January 31, 2012

Indahnya berKELUARGA ^^,


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pencipta sekalian isi alam ini.

Pejam celik, pejam celik, tak terasa pun 3 minggu lamanya ada kat rumah ni. Adoi!!!! Sekarang tinggal baki tak sampai 3 minggu lagi untuk aku bercuti. Jadi aku kena isi sepenuhnya cuti ini agar tak menangis kerinduan aku nanti bila dah balik U. Seronoknya bercuti, tambah-tambah bila cuti hujung semester, tak ada la assigment yang ikut balik rumah ni. hahahahaha. Cuma rasa gementar sikit la tunggu keputusan semester lepas keluar. Gembira rasa bila dapat bersama mak, tiap-tiap hari dengan mak ja. Yang paling manisnya, bila mak marah.

Betul, sangat seronok. Mesti pelik kan? hehehe... Sebenarnya aku bukan saja-saja nak buat mak marah, tapi aku sangat suka dengar mak marah aku. Betul!!! Dari aku balik, aku batuk, kesan duduk lama sangat dalam penghawa dingin dalam bas. Jadi mak marah, suruh pi klinik, bukan sehari mak berleter, tapi tiap-tiap hari. Masuk minggu kedua, asma aku datang, dek kerana aku makan ais banyak sangat. Jadi, minggu kedua pulak mak berleter tiap-tiap hari. Akhirnya aku mengalah, aku pergi klinik dan ambik ubat. Tapi, aku degil dan tak makan. Jadi mak marah ja, siap tahu kuantiti ubat aku berbaki lagi banyak mana. Jadi, sebenarnya marah mak itu tanda sayangnya dan ambik berat mak terhadap diri ni. Alhamdulillah, syukur sangat. Tapi jangan cuba aksi ini dirumah ya! Takut tak tahan kena marah dan berleter dengan mak hampa.

Seterusnya seronok sangat bila bersama anak saudara aku, Farish. Tak larat nak gelak dengan dia. Macam-macam telatah dia. Hurmmmmm.... Duduk saja-saja terpikir juga nak anak sendiri, tapi, eh apa yang aku merepek ni. Hahahaha.. Farish panggil aku mak cik, tapi kadang-kadang dia panggil ah(Kak Ah), panggilan keluarga aku untuk aku. Terasa amat muda bila dia panggil Kak Ah. Dia sangat-sangat bijak dan sangat kreatif apabila bermain. Dan dia suka suruh aku bacakan buku untuk dia. Buku kira satu, dua, tiga ja la. Yang sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 1 tahun setengah. Kalau tv pulak, dia suka tengok channel 550 astro, Net Geo Wild. Dia suka tengok binatang. Kalau permainan, dia suka main bola.

Lagi, kat rumah ni makanan yang mak masak sedap-sedap. Hari tu, masa awal-awal balik, mak buat ketupat palas. Sedapnya cicah dengan susu/gula. Nyum3!!! Tadi pulak mak buat laksa, makanan kegemaran aku tu. Arrggghhhhh.... Suka sangat. Apa saja air tangan mak, semua sedap. Nanti boleh ka aku jadi seorang ibu macam mak? Yang makanan dari air tangan menjadi kegemaran anak-anak aku? Ermmmmm...... Setakat sekarang, aku tak rasa "YA", tapi mungkin nanti akan. Insyaallah, akan aku cuba belajar dari mak.

Seronoknya bila pi jalan-jalan dengan mak. Setiap pagi di hujung minggu, lepas subuh aku akan ikut mak dan geng pi jogging. Jauh jugak trek mak dok jogging, fuhhh!!! Petang pulak, aku pi rempit dengan mak aku ke Padang Besar. Alasan mak naik motosikal sebab susah nak ada parking. Tambah-tambah cuti Raya Cina pulak, orang banyak gila. Beli apa la kat situ, bukan murah sangat pun. Aku pi membeli baju dengan mak, tiga helai baju mak belikan untuk aku. hehehehe... Terima kasih mak. Salah satunya, T-shirt Angry Bird warna kuning, nak tergelak pun ada bila tengok baju tu. Mak ingat anak mak ni budak-budak lagi kot, nak anak mak pakai baju lagu tu.

