August 16, 2011

Miss TUPAH!!

Zaman remaja ialah zaman yang paling ceria buat semua kan? Begitu juga dengan aku. Aku suka juga imbas zaman dulu-dulu. Ditambah pulak aku dok asrama, lagilah meriah suasana. Bermula dari bangun tidur, beratur kat tandas, berebut seterika, berebut cermin kat aras bawah, berebut ambik sarapan dan banyak lagi. Tersenyum aku sendiri bila ingat. Cik Tup lah ni yang gatai-gatai dok imbau kenangan dulu-dulu kat aku.

Aku dengan cik Tup ni bukan bestfriend pun, cuma kami agak rapat. Tapi memang dengan semua budak perempuan sebaya dengan aku kat asrama tu rapat, cuma ada yang lagi rapat. Cik Tup ni kira macam kawan-kawan biasa saja. Masa mula-mula sekali aku jejak kaki ke asrama, aku takut gila, tapi tak sampai menangis teruk-teruk. Masa tingkatan 1 aku dok tingkat paling atas sekali, sama aras dengan surau. Kami diletak mengikut tingkatan masing-masing. Aras empat, tingkatan 1+2 sikit-sikit, aras 3, tingkatan 2+3, aras 2 tingkatan 3+4 dan aras 1 untuk kakak-kakak tingkatan 5. Bilik pulak duduk ikut rumah sukan, waktu tu rumah sukan masih empat(sekarang sudah enam), dan aku rumah Marikh_Merah. Aku tak kenal sangat cik Tup masa tu. Tapi kami satu kelas masa di tingkatan 1 tu.

Tapi ada kenangan yang paling lawak sekali masa aku kat tingkatan 2 dengan dia. Aku ni kuat tidoq dalam kelas, macam-macam cara aku ada untuk berlakon konon-kononnya aku fokus dalam kelas. Tapi satu hari tu, nasib aku malang. Hari tu ada pembentangan subjek Bahasa Malaysia. Ala yang belajaq pasai gurindam, puisi dengan sajak tu la. Disebabkan kumpulan aku dah lepas, aku cadang untuk nak membuta masa pembentangan tu. Lagipun, cikgu ada kat belakang kelas, kiranya line clear ar.

Seperti yang aku dok rancang, masa pembentangan tu, aku pun lentok la tiduq. Cik Tup pun memang sekaki, geng yang kuat tidoq juga. Jadi kami dua tidoq sama-sama la. Aku tidoq memang nyenyak gila ar. Sampai satu ketika, budak laki yang kat meja seberang ketuk kepala aku guna kertas majung yang digulung, kertas untuk pembentangan tu la.

"Wey!!! Cepat la, depa tanya soalan kat hang nuh!",

Aku yang masih mamai-mamai lagi terus bangun cepat-cepat. Bunyi kerusi aku tolak membuatkan semua orang tengok aku. Aku tarik nafas,

"Ulang soalan,"

Tiba-tiba, cik Tup sebelah aku yang baru bangun terus tarik tangan aku suruh aku duduk semula. Saat itu juga, ketawa dari kawan-kawan satu kelas yang lain kedengaran. Aku malu sangat-sangat, tunduk saja, lepas ni mesti tak tidoq dah. Yang dok bentang kat depan? Muka nampak cuak gila, mau dak, tiba-tiba saja ada orang bangun nak jawab soalan. Mesti depa tengah takut orang tanya soalan. Lama juga depa gelak kat aku. Budak-budak laki kat meja sebelah tu apa lagi, gelak tak abis-abis. Kejadian tu mengambil masa lebih kurang sebulan jugak kot untuk nak reda, kalau dak, benda tu jadi bahan lawak depa. Siap buat ulang tayang semula kejadian tu. Kawan-kawan aku yang perempuan pulak, dok gelak saja bila ingat semula aksi aku tu. Sampai sekarang ni pun, walaupun dah 7 tahun berlalu, depa dok ingat jugak, kalau jumpa kira dok imbau kenangan memalukan tu ar.

Jadi sejak dari kejadian itu, aku dah tak duduk dengan cik Tup. Sebabnya kawan-kawan yang lain ubah aturan dalam kelas dan aku dibagi pasangan yang tak tidoq dalam kelas. Tapi tak habis lagi kenangan aku dengan cik Tup. Sebabnya, di tingkatan 3 dan 4 dia masih satu kelas dengan aku. Ok aku teruskan ke tingkatan 3, tapi kebanyakkan aku dah lupa la kenangan tahun tu. Aku teruskan ke tingkatan 4, aku ambik jurusan sains hayat, maka bermulalah alam kami dipisahkan mengikut kos. Ada yang ambik sains teknikal, yaka? Entah la, aku pun dah lupa. Sila betulkan aku, Cik Lia dan juzMe. Yang aku tau, depa dok panggil budak TK la, LK la apa lah. Nak dijadikan cerita, cik Tup ni masih sekelas dengan aku sebab kami ni suka membaca dan menghafal, jadi kami pilih sains hayat sebagai kos untuk peringkat itu. Dan dia juga duduk di sebelah aku di dalam kelas. Memang aku dengan dia ada jodoh duduk sekali la.

Jadi kami dengan amannya menjalankan aktiviti tidur bersama-sama di dalam kelas waktu subjek fizik, cikgu tu jarang masuk. Kenangan seterusnya berlaku di satu hari, dalam kelas fizik, kami tengah belajar satu teori, aku sudah lupa teori apa. Tapi tentang momentum la. Cikgu aku kata, makin dekat jarak sesuatu benda, makin besar momentum benda tu. Cik Tup ni pulak seorang pelajar yang cemerlang( lani dia belajaq kat Australia), dia terus aplikasikan apa yang cikgu tu cakap. Dia dengan tindakkan tanpa sedar telah menghayunkan penumpuknya ke mata aku dengan jarak dekat. Dan betul teori momentum tu, jadi dia dapat buat kesimpulan, makin dekat dia hayunkan penumbuk, makin sakit aku kerana makin besar momentum yang dihasilkan. Mata aku sepek sebelah hari tu. Kurang asam betul kau wahai cik Tup, aku terus merajuk dengan dia. Jaga lah kau cik Tup, ada hari ada bas, ada hari aku balas.

Selepas hampir seminggu aku merajuk dengan cik Tup, akhirnya kami berbaik semula. Dia mintak maaf, dia tak sengaja dan aku terima maaf dia. Tapi, akhirnya aku dapat balas balik juga kat cik Tup. Kisah tu berlaku di suatu hari, cik Tup sedang leka membaca, aku datang dari belakangnya lalu curi-curi lihat apa yang dia tengah kusyuk baca tu.

"Oooo... Ni keja hang no!"

"Woi, terkejut la."

"Hang dok baca mastika tentang kes skodeng Lubuk Tupah no, haaaa kantoi!"

Muka dia sudah kecut bila aku dapat tangkap dia tengah baca benda tu. Malu agaknya, sebab kantoi dengan aku. Disebabkan dia kantoi dengan aku tengah baca topik panas kat dalam mastika tu, aku mula gelar dia "TUPAH". Dia apa lagi, marah sangat, angin satu badan, tengok aku pon macam nak telan. Aku tak endah dia, aku terus menggejeknya dengan nama itu. Dia merajuk teruk dengan aku, mana taknya, benda panas dah jadi nama gelaran dia. Seminggu dia tak cakap dengan aku, aku pun tak berani nak pi cakap, sebab dia serious gila. Tak pernah-pernah dia marah lagu tu.

Aku menyesal jugak, tapi nama tu dah tersebar kat budak-budak perempuan yang lain gara-gara suara aku yang kuat tempoh hari. Sedihnya dia tak endah aku, ala aku melawak saja wey, tak kan dia nak terasa lebih-lebih pulak kot. Di suatu petang aku pergi jumpa dia, aku mintak maaf. Masa tu dia cakap dia dah tak marah aku dah pun. Fuh, lega gila bila dia gelak. Aku dengan dia sebelum ni memang suka melawak kasar-kasar, tak tau pulak yang kali ni dia terasa lebih-lebih. Untuk pengetahuan semua, sampai sekarang nama panggilan Tupah masih lekat sebagai nama panggilan dia. Dia pun dah lali dan tak kesah, cuma tadi dia marah aku sebab aku sebut kat facebook dia. Malu kot sebab kawan-kawan baru dan boipren dia dapat tau kot. Hahaha... Nasib kau la cik Tup oiii.

Selain satu kelas, aku dengan cik Tup ni dulu juga ahli pancaragam sekolah. Dia main flute, aku pulak trompet dan trombone(2003-2005 trombone, 2005-2006 trompet), dia setiausaha, aku pulak naib pengerusi untuk badan beruniform itu. Sukan pun sama, aku main bola baling, dia pon main, dan dia main hoki, aku pon main (tapi sekejap saja aku main, lainlah cik Tup, dia lagi pandai main hoki tu). Itu saja yang aku dapat imbau. Banyak juga dah lupa, tapi bila borak-borak dengan dia hari tu, ingat kembali la. Apa-apa pun, aku rindu kau cik Tup oii, dah la tahun ni summer break hang tak balik Malaysia, aku pulak bila jumpa kawan-kawan yang lain asyik dok sebut-sebut nama hang saja. Semoga hang sihat dan sentiasa dilindungi oleh ALLAH di perantauan, nasiblah hang tak dapat balik raya tahun ni, sapa suruh pi belajaq jauh-jauh sangat.


Zaman muda-muda, tahun 2004, 14 tahun. Kami mainkan masa pembukaan untuk Hari sukan.



p/s; zaman dulu sangat manis kan....... (^_^)

Suka sangat kata-kata kat bawah ni.
bad memory = something that i wouldn't forget.
good memory = something that i wouldn't regret.



August 15, 2011

Peringatan buat aku sebagai seorang wanita.

dik: abg tahu x bila perempuan yang x tutup aurat akan mula menutup aurat?
abg: pi haji la dik, masa kahwin, kan?
adik: salah, teka la lagi.
abg: masa dah dapat hidayah Allah kan?
adik: salah, nak tahu jawapannya x, senang ja.
abg: apa dia dik?
adik: tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, dan akan tertutup buat selamanya.
Tergamam aku saat membacanya. Aku kongsi dari facebook kawan.

August 14, 2011

Revolusi Handphone aku

Lepas jalan-jalan baca entri HANDPHONE PERTAMAKU, kat blog encik Fahmie Firas Revolusi Minda, aku rasa tergerak hati pulak nak imbas kembali model-model handphone yang aku pernah guna dan secara tak langsung sertai segmen encik Fahmie Firas Revolusi Minda. Aku ni jenis kalau guna sesuatu barang, aku akan guna sampai ke akhir riwayat barang tu. Paling ketara sekali bila menggunakan handphone, aku tak akan tukaq handphone selagi ianya masih boleh dipakai untuk kegunaan aku.

Zaman aku dulu handphone tak popular sangat, sebabnya medium yang biasa orang guna ialah surat menyurat saja. Aku kenal handphone pun masa aku di sekolah menengah, ketika tu umur aku 14 tahun, tahun 2004. Handphone itu diberi kepada aku oleh kakak aku yang kedua. Itupun selepas dia bagi simkad yang dia dah tak mau kat aku. Dah bagi simkad, mesti la kena ada handphone kan.

