January 18, 2012

Dunia yang bulat


"Dunia ini bulat dan tempat yang dilihat sebagai satu pengakhiran boleh jadi menjadi satu permulaan"


Kadang-kadang dalam kehidupan ni, kita akan jumpa satu masa yang kita rasa ianya adalah seperti suatu pengakhiran dalam hidup kita. Perasaan bila dikhianati, ditikam dari belakang, dipermainkan, dianiaya dan macam-macam lagi. Oleh itu, jadikanlah ia sebagai suatu permulaan dalam hidup kita. Cuba dengan bersungguh-sungguh untuk tidak menggunakan emosi ketika itu, jadi ketika itu mainkan akal, bermonolog dalaman. Adakah kita rasa berpuas hati andai kita dapat membalas balik apa yang pernah orang lakukan kepada kita itu?

Perlahan-lahan, tarik nafas dan lepas. Maafkanlah mereka. Mungkin suatu hari nanti akan tiba jua hari mereka berada ditempat kita sekarang. Jadikan rasa sakit itu sebagai permulaan. Permulaan kita kearah yang lebih positif. Ia lebih baik daripada kita menyimpan dendam. Kerana sudah pasti dendam itu akan membuahkan bibit-bibit perasaan amarah.

Duhai insan, kita semua ini memang dilahirkan dengan adanya sifat baik dalam setiap diri kita. Jadi, cubalah, cubalah walaupun ianya pahit seperti hempedu, walaupun ianya pedih seperti sembilu, walaupun ianya perit seperti menghadam sebutir kaca. Namun, pastinya andai kita cuba memaafkan mereka itu, hati kita akan tenang, jiwa kita akan lapang dan kita juga mampu tersenyum. Memulakan kata maaf bukan beerti kita kalah, tapi sebaliknya, kita telah mengalahkan sifat-sifat yang dibisikan oleh syaitan.

Ya, aku jua seperti kamu semua. Perasaan sakit hati, terluka, rasa di tikam dari belakang, cukup pedih. Tapi bagi aku, mereka ada sebab tersendiri mengapa memperlakukan aku sebegitu. Berhari-hari aku carikan jawapan, jiwa kosong, fikiran bercelaru, hati penuh perasaan amarah. Aku pernah terfikir untuk memberi pengajaran yang teruk kepada mereka, tapi apa guna semua itu. Semua itu tak akan pernah akan buatkan aku tenang.

Alhamdulillah, terima kasih ALLAH. Syukur aku kepadaNya kerana memberikan aku pengajaran ini. Inilah balasan kepada aku kerana mungkin dahulunya aku juga pernah melakukan perkara ini terhadap orang lain. Dan satu pesanan daripada seorang sahabat aku, "berkata benarlah walaupun ianya cukup pahit".

Semoga hati ini akan terus tenang dengan hadirnya nikmat dariNya.. Amin.

"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)



~insan terluka yang sudah sembuh
18 Januari 2012
21:15PM

No comments: