February 4, 2012

Selamat Hari Lahir kawan

Entri ini khas buat sahabat baik aku, Mohd Safwan bin Mahzin yang menyambut hari lahirnya yang ke 22, 1 Februari lepas. Jadi bersempena dengan hari istimewa dia ni, aku nak imbas semua kenangan sepanjang aku kenal dengan dia.

Aku mula kenal dia pada awal umur aku 6 tahun, kami satu kampung jadi saat aku mendaftar di Tadika Kemas kampung aku, aku jumpa dia. Tapi aku tak rapat sangat pun dengan dia masa tu. Kami mula rapat waktu sekolah rendah, dan kami selalu makan nasi bungkus kat pondok waktu rehat sama-sama. Budak-budak lain makan kat kantin. Kami dua ni memang geng sebab kami nakal sangat-sangat(dalam kata lain, kami sangat buas*:nakal dalam bahasa utara, jangan fikir kami macam binatang buas pulak). Kami selalu kacau orang tu, kacau orang ni. Semua orang kami kacau. Tapi cikgu jarang marah kami, sebab masa belajar kami tak main-main.

Kenakalan kami ni akhirnya buatkan cikgu kelas kami naik angin. Jadi, cikgu tu denda kami, berdiri di belakang sudut kelas.

Waktu darjah 6. Lawatan ke TUDM.

"Nazirah, Safwan, saya tak kan lantik kamu berdua jadi pengawas untuk tahun depan. Ini denda sebab kamu dua teramat nakal dan suka buat kacau."

Betul! Cikgu kelas kami tu tak masukkan nama kami dalam senarai untuk menjadi pengawas pada tahun hadapannya. Aku kecewa, begitu juga dengan Safwan. Jadi selepas itu, kami mula berkelakuan baik. Dan akhirnya, tengah tahun tu kami dua dilantik jadi pengawas. Fuh, legaa...

Selain tu, kami selalu main batu tujuh(batu seremban), tapi Safwan lagi terror dari aku, aku jatuh nombor dua terror, boleh la, jari dia lentik dari aku, batu pon tak mudah jatuh. Tapi, dia ada juga kelemahan, bila dia kena buli dengan budak-budak laki yang lain, dia akan lari mai kat aku.

"Kak Ah.....Kak Ah....."

hahahahahaha... Mesti hang akan cuba nafikannya kalau aku cerita kat kawan-kawan hang sekarang ni. Malu la kan nak mengaku aku ialah penyelamat hang dulu-dulu.

Kat tempat mengaji kami selalu main lari-lari, sampai pernah kantoi dengan "Pak Teh", tok guru yang ajar kamu mengaji. Dah la dalam masjid pulak tu.

"Sapa yang dok berlari tadi?"

"...................." Semua diam ja.......

Padahal Pak Teh nampak baju dia, jadi aku dok diam ja buat muka baik. Kiranya dia la yang bersalah dan jadi pesalah utama waktu tu. hahaha.... Lagi satu, Pak Teh selalu suruh budak-budak laki azan asar setiap hari bila kami mengaji, dia apa lagi suka dok bangga-bangga kata azan sedap la. Hek la, tak sedap pon!! Lani hang dok amalkan lagi dak? Ok, tak payah jawab kat sini, jawab dalam hati sendiri. Selain main lari-lari dalam masjid, kami juga suka dok pi punggah bilik kat tepi mimbar, main-main mikrofon la, tapi yang paling kami takut adalah bilik yang simpan tempat mandi mayat. Hahahaha... Penakut sekoq-sekoq.

Itu semua cerita masa sekolah rendah, bila naik saja sekolah menengah kami terpisah. Aku dok asrama penuh, jadi jarang la balik kampung, kalau balik pun aku jarang keluar rumah. Ditambah pula masa tu mana ada medium untuk nak berhubung kan. Jadi persahabatan kami terputus macam tu ja waktu tu. Lagipun dah besar dah waktu tu, malu pun ada, sebab waktu tu dah tak sama macam waktu sekolah rendah.