Tersenyum aku sendirian mencoretkan kalimah-kalimah kenangan manis sepanjang tiga minggu aku bersama keluarga dirumah. Dan sekarang, aktiviti terbaru aku dengan mak ialah mencuci dan mengemas rumah yang baru siap kat Bukit Chabang. Semoga, cuti kali ini dapat eratkan lagi hubungan aku dengan mak. Gembira hati mak, hati aku juga akan turut gembira. Jadi, buat kawan-kawan semua, berbahagialah dengan keluarga anda selagi anda mampu. Bagi aku, walaupun tanpa abah, kasih sayang mak sudah tak terhingga sudah aku terima. Apatah lagi andai abah masih ada, mesti kasih sayang yang aku terima lagi melimpah ruah banyaknya.

Alhamdulillah..


~Penghujung bulan Januari ini membawa satu berita gembira buat diri aku. Satu hadiah yang bermakna telah aku terima dariMu, Ya ALLAH. Alhamdulillah, syukur tak terhingga.

January 24, 2012

Ubat diri

Jika satu hari kau sudah bertaubat,

tetapi kau dicela, difitnah, aibmu diceritakan di mana mana,


dan memburuk-burukkan mu,

SABAR & TENANGLAH.....

Kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Memahami.

Endahkan mereka kerana mulut manusia tidak boleh ditutup.

Biarkan mereka mengambil alih dosamu

dan kau ambillah pahala mereka seperti yang dijanjikan...

InsyaAllah






Aku sangat-sangat suka gambar dan ayat-ayat ni. Ya, aku sudah tidak berada di masa dulu aku. Aku kini aku sekarang. Pengubat hati..

January 22, 2012

Ramlee Awang Murshid

Siri Laksamana Sunan.....





















  1. Bagaikan Puteri*
  2. Cinta Sang Ratu*
  3. Hijab Sang Pencinta*
  4. Cinta Sufi
  5. Sutera Bidadari*
  6. Sunan Musafir (Ending, tapi belum keluar lagi)
Siri Tombiruo......










  1. Tombiruo*
  2. Semangat Hutan*
  3. Tombiruo Terakhir*

Senarai buku tulisan RAM:
1. Igauan Maut - 1995,DBP
2. Tombiruo - 1998,Alaf21*
3. Ranggau - 1999,Alaf21
4. Anugerah Pertama - 2000,CESB
5. Mandatori - 2000,Alaf21
6. Semangat Hutan - 2001,Alaf21*
7. Pei Pan - 2002,UPDSB
8. ADAM - 2002, Alaf21
9. Satu Janji - 2003,Alaf21
10. Tombiruo Terakhir - 2004,Alaf21*
11. Rahsia Perindu - 2005,Alaf21  /
12. Bagaikan Puteri - 2005,Alaf21*
13. Hatiku Diharajuku - 2006,Alaf21*
14. Cinta Sang Ratu - 2007,Alaf21*

15. Ungu Karmila - 2008,Alaf21 (dipasaran Dis 07)
16. Hijab Sang Pencinta - 2008,Alaf21 (dipasaran Okt 08)*
17. Personal Justice - 2008,Alaf21*
18. Mikhail - 2009,Alaf21
19. 9 Nyawa - 2010,Alaf21 (dipasaran Nov 09)  /
20. Cinta Sufi - 2010,Alaf21 (dipasaran Mac 10)  /
21. Rayyan Fantasi - 2011,Alaf21 (dipasaran Dis 10)  /
22. Sutera Bidadari - 2011, Grup Buku Karangkraf (dipasaran Mei 11)*
23. Fiksyen 302 ( Disember 2011)*

Habislah baucer buku aku tu...Silap-silap kena keluar duit sendiri..
Rasanya siri Laksamana Sunan kena hold dulu la. Alaaaaaa...