Handphone pertama aku Nokia 8850, tahun handphone ni di keluarkan ialah pada tahun 1999. Ni la rupa handphone aku tu(warna emas), tapi masa dapat kat tangan aku, dah nazak, sebab kat bahagian atas dia dah kena ikat getah. Tapi masa kakak aku bagi aku tak tolak, aku ambik saja. Bukan aku nak guna pun, cuma saja-saja nak cuba. Klasik gila handphone tu tapi aku suka sangat. Lagipun aku guna dia sebulan sekali ja, sebabnya aku dok kat asrama. Ditambah pula, handphone adalah barang larangan untuk di bawa. Handphone tu bertahan sampai tahun 2006. Aku dengan berat hati terpaksa lepaskan dia kerana dia sudah terlalu tua dan sudah uzur. Itu pun selepas berapa puluh kali aku bagi jatuh, dan dah tak boleh nak ikat dengan getah dah.

Selepas handphone pertama aku tak boleh guna, aku tak guna apa-apa hanphone pun. Tapi kebetulan aku terjumpa handphone Nokia 3310 kat dalam kotak buku-buku kakak aku. Aku cuba on, tapi tak boleh. Akhirnya, aku terus campakkan handphone tu kat dinding. Hahahaha.. Menjadi wooo. Lepas tu, handphone tu boleh guna. Menurut kakak aku, handphone tu jatuh dalam baldi masa dia kat asrama. Dah memang tak boleh guna dah pun, tapi rezeki aku baling ke dinding, jadi aku dapat handphone tu. Handphone tu casing dia warna biru corak awan, kalau on bunyi lagu doremon. Lebih kurang macam warna yang kat bawah tu la. Tapi sekejap saja boleh guna, sebab skrin dia kadang-kadang hilang. Maklum la dia ada sejarah berendam dalam air satu ketika dulu.


Seterusnya, awal tahun 2006 aku dapat hadiah dari kakak sulung aku, handphone secondhand saja, Nokia 8310. Kecik saja handphone tu, ala-ala handphone jenis butterfly. Aku sebenarnya memang nak handphone yang kecik, sebab aku boleh bawa curi-curi pi asrama. Senang sikit nak sembunyi. Disebabkan aku ambik risiko bawak ke asrama, dia hampir-hampir nak kena rampas. Tapi, aku tak kantoi masa tu, jadi selamatlah dia dengan aku. Aku juga pernah tebuk buku tebal untuk simpan, tapi tu kat kelas, kalau kat asrama, aku pi simpan dalam poket baju kat ampaian. Gigih betul aku cari jalan untuk sembunyi benda terlarang kat asrama dulu.

Membazir gila buku yang aku tebuk tu..(T_T) insaf2!

Hayatnya dengan aku tak lama, ketika aku di tingkatan lima aku jarang bawak pi asrama, dia meragam sebab aku jarang guna dan tempat on/off dia rosak teruk. Jadi, selepas tu aku sudah tak punya handphone, lagipun aku dah nak SPM tahun tu, aku tak kisah sangat la. Bila balik aku pinjam handphone mak aku ja, on untuk semak mesej orang hantar.

Disember 2007, selepas aku habis SPM, mak aku belikan aku handphone. Hadiah buat aku yang tak pernah beli handphone. Itulah pertama kali aku beli handphone, dan SonyEricsson K800i menjadi pilihan aku. Alang-alang orang nak beli kat aku, aku pilih saja la. Aku pulak jenis tak pandai bab-bab handphone ni, kakak aku la yang cadangkan. Dia cadangkan SonyEricsson K800i dengan Nokia N70, jadi aku pilih SonyEricsson K800i sebab dalam keluarga aku semua guna Nokia.

Pada bulan Disember ni cukuplah umur dia 4 tahun dengan aku. Aku sayang sangat akan dia sebabnya dia hadiah dari mak aku. Tapi belum habis lagi kisah handphone aku, sejak 2004 aku hanya guna satu simkad, simkad yang kakak aku bagi dulu ni. Nombor tu maxis yang mempunyai banyak angka 8(nombor kesukaan aku)_012-5#88#8#. Tapi masa aku masuk matrik, UPAX diperkenalkan, percuma pulak tu. Aku apa lagi, terus ambik la. Nombor 013-3######. Mulanya aku tukar-tukar sim kat handphone sony, tapi lama-lama aku rasa kesian pulak kat handphone aku tu.
Jadi, tahun 2009 aku beli lagi satu handphone, Nokia 1200. Aku guna duit aku sendiri, RM95. Sudah jadi kebiasaan sekarang ni orang ada dua handphone kan, tapi bagi aku, handphone aku, aku hargai, aku tak akan sesekali buang dia selagi dia masih berguna untuk aku. Jangan risau dear, aku tak akan berubah hati selagi mana kamu dapat memberi khidmat buat aku.


Jadi, ini jawapan aku untuk segmen HANDPHONE PERTAMAKU di blog encik Fahmie Firas Revolusi Minda :
Tahun mula memiliki------>2004
Model--------> Nokia 8850

August 13, 2011

Ganjaran bulan Ramadhan

“Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” Hadith Riwayat Bukhari.

August 11, 2011

Sedangkan pantai berubah, inikan pula manusia!

Suasana tika itu sunyi sepi, semua penghuni asrama telah nyenyak tidur dan sudah lama dibuai mimpi. Namun tiba-tiba kedengaran satu suara merintis dan menangis tersedu-sedu. Di dalam kesamaran lampu koridor, kelihatan satu susuk tubuh yang berpakaian serba putih sedang sujud menghadap ke arah loker di salah satu dorm di aras dua itu.

Begitulah yang dilakukannya setiap malam, hanya mampu merintih sendirian kepada Yang Maha Esa. Setiap hari, selepas semua tidur dia bangun mengadu kepada kekasih hatinya. Hanya kepada kekasih hatinya itu dia mampu meluahkan semua isi hatinya. Gadis itu setiap hari terluka dek kerana sikap pelajar-pelajar lelaki yang suka mengejeknya setiap hari. Bukan sehari dua, tapi sudah 5 tahun dia menahan perasaan ini.

Memang, bila di lihat secara luaran, gadis itu nampak seperti kuat, tak gentar dek ejekkan dan seperti tak punya hati. Namun, sebenarnya, dia seorang yang sangat lemah. Dia berpura-pura dihadapan manusia lain mempamerkan yang dia sangat tabah, kuat dan bukan seorang yang mudah dibuli. Tapi, di saat manusia lain nyenyak tidur, akhirnya sifat lemahnya itu kelihatan jua dengan hadirnya titisan air mata yang jatuh di pipinya.

"Wey gemuk bau longkang!"

Kedengaran satu suara menyapa telinganya saat dia menjejakkan kaki masuk ke dalam kelasnya. Dia hanya diam, tetapi sahabat disisinya bersuara dan memarahi rakan sekelas mereka itu. Dia terus ke tempatnya yang terletak di kanan kelas. Di telinganya masih terdengar sisa-sisa ejekkan tadi. Cuma kali ini mereka hanya bercakap sesama mereka.

Setiap apa yang rakan sekelas dia lakukan mengundang rasa amarah sahabatnya. Namun, mereka hanya berdiam kerana mereka juga akan dikutuk teruk jika membela dia lebih-lebih. Pernah ada sahabatnya yang menangis kerana tidak tahan dengan ejekkan daripada mereka itu terhadapnya.

Apa yang dia mampu buat? Jika melawan, dia akan kena lagi teruk, jika berdiam, tetap kena juga. Kadang-kadang dia melawan, kadang-ladang dia berdiam diri. Ikut keadaan, dia juga seorang yang panas baran, jika dia rasa mau melenting, dia akan melawan, tapi berlawan mulut tak akan pernah selesai. Dan akhirnya dia juga yang akan kalah. Mana taknya, dia seorang, mereka ramai.

Pernah satu ketika, si gadis hendak keluar ke bandar, dan dia ke kelas dengan siap berpakaian untuk keluar pada hari itu. Seorang lelaki datang ke arahnya,

" Woi, tengok ni, Si Gemuk pakai make up!!"

Yang lain menyambut kata-kata tersebut dengan hilai tawa. Lalu datang pula seorang lelaki di hadapannya,

"Hang ni, kalau make up macam mana pun, tetap buruk tau dak, macam badak yang di make up! Huduh!"

Setakat mana sajalah yang dia dapat melawan kata-kata mereka. Akhirnya, dia hanya ke tempat duduknya dan berdiam diri. Dicapainya tisu dan dia menyapukan bibirnya yang dipakaikan lips balm sebelum keluar dari dorm tadi. Hari ini, hatinya terguris lagi. Esok apa lagilah yang akan dilemparan kepadanya.

Setiap kali keluarganya datang melawat, dia mengadu hal tersebut. Namun, keluarganya menasihati dirinya agar bersabar.

"Biaq la orang nak kata apa pun, belajaq rajin-rajin".

Sampai satu ketika, dia sudah malas untuk bercerita, memang andai diceritakan kepada orang dewasa, mereka akan memandang hal tersebut remeh saja. Tapi bagi dia, dia sudah letih, jiwa bagai nak gila, hati pula sudah hancur luluh. Siapa yang mahu diri dipanggil, dikata, dikutuk dengan perkataan-perkataan yang tidak disukai? Siapa? Ada ka?

Macam-macam akal mereka untuk kenakan dia. Pernah suatu hari ketika cuti ada yang menghantar mesej. Orang itu menyamar diri mengatakan dirinya sahabat perempuan kelasnya. Dia percaya, kerana sahabatnya itu baik, orang itu ada agenda tertentu. Disuruhnya dia menyenaraikan lelaki batchnya yang paling kacak. Mulanya dirinya terasa pelik, tapi dia menyenaraikan juga dengan disertai satu ayat, "kacak tak semestinya baik".

Seminggu selepas cuti, heboh yang ada orang menyamar dan mengganggu pelajar perempuan yang lain. Baru dia teringat hal tersebut lalu dia bergegas ke bilik sahabat perempuan kelasnya itu.

"Hang tukaq no baru ka?"

"Dak ah".

"Cuti ari tu ada no mesej kata hang".

"Yaka? Dak ah, tak guna pun telepon masa cuti hari tu".

Zaman dia ketika itu, telefon bimbit jarang digunakan, jadi tak hairanlah jika ada diantara mereka hanya berhubung di sekolah saja.

Malam itu, ketika dia ke kelas, dia di kutuk teruk. Heboh satu batch mengatakan dia minat kat orang yang disenaraikan pada cuti yang lalu. Betul kata orang, khabar angin kadang-kadang ditokok tambah. Hal itu mengambil masa sebulan untuk reda. Dan dalam tempoh masa sebulan itu, dirinya akan di panggil top 10 setiap kali ada yang berselisih dengannya.

Saat itu hatinya sudah beku, telinganya telah tuli, mulutnya telah bisu, untuk mendengar mahupun untuk membalas, sudah dia tak mampu. Dia hanya menahan saja perasaan. Biarlah apa pun yang mereka nak kata, biarlah apa pun yang mereka nak buat, dia sudah lali.

Satu kes lagi, seorang lelaki, juga yang mengatakan dirinya badak huduh yang bermake up satu ketika dulu menghantar mesej kepadanya pada cuti di bulan Ramadhan. Macam-macam lelaki itu kata.

"Gemuk, gemuk, gemuk, gemuk, gemuk",

"Kalau aku gemuk pun, ada aku kacau hang. Ada aku ambik lemak hang 10 kilo ka, 20 kilo ka, 30 kilo ka, tak dak kan?"

Begitulah yang dia mampu balas. Memang, dia juga ada keluarkan kata-kata kesat. Kerana dia memang bukan seorang gadis yang cantik, gadis yang hodoh sepertinya tidak akan dipandang walaupun lemah lembut macam mana sekali pun. Jadi biarlah mereka pandang dia sebagai perangai buruk. Seperti mereka juga kan!