Tapi mujurlah tak lama sebab suatu hari tu aku jumpa dia, kami tukar-tukar nombor telefon. Waktu tu baru mula berjinak-jinak guna telefon. Dan lepas tu kami pun janji agar persahabatan kami ni tak akan putus lagi. Jadi, setiap tahun, dia akan datang ke rumah aku. Wajib mai, kalau tak, aku bebai. hahahahaha.. Waktu hari raya, tak pun waktu ada majlis apa-apa ja la. Tapi pantang mak aku, kalau mai waktu yang tak dak sebab, jadi aku hanya benarkan dia mai rumah aku pada waktu-waktu yang tertentu saja. Tak manis pulak kan kalau dia selalu dok mai rumah aku kan.

Sepatutnya kami semua ada 4 orang yang sama-sama rapat, tapi disebabkan seorang dah berpindah kami terus berpecah. Hanya tinggal aku dengan Safwan saja yang selalu berhubung lagi. Banyak kenangan aku dengan dia, waktu aku tengah susah aku selalu mintak tolong dia. Pi meraya pon dua tahun pi dengan dia dan 2 lagi kawan kami. Sampai pernah kemalangan.

Mak aku dulu pernah dok buat gosip yang aku dok syok kat Safwan ni, aku gelak ja. Bila telefon, aku cerita kat dia, dia pon gelak. Mak aku sampai pernah cakap kat mak dia,

"Yah(bukan nama sebenar) tak mau pi minang anak aku, sebab dia tak mau menantu dekat-dekat"

Kami dok gelak sakan bila aku cerita benda tu. Mak! Mak! Ada ka patut. Aku pernah juga dok terang kat mak aku, tapi mak aku, suka mengusik. Aku pun paham la, mak aku lawak-lawak ja tu.

Dulu masa aku tingkatan 4, dia pernah pi melawat aku kat sekolah, bawak makanan lagi. hahahaha... Safwan... Safwan.... Berani jugak hang, siap bohong kat pak guard kata nak jumpa adik. hahaha...

Aku suka kawan dengan Safwan ni, sebab kami kenal masing-masing, dia tau perangai aku macam mana, dan aku tau perangai dia macam mana. Termasuk yang buruk-buruk la. Selalunya, keluarga yang terdekat ja kan yang tau perangai kita, tapi aku tau dia tau perangai aku macam mana, ikut kepala aku ja nak cakap dengan dia macam mana. Dia pun sama, ikut suka dia nak komen aku macam mana. Itu tak kena, ini tak kena, aku sombong la, aku macam-macam la. Tapi kami berani tegur macam tu sebab kami yakin, yang masing-masing tak akan terasa hati. Aku selalu kata kat dia, bajet la, control la, buat bagus la. hahahaha...

Kadang-kadang tu, kami tak berhubung lama juga, tapi lepas ada masa, mula la bercerita sampai tak ingat dunia, macam-macam. Dan aku pun tak pernah segan nak cerita semua benda yang aku fikir segan ar nak kongsi dengan orang lain kat dia (bab macam monolog dalaman terhadap orang lain).

Ni sahabat aku,Safwan. Ni dia gatai-gatai pakai baju kahwin abang dia, gambar ni dia bagi kat aku, ada dalam koleksi album aku.

Tadi dia telefon aku, free call kan. Aku berleter la kat dia, aku dapat tau alaun budak IPG RM4000 satu semester, jadi aku geram la, dia selalu sangat dok buat sengket. Tabuh kot, baru tau. Mau tak habis duit kalau dok beli kamera DSLR la, habiskan kat kucing la.. Eeeeeiiiii.... Tadi dia tadah telinga aku berleter suruh berjimat, hahahaha. Meluat pun, hang dengar jugak.

Ok dah kot entri ni kat hang wey! Selamat Hari Lahir......

Blog dia---> The Lazy-ism
Lawatlah blog dia, kalau hampa pu punya minat macam dia iaitu tangkap gambar, edit dan sebagainya tentang gambar la.

Dia juga buat part time ambil gambar orang bertunang dan kahwin. Kalau nak, call2 la dia.

p/s: header aku mana oiiiii, kata raya cina hari tu nak buat....

2 comments:

amy azuha said...

haha lawak la baca entri nie..krus gler wan dlu..skg da tuff kot haha

cik kompas said...

tuff ka? mcm dak pon....

hahahaa