May 4, 2010

kesedihan....


Celik aja mata,aku dengar suara mak mendayu2.Mak cakap,mak mimpi ada benda aku hilang.Hmmm,apa ek?Aku yang masih mamai pon berfikir......Mana ada apa.Semua ada!
Tiba2,lamunan aku terhenti.Ya Allah!!KAMERA aku..Aku pun menarik laci almari aku.
Kamera xdak dekat tempat biasa aku letak.Aku terkedu seketika.Hanya hati aku yang bersuara,merintih,berharap kamera aku xdak apa2.

Aku pun mula pikir semula apa yang aku buat kelmarin,kat mana aku bawak kamera tu.
Tiba2,satu bayangan datang...Petang kelmarin aku duduk bersembang2 dengan abang,kakak dan adik aku kat meja bawah pokok kelapa.Aduhai,apa la nasib kamera aku tu.Aku sayang sangat2 kamera tu.
Sejarah kamera tu dengan aku>baru seminggu bersama aku,aku beli guna duit lebih alaun matrik,memang aku suka gila kamera tu..

Ish3...usaha aku berjimat cermat tyme matrik dulu dah berkecai...Pagi ni aku mulakan diri aku dengan penuh kesedihan sebab kamera tu xdak pun kat meja bawah pokok kelapa tu.Muka aku masam semasam2nya,asam jawa pun xleh kalah dengan muka aku tu.
Tiba2 tubuh aku jadi lemah.Aku terbaring di katilku.Yang mampu aku buat hanyalah merintih dalam hati.Aku sedih amat sangat.SEDIH..SEDIH..SEDIH..
Dugaan datang kepada aku,aku rasa aku kena redha dengan kehilangan kamera kesayangan aku ni....

Dalam aku bersedih,aku pun mesej kakak aku,tanya kot2 dia ambik kamera aku tu kan.Tapi sedihnya,dia kata dia xambik pun.
huhuhuhu...Sedih sangat.Tapi kan,dia cakap sesuatu.."Mak jumpa semalam masa duduk kat kerusi tu.Tapi mak simpan sebab nak hang sedaq dan lebih berhati-hati dan tak cuai lagi"..Masa tu,aku gembira sangat2.Alhamdulillah..Yay3..

Aku buat diam aja,tak mintak pun kat mak.Konon2 buat rilex ar.hahahaha....
Tiba2,tengah hari tu mak plak bising.Handset mak tak dak.Jenuh la aku misskal.
Tak dengaq pon bunyi.Aku rasa cam hilang dah..Takpa2,cari2!Aku cakap la kat mak aku,"tula,sembunyi lagi kamera cheq,alih2 tepon mak yabg hilang."

Rupa2nya mak aku tertinggal dalam kereta kakak sulung aku..hahahaha..Punya la panik satu rumah mencari...Begitulah kisah aku dan mak aku.hahahaha..

1 comment:

QAYS MAJNUN said...

ku turut bersimpati ,jangan bersedih lagi,Allah nak bagi yang lagi elok la 2. mungkin hang kan dapat 4.0 ha,banyakkan doa wei.....kalau duk layan kesedihan 2 makin menjadi-jadi.