Masa berlalu, dia semakin dewasa, kini dia sudah melangkah ke alam yang baru. Di tempat baru, selalunya apabila ingin memperkenalkan diri, dia dikehendaki memberitahu nama sekolah lamanya. Berat mulutnya untuk melafaskan nama sekolahnya dahulu. Dia lihat rakan-rakan yang lain ceria dan gembira memberitahu nama sekolah lama mereka. Tapi dia, sisa luka masih dalam tersemat di hatinya.

Saat itu, dia berjanji, dia akan membenci manusia yang bernama "LELAKI". Jadi, dia akan berperwatakkan tidak mesra dengan mana-mana lelaki di dalam kelasnya. Ada yang mengadu sikapnya terlalu dingin, ada pula yang berkata dia terlalu garang. Dia berkelakuan sebegitu kerana perasaan takut menyelubungi diri. Lelakilah yang membuatkan dia menderita dulu, lelaki jugalah yang membuatkan zaman persekolahannya seperti neraka.

Setahun berlalu, maka tamat sudah sesi itu, dan dia akan meneruskan langkahnya ke alam seterusnya. Namun, sesuatu telah berlaku, dia gagal dan dia perlu mengulang semula. Saat itu kecewa menyelubungi dirinya. Dia menangis hiba, ujian apakah ini yang harus ditembuhinya setelah lautan duri telah ditempuhnya.

Rupa-rupanya, kegagalan memberi hikmah buat dirinya. Saat itu, perasaan benci kepada lelaki cair bak ais di bawah matahari. Sepanjang setahun dia mengulang, dirinya terisi. Tak guna membenci yang lain hanya kerana orang lain, itulah perkara baru yang dia sedar. Tempoh masa satu tahun tersebut mengubah dirinya, dia sudah makin kuat, makin punya ramai teman, sahabat dan kehidupan yang sangat bahagia.

Dan akhirnya, dia menjejakkan kaki ke mahligai gading setelah menyusuri lembah berliku dan hutan belantara. Di sana, dia punyai teman yang sangat ramai dan di sana jugalah titik perubahan buat dirinya untuk peringkat seterusnya. Indahnya jika ada seorang sahabat yang setiap kata-katanya membuatkan diri sentiasa ingat akan ALLAH. Indah juga jika punya sahabat yang sentiasa mengajak ke arah kebaikkan. Dan amat indah jika berada dalam persekitaran yang penuh dengan orang-orang yang soleh.

Benar, kata-kata "sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula manusia" itu. Dia amat setuju, namun dia sendiri yang leka berubah langsung tidak kisahkan hal yang lain. Di hatinya, dendam dulu tetap ada, luka dulu tetap ada, benci dulu tetap ada. Kadang-kadang dia rasa sakit, yalah, saat terkenangkan kenangan lama, walaupun ada yang indah, tapi yang buruk akan tetap mengatasi yang indah.

Saat dia tersedar, dia rasakan dirinya masih sakit dengan kenangan lalu. Walaupun perkara tersebut sudah dilupakan oleh mereka-mereka itu. Tapi mengapa dia masih rasakan kesakitan itu? Akhirnya muncul satu jawapan, kesakitan itu masih ada dengan adanya rasa benci, rasa dendam dan juga kerana dia tak pernah memaafkan mereka semua di atas apa yang mereka lakukan pada dirinya. Ya!!!! 4 tahun dia simpan beban itu. Apa puncanya? Marah? Dendam?

Musuh-musuhnya dulu juga layak berubah, mereka juga manusia. Mereka juga hamba ALLAH. Andai dirinya diberi cahaya oleh ALLAH, inikan pula mereka. Saat itu, berguguran air matanya. Sedangkan ALLAH ampunkan hambaNYA, inikan pula dirinya. Layakkah dia untuk tidak memaafkan mereka semua, sedangkan dia hanya hamba yang hina. Lalu ditadahkan tangan, mengucap kesyukuran di atas pengajaran yang ALLAH berikan pada dirinya. Memaafkan itu lebih berharga daripada mendendami.

Dan kini, dengan rahmat ALLAH, dia rasa cukup tenang. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wallahulam


~Berikanlah kemaafan, kerana ianya cukup berharga.
~Baik dibalas baik, kejahatan juga dibalas dengan kebaikkan.
~Buat baik kerana ALLAH tanpa mengharapkan balasan kecuali keredhaan ALLAH.
~Berikan kasih sayang kepada yang melakukan kejahatan.
~Kejahatan boleh menjadi saluran mendekatkan diri kepada ALLAH apabila dibalas dengan kebaikkan.
p/s; kalau tak silap ayat-ayat di atas ni dari buku "Satu Rasa Dua Hati, Pahrol Mohd Juol, Geleri Ilmu"..... Kalau tak silap la, sebab baca kat perpustakaan.p/s; buli mental bahaya, boleh buat mangsa ambil tindakkan bunuh diri!!!
p/s; entri KeretaMayat kali ni sangat best!! "Kenapa hati gelisah?"

"Bagi aku, apa yang aku faham, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri engkau, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka masa tu hidayat ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat kau jadi gelisah.., aku selalu gak baca cerita kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, Nabi kitapun bila nak dapat wahyu, badan berpeluh, hati jadi takut, lalu isterinya meyelimutnya…,"

;. antara ayat dari entri tu yang sangat menyentuh Qalbu.

August 9, 2011

Resepi Coleslaw Simple



Bahan-bahan:
  • 1/2 Kobis
  • 1 biji Lobak Merah
  • 2 paket Mayonis Lady's Choice
  • Yogurt asli

Cara-cara:

  1. Bersihkan kobis dan lobak merah, kemudian cincang kecil-kecil.
  2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas dan biarkan di dalam peti sejuk.
  3. Selepas kobis dan lobak merah sejuk, masukkan mayonis dan yogurt kemudian gaul hingga sebati. Gaul pakai tangan pun tak pa! Tapi pastikan pakai sarung tangan plastik yang dikhaskan untuk menggaul.
  4. Kemudian, simpan ke dalam peti sejuk.
  5. Biarkan coleslaw tersebut sekurang-kurangnya setengah jam. Lagi lama lagi umphhh.
Tip-tip tambahan:
  • Aku guna sikit ja bahan-bahan sebabnya aku suka yang ringkas, kalau nak lagi sedap ce cuba tengok resepi encik ni-->cara membuat coleslaw yang sedap.
  • Yogurt asli kalau susah nak dapat, gantikan dengan susu tepung pun boleh.
  • Resepi ini sesuai buat penggemar sayur-sayuran dan untuk mereka yang nak menjimatkan masa.

August 7, 2011

Menagih cintaNya.


Alhamdulillah, sudah seminggu Ramadhan telah kita lalui. Bersyukurlah kita diberi peluang tahun ini untuk merasai sekali lagi keberkatan bulan yang indah ini. Imbas kembali, Ramadhan-ramadhan sebelum ini, lalu kita cuba perbaiki dan cuba didik diri agar ke arah yang lebih baik. Jadikan bulan ini sebagai batu loncatan untuk kita berubah dan selepas bulan ini juga kita akan tetap istiqamah dalam melakukan amalan-amalan yang berjaya kita biasakan sepanjang bulan ini. Bak kata seorang sahabat aku,
"biasakan yang betul,betulkan yang biasa".
Jom sama-sama kita imarahkan Ramadhan yang masih berbaki ini.

August 6, 2011

Tabiat Bantal Busuk

Tiba-tiba hari ini aku terasa rindu akan Bobo. Dia aku tinggalkan sejak 3bulan yang lalu di bilik stor blok asrama aku. Rindu yang membuak-buak ini membuatkan aku nak bercerita serba sedikit tentang sejarah Bobo bersama aku dan kisah tabiat aku ketika di alam kanak-kanak yang memberi kesan di alam remaja dan alam dewasa aku.

Ketika aku masih kanak-kanak, aku selalu sunyi. Mana taknya, aku anak bongsu dalam keluarga (tapi hanya 11 tahun aku jadi anak bongsu, sebab lepas 11 tahun aku dapat adik). Beza umur aku dengan 2 orang kakak aku terlalu jauh. Jadi, selalunya ketika itu kedua-dua orang kakak aku suka bermain berdua sahaja, dan aku ditinggalkan. Sepatutnya, aku ada seorang lagi kakak, beza umurnya hanya 2 tahun dari aku, namun dia meninggal setahun sebelum aku dilahirkan. Kalau dia masih ada, mesti aku rapat dengan dia. Tapi Allah lebih sayang akan dia.

Disebabkan aku selalu dibiarkan bermain sendirian, aku dari kecil sudah pandai berimaginasi. Aku selalu mengambil sesuatu barang dan akan bercakap seperti aku ada seorang kawan yang lain. Aku selalu bayangkan ada seorang kawan yang bermain dengan aku. Selain itu, sejak usia aku 8 tahun, aku sudah tidur seorang diri kerana kedua-dua orang kakak aku tinggal di asrama. Jadi, aku selalu takut tidur sendirian. Selalu juga aku berimaginasi tentang hantu yang sedang memerhatikan aku tidur serta aku akan bayangkan rupa hantu tersebut.

Kadang-kadang, jika di hati aku terlintas nama sesuatu hantu, maka dengan secara terus otak aku terus memproses gambaran hantu itu. Dan gambaran itu akan terus menari-nari di mata aku. Ianya mengakibatkan aku berlari ke bilik mak untuk tidur di sana. Namun, mak tak pernah benarkan aku tidur bersamanya. Jadi, aku lebih sanggup tidur di hadapan pintu bilik mak, dari kembali tidur semula di bilik aku. Benda ini berlarutan setiap malam. Kesan dari perkara ini, aku dijangkiti satu penyakit, iaitu somnambulism atau dalam kata lain, sleepwalking. Setiap malam ada saja aksi aku berjalan dalam tidur, bila dipanggil nama aku, aku sedar dan aku akan ke bilik untuk sambung tidur semula.

Hal tersebut berlarutan dan menjadi teruk selepas abah aku meninggal dunia. Ketika itu abah ialah orang yang paling aku sayang. Mungkin aku tak dapat terima kehilangan orang yang aku sayang, jadi setiap malam aku aku berjalan ke pintu untuk mencari abah, mujurlah ketika itu aku agak rendah lagi dan disebabkan aku tak cukup tinggi, aku tak dapat membuka kunci pintu rumah. Setiap malam, apabila mak sedarkan aku, aku sudah berada di hadapan pintu rumah dalam keadaan aku yang tengah cuba untuk membuka kunci pintu rumah.

Mak makin runsing dengan perlakuan aku itu, bermacam-macam yang mak lakukan agar aku tak bangun berjalan ketika tidur. Dan akhirnya, mak telah membuat satu bantal kekabu yang aku paling suka sebagai peneman tidur aku. Jadi, setiap malam dengan adanya bantal tersebut aku sudah jarang-jarang berjalan dalam tidur. Hanya kadang-kadang, saat aku letih atau aku mimpi saja, aku akan berjalan dalam tidur.

Seterusnya aku ceritakan tentang kisah bantal aku itu. Bantal itu merupakan kawan aku yang paling rapat. Aku sayang dia, dan aku tau dia juga sayang aku. Kami selalu main, makan, mandi dan tidur bersama-sama. Setiap malam, dengan adanya dia, aku rasa cukup selamat untuk tidur, dan tiada lagi bayangan-bayangan hantu yang mengganggu aku. Namun, aku dan bantal tersebut dipisahkan setahun kemudian.

"Budak pandai macam Nazirah tak boleh main dengan bantal busuk", kata mak.