Hlovate







  1. Rooftop Rant(/) - Novel pertama yang buat aku suka tulisan Hlovate _ 2009
  2. Gurindam Jiwa(/)- Novel kedua karya Hlovate yang aku baca _ 2009
  3. 5 Tahun 5 Bulan(/)- Novel pertama Hlovate yang aku beli _ September 2011
  4. Versus(/)- Baru saja dapat membaca buku ini _ November 2011
  5. aA+bB
  6. Pelangi
  7. [tunas]
  8. Contengan Jalanan


Hajat hati, nak jadikan aA+bB, Contengan Jalanan dan Rooftop Rant sebagai koleksi buku kat rak, tapi takut tak dapat nak cari buku yang dah lama keluar. Susah betul nak cari buku Hlovate ni. hurmmmm.....


January 18, 2012

Dunia yang bulat


"Dunia ini bulat dan tempat yang dilihat sebagai satu pengakhiran boleh jadi menjadi satu permulaan"


Kadang-kadang dalam kehidupan ni, kita akan jumpa satu masa yang kita rasa ianya adalah seperti suatu pengakhiran dalam hidup kita. Perasaan bila dikhianati, ditikam dari belakang, dipermainkan, dianiaya dan macam-macam lagi. Oleh itu, jadikanlah ia sebagai suatu permulaan dalam hidup kita. Cuba dengan bersungguh-sungguh untuk tidak menggunakan emosi ketika itu, jadi ketika itu mainkan akal, bermonolog dalaman. Adakah kita rasa berpuas hati andai kita dapat membalas balik apa yang pernah orang lakukan kepada kita itu?

Perlahan-lahan, tarik nafas dan lepas. Maafkanlah mereka. Mungkin suatu hari nanti akan tiba jua hari mereka berada ditempat kita sekarang. Jadikan rasa sakit itu sebagai permulaan. Permulaan kita kearah yang lebih positif. Ia lebih baik daripada kita menyimpan dendam. Kerana sudah pasti dendam itu akan membuahkan bibit-bibit perasaan amarah.

Duhai insan, kita semua ini memang dilahirkan dengan adanya sifat baik dalam setiap diri kita. Jadi, cubalah, cubalah walaupun ianya pahit seperti hempedu, walaupun ianya pedih seperti sembilu, walaupun ianya perit seperti menghadam sebutir kaca. Namun, pastinya andai kita cuba memaafkan mereka itu, hati kita akan tenang, jiwa kita akan lapang dan kita juga mampu tersenyum. Memulakan kata maaf bukan beerti kita kalah, tapi sebaliknya, kita telah mengalahkan sifat-sifat yang dibisikan oleh syaitan.

Ya, aku jua seperti kamu semua. Perasaan sakit hati, terluka, rasa di tikam dari belakang, cukup pedih. Tapi bagi aku, mereka ada sebab tersendiri mengapa memperlakukan aku sebegitu. Berhari-hari aku carikan jawapan, jiwa kosong, fikiran bercelaru, hati penuh perasaan amarah. Aku pernah terfikir untuk memberi pengajaran yang teruk kepada mereka, tapi apa guna semua itu. Semua itu tak akan pernah akan buatkan aku tenang.

Alhamdulillah, terima kasih ALLAH. Syukur aku kepadaNya kerana memberikan aku pengajaran ini. Inilah balasan kepada aku kerana mungkin dahulunya aku juga pernah melakukan perkara ini terhadap orang lain. Dan satu pesanan daripada seorang sahabat aku, "berkata benarlah walaupun ianya cukup pahit".

Semoga hati ini akan terus tenang dengan hadirnya nikmat dariNya.. Amin.

"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)



~insan terluka yang sudah sembuh
18 Januari 2012
21:15PM

January 16, 2012

Istimewa~

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

10/01/2012, iaitu ari selesa lepas, banyak nikmat yang diri ni dapat. Pertama sekali, hari untuk kertas terakhir final exam untuk semester yang ketiga. Gembira bukan kepalang cheq ni. Sebabnya, kertas terakhir adalah subjek kalkulus. Memang fulus...

