May 30, 2010

Malunya....


Hari ini terlalu sibuk buat aku...Tetamu datang berpusu2,nak tengok baby akak aku.Biasa la,ziarah orang baru kan.Yang ramainya kawan2 abang ipar aku la,maklum la balai polis Padang Besar dekat ja.

Aku sibuk wat macam2.Pagi2 kejut adik aku yg susah nk bangun 2,kemas rumah dan macam2..So,waktu siang aku da jarang online.Aku suka tengok baby akak aku,kalau aku tengok,aku terus lupa apa yang aku nak buat,selalu la aku kena marah..Wakakaka..

Nak dijadikan cerita,tengah hari tu aku pun masak la,paprik sotong,berbekalkan buku resepi aku pun masak la(biasa la bg orang yg xpandai masak guna buku resepi).Tiba2 aku dengar la bunyi motorsikal datang,aku rasa nurse kot yang datang check baby.Aku pun wat derk aja la.

Tapi aku dengar suara lelaki la...aku pun jenguk kan kepala aku,waaa hensemnya,sapa tu ek..Jatuh hati aku tengok dia,ala2 pandang pertama gitu..Malu lak nak kuar pegi depan,bila mak aku mai,mak aku habaq 2 la meon(bkn nama sebenar).Dia la yang selama ini mak aku selalu puji.Budak baik,sayang budak2 dan macam2 lagi la.Ni pun tengok dia hasil intai2 aja..hehehehehee..

Bila mak aku mai dapur aku pun tanya la mak aku,macam2!Tapi aku terdiam dengan sebaris ayat mak aku."Mak nak kira dia la kat hang."Uihs,aku terus terdiam,macam serius aja mak aku ni.Aku tak kenal dia pun,mak aku gtau la dia tu $*^*@*%(disensorkan...hahaha),kalau aku kawin ngan dia tak la jauh2 sgt(orang perlis gak)..

Tudiaaa arr....Mak aku mikir sampai ke situ nO!Aku ni dah la muda lagi,tak mau la kahwin lagi.Mak aku cakap dia umur 25..aku 20,tp aku ada 4tahun lagi nak belajaq.Mak aku dok pot pet apa tah,aku lak mikir benda lain.

Aku terpikir la,kenapa ek,kalu mak2,mak cik2,depa mesti nk kawenkan anak depa dengan orang dekat.ADAKAH KEBAHAGIAN BOLEH DIUKUR DENGAN JARAK NEGERI PASANGAN TERSEBUT?

Kalaulah jodoh aku orang SABAH katakan...adakah aku pasti xbahagia?
Mungkin mindset mak aku dari awal lagi macam tu kot...


Kak aku sulung dah kawen
Kak kedua pon dah
Kak nomot tiga(dah meninggal)
Skang ni focus utama mak ngn family aku yg lain adalah......($_!) AKU ar...
Nak pass kan kt adik aku pon,erkkk...dia beza umoq ngn aku 11thn...

p/s:ikutlah cakap orang tua dalam memilih pasangan...kwang3...

May 25, 2010

Apa maksud kecewa....



Aduhai....aku benar2 terluka..


Sakit di hati ini buatku sengsara..


Mengapa aku terlalu lemah..


Aku teramat cintakan dia..


Amat sangat!


Walau dia langsung tak mengenaliku.


Tapi aku amat mencintai dirinya..


Pedih hatiku..


Terluka parah sekali..


Namun aku gagahi untuk terus bernafas..


Aku cekalkan hati aku ini..


Mencuba untuk melupakan dirimu..


Walau teramat berat untuk hatiku..


Aku sudah tidak akan mudah jatuh cinta lagi..


Itulah janji yang terukir di hati aku..


Hati yang sudah layu menagih cintamu..

May 21, 2010

Rindukan KMK

Hari ni aku terasa amat rindukan KMK.

Terjaga ja dari tidur aku rasa aku merindui semua yang aku alami,orang yang aku kenal,aktiviti yang aku lakukan tiap2 hari.Yang paling meruntun hati aku adalah bila aku terkenang sahabat2 yang aku anggap macam keluarga.


Pertama sekali,mereka yang bergelar ahli study group aku dan semua yang bergelar exchange..K.Ika,aku rindukan tawamu.Raihani,di telingaku seperti menari2 nasihatmu.Affira,aku amat rindu melihat telatahmu.Azamin,Dil dan Amir,dikau semua umpama abg2 yg menasihatiku seperti adik perempuan,walaupun aku lebih tua dari ampa.