Akibat terlalu rindukan bantal itu, aku mula jadikan selimut aku sebagai kawan baru. Aku suka sangat berkawan dengan selimut aku tu. Lagipun, bau selimut tu sedap ja, macam bau aku pun ada juga, sebab tu aku mula berkawan dengan dia. Aku rahsiakan hal itu dari mak sebab aku takut mak akan pisahkan aku dengan dia sama macam mak buat kat aku dengan si bantal dulu.

Akhirnya, mak dapat tau jugak hal itu, tapi itupun selepas beberapa tahun. Lama kan aku dapat simpan hal persahabatan aku dengan si selimut tu. Mak dapat tau hal itu bila aku cuba untuk bawa selimut tersebut ke asrama. Ketika itu aku ditawarkan masuk ke sekolah berasrama penuh, jadi aku menangis teruk apabila mak tak benarkan aku bawa selimut tersebut bersama-sama. Mak belikan aku selimut baru, dan mak bagi alasan selimut tersebut sudah buruk. Mak juga telah mengoyak selimut tersebut agar aku tak menggunakannya lagi. Aku sangat sedih melihat kawan aku dibunuh oleh mak ketika itu.

Akibat kekecewa kali yang kedua, aku sudah tidak punya teman imaginasi lagi. Ditambah dengan usia aku 13 tahun, dan bukan lagi anak bongsu membuatkan aku lupa dengan kawan-kawan imaginasi aku itu. Namun, ketika di asrama aku alami semula ketakutan pada setiap malam seperti dulu. Bayangan-bayangan ngeri sentiasa menjelma. Dan ketika itu, aku sendiri melawan perasaan tersebut tanpa bantuan mana-mana rakan imaginasi aku sebagai peneman untuk tidur. Aku cuba lawan perasaan takut dan cuba katakan yang aku berani tidur, sebabnya satu bilik kan ada sepuluh orang, jadi kuranglah sikit rasa takut itu. Selain itu, cara lain adalah dengan tidur paling awal dari rakan-rakan dalam bilik yang lain.

Di usia aku 14 tahun, aku sudah mula berani dan semua alam imaginasi sudah aku lupakan. Ditambah pula dengan hadirnya insan-insan yang bernama sahabat dalam hidup aku. Tapi sangkaan aku bahawa tabiat buruk aku bersama bantal busuk mahupun selimut busuk hanya setakat itu meleset. Ketika aku berumur 18 tahun, aku mendapat tawaran matrikulasi di Negeri Sembilan. Jauhnya matrik tersebut dari rumah aku, sedangkan aku tak pernah berjauhan dari keluarga.

Dan disitu bermula perkenalan aku dengan Bobo, si bantal peluk bercorak lembu. Dia menjadi kawan baru aku, tapi bukan lagi kawan dalam dunia fantasi, dia cuma menjadi teman aku ketika aku sedih, rindu, takut, marah, kecewa dan mengantuk. Dialah yang menjadi teman aku sejak di Matrikulasi Negeri Sembilan, Matrikulasi Kedah dan kini di Universiti Sultan Zainal Abidin. Walaupun aku sudah ada peneman tidur yang baru, Aki si teddy bear biru, namun setiap malam Bobo jugalah yang aku peluk dan Aki akan aku buang ke bawah katil.

Aku dapat lihat perkara yang lebih kurang sama telah berlaku kepada adik bongsu aku kini. Nak buat macam mana, aku beza umur 11 tahun dengan dia, aku di universiti, mana boleh selalu dengan dia. Tapi alhamdulillah dengan kehadiran anak saudara aku dan juga beberapa ekor kucing peliharaan keluarga aku, dia kini sudah tidak sunyi lagi. Jadi, sebagai pesanan aku buat semua, sila jangan abaikan mana-mana anak, adik ataupun sesiapa pun kanak-kanak yang menggunakan status anak bongsu dan kanak-kanak yang kehilangan orang yang mereka sayangi sejak kecil lagi. Mereka ini amat dahagakan kasih sayang dan perhatian.

Tabiat Bantal Busuk

p/s; kat rumah aku jumpa bantal kekabu baru yang lembut dan comel, aku namakan dia Bibu.

August 2, 2011

# 3 Aku kahwin.

# 1 Aku kahwin.
# 2 Aku kahwin.

Semalam aku bergaduh teruk dengan mak. Hal itu bermula apabila aku mintak tangguh tarikh perkahwinan aku yang akan berlangsung pada hari Raya keempat nanti. Sudah puas aku berfikir, aku rasa aku masih tak mampu untuk berkahwin, dan aku masih perlu belajar banyak benda lagi. Aku mintak tangguh majlis ke cuti semester hadapan, Julai 2012. Namun, mak langsung tak mau dengar penjelasan dari aku. Mak tak dapat terima semua yang aku cakapkan ketika itu.

Dan alasan utama mengapa aku mengambil keputusan tersebut ialah kerana aku rasa aku tak bersedia untuk menghadapi alam baru itu. Ditambah pula satu perasaan yang kurang enak, iaitu aku rasa diri aku sudah tidak bebas. Buktinya, minggu lepas, ketika aku nak keluar jumpa kawan aku yang dah lama aku tak jumpa, sebabnya dia jarang bercuti, tapi di saat akhir aku terpaksa membatalkan janji tersebut. Mak tak benarkan aku keluar. Hari berikutnya, aku merangka untuk menghadiri satu program, namun ianya tidak berjalan seperti yang aku rancang kerana aku terpaksa mengikuti mak ke rumah kawannya.

Aku seperti anak kecil yang diikat tali di kaki untuk tidak ke mana-mana, hanya duduk diam-diam di rumah. Sebelum ini boleh pulak aku keluar jumpa kawan-kawan aku. Tapi lain pulak jadinya selepas aku menjadi tunangan orang. Aku sudah rasa tidak selamat dengan status aku sekarang sebagai tunangan orang. Mak terlalu mengongkong aku, takut-takut sesuatu yang tak elok berlaku, mungkin. Jadi, setiap kali mak keluar, mak akan pastikan aku ikut bersamanya.

Pergaduhan semalam membuatkan mak mengamuk teruk kerana perangai aku yang biadap melawan cakapnya. Aku dituduh anak tak kenang di untung. Aku hanya terdiam tanpa berkata-kata. Andai aku menjawab, nanti di kata aku kurang ajar kerana berani melawan cakapnya. Akhirnya aku berlalu masuk ke bilik dan menguncikan diri di dalamnya. Aku menangis semahu-mahunya.

"Apa ni, aku tak mau macam ni. Ya Allah, tolonglah hambamu ini", rintih hati aku.

Aku tak mau jadi anak derhaka, ditambah pulak lagi beberapa hari nak masuk bulan Ramadhan. Takkanlah aku nak bermasam muka dengan mak sepanjang hari. Ya ALLAH, berdosanya aku! Macam mana ni, aku buntu memikirkan hal tersebut. Sedang aku melayan perasaan sendiri, kedengaran nada mesej dari telefon nokia aku menandakan ada mesej baru masuk. Aku yang tengah bermalasan di atas katil bangun untuk mencapai telefon aku yang terletak di atas meja,


Salam. che nad,
apa khabar?
tahun ni xleh la
kita nak puasa
sama2 kn!!
(T_T)

Sender:
J12_Farhah
+60139288785

Message centre:
+60193900000

Sent:
29-July-2011
22:17:39

Saat aku baca mesej dari bekas roomate aku itu, aku jadi makin sebak. Dulu, dia tempat aku bercerita, dialah tempat aku bertanya pendapat dan berkongsi rahsia. Kini tengah aku dalam keadaan sedih, dia muncul. Tanpa membuang masa aku pantas menekan namanya untuk membuat panggilan kepadanya. Aku ingin luahkan segalanya pada dia, kerana aku sudah tidak dapat menanggung benda ini seorang diri lagi.

Aku menangis sambil bercerita segalanya pada dia. Dia turut bersimpati dengan apa yang berlaku. Aku luahkan yang aku takut sebenarnya, aku takut untuk menghadapi hari esok. Aku takut mak aku akan tingkatkan lagi sekatan kebebasan aku. Aku takut lepas ni aku tak dibenarkan sambung belajar, mana tau kan, kot-kot la. Semuanya aku luahkan kepada dia. Dan akhirnya, aku setuju dengan satu cadangannya dan aku nekad untuk melakukannya. Esok aku akan lakukan rancangan tersebut dengan rapi agar aku tak gagal. Aku tertidur selepas berbual panjang dengannya.

------------------------------------------------------------------------------------------------
30 Julai 2011

Keesokkannya............

"Mak, tak lama lagi dah nak kena balik U, tiket bas tak beli lagi ni. Kalau lambat takut habis pulak, musim raya kan", lontar aku ketika menolong mak di dapur tengahhari itu.

"Tak pa la, tak payah la hang balik dengan bas kali ni, suruh laki hang pi hantaq, kan hang dah kawin dengan dia masa tu", jawab mak.

"Tapi mak, cheq rasa tak mau nak susahkan dia la. Tak pala, kali ni cheq pi sendiri pun tak pa. Lain kali baru suruh dia pi hantaq, lagipun tadi Amal telefon, dia ajak keluaq esok, nak beli tiket. Kesian kat dia, tak kan dia nak balik sorang-sorang", jawab aku dengan berhati-hati agar hati mak jatuh simpati dengan aku.

"Tapi esok ada kenduri rumah Pah Rasyid, mak tak boleh pi", balas mak.

"Tak pa, cheq suruh abang Faizal pi hantaq kat kepala jalan, pi naik bas pun tak pa", dan saat itu hati aku mula berbunga-bunga.

"Ok, pi la. Balik awai tau! Jangan dok jalan merata-rata pulak", jawab mak lambat-lambat.

"Yes!!!! Akhirnya.........", monolog aku di dalam hati dan seulas senyuman terukir dibibir aku.


Malam itu, aku mulakan operasi seterusnya. Dalam gelap, aku memasukkan barang-barang penting ke dalam beg pakaian yang sederhana besar milik aku. Aku terpaksa minimumkan pakaian yang penting sahaja dan sedikit barang keperluan lain. Aku sudah nekad untuk melarikan diri ke Terengganu, dan balik ke universiti walaupun cuti masih berbaki. Aku nekad dengan keputusan itu. Dan Farhah juga sudah sedia untuk tunggu aku di sana dan akan menolong aku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

31 Julai 2011

Pagi itu, aku sudah bersiap sedia, aku beritahu abang ipar aku yang aku akan berjalan kaki ke kepala jalan untuk menaiki bas di sana. Aku tak mau dia tahu yang aku bawa beg pakaian bersama, jadi anak saudara aku yang mengantuk aku jadikan alasan supaya abang ipar aku pergi tidurkan anaknya itu dan aku bolehlah berjalan kaki ke sana sendiri. Dia akhirnya akur dengan apa yang aku minta dek kerana anak saudara aku sudah mula merenyek kerana terlalu mengantuk. Halangan kedua sudah aku lepasi.

Selepas dia masuk ke biliknya untuk menidurkan anaknya, aku pantas mencapai beg yang aku sembunyi di dalam bilik lalu bergegas keluar dari rumah. Satu beg pakaian penuh dengan baju aku bawa dengan sebelah tangan manakala sebuah beg galas yang berisi laptop dan barang-barang lain turut sempat aku bawa bersama. Aku mula berjalan dengan kadar yang sangat laju agar cepat sampai ke kepala jalan, destinasi utama aku ketika itu.