Kemudian, petang tu bila habis paper, akhwat kesayangan bawak aku pi makan kat luaq. Sambut hari istimewa aku dengan Kak Da. Bahagianya bersama antumna semua. Makan, disuap, berceloteh, dan banyak lagi. Saat itu aku kira pengubat rindu buat aku nanti. Cuti sebulan, sebulan jugak la tak boleh tatap wajah-wajah ketenangan antumna semua.

Balik dari tu aku mula kelam kabut. Mana taknya, beg baju aku belum sepenuhnya dikemas. Ya! Aku balik malam ni. Hahahaha.. Tiket bas dalam hanya ada 10 dan 12 haribulan sahaja. Setelah berfikir panjang dan bermesyuarat dengan Amal, kami terpaksa la ambil tarikh 10 hb, walaupun terpaksa kalut-kalut sikit.

Pukul 8.30 malam aku dengan yang lain mula la mengheret beg untuk ke DABS, tempat bas tunggu kami. Perasaan masa tu, terlampau bahagia. Kalau boleh, aku nak semua budak-budak diploma blok sebelah keluar tengok. Hahahaha.. Minggu lepas, masa aku tengah study week, bukan main no hampa dok heret beg depan mata aku. Bergenang air mata aku tengok hampa dok balik kampung. Balik saja tak pa, aku tak marah, cuma ada la jelous sikit, tapi hampa kan main lagi no, bergelak ketawa kat depan blok aku. Bergema kot ketawa bahagia hampa tu. Seharian tu jugak aku dok perhati ja hampa semua balik.

Ok, tutup cerita. Biar mereka dengan kuliah mereka yang baru bermula. Janji aku dapat bercuti sebulan. Bas malam tu cuma ada satu, ini semua sebab ada yang tak habis paper lagi. Jadi depa semua balik 12hb ni. Semua tempat kat utara depa campur aduk dalam satu bas. Dari Perak, Sungai Petani, Kulim, Aloq Staq, Jitra, Canglun dan Kangaq. Uihh, lambat la kalau lagu ni. Nak kena pusing balik la tu. Mesti lambat sampai nanti.

Disebabkan aku lupa bawak selimut, asthma aku menyerang. Adoi, penghawa dingin dalam bas ni sejuk sangat la.tak tahan aku. Aku gagahkan diri untuk cuba tidur jugak. Peringatan buat diri, lepas ni jangan cuai lagi. Ni dak, seronok sangat nak balik, sampai semua barang aku lupa. Jam hampir pukul 12, bas berhenti di perhentian di negeri Kelantan.

Aku ambik peluang untuk ke tandas, dan tika itu aku dan Amal dapat satu khabar yang kurang elok.

"Awok kan hok balik ke Kangar"

"Ye, Pok!"

"Satnim, awok tukar bas"

"Apa?"

"Bas hok nok bawok awok dok sapa lagi, nanti Pok khabor bilo doh mari bas tu"

Disebabkan hanya dua orang yang akan turun di Kangar, jadi kami kenalah tukar bas. Aduh, sakitnya hati. Dan bila bas tu dah sampai, hati aku kurang sakit. Hahaha.. Sebabnya, bas tu super VVIP dan pok tadi tolong aku angkat beg aku yang berat gila tu. Tapi hati aku tiba-tiba jadi sakit balik bila pok tu habaq yang kami kena dok seat yang paling belakangggggggggggg sekali. Ya ALLAH, tak pernah dalam hidup aku duduk di belakang sekali untuk perjalanan jauh-jauh macam ni. Tawakal sajalah.

Aku dah bagitau siap-siap kat Amal, kejap lagi kat Gerik, kalau aku mabuk bas, aku nak pi dok depan dengan pak cik dreba. Alhamdulillah, semuanya baik-baik, aku selamat. Tak muntah-muntah pon. Tapi agak seram bila mana sampai saja kat atas bukit yang bengkang bengkok dan gelap antara Kelantan-Gerik, kabus tebal. Bas terpaksa jalan perlahan-lahan. Dan tiba-tiba, dalam kesuraman jam 3 pagi, semua penumpang tengah nyenyak tidur, baby yang kat depan seat aku tu menangis, tak.. tak.. Dia meraung sekuat hati. Semua terkejut.

Aku bisik Amal,

"Amal, baby tu nampak apa-apa ka?"

