.Kedengaran hilai tawa diselang seli dengan gurau senda dua sahabat itu.Si gadis pula sibuk menceritakan perkara baru yang berlaku sepanjang berada di negeri baru itu.

Kira-kira 15minit perjalanan,mereka pun tiba.Pasar malam agak sesak dengan kehadiran penduduk setempat untuk mebeli barangan keperluan masing-masing.Si gadis dan sahabat tidak kurang juga,mereka mula berjalan untuk mencari makanan dan barangan keperluan mereka.Pengalaman pertama di pasar malam negeri baru ini amat mengujakan mereka berdua.Mana tidaknya,pelbagai jenis makanan dijual,dan ada sesetengahnya tiada di tempat mereka.Satu kawasan pasar malam itu habis dijelajah oleh mereka berdua.

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang dan si gadis sudah mula penat untuk berjalan lagi.Barangan di tangan pun sudah penuh dengan pelbagai juadah dan barangan lain.Namun,sahabat si gadis belum puas berjalan dan belum habis membeli makanan.Dengan kesabaran si gadis tetap menunggu sahabatnya.

Tiba-tiba,si gadis terpaku melihat seorang pemuda yang sungguh kacak.Senyuman jejaka itu dihiasi dua lesung pipit,matanya yang kuyu dan badannya yang sasa membuatkan hati si gadis tertawan.Si jejaka dengan kebetulan menoleh ke arah si gadis,mata mereka bertentang,hati mereka bertaut.Itulah cinta pandang pertama mereka.

Mulai dari hari itu,si gadis mula menjalinkan hubungan cinta dengan si jejaka(Mr S).Setiap minggu Si gadis akan ke pasar malam untuk berjumpa dengan Mr S.Menatap wajah Mr S membuatkan si gadis cukup bahagia.Melihat senyuman Mr S membuatkan si gadis seperti diawang-awangan.Cukup bahagia hingga tak terucap dengan kata-kata.

Hari berganti hari,hubungan Mr S dan si gadis makin erat.Si gadis bagaikan tak bernyawa tanpa Mr S.Setiap saat denyutan nadinya,hanya Mr S dibibir.Mr S segalanya dalam hidupnya.Setelah 3bulan di negeri baru,tibalah cuti yang panjang buat si gadis.Bengkak mata si gadis menangis kerana terpaksa berpisah dengan Mr S selama 2bulan.

Di rumah,si gadis tak keruan menghitung hari.Si gadis ingin kembali untuk bertemu dengan buah hati kesayangannyan, Mr S.Setiap hari si gadis lalui penuh derita kerana merindui Mr S.Si gadis ingin menatap wajah tampan dan senyuman Mr S.Tapi,apa daya si gadis.

Akhirnya,tiba jua waktu yang dinanti-nantikan,si gadis pulang semula ke negeri baru selepas selesai cuti 2bulan.Hati si gadis melonjak keriangan.Tak lama lagi bolehlah si gadis bertemu dengan Mr S kesayangan si gadis.Bolehlah si gadis menatap hidung mancung, mata kuyu dan senyuman yang dihiasi lesung pipit kepunyaan Mr S.

Petang itu,seperti biasa si gadis berjalan kaki menuju pintu pagar.Berdebar rasa hati si gadis kerana terlalu rindukan Mr S.Si gadis memperbesarkan langkahnya apabila merasakan sudah tidak tertahan lagi menangung rindu terhadap Mr S.Seandainya ada sayap,akan dia terbang ke pasar malam untuk bertemu intan payungnya.

Apabila kaki menjejak tapak pasar malam,si gadis tiba-tiba terlihat satu susuk tubuh yang amat dikenali.Ia,itu Mr S.Tapi mengapa dia bersama-sama wanita lain.Mereka kelihatan mesra.Wanita itu juga ada mencium pipi Mr S.Apakah si gadis bermimpi?Adakah itu Mr S yang selama ini yang dirinduinya.

Mr S,mengapa engkau mainkan hati si gadis begini.Hancur luluh hati si gadis.Dunia bagaikan bergoncang ketika itu.Si gadis berlari pulang,dia sudah tidak sanggup melihat aksi mesra Mr S dan wanita itu.Sepanjang perjalanan pulang,si gadis menangis semahu-mahunya.Sayang yang dia beri,kecurangan yang dibalas.

Sekarang sudah genap setahun kisah si gadis dan Mr S.Si gadis makin tabah menghadapi kekecewaan dahulu.Si gadis juga sudah semakin dapat melupakan Mr S walaupun amat susah sekali.Tetapi dia bersungguh-sungguh berusaha untuk melupakan Mr S yang menghancurkan cinta si gadis.

Sampai sekarang,bila pergi ke pasar malam,si gadis akan curi-curi melihat Mr S.Walaupun setinggi Bukit Besar pun benci si gadis,cintanya tetap masih mendalam terhadap Mr S buah hati cinta pandang pertamanya.Ni la Mr S....kacakkan dia..
Rupa Mr S tanpa baju.....seksi kn...

6 comments:

Anonymous said...

siapa plak wanita lain tu? tu yg aku nak tau

cik kompas said...

wanita tu pelanggn baru mok cik jual satar kt pasaq malam tu ar....

Anonymous said...

hahaha... kan banyak lg stok Mr S
takkan wanita tu beli semua

cik kompas said...

ermm..memang banyak stok Mr S tu..tapi masa 2 baru ag dok ganu dan memang first tyme kenal satar...memang tangkap cintan abis ar...suka gila sampai termimpi2..masa nmpak wanita tu beli,riak muka dia cam bahagia gila.jeles ar..rasa macam kebahagian makan satar da dirampas oleh wanita tersebut.start dr kejadian 2 da kurang da skit mkn satar...huhuhu....

cik azeya said...

ape bende ni yunk. ? hehe

cik kompas said...

Sejenis makanan kt Terengganu...sedapppp.....dibuat dengan isi ikan dan kelapa.