10 minit berjalan, akhirnya aku tiba di kepala jalan dan bas juga sampai seketika kemudian. Aku menarik nafas lega apabila sudah berada di dalam bas itu. Seterusnya, aku akan ke Kangar. Aku akan ke stesen bas untuk membeli tiket ke Terengganu, yang pastinya malam ini juga. Aku berdoa moga-moga tiket bas untuk malam ini ada.

Sejam kemudian aku tiba di Kangar, aku ke bank untuk mengeluarkan sedikit wang simpanan untuk perjalanan aku ini serta untuk perbelanjaan nanti. Selepas itu aku ke kaunter tiket bas SP Bumi, satu-satunya syarikat bas yang terbesar untuk perjalanan ke arah pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Syukur alhamdulillah, rezeki aku, hanya tinggal dua tiket yang terakhir. Bas akan bergerak pada pukul 8 malam nanti. Jadi sementara menunggu 8 jam lagi, aku menghayunkan langkah ke KFC, boleh aku lepak-lepak sambil online disitu. Kedua-dua telefon aku matikan sebagai langkah berjaga-jaga. Aku tau, kakak-kakak aku mungkin akan membuat friend finder nanti, jadi aku terlebih dulu mematahkan cubaan mereka.

Selepas solat magrib di surau stesen bas, aku meninjau kalau-kalau bas aku sudah tiba, dan tepat pada masanya apabila aku lihat sebuah bas SP Bumi menuju masuk ke dalam stesen tersebut. Aku berjalan menuju ke arah bas itu, lalu naik ke dalamnya. Dan saat itu aku rasa cukup lega kerana halangan terakhir sudah berjaya aku lepasi. Aku menyandarkan badan di kerusi bas tersebut. Aku lepaskan lelah aku sepanjang hari ini.

Ketika bas mula bergerak, aku meninjau suasana di luar tingkap, kot-kot ada yang datang mencari aku. Namun, tak ada satu kelibat pun yang aku kenal. Aku melarikan diri disaat umat Islam sedang berpusu-pusu ke masjid bagi menunaikan solat tarawih pada malam yang pertama. Sayu aku rasa tika melihat pak cik dan mak cik beriringan menaiki motosikal ke masjid. Tapi, inilah keputusan yang telah aku ambil, aku sudah tak boleh menoleh ke belakang lagi. Bermula sudah pengembaraan hidup aku sebagai seorang pelarian, seorang pengembara tanpa kompas. Adakah aku akan sesat dengan ketiadaan kompas bersama?


p/s: rekaan semata-mata!!!!

July 31, 2011

5 tahun dulu.


Entri yang sebelum ini tentang 9 tahun lepas, ialah kenangan aku ketika dibangku sekolah rendah. Banyak lagi kenangan, tapi aku langsung tak nak dapat ingat. Kali ni aku nak imbas kenangan sewaktu aku di sekolah menengah pula.

Berbekalkan 5A, aku diterima masuk ke sekolah berasrama penuh yang juga terletak di negeri kelahiran aku. Disitulah bermula perjalanan hidup aku untuk menjadi seorang yang berdikari. Berbagai-bagai cerita sepanjang aku belajar di sana.

Masih aku ingat, dalam minggu orentasi, kami dikehendaki mencari kakak tingkatan 5 untuk mengumpul tandatangan mereka. Bukan senang-senang saja mereka nak bagi, tapi dengan bermacam-macam syarat yang kami kena laksanakan untuk mendapatkan tandatangan mereka.

Benda yang aku tak dapat lupa ialah kena berenang atas lantai. Akak tu tuang air satu tudung botol mineral ja kat atas lantai dan suruh aku berenang. Aku ketika itu sangat budak baik, dengar ja cakap senior tu.. hahaha... Memang lawak la, satu bilik tu gelakkan aku. Dah la meniarap di atas air yang sikit tu sambil buat aksi berenang, lepas tu akak-akak tu suruh aku menjerit mintak tolong.

"Tolong... Tolong.... Saya lemas!"

Tapi sangat best sebab dapat banyak tandatangan dari semua kakak dalam bilik tu. Malu aku ketepikan demi mendapatkan tandatangan. Selepas seminggu, semua sesi tu tamat. Kami diajar supaya menghormati kakak senior. Andai berselisih dengan mereka, kami diwajibkan memberi salam kepada mereka.

Begitulah lumrah kehidupan seorang junior. Setiap malam pula, andai ada senior yang tak puas hati, kami akan dipanggil, diberi amaran dan bermacam-macam nasihat lain. Tapi bagi aku, kehidupan di tingkatan satulah yang paling manis sekali walaupun kami dibuli.

Tetapi bila aku naik tingkatan 3, mula la perangai aku suka buat muka garang-garang kat junior. Sampai ada yang berdendam. Satu kes aku dan junior, ketika itu aku di tingkatan 4. Untuk keluar ke bandar, kami dikehendaki memohon tandatangan kebenaran dari warden asrama. Nak di jadikan cerita, minggu tu aku hantar buku outing aku ke pejabat warden. Malangnya, buku outing aku hilang. Aku punyalah mencari bagai nak gila.

Akhirnya aku tak dapat keluar sebab aku tak dapat cari buku tu. Nak beli lain pun dah tak sempat, sebab proses untuk warden tandatangan mengambil masa sehari. Disebabkan petang Jumaat itu aku tak keluar, jadi aku hanya bermalas-malasan dikatil. Itulah aktiviti kesukaan aku.

Tiba-tiba, ada orang memberi salam, aku tak endahkan siapa yang datang, sebabnya suara macam junior. Mungkin nak jumpa kawan mereka yang satu bilik dengan aku. Rupa-rupanya, budak tu nak jumpa aku. Aku pun bergegas turun dari katil. Dia menyerahkan buku outing aku yang hilang, katanya dia menjumpainya di tangga belakang blok asrama kami. Aku cukup gembira melihat buku outing yang dibalut rapi dengan kertas bunga oleh aku. Harapan aku ingin menggunakannya hingga aku tamat belajar disini.

Namun kebahagiaan aku dicantas oleh apa yang aku lihat di dalam buku tersebut. Buku outing aku rupanya dicuri dan disabotaj teruk. Hancur luluh harapan aku untuk menggunakannya setahun lagi. Kata-kata kesat diconteng didalamnya. Antaranya, pulang bermalam, digantikan pulang ke neraka, ke jahanam, pergi mampus dan sebagainya.

Aku marah ketika itu. Namun aku tahan kerana aku tak tahu siapa yang melakukan hal itu. Aku berkumpul dengan rakan-rakan yang lain dan membincangkan hal tersebut, dan mereka mengesyaki musuh aku yang melakukannya. Musuh terdekat aku hanya seorang ketika itu. Entah apa yang kami bergaduh ketika itu, tapi aku tau di memang sakit hati dengan aku. Jadi namanya meniti di bibir aku untuk menerima balasan selanjutnya.

Hari Isnin tiba, aku ke bilik warden lalu menunjukkan buku outing aku. Aku memohon keadilan. Lalu warden menyoal aku. Dan bila ditanya siapa yang tak puas hati dengan aku, aku terus menjawab namanya. Sebulan aku tak bercakap dengannya, ramai rakan perempuan aku yang mencemuh tindakkannya terhadap diri aku.

Namun, tiba-tiba rahsia sebenar terbongkar juga. Aku sangka musuh lelaki yang melakukan perkara itu, namun rupa-rupanya "PEREMPUAN". Junior aku rupanya yang melakukan perkara tersebut. Mereka melakukanya dalam satu kumpulan, kiranya satu bilik yang sepakat melakukannya. Aku ketika itu sudah tidak punya apa-apa perasaan, sebabnya dah sebulan aku lempiaskan amarah aku kepada "DIA" rakan sekelas aku. Apa lagi, budak-budak tu satu bilik kena panggil dengan senior mereka. Senior rumah sukan mereka la. Sebabnya kami dok bilik ikut rumah sukan. Betul cakap orang, jangan tuduh melulu.

Bercerita di kelas pula, ketika di tingkatan tiga, aku dilantik menjadi penolong ketua kelas. Berbekalkan mulut aku yang becok dan laser, aku selalu bertikam lidah dengan pelajar lelaki yang lain. Mereka menggelar aku dan tiga orang kawan aku sebagai "Geng Ragbi". Entah mengapa, mungkin kerana kami agak besar tubuh badan dan ganas kot.

Aku selalu bergaduh mulut dengan mereka-mereka yang ligat mengutuk diri aku. Pernah satu ketika meja aku disabotaj teruk. Kisahnya bermula pada suatu pagi Ahad. Aku dan rakan-rakan aku ke kelas untuk mengulang kaji pelajaran. Namun, keadaan kelas ketika itu sangatlah teruk. Lantai penuh dengan sampah, kerusi bersepah diluar kelas dan ada yang terkena air hujan. Aku mengamuk, aku dan kawan-kawan bising merungut tak puas hati dengan keadaan itu.

Sambil mulut bergerak, tangan turut bergerak membersihkan kelas. Sambil itu, seorang kawan aku sempat membuat replika sperm dengan surat khabar. Geram sangat dia dengan budak couple dalam kelas kami tu. Kebetulan ketika itu ada yang terdengar , lalu mereka melaporkan perkara tersebut.

Apa lagi, mesti sesuatu akan mereka buat untuk membalas apa yang kami katakan kepada mereka. Tunggu dan lihat sudah, aku tau yang mereka tak akan berdiam diri di atas apa yang telah aku kata. Petang itu, selepas makan malam, aku dan rakan aku ke kelas untuk melihat suasana kelas. Aku lewat sedikit sebab aku berhenti di pondok telefon untuk menelefon mak aku.

Setibanya aku di kelas, aku lihat kawan aku sedang menyapu sampah disekitar meja aku, aku berjalan mendekati mereka untuk melihat. Satu tong sampah hitam penuh dengan sampah berada disitu. Menurut kawan aku, meja aku di jadikan sasaran untuk mereka memasukkan sampah yang aku sapu tengah hari tadi. Bayangkan, satu meja aku mampat dengan sampah, tapi ketika aku sampai kawan aku sudah mengeluarkan semua sampah-sampah tersebut. Aku cukup bengang, tapi aku tak tahu sapa yang buat. Bak kata kawan aku, "baling batu sembunyi tangan", batu kena kepala orang, tapi tak tau tangan sapa yang baling.

Dan aku dapat tahu sapa yang buat semua tu di hari salam jemaah sebelum PMR(Hari memohon maaf sesama pelajar, lelaki perempuan tak salam, cuma mintak maaf saja). Semua dari mereka memohon maaf atas apa yang mereka lakukan kepada aku. Memang jadi perkara biasa di sekolah aku, buat jahat banyak-banyak kat orang tu, kutuk berkilo-kilo, ejek bertan-tan, sebelum peperiksaan, mintak maaf. Senang betul kan. Tapi semasa aku ditingkatan lima, aku tak pergi ke majlis salam berjemaah tu, aku sembunyi kat asrama. Aku dah muak dengan semua tu. Dah puas mereka pijak-pijak hati aku, senang-senang dalam satu majlis mereka ingin pinta kemaafan. Aku sampaikan lali dengan apa yang mereka buat, telinga pula seperti tuli mendengar apa yang mereka katakan kat aku.

Dan saat aku jejakkan kali keluar dari sekolah itu, pada November 2007, aku rasa amat lega. Memang aku rindu akan saat dulu, tapi saat itu memeritkan jiwa aku.

"Ala Che Nad, itu kisah dulu, kisah masa kami masih tak matang".