Nadzirah,aku rindukan tiap detik bersamamu,kau ibarat kembarku.Faizah lawakmu penghiburku dikala lara.Shahirah,senyumanmu amat menyenangkan.Luluh hati ni bila ingat kenangan bersama kalian.Aku amat merindui detik2 itu.

Yang keduanya,roomate aku.Ain Abdullah,Ain Shahrin dan Nabila.Tahukah kalian,saat mata aku terbuka pada setiap pagi aku masih terbayang2 melihat kalian..Celoteh kalian membuatkan aku tersenyum sendirian.

Seterusnya,adik2 kelasku.Semester 1,H2P8 manakala semester 2,H4P4.Kalian amat aku ingati.Aku amat sayang akan persahabatan kita ini.


Buat semua pensyarah,aku juga amat merindui mereka.Teguran,marah,leteran semua itu untuk mendidik kami menjadi orang berguna.Jasa kalian tak dapat aku balas walaupun dengan selautan intan permata.Aku amat merindui kenanganku di KOLEJ MATRIKULASI KEDAH.


Disinilah tempatnya yang mengubah diriku.Mematangkan aku,mejadikan aku lebih berusaha keras untuk mencapai cita2 aku.

Bulan Mei 2009,(tarikh keramat permulaan hidupku) aku mendapat berita yang teramat pedih buatku.Berita yang hampir2 menyentap nyawa aku.Teramat sedih,amat pedih,sakit dan segalanya membuatkan aku terlalu kecewa.Aku mendapat keputusan-
LAYAK MENGULANG.


Saat aku menjejak kaki di KMK,hatiku bergetar hebat.Aku pi matrik tu tanpa bawa hati aku.Hati aku dah berkecai lama dah tyme aku dapat tahu keputusan dulu.Aku gagahi kaki aku untuk terus melangkah,walaupun cukup berat.

Ya ALLAH,amat pedih saat tu.Menatap wajah ibu tercinta,membuatkan aku teramat berdosa. (!!___________!!) Aku rasa bersalah yang amat sangat.Tapi,dah xguna semua rasa tu.

Sebenarnya...tyme aku dapat tau aku kena repeat,aku kata dalam hati,"MENGULANG adalah perkara terakhir yang akan aku ambik dalam hidup aku.Tapi, siapa aku untuk nak lawan ketetapan YANG MAHA BERKUASA.

Berbekalkan sebuah beg yang tak seberapa besar,aku mendaftar kt KMK.Aku menetap di kediaman Seri Temin,tingkat 3 bilik no 7.

Lepas mak ngan pak long balik, aku mula teyak ag.Untuk apa Nazirah?Aku pun tak pasti untuk apa.Tapi yang pastinya aku amat terluka.Setiap tegukkan air liuq, pahit macam rasa hempedu aku rasakan.(apa punya metafora yg aku guna ni...mcm jijik plak...kwang3!)

Bermulalah hidup aku di KMK,siang malam aku temani diri aku dengan kebisuan,bermuram dan yang paling banyak adalah bersama2 air mata aku.Baju aku bawa 1 beg saja,baldi tak beli pun(3 bulan aku guna plastik),atas meja kosong saja.

3bulan masa berlalu,semangat aku sudah kembali.Itupun kerana sebahagian diriku yang berusaha untuk aku terus bangkit dan kasih sayang dariNYA tak pernah kurang buat aku.ALHAMDULILLAH...

Tiap2 hari aku kutip hatiku yang berkecai dalu.Kini aku telah 100% pulih.Lepas cuti semester,aku mula bersemangat.Keceriaan yang dahulu ditutupi dengan air mata, skang da bertukar dengan senyuman dan gelak tawa.

Aku amat bersyukur.Hati aku makin sihat.

Setahun aku di sana,membuatkan aku lebih matang.Syukur sangat dengan aturanNYA...


NI LAGU MOTIVASI UNTUK AKU...masa tengah kecewa dulu...

Lagu pertama

Putaran Kehidupan
Album : Cinta dan Harapan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com


Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu

Oh pastikan kau ketemu..

Lagu kedua...

Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

May 20, 2010

Nak nikah bukan senang.