"Ermm, tak tau la che nad, maybe kot, tengah-tengah hutan lagu ni."

Kami terdiam dan terus pejam mata untuk cuba tidur. Dan tak lama selepas tu, baby tu berhenti menangis dan kabus pon dah tak dak. Pak cik bas tu apa lagi, dia terus bawak bas macam nak drift ooo.... Geram betoi aku. Aku kat belakang ni rasa macam naik roller coster ja. Tapi yang ajaibnya, aku tak lah gayat macam selalu, kalau dak mesti Amal tak boleh tiduq sebab aku dok peluk dia sebab gayat. Semua tu nikmat dari ALLAH.

Dalam pukul 5.30 pagi aku sampai kat stesen kat Kangaq. Excited gila. Mak dengan Pak Long dah lama pun sampai. Mana taknya kat Shahab Perdana lagi aku dah mesej mak. Sampai awai la. Kalut jugak mak aku nak sambut anak dia no. Hahaha. Pak Long tolong angkat beg dan kami pun balik. Amal memang dah lama turun, masa bas lalu kat Arau tadi ni dia mintak pak cik tu berhenti.

Sampai ja kat rumah tercinta, tak dak sapa pun sambut aku. Hahaha.. Tapi aku disambut dengan kek kat bawah tu. Tadaaa.....





Cheese kek untuk diri yang menyambut hari kelahiran pada 10 Januari. Azan subuh kat masjid, aku selamat potong kek aku. Semoga dengan bertambahnya umur aku, akan bertambah jualah amalan baik untuk aku lakukan. Aku terus peluk mak, cium pipi kiri kanan. Dalam hati,

"mak, terima kasih kerana lahirkan cheq, anak montel mak ni, terima kasih sebab bagi kasih sayang semasa cheq kecik-kecik sampai la. Terima kasih sebab bagi pelajaran kat cheq sampai dah masuk U. Dan terima kasih sebab jadi mak cheq. Sayang mak sangat-sangat".

Betoiiiiiii.......aku ucap dalam hati ja.

10 Januari 2012 sangat istimewa buat diri.

Semoga 10 Januari 2013 aku akan jadi isteri orang. Amin.. (Doakan aku, tengah dalam proses untuk didik diri jadi isteri solehah) ^^

January 13, 2012

Kamus Orang UTARA

Tergolek-golek aku gelak membaca kamus ni. Memang terbaik ar. Dah dua hari dah balik kampung, perkataan-perkataan ni asyik dok dengaq ja. Seronok pon ada. Ca hampa cuba-cuba sebut. Sebutan dengan tajwit dia mau kena ar.


1. Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar 9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15. Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 .Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat lawak
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah/ kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet
111. Ketuat = kutil
112. Mengacom = mengadu
113. Mengkelan = tersangkut makanan
114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar
115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas
116. Mot = bawak/ muat / bonceng
117. En-jos = exzos
118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock
119. Pre-went = sprocket/ freewheel
120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis
121. To-qheh = turis/ calar
122. Tungging buyung = "somersault"
123. Ponen = pondan/lembut, waria
124. Kesot = Injak / mengesot
125. Qhamaih = Ramas
126. Boroi = Berperut buncit
127. Kedeqhat = Kudrat
128. Biaq = Biar
129. Qhabat = Panjat
130. Ragaih = Panjat
131. Ghamei = Suka/gembira
132. Terebey = Lastik
133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri
134. Belengaih = Kotor
135. Contiang = Lukis
136. Mengkala = Kalau / seandainya
137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut
138. Celapak = Terkam / lompat
139. Se-gheyau = Takut- takut
140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak
141. Melahaq = Lapar /Makan
142. Hampa = Mereka / kamu / awak
143. Depa = Mereka
144. Merenyam = Gatal (playgirl)
145. Tak dan = Tak sempat
146. Nyeh = Buang hingus
147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )
148. Singkiaq = Singkir (tak bermaksud singkir Darat/Singkir Laut di merbok tu..hehe)
149. Keleboq = Selut hitam
150. Pancoq = paip air