Itu kata-kata daripada salah seorang dari mereka selepas keluar dari sekolah kepada aku. Tapi bagi aku, aku masih sakit dengan apa yang mereka lakukan kepada aku. Memang aku akui, aku bukan baik, perkataan aku kasar dulu dengan mereka. 5 tahun aku pendam perasaan, perasaan yang sakit dihati.

Cukuplah bercerita tentang benda yang menyakitkan. Seterusnya, tentang benda-benda mistik. Setiap sekolah berasrama ada kisahnya tersendiri. Sepanjang 5 tahun aku di sana, aku tak pernah bertemu mata dengan makhluk-makhluk tersebut. Cuma diganggu secara tidak langsung sahaja.

Kisah pertama, ketika aku di tingkatan satu. Tahun itu, riuh rendah dengan pelajar perempuan yang sering dirasuk histeria. Pada satu malam, aku tidak pergi ke dewan makan (tempat pelajar perempuan mengulangkaji pelajaran di waktu malam=PREP) kerana menemani seorang kawan aku, Sue yang demam. Nadia menjadi teman aku ketika itu dan Sue tidur di katilnya. Lampu terpaksa kami tutup kerana memang peraturan ketika waktu PREP, pelajar tidak dibenarkan berada di bilik. Dan kami terpaksa berbuat demikian kerana kami curi-curi tinggal di bilik.

Jam ketika itu 10malam, aku dan Nadia berbincang kerja sekolah kami. Tiba-tiba, kami terdengar bunyi sesuatu jatuh di katil Sue, dan selepas itu bau bilik menjadi cukup harum semerbak. Aku tenangkan hati dengan katakan itu minyak wangi Ima yang diletakkan di hujung katil Sue, mungkin Sue tersepak, lalu botol itu terjatuh.

Belum sempat kami berasa lega, tiba-tiba kami dengar sebiji bola melantun di atas tile bilik. Bunyinya seperti dekat saja, bila kami suluh dengan lampu suluh, tak ada apa-apa, oleh itu kami berdua berpendapat bahawa bola itu jatuh di bilik sebelah. Ada orangkah di sebelah? Tetapi mulut masing-masing terkunci rapat dan tak berani untuk bercakap apa lagi.

5 minit kemudian, beberapa orang kawan satu bilik kami pulang untuk mengajak kami ke dewan makan. Kata mereka, ada kakak kena histeria, dan makhluk itu sedang menunggu di blok asrama kami, itu mengikut apa yang mereka dengar sewaktu seorang abang bercakap dengan makhluk di dalam badan kakak itu. Kami bertiga bergegas untuk turun. Ketika dalam perjalanan ke dewan makan, kami lihat seorang kakak di tenangkan oleh beberapa pelajar.

Dan ketika kami masuk ke dewan makan, seorang lagi kakak dirasuk, kami sempat mendengar dialog antara kakak dan abang yang ada ketika itu. Suasana ketika itu sunyi sepi,

"Sapa kau?" , seorang abang bertanya.

(Diam)

"Aku tanya ni, hang sapa huh?", abang itu bertanya lagi.

"Grrr....................", kakak yang dirasuk itu mendengus.

"Wey, aku tanya ni, hang sap .....,

"HANTU RAYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"..., jawab kakak tersebut.

Kami satu dewan makan terdiam mendengar jawapan dari mulut kakak itu. Dah la suara kuat, garau pulak tu. Malam itu kami tidur lewat sebab ulang baca surah Yasin entah berapa puluh kali, aku pun tak pasti.

Kejadian kedua, ketika aku di tingkatan 2. Satu malam, aku terjaga. Perut aku memulas-mulas. Aduh, sakitnya.. Aku tengok jam loceng yang diletakkan di hujung kepala, 3.00 pagi. Gila!!!!!! Kecut perut aku rasa saat itu, tapi aku sakit perut memulas-mulas ni mengatasi kecut perut tu. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiii..............

Aku turun dari katil lalu mengejutkan miss ina.

"Sharina...... Sharina", sambil menggoncang badannya sekuat hati.

"Sharina, mangkit la... Jom teman aku pi tandas sat", aku tak mengalah dan mencuba lagi.

Namun dia langsung tak terjaga. Lalu aku ke katil yang lain, sama juga! Seterusnya aku berusaha lagi mengejutkan kawan-kawan yang lain. Seorang pun tidak bangun, tapi akhirnya cik Lia bangun juga. Syukur sangat. Dia kata dia pun sakit perut.

Kami pun keluar dari bilik dan menuju ke tandas. Kami memutuskan untuk ke tandas aras kami yang jarang digunakan oleh pelajar kerana tandas itu tekanan airnya rendah jika digunakan oleh ramai orang. Ditambah pula tandas bawah terlalu jauh untuk kami pergi. Sesampainya di tandas, aku terus masuk ke dalam lalu melepaskan hajat aku, manakala cik Lia menunggu aku di sinki.

Di dalam tandas, aku terdengar sepeti ada orang yang sedang menggunakan tandas sebelah. Aku andaikan cik Lia turut masuk, sebabnya dia pun sakit perut juga. Lama juga aku di dalam tandas, begitu juga cik Lia di sebelah. Ketika aku hampir sudah, aku dengar cik Lia sedang menarik flush tandas. Lalu aku pun berusaha untuk keluar secepat yang mungkin agar cik Lia tidak bosan menunggu aku nanti.

Bila aku keluar dari tandas, aku menoleh melihat tandas disebelah aku, tandas itu seperti rosak dan flushnya sudah tiada. Dan aku melihat cik Lia masih di depan sinki bilik air seperti awal tadi. Aku dengan pantas menuju ke arah cik Lia, lalu menarik tangannya untuk keluar. Dalam perjalanan aku bertanya,

"Hang dengaq dak bunyi orang tarik flush tadi?", aku bertanya.

"Dengaq la", dia menjawab.

"Bukan aku tadi tu, bunyi tu dari tandas yang sebelah aku", aku menjawab.

Apa lagi, kami berjalan sepantas yang mungkin dan berjalan seiringan agar tak ada sesiapa yang tertinggal di belakang. dan ketika itu kami rasakan seperti ada orang dibelakang mengikuti kami. Namun, kami tak menoleh kerana terlalu takut. Masuk saja dalam bilik kami terus naik ke katil masing-masing. Malangnya, aku langsung tak dapat melelapkan mata. Lalu aku memanggil cik Lia,

"cik Lia, hang dah tiduq?", tanya aku.

"Dak lagi, tak leh tidoq la Che Nad", jawabnya.

Aku terus turun dari katil aku lalu pergi ke katilnya. Malam itu kami tidur bersama-sama di atas katil yang disediakan untuk seorang pelajar. Sangat panas, tapi kami sama-sama takut. Selepas itu, aku tak pernah ke tandas itu lagi sehingga aku di tingkatan 4, kerana adik-adik junior selalu guna, jadi tandas itu dah tak terbiar.

Begitulah kisah dan kenangan aku ketika masih dibangku sekolah. Buat sahabat-sahabat perempuan di SMSTSP, aku merindui saat bersama-sama kalian. Kenangan yang indah sekali bersama kamu semua. Aku rasa begitu gembira sekali diberi kesempatan berjumpa semula dengan kalian. Kalian makin cantik, makin matang dan makin bijak. Semoga hubungan kita tidak akan putus. Sayang kamu semua, wanita batch 30 smstsp.

July 28, 2011

9 tahun lepas.

Cuti kali ini, aku dapat dua undangan perkahwinan. Sebelum-sebelum ni, aku tak berkesempatan nak menghadirkan diri pada majlis perkahwinan mana-mana kawan aku pun. Sampaikan, kawan aku lahirkan anak pun aku tak dapat pergi ziarah. Sebabnya, kehidupan aku dengan mereka sangat berbeza. Aku masih seorang pelajar yang perlu menghadirkan diri ke kelas, tapi berbeza dengan mereka yang sudah menjangkau ke alam rumah tangga.

Lebih kurang 9 tahun yang lepas, aku seorang budak perempuan yang ganas. Ketika itu aku merupakan seorang pengawas sekolah, penolong ketua pengawas. Aku boleh dikatakan agak honaq(kasar) dulu. Berkawan dengan budak laki. Dan juga seorang penyelamat kepada seorang kawan baik aku, jika dia kena buli dengan budak-budak lain. Kawan aku tu lelaki, cuma dia kecik dulu-dulu, sebab tu orang suka buli dia. Berbanding dengan aku, aku agak sasa dan kuat serta suka membuli orang lain. Hingga kini dia masih kawan baik aku. Dia sekarang bakal cikgu dan dah tak kena buli macam dulu dah.

Dan kini, semua sejarah itu kian aku lupai. Kawan aku pun satu persatu sudah mendirikan rumah tangga. Tapi, bertuahnya aku, sebab aku bersekolah di dalam kampung, maka kawan-kawan aku kebanyakkannya tinggal dalam satu kampung. Jadi, bila aku balik bercuti, akan aku update cerita-cerita terbaru dari mak aku. Dan yang paling hotnya tentang perkahwinan mereka.

Kawan aku yang pertama kahwin, namanya sama seperti aku. Di sekolah, bagi membezakan nama kami, cikgu dan kawan-kawan akan memanggilnya Nazirah dan aku pula Kak Ah. Dia lahir 6 hari selepas aku, dan kebetulan abah kami sama-sama berkenan nama Nazirah. Ejaan sama, yang membezakan ialah binti ayah masing-masing la. Dia berkahwin ketika umurnya 16 tahun. Dan tahun lepas dia telah melahirkan seorang anak lelaki.

Yang kedua Farizah. Di sekolah dulu, cikgu Kajian Tempatan aku suka mengusik dia. Nama ayahnya Yatim. Cikgu selalu bertanya soalan, "sapa anak yatim?". Dan yang pastinya dia tak pernah mengaku. Bila ditanya, jawabnya, ayah saya masih hidup. Dia berkahwin setelah selesai sekolah menengah dan kini sudah mempunyai dua orang puteri yang sungguh comel. Bahagianya dia menjadi seorang ibu.

Seterusnya, Amira. Aku tidaklah rapat dengannya, dan aku sudah lupa kenangan aku dengannya. Tapi, baru-baru ini, aku dapat khabar yang dia selamat melahirkan seorang putera sulung. Tahniah, Mira!

Manakala, Rasyidah ialah rakan sepermainan aku di sekolah rendah yang mendirikan rumah tangga hujung tahun lepas. Dulu, dia suka mengajar aku meletupkan jari jemari. Disebabkan aku tidak pandai memetik jari, dia mengajar aku meletupkan jari dengan cara mematahkan jari. Tapi buat perlahan-lahan saja la. Hingga kini, tabiat aku meletupkan jari jemari agak lain sedikit. Dia seorang yang cantik, dan kali terakhir aku jumpa dengannya ialah ketika Raya Haji tahun lepas. Dia makin cantik, seri bakal pengantin katakan.

Lelaki pertama yang berkahwin antara semua rakan sekolah rendah aku ialah Farizal. Namanya seperti sama dengan Farizah bukan? Sebenarnya mereka berdua ialah sepupu dan kemungkinan, disebabkan mereka lahir di tahun yang sama, ayah mereka meletakkan nama mereka begitu. Rumah mereka pun tak jauh, selang satu rumah saja. Dan mereka berdua selalu dipadankan oleh cikgu Kajian Tempatan kami(Cikgu Mail). Rumah aku dengan mereka berdua ni agak dekat, dan dulu aku suka tengok Farizal dan budak-budak laki yang lain main guli, dan akhirnya aku turut serta. (Aku pernah sleep walking cari guli, mungkin sebab terlalu seronok main kot). Tapi aku tak main kalau mereka letak duit sebagai pertaruhan dalam bulatan. Dan disebabkan aku selalu bergaul dengan mereka, aku pernah dijangkiti kutu dan sakit mata dari mereka.