09/05/2010


Hari ini ada kenduri kat rumah tok aku.Sepupu aku kahwin.Umur dia 21,1thn tua daripada aku.Tapi dia da kahwin.

Bagi aku terlalu awal dan cukup muda untuk berkahwin masa umur macam ini.Tapi yang bagusnya,dapat kurangkan maksiat.

Bagus la,aku ni sapa la nak.Dah la........Tak dak apa la..hihihihi...So banyak gak pic yang aku tangkap,tengok la kat atas tu...Lupa nak bagi tau.Sepupu aku yang perempuan tu.

Moga2 aku cepat kahwin.hahaha..Terasa diri ni gatal la plak..Tapi aku tak mintak apa2 pon dari bakal suami aku,cuma kalau dia dapat pimpin aku masuk syurga,aku akan terima.

Tapi,bleh ke.Insyaallah.Aku kena yakin dengan janji Allah..Allah dah atur semua.

SINI AKU NK KONGSI .
(
aku dengaq kt ceramah arituh...pantang ceramah bab kawen,laju ja aku p)

UTK APA KAHWIN..
  1. Untuk menjaga pandangan (maksiat mata,turun ke hati...ngeh3!)
  2. Untuk menjaga faraj (supaya kita tak berzina)
  3. Untuk sesiapa yang dah tak mampu berpuasa (untuk orang yang xdapat kawal nafsu)

Haaaa.....so,xpayah la kawen ag kalu rasa xkukuh ekonomi ngan asa leh tahan lagi...
Kwang3.....

Ni tip bagi siapa2 yang tak mampu kawen n nk tahan nafsu...
  1. KURANGKAN MAKAN
  2. KURANGKAN TIDO
  3. KURANGKAN BERCAKAP..

bersederhanalah dalam hal2 dia atas (tido?makan?bercakap?hee3..susah kot nk kurangkan)

MAKANAN YANG MENAIKAN NAFSU;
  • coklat
  • daging kambing
  • tulang
  • tiram
  • asparagus
  • tongkat ali/kacip fatimah
try la elakkan....

MEMANG BETUL,BILA KAWEN TELAH SEMPURNA SEPARUH IMAN...TAPI KALAU SEMATA2 KERANA NAFSU BUAT APA KAN!KAWENLAH SEBAB UNTUK MENCARI REDHA ALLAH...(yeeeehaaaa....cepat2....tarbiah diri dan didik kearah kebaikan...nti cepat leh kawen)

May 15, 2010

Terjagaku dari mimpi!!


Ya ALLAH....Ya ALLAH....Ya ALLAH...
Sakitnya.......
Hari ni aku dapat tau dia dah nak kahwin...
Betul ka.
huhuhuhuhuhu.....
Ya ALLAH,jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
Jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu...
4tahun sudah aku kenal dia.
Aku redha dengan apa yang terjadi...
Walau luluh hati aku,tapi aku kena tabah.
Memang betul2 sakit.
Dia seorang yang cukup hebat,memang patut pun dia dapat seorang wanita
yang sama hebat.
Aku bukan siapa2!!
Tabahkanlah hati ini..
Kecewa lebih teruk daripada clash dengan bf aku dulu.
Padahal aku tak pernah pun bercinta dengan dia..
Kenapa aku kecewa,sakit,sedih sangat ni...
Mungkin sebab dia terlalu aku kagumi..
Aku tak pernah bercakap dengan dia..
Cuma melihat dari jauh..
Tapi................
Sekarang dia jauh dari aku,berjuta kilometer.
Dipisahkan oleh laut pasifik..
Tapi....
Aku...........
Entah la..
Dah tak boleh terucap apa2
Kali ini aku betul2 terluka
Amat terluka......
Hari ini,14/5/2010,jumaat
Aku benar2 terluka
pedih sangat....
cukup lah....
Aku dah malas nak ada perasaan ini...
Terimalah...
Dia bukan untukku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

May 14, 2010

Hadiah dari sahabat


Nak post tentang cd yang sahabat aku hadiah sempena hari lahir aku.
Pertama sekali terima kasih nO!Aku memang suka sangat ustaz Azhar.Ditambah plak dengan bahasa ganu dia tu(buat aku teringat "si dia").huhuhuhu.Best sangat ceramah dia.Lucu pun ada gak.Terutamanya tentang moto suzuki..hahahaha...
Tapi keluarga aku macam xpaham aja.Mungkin depa tak paham bahasa ganu kot.
Bila lawak,aku ketawa sorang2 aja.hihihihihi.Tapi banyak yang aku dapat.
Terima kasih kepada sahabat aku,Ahmad Azamin.

