May 21, 2010

Rindukan KMK

Hari ni aku terasa amat rindukan KMK.

Terjaga ja dari tidur aku rasa aku merindui semua yang aku alami,orang yang aku kenal,aktiviti yang aku lakukan tiap2 hari.Yang paling meruntun hati aku adalah bila aku terkenang sahabat2 yang aku anggap macam keluarga.


Pertama sekali,mereka yang bergelar ahli study group aku dan semua yang bergelar exchange..K.Ika,aku rindukan tawamu.Raihani,di telingaku seperti menari2 nasihatmu.Affira,aku amat rindu melihat telatahmu.Azamin,Dil dan Amir,dikau semua umpama abg2 yg menasihatiku seperti adik perempuan,walaupun aku lebih tua dari ampa.



Nadzirah,aku rindukan tiap detik bersamamu,kau ibarat kembarku.Faizah lawakmu penghiburku dikala lara.Shahirah,senyumanmu amat menyenangkan.Luluh hati ni bila ingat kenangan bersama kalian.Aku amat merindui detik2 itu.

Yang keduanya,roomate aku.Ain Abdullah,Ain Shahrin dan Nabila.Tahukah kalian,saat mata aku terbuka pada setiap pagi aku masih terbayang2 melihat kalian..Celoteh kalian membuatkan aku tersenyum sendirian.

Seterusnya,adik2 kelasku.Semester 1,H2P8 manakala semester 2,H4P4.Kalian amat aku ingati.Aku amat sayang akan persahabatan kita ini.


Buat semua pensyarah,aku juga amat merindui mereka.Teguran,marah,leteran semua itu untuk mendidik kami menjadi orang berguna.Jasa kalian tak dapat aku balas walaupun dengan selautan intan permata.Aku amat merindui kenanganku di KOLEJ MATRIKULASI KEDAH.


Disinilah tempatnya yang mengubah diriku.Mematangkan aku,mejadikan aku lebih berusaha keras untuk mencapai cita2 aku.

Bulan Mei 2009,(tarikh keramat permulaan hidupku) aku mendapat berita yang teramat pedih buatku.Berita yang hampir2 menyentap nyawa aku.Teramat sedih,amat pedih,sakit dan segalanya membuatkan aku terlalu kecewa.Aku mendapat keputusan-
LAYAK MENGULANG.


Saat aku menjejak kaki di KMK,hatiku bergetar hebat.Aku pi matrik tu tanpa bawa hati aku.Hati aku dah berkecai lama dah tyme aku dapat tahu keputusan dulu.Aku gagahi kaki aku untuk terus melangkah,walaupun cukup berat.

Ya ALLAH,amat pedih saat tu.Menatap wajah ibu tercinta,membuatkan aku teramat berdosa. (!!___________!!) Aku rasa bersalah yang amat sangat.Tapi,dah xguna semua rasa tu.

Sebenarnya...tyme aku dapat tau aku kena repeat,aku kata dalam hati,"MENGULANG adalah perkara terakhir yang akan aku ambik dalam hidup aku.Tapi, siapa aku untuk nak lawan ketetapan YANG MAHA BERKUASA.

Berbekalkan sebuah beg yang tak seberapa besar,aku mendaftar kt KMK.Aku menetap di kediaman Seri Temin,tingkat 3 bilik no 7.

Lepas mak ngan pak long balik, aku mula teyak ag.Untuk apa Nazirah?Aku pun tak pasti untuk apa.Tapi yang pastinya aku amat terluka.Setiap tegukkan air liuq, pahit macam rasa hempedu aku rasakan.(apa punya metafora yg aku guna ni...mcm jijik plak...kwang3!)

Bermulalah hidup aku di KMK,siang malam aku temani diri aku dengan kebisuan,bermuram dan yang paling banyak adalah bersama2 air mata aku.Baju aku bawa 1 beg saja,baldi tak beli pun(3 bulan aku guna plastik),atas meja kosong saja.

3bulan masa berlalu,semangat aku sudah kembali.Itupun kerana sebahagian diriku yang berusaha untuk aku terus bangkit dan kasih sayang dariNYA tak pernah kurang buat aku.ALHAMDULILLAH...

Tiap2 hari aku kutip hatiku yang berkecai dalu.Kini aku telah 100% pulih.Lepas cuti semester,aku mula bersemangat.Keceriaan yang dahulu ditutupi dengan air mata, skang da bertukar dengan senyuman dan gelak tawa.

Aku amat bersyukur.Hati aku makin sihat.

Setahun aku di sana,membuatkan aku lebih matang.Syukur sangat dengan aturanNYA...


NI LAGU MOTIVASI UNTUK AKU...masa tengah kecewa dulu...

Lagu pertama

Putaran Kehidupan
Album : Cinta dan Harapan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com


Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu

Oh pastikan kau ketemu..

Lagu kedua...

Rahmat Ujian

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

12 comments:

Ahmad Azamin said...

WOOO....NAMA AKU TAK DA DLM TU WEIIIII

cik kompas said...

tp pic ada kn....sama la 2...

Ahmad Azamin said...

X SMA

cik kompas said...

sama la....huhuhu...

Ahmad Azamin said...

x sama,gmbr lain,nama lain.....mok cik.

Ahmad Azamin said...

sepupu aku ckp, hang comel.....

cik kompas said...

yaka...habaq kt sepupu ang,aku mmg comey pon.wakakaka.....

cik kompas said...

aku lupa nk letak nama ang sebenaqnya..tyme da ciap baru aku perasan,maaf la...

Ahmad Azamin said...

tak pe aku dah biasa dilupakan,...lgi pun memang aku suka org lupa kat aku...

cik kompas said...

erm,,,ok la...aku tulis kt sini,buat azamin yg selalu bg semangat dan nasihat,terima kasih yg tak terhingga..Menegur aku tika aku melakukan kesalahan,tertawa apabila aku gembira dan memberi semangat tika aku terluka dan terjatuh..terima kasih...

Ahmad Azamin said...

xpe aku xtls pun xpe,xnak aku...

cik kompas said...

eleh...pak cik jgn majuk wey...dulu kt kmk,ang slalu bg nasihat kt aku...aku bersyukur sgt dpt kenal ampa..aku dapat byk berubah...aku dapat belajar macam2..dari ko,amir,dil,k.ika,rai,fira...
ampa amat aku sayang...
aku amat bahagia bila ada ampa kt kmk...
sebab 2 la aku pernah ckp,ampa family aku,,,