Yang terbaru dan terakhir dalam senarai berkahwin ialah Roselizawati. Dia bukan tinggal di kampung yang sama, tapi dia datang ke kampung aku untuk bersekolah. Disebabkan rumahnya di kampung sebelah, aku pernah melawat ke rumahnya. Aku ketika itu pergi bersama-sama Azhanie, juga merupakan jiran sebelah rumah aku. Disitu berlaku satu kenangan lucu, aku dan Azhanie dikejar anjing. Dan sepanjang perjalanan pulang dari majlisnya, aku asyik tersenyum sendiri mengingatinya. Dan aku baru saja jumpa kembali dengannya. Pasar malamlah yang menghubungkan kami kembali. Dan disitu juga dia menghulurkan kad perkahwinannya untuk aku. Buat pertama kali aku menghadiri kenduri rakan aku ialah di hari perkahwinan dia. Dia cantik, berbaju ungu tersenyum ayu.

Bila diimbas kembali kenangan dulu, aku ada teringat sesuatu, ganas-ganas aku dulu, aku ada seorang peminat, tapi dia ni kuat beringus. Hingus dia pulak tiap-tiap hari warna hijau. Geli aku, dah la aku budak ganas, mana layan budak laki lembik macam dia. Lawak juga bila difikir kembali. Dalam buku biodata aku dia tulis pesanan, "Ingat aku dalam hatimu" dan aku telah conteng hatimu dan aku tukarkan menjadi doamu. Sungguh aku meluat dengan ucapan dia itu. Boleh pulak dia pi bagi tau kat semua budak laki kelas aku ditambah dengan cikgu praktikal, yang dia suka kat aku. Cikgu tu tanya sebab apa suka aku, dia jawab, "sebab nanti bila dah kawin nak peluk sedap". Tau la aku memang dari kecik berbadan besar. Tapi malu kot dia buat macam tu.

Lepas kawan baik aku mai sampaikan cerita tu, aku mengamuk teruk. Bila dia masuk kelas aku pi luku kepala dia kot. Entah aku pun lupa, tapi aku pi marah dia la. Sekarang dah besar, dia pun dah buka mata, suka kat perempuan yang cantik, macam lelaki-lelaki yang lain la. Apa punya perangai la kecik-kecik. Sekarang, dia yang malu-malu dengan aku. Aku ok saja, buat-buat tak ingat apa-apa. Kali terakhir dia mai rumah aku, raya tahun lepas. Masa tu aku tanya satu soalan dia jawab satu jawapan. Mungkin dia malu sebab ingat balik tentang hal dulu kot.

Dan aku juga masih ingat, aku selalu lepak dengan budak-budak laki main tepuk-tepuk kad di atas lantai kelas. Patut la baju aku selalu kotor. Masa tu la ada sorang budak perempuan cemburu aku ada banyak kawan laki, dia sebarkan cerita. Dia kata, budak perempuan, kalau dok sebelah budak lelaki, nanti boleh mengandung. Aku masa tu sentap juga la, jadi kami pun dok jauh-jauh masa main, konon-kononnya takut mengandung la. Lawak gila la. Kepercayaan budak 12 tahun. Dan masa itulah aku tau apa itu mimpi basah untuk lelaki. Kawan aku yang innocent lagi masa tu dok cerita. Siap detail lagi. Memang sangat ............ hahahahahaha...

Kalau cerita bab cikgu pulak, aku paling sayang cikgu Aziz. Dia cikgu Sains aku masa darjah enam. Masa aku dapat 5A UPSR, dia suapkan aku kek. Dia sangat, sangat baik. Kalau dia bagi kami soalan, dia akan bacakan jawapan untuk kami isi kat tempat soalan tu. Hahahaha... Baik kan! Seterusnya cikgu Ridhuan, cikgu kelas aku. Dia sangat lawak orangnya. Kadang-kadang, agak serius juga. Cikgu Zainuddin, cikgu matematik aku yang paling garang. Pembaris kayu pernah patah 8 dibuatnya, papan hitam pernah retak gara-gara hentukkan kepala murid-muridnya yang tak dapat jawab soalan. Aku pulak, pernah kena ketuk dengan buku tebal kat kepala, bengong sebentar. Tapi, sekarang aku mengerti mengapa dia selalu marah, sebabnya sekarang aku menjadi cikgu matematik untuk adik aku. Aku dapat rasa betapa membuak-buak rasa ingin marah ketika mengajar subjek matematik. Yang lain aku dah lupa.

Itu 9 tahun yang lepas, tapi kini 360 darjah telah berubah.

July 27, 2011

CINTA.




Cuma nak kongsi benda yang baru aku jumpa ni, dari facebook Ustaz Zaharuddin.net.

"Janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakan' pasangan 'jahat' yang belum halal bagimu , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang & putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu, bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar"
Aku sangat suka kata-kata tersebut. Yang ini pula aku dapat dari salah satu tulisan Hilal Asyraf dalam LangitIlahi. Ayat ni aku jadikan simpanan peribadi untuk ingatan aku sendiri. Jadi, setiap kali hati aku "terjatuh", aku akan ingatkan diri aku. Tanya balik pada diri aku, betul ka itu cinta sebenar? Keputusannya, aku akan selalu biarkan perasaan itu berlalu pergi, sebabnya aku tak rasa itu cinta yang akan buatkan aku lagi dekat denganNYA, tapi sebaliknya.

Cinta! Siapa boleh kawal bila nak jatuh cinta? Kalau dah jatuh cinta tu, jatuh la juga. Kadang-kadang, sebab ternampak, dengar cerita, begitulah peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begitu? Sebabnya itu memang fitrah manusia. Manusia memang ada fitrah untuk mencintai dan dicintai. Tetapi, cinta itu kenalah dibina atas dasar keimanan. Jangan pula cinta mengawal keimanan, tetapi keimanan yang mengawal cinta.

Cinta tak salah. Siapa yang mengharamkan cinta itu, dia sebenarnya mengharamkan fitrah manusia. Islam tak turun untuk mengharamkan fitrah, islam turun untuk mengajar manusia mengawalnya. Kawal cinta kita. Kalau betul cinta, cinta biar ke syurga. Maka apa persediaan kita untuk membawa keluarga kita ke syurga? Adakah dinamakan cinta kalau kita sekadar melemparkan pasangan kita ke neraka?

Cinta itu mestilah diiringi dengan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, itu bukan cinta sebenarnya. Dan korban pula bukan korbankan maruah, harta, masa untuk pasangan tapi korbankan masa, harta dan diri kita untuk tarbiyah dan proses diri agar kita bersedia membina keluarga yang ALLAH redha. Betapa indahnya cinta andainya kerana mencari redha ALLAH SWT dan dibina atas dasar keimanan.

Wallahualam.

July 26, 2011

Benda wajib dilakukan sebelum tidur...

Hampa pernah dak terjaga tengah malam, dalam lingkungan jam 2, 3 pagi? Lepas tu, terjaga pulak sebab mimpi ngeri. Tak kisah la apa jenis mimpi pun, asalkan ianya ngeri. Bila hampa terjaga pulak hampa rasa panas ja satu badan, berpeluh-peluh.

Semalam benda ni jadi kat aku. Aku tiduq awal juga la, sebab aku kurang sihat. Lebih kurang pukul 2.43 pagi aku terjaga. Dan benda yang aku mimpi tu pun aku masih boleh ingat sampai malam ni. Tapi yang pastinya masa aku terjaga tu, memang ketaq habis ar. Dengan cahaya bulan pulak samar-samar masuk ikut bata bunga bilik aku.

Aku ingat mimpi tu tapi aku tak tau nak cerita macam mana. Tapi yang pastinya, aku menjerit dalam mimpi, sampai terjaga pun aku menjerit. Pagi tu aku cuba berfikir dengan warasnya apa yang terjadi semalam.

Pikir punya pikir, rupa-rupanya aku tak tidur macam hari-hari biasa. Malam tu aku tidur dalam keadaan yang aku tak mau tidur lagi, dalam erti kata lain "tertidur". Yang pastinya, semua rutin harian yang aku akan buat sebelum tidur, aku tak buat.

Ok, ni aku nak kongsi apa benda wajib yang perlu kita buat sebelum tidur.

  • Basuh muka
Yang pertama, basuh muka. Alah, buat apa nak basuh muka, nak tidur ja pun! Haaa... Salah tu, sepatutnya, sebelum tidur, pastikan hampa basuh muka. Bersihkan dari segala minyak-minyak, debu-debu dan microorganisma yang lain. Nak tambah basuh kaki sekali pun boleh saja.
  • Berus gigi
Yang ini bekas roomate aku yang pesan. Dia kata pensyarah dia yang bagi tau. Sebab ada kesan kot, mungkin akan mendatangkan penyakit. Aku pun dah lupa apa yang kawan aku terangkan panjang lebar hari tu. Tapi bagus apa kalau kita berus gigi sebelum tidur. Sekurang-kurangnya, sisa makanan yang kita makan masa makan malam tak dak la tertinggal.
  • Buang air
Haa..... Yang ni pun sama, maklum la roomate aku tu budak nursing, macam-macam petua dia cuba turunkan kat aku. Petua ni dia turunkan kat aku masa dia tengah belajar endocrine. Ala yang pasal ginjal tu la, yang bentuknya piramid tu. Dia cakap, sebelum tidur, biasakan buang air dulu. Sebabnya, ada satu benda aku pun dah lupa apa namanya, yang mengawal rasa ingin membuang air akan rosak kalau kita tahan. Akibatnya, kita akan jadi macam orang tua-tua yang langsung tak dak rasa apa ketika hendak membuang air , tengok-tengok dah basah.
  • Minum air kosong
Minum air kosong ni aku pun tak tau dari mana aku dapat, tapi memang dah jadi tabiat aku. Mungkin nak bagi tekat tak kering kot.
  • Baca doa tidur
Yang ini sudah semestinya perlu. Sebabnya nak menghalang gangguan syaitan ketika kita tidur.


Rupa-rupanya semalam aku tertidur masa tengah tengok cerita. Aku penat, tapi tak mengantuk, lalu aku ulang semula tengok cerita. Mujur la laptop aku automatik hibernate, kalau dak, mau meletup la dia. Dan aku tertidur dalam keadaan yang aku tak sedar, perkataan apakah yang cuba aku katakan ni. Hahahaa.....

Pesanan aku, kalau nak tidur tu silalah bersiap sedia. Sebab apa? Sebab kalau kita terjaga pukul 6, tengok-tengok kita tertidur kat meja, kan dah dinamakan satu kerugian. Rugi la, sebab tak dapat tidur atas katil. Ditambah pulak dengan bermacam-macam gangguan lain.

Jom tidoq.......... (^_^)

July 24, 2011

Belum terlambat untuk mencuba.

Semalam tengah aku dalam keadaan keliru dan sedih, aku pun mula berjalan menggunakan jari aku tanpa arah tuju di atas keyboard laptop kesayangan aku. Fikiran aku tak menentu. Ada rasa sedih di hati. Terbit sedikit gundah di jiwa aku. Aku rasa sesuatu berkurangan.

Alhamdulillah, ALLAH temukan aku pengubatnya. Ubat ini mendamaikan jiwa yang gusar, menenangkan hati yang gundah. Ya ALLAH, Engkau jadikan aku wanita solehah yang dapat berjuang demi agamaMU. Aku kongsikan dengan kalian.

bagaimanakah ciri2 wanita solehah....?