May 6, 2010

AKU TETAP AKU...



Aku tetap aku yang dulu,
Masih tetap berdiri sebagai manusia yang sama,
Tak pernah berubah walau sekalipun nama,
Bahkan masih serupa walaupun berabad lama..

Aku tetap aku yang dulu,
Biarpun maut datang bertandang,
Walau cabaran datang mengundang,
Namun masih boleh tertawa dengan riang..

Aku tetap aku yang dulu,
Walaupun 20 tahun masa berputar,
Diriku masih boleh berdiri tegar,
Menempuh cabaran tanpa ada rasa gentar..

Aku tetap aku yang dulu,
Walau dipukul kuat oleh ombak yang kencang,
Juga matahari yang panas membahang,
Tetapi tetap bersemangat untuk berjuang..

Aku tetap aku yang dulu,
Tetap berdiam diri walau dihina,
Menyimpan sedih dihati yang merana,
Hanya mampu menangis ketika yang lain terlena..

Aku tetap aku yang dulu,
Biarpun merantau jauh beribu batu,
Walaupun bertahun masa berlalu,
Namun aku tetap aku yang dulu..

insan sedih,9.00mlm 05/05/2010
cik kOmpas...

May 4, 2010

kesedihan....


Celik aja mata,aku dengar suara mak mendayu2.Mak cakap,mak mimpi ada benda aku hilang.Hmmm,apa ek?Aku yang masih mamai pon berfikir......Mana ada apa.Semua ada!
Tiba2,lamunan aku terhenti.Ya Allah!!KAMERA aku..Aku pun menarik laci almari aku.
Kamera xdak dekat tempat biasa aku letak.Aku terkedu seketika.Hanya hati aku yang bersuara,merintih,berharap kamera aku xdak apa2.

Aku pun mula pikir semula apa yang aku buat kelmarin,kat mana aku bawak kamera tu.
Tiba2,satu bayangan datang...Petang kelmarin aku duduk bersembang2 dengan abang,kakak dan adik aku kat meja bawah pokok kelapa.Aduhai,apa la nasib kamera aku tu.Aku sayang sangat2 kamera tu.
Sejarah kamera tu dengan aku>baru seminggu bersama aku,aku beli guna duit lebih alaun matrik,memang aku suka gila kamera tu..

Ish3...usaha aku berjimat cermat tyme matrik dulu dah berkecai...Pagi ni aku mulakan diri aku dengan penuh kesedihan sebab kamera tu xdak pun kat meja bawah pokok kelapa tu.Muka aku masam semasam2nya,asam jawa pun xleh kalah dengan muka aku tu.
Tiba2 tubuh aku jadi lemah.Aku terbaring di katilku.Yang mampu aku buat hanyalah merintih dalam hati.Aku sedih amat sangat.SEDIH..SEDIH..SEDIH..
Dugaan datang kepada aku,aku rasa aku kena redha dengan kehilangan kamera kesayangan aku ni....

Dalam aku bersedih,aku pun mesej kakak aku,tanya kot2 dia ambik kamera aku tu kan.Tapi sedihnya,dia kata dia xambik pun.
huhuhuhu...Sedih sangat.Tapi kan,dia cakap sesuatu.."Mak jumpa semalam masa duduk kat kerusi tu.Tapi mak simpan sebab nak hang sedaq dan lebih berhati-hati dan tak cuai lagi"..Masa tu,aku gembira sangat2.Alhamdulillah..Yay3..

Aku buat diam aja,tak mintak pun kat mak.Konon2 buat rilex ar.hahahaha....
Tiba2,tengah hari tu mak plak bising.Handset mak tak dak.Jenuh la aku misskal.
Tak dengaq pon bunyi.Aku rasa cam hilang dah..Takpa2,cari2!Aku cakap la kat mak aku,"tula,sembunyi lagi kamera cheq,alih2 tepon mak yabg hilang."

Rupa2nya mak aku tertinggal dalam kereta kakak sulung aku..hahahaha..Punya la panik satu rumah mencari...Begitulah kisah aku dan mak aku.hahahaha..