~ Seseorang yang menyejukkan hati mata yang memandang

~ Seseorang yang bisa menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah

~ Seseorang yang hatinya tulus

~ Seseorang yang bicaranya hikmah dan benar

~ Seseorang yang berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakai dan pergaulannya

~ Seseorang yang khuatir dirinya akan membuatkan orang tergoda

~ Seseorang yang redha dengan ujian

~ Seseorang yang berjiwa hamba

~ Pelajarilah dari wanita yang solehah supaya berjaya menjadi solehah..


.insyaAllah.. Belum terlambat untuk kita kaum hawa untuk menjadi seorang wanita solehah. Jom didik diri kita~

"ALLAH tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. ALLAH hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian."-Hadis Riwayat Muslim_

"Jangan difikir apa yang orang kata, orang pandang, tapi fikirlah apa yang ALLAH pandang pada kita"

Setiap manusia ada kesilapan, samaada kita sendiri yang menentukan untuk berubah seandainya hidayahNYA sampai pada kita.

Wallahualam..

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang menasihatiku dengan bait-bait ini.

July 23, 2011

# 2 Aku Kahwin.

# 1 Aku kahwin.

Seminggu selepas ziarah yang pertama, tiba juga hari pertunangan aku. Dan dihari pertunangan aku ini, hanya keluarga terdekat saja yang hadir. Kata mak, baru bertunang, tak manis diheboh-hebohkan, nanti nak kahwin boleh la panggil ramai pun, ni cuma bertunang tak payahlah semua orang tahu. Kawan-kawan aku seorang pun tak tahu hal ini. Rasa sedikit bersalah dihati aku kerana aku langsung tak punya kekuatan untuk menyuarakan hal ini kepada mereka.

Majlis hari itu hanya biasa-biasa saja. Lepas asar rombongan dari pihak lelaki datang. Aku pula hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana hanya itu saja yang aku tahu. Keluarga aku dan tetamu sudah mula berbincang tentang kami, sedangkan aku hanyut di dalam khayalan aku sendiri.

"Kenapa ni, Nazirah. Hang tak gembira ka? Ataupun hang sedih?"

"Bukan! Sebenarnya aku masih keliru. Keliru sama ada keputusan ini baik ataupun tidak buat aku."

Andai aku punya keputusan tika ini, ianya tetap sama. Aku sudah terlambat untuk membuat keputusan. Sepatutnya sekarang aku harus terima dengan redha pilihan orang tua aku. Tak guna aku cuba membantah kerana ia akan menambahkan malu buat keluarga aku. Dan sebaiknya aku mengikut saja kehendak mak aku.

Lamunan aku terhenti apabila aku mendengar suara memberi salam. Aku menjawabnya, namun aku langsung tidak mengangkat kepala untuk melihat gerangan siapakah yang datang. Sebab aku sudah tahu, mesti wakil pihak lelaki datang untuk menyarungkan cincin sebagai tanda pertunangan aku. Aku terus diam, dan dia mengangkat wajah aku. Aku lihat wajahnya tersenyum.

"Apa khabar anak umi?"

Senyumannya buat aku terubat, wajah tenangnya buat aku damai, dia bahasakan dirinya umi dan aku dia panggil anak. Bergetar hati aku ketika itu, aku hanya membalas jawapannya dengan sebuah senyuman. Setelah selesai menyarung cincin, dia memeluk aku dengan erat sekali. Pelukkan itu seperti bererti dia mengucapkan selamat datang buat aku yang bakal menjadi salah seorang ahli keluarganya.

Tunang aku? Aku pun tak kenal siapa dia, sebabnya minggu lepas masa dia dan keluarganya datang, aku langsung tak angkat kepala untuk melihat dia. Hari ini pulak, dia tak mai. Memang sampai kahwin kot, aku tak tengok dia. Entah kacak ke tidak, entah comel ke tidak. Aku sendiri pun langsung tak tahu. Nak tanya keluarga, aku malu. Biarlah, yang pasti aku langsung tak kisah siapa pun bakal menjadi suami aku itu.

Ahhhh..... Itu majlis dua bulan lepas,dan kini sudah dua bulan aku menjadi tunangan orang. Aku sendiri langsung tak boleh mempercayainya. Aku mungkin masih berfikir mengenai hal ini. Tapi berapa lama lagi harus aku berfikir. Masa kian berlalu, hari perkahwinan aku pula semakin dekat. Wajah umi juga turut meniti diingatan aku. Ikhlasnya dia untuk menerima aku sebagai bakal menantunya, tetapi aku, masih dalam perasaan aku sendiri yang masih serba salah untuk berkahwin dengan anaknya.

Bermula dari dua bulan yang lepas, mak sibuk mengajar aku memasak. Aku disuruh melakukan bermacam-macam kerja. Kata mak, supaya aku cekap nanti bila sudah menjadi isteri orang. Tempoh pertunangan aku hanya tiga bulan, dan sebelum aku mulakan semester baru di tahun yang kedua, aku akan berkahwin. Ya! Aku akan berkahwin. Cik Kompas akan menamatkan zaman bujang pada usia 21 tahun. Betulkah ini? Adakah ini semua kenyataan ataupun dalam khayalan semata-mata. Hurmm.... Aku pun tak tahu, sebabnya aku kini berada di kedua-dua situasi, fantasi dan juga realiti.


p/s: rekaan semata-mata!!!!!

July 22, 2011

Jika terlalu mencari "KESEMPURNAAN"..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi....
Yang kamu pasti baik untuk dirimu....
Mengenyangkan... Berkhasiat....
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain....
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya....
Kamu akan menyesal....

Maksudnya....
Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
Yang pasti membawa KEBAIKKAN kepada dirimu...
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU....
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain....
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.....
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.....
Kamu juga akan MENYESAL




~~~”Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN”~~~






Ini pesanan dari kakak sulung aku di facebooknya. Boleh tahan juga kakak aku ni bermadah.
Well, orang yang lebih dulu makan garam, mestilah lebih tahu betapa masinnya garam.

July 21, 2011

Rahsia rasmi seorang wanita.

Hampa pernah dak ada seorang wanita di sisi? Wanita tu tak kira la sapa, sama ada mak ka, kakak ka, adik ka, kekasih ka, isteri ka, kawan ka, asalkan dia seorang wanita. Dan sudah semestinya wanita yang berumur 12 tahun dan ke atas. Kenapa mesti 12 tahun ke atas? Sebabnya, kebanyakkan wanita di umur ini sudah mengalami kitaran haid.


Ya!! Hari ini aku mahu bercerita tentang wanita dan PMS, dan secara tak langsung akan menyentuh juga pasal haid. Sebabnya, bila haid baru PMS berlaku. Dan yang namanya wanita jugalah yang berhadapan dengan semua ini. Qunsa aku tak tau la dia ada ke tak.


Ok, mula-mula sekali, tentang PMS. PMS ini sebenarnya dalam bahasa inggeris iaitu Premenstrual Syndrome. Selain itu, PMS juga dikenali sebagai PMT( Premenstrual Tension). Dari nama pun kita boleh dapat tau apa jenis penyakit yang selalu wanita alami setiap bulan.


Hampir setiap wanita akan merasai sindrom ini. Oleh itu, aku terdetik ingin berkongsi tentang PMS dari pandangan aku. Sebabnya, aku rasa ramai yang masih tak ambik kisah hal ini. Walaupun kita seorang wanita, kita kena tau juga! Sebab apa? Kalau kawan kita PMS, kita sebagai wanita sepatutnya amat memahami keadaan mereka. Ini tak, masa dia PMS, segala angin taufan mai melanda, kita boleh sabaq, kasi can kat dia sebab dia "PMS". Tapi bila masa kita, dia buat-buat tak faham. Tolonglah.... Tolonglah memahami kaum sendiri.


PMS akan mendatangi wanita sama ada sebelum, semasa ataupun selepas haid. Tapi kalau yang normal, akan berlaku 2 minggu sebelum kitaran haid. Tapi kebanyakkan wanita sekarang PMSnya tak menentu. Mungkin juga hal ini disebabkan faktor pemakanan. Sebabnya, makanan juga boleh menyebabkan hormon kita meningkat mahupun menurun.


Hormon utama yang membuat onar PMS ini adalah hormon estrogen. Hormon estrogen ini sebenarnya hormon wanita, tugas dia untuk tebalkan dinding endometrium, bila estrogen menurun, dinding endometrium pun akan turut runtuh sekali. Mood pun akan turun jugak lah nampaknya. Tapi, kalau ada persenyawaan, dinding itu tak akan runtuh tau. Sebabnya, kat situlah kita membesar.


Sesetengah wanita ketika PMS melanda dirinya, dia sendiri seperti tidak kenal akan dirinya. Perangai pulak, 360 darjah terbalik. Kadang-kadang, terdetik juga dihati rasa nak bunuh orang yang banyak cakap, yang menyakitkan hati dan banyak lagi. Dalam jangka masa ini, emosi para wanita amatlah tidak stabil, perkara sekecil-kecil kuman pun boleh mengakibatkan mereka ini menangis tanpa sebab.


Pernah dulu, aku ceritakan pengalaman aku sendiri. Lepas magrib aku ke kafe untuk beli makan malam. Aku tak suka makan kat kafe sebab suasana kat situ amat bingit. Oleh itu, aku punya tujuan ketika itu, pergi beli dan balik makan kat bilik. Lebih kurang setengah jam aku tunggu, aku mula menangis. Betul! Kat kafe tu jugak aku teyak(!_!)... Memang la sekarang aku tengah waras, aku fikir benda yang aku buat tu sangatlah bodoh. Tapi, masa tu aku tak ingat apa dah. Aku menangis setengah jam kat kafe, tersedu-sedu. Nak tau sebab apa? Sebab akak kafe tu goreng nasik aku lambat sangat.


Lepas dah dapat makanan aku tu, aku balik dan aku sambung menangis sambil makan. Padahal bila difikirkan, kecik punya hal, tapi emosi ja lebih. Maka, disini ingin aku nyatakan, itulah penangan PMS kepada wanita. Masalahnya, PMS ini tak dapat kami kawal, sebabnya ia tindakan luar sedar otak kami yang terhasil daripada rangsangan hormon wanita.


Oleh itu, disini aku nak tekankan pada sahabat wanita yang diluar sana, anda sebagai wanita sepatutnya lebih faham perasaaan sahabat wanita yang lain. Nak buat macam mana kan, memang wanita dan PMS tak dapat dipisahkan.


Dan buat ibu-ibu pulak yang ada anak perempuan, tolonglah faham anak gadis kalian. Kesian depa, dah la PMS, pastu kena berleter dengan mak tak henti-henti pulak.. Hahaha... Aku la tu. Bukan saja-saja nak lawan mak, tapi masa itu PMS sedang menyerang, emosi tak dapat kawal, fikiran pun turut terganggu. Yang bakal jadi ibu pula, jom kita sama-sama fahami bakal anak gadis kita.


Dan buat kaum adam, yang bukan suami kepada seseorang wanita, cuba jauhi diri anda ketika anda melihat wanita yang seperti emosinya terganggu. Sebabnya, peratus anda terdedah pada bahaya amatlah tinggi. Tapi berlainan pula buat suami, anda sepatutnya perlu mendekati isteri anda ketika mereka PMS, kerana wanita ketika ini suka dilayan seperti seorang ratu. Kalau boleh, setiap bulan, masa isteri PMS tu, tawarkan diri anda untuk kurangkan beban kerja mereka. Cewah, macam aku tau saja.

Wallahualam...