July 9, 2011

# 1 Aku Kahwin.

"Tom, anak hang dah ada orang cop ka belum?".

Amboi-amboi, mimpi apa la Pak Brahim ni mai rumah aku hari ni, siap tanya aku dah dicop ka belum. Aku terus memerhati mak dan keluarga aku yang lain bersembang dengan Pak Brahim di set kerusi yang terletak di belakang rumah aku. Pelik betul soalan Pak Brahim tadi, aku mimpi ka ni? Selama ini aku selalu dok berangan orang mai meminang aku. Tapi hari ini macam jadi kenyataan, ada orang mai merisik aku. Tapi sapa? Aku pun tak tau lagi, sebab tak dengar butir bicara depa semua.

Malam itu, mak panggil aku dengan tiba-tiba,

"Nazirah, mai sini sat mak ada nak tanya hang sesuatu".

Aku pun bangun dan terus ke ruang tamu, tempat mak dan keluarga yang lain tengah tengok Akademi Fantasia 9. Muka mak aku tatap dengan penuh kasih sayang. 4bulan cuti semester kali ini aku isi bersama-sama mak sebagai pengubat kerinduan aku ketika belajar di Terengganu.

"Tadi ni, Pak Brahim mai merisik hang, esok rombongan sebuah kereta nak mai tengok hang."

Aku menarik nafas dalam-dalam sambil otak aku ligat berfikir perkataan apakah yang patut aku keluarkan sekarang.

"Pukul berapa depa nak mai?".

Apakah pertanyaan yang aku tanya ini!!! Mak aku lihat tersenyum, adik dan kakak-kakak pula mula mengusik. Adoi, nampak macam aku tak sabar la pulak bila tanya soalan tu. Benda lain yang nak ditanya, tapi benda lain yang terkeluar dari mulut aku.

Sebenarnya, tadi aku nak tanya mak, mak serius ka dengan semua ni. Sebelum ni mak punya la bagi amaran kat aku, jangan dok gatai-gatai, selagi tak habis belajar, mak tak mau aku kahwin. Ni terbalik pulak, kenapa mak aku dengan senang hatinya menerima ziarah dari keluarga yang nak datang merisik aku tu esok. Pelik, pelik. Apa yang ada kat fikiran mak aku sekarang? Aku langsung tak boleh tidur sekarang sebab dok pikir apa la yang akan terjadi esok.

Keesokkannya..........

Aku berbaju kurung hijau dan dipadankan dengan tudung kuning lembut yang sama seperti warna bunga dibaju aku. Berdebar? Tak payah cakap la. Macam nak pecah jantung aku ni. Nak-nak pulak bila dengar enjin kereta, menandakan tetamu yang ditunggu-tunggu sudah sampai. Peluh di dahi mula keluar. Tangan aku tiba-tiba sejuk, badan rasa seram aja. Kepala pulak rasa pusing-pusing macam nak pengsan sekarang jugak. Aku kaku didapur seorang diri, sambil tetamu dijemput masuk oleh keluarga aku. Aku terdengar suara-suara yang tak aku kenali membuatkan aku makin berdebar.

Tiba-tiba, kakak aku mai,

"pi bawak aiq kat depan nuh".

Ya ALLAH, gemuruh aku ni tak hilang lagi, aku diberi tugas lain pulak. Dengan berat hati aku pun mengangkat talam yang berisi hidangan untuk para tetamu. Aku berjalan dengan penuh berhati-hati, dan aku rasakan semua mata memandang aku. Aku tunduk malu. Aku tak malu sebab orang nak mai meminang aku, tapi aku malu depa semua tengok aku. Sepanjang aku meletakkan talam, aku langsung tak angkat muka aku. Dan aku juga langsung tak pandang sapa-sapa. Lepas dah letak talam, aku pun bergegas secepat yang boleh untuk kembali menyembunyikan diri di dapur semula.

Agak lama jugak aku kat dapur tu, sampai lah semua tetamu balik.Fuh......lega sangat.
Malam tu, mak masuk ke bilik aku. Mak bagi tau yang depa semua setuju minggu depan nak mai meminang aku. APA?? Oh, apakah ini. Melihat wajah ceria ibu aku membuatkan aku hanya mampu tersenyum tanpa berani menunjukkan sebarang reaksi untuk cuba membantah. Kegembiraan mak juga kegembiraan buat aku. Tapi tak kan aku nak kahwin dah kot. Aku baru umur 21tahun, pelajar tahun 1 pulak tu. Masak memasak pun aku tak pandai sangat, mandi pun mak aku selalu dok suruh lagi. Inikan pulak nak jadi isteri orang.

Malam itu, aku terus berfikir dan tak tahu pukul berapa aku terlelap. Aku rasa tak tahu nak buat apa-apa keputusan. Tapi yang pastinya keputusan tersebut telah mak aku putuskan. Aku langsung tak dapat nak suarakan apa-apa. Bukan aku tak berani, tapi aku takut akan lukakan hati insan yang amat aku sayang. Tapi, kalau aku kahwin sekarang, apa kata pensyarah-pensyarah aku, kawan-kawan satu kos aku, kawan-kawan sekolah, jiran-jiran dan keluarga aku yang lain.Pening!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



p/s: rekaan semata-mata!!!!

5 comments:

Cik Lia said...

che nad!!!
crius ka neh??ka cita novel ja??

juzMe said...

errr...realiti atau fantasi?

miss ina said...

wooot2,skang sapa kawen dulu neh?muahahha
tahniah2!:P

Kapten Atok said...

wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
tahniah2

si.BUNGA :) said...

omg. chenad!! for real??? i thought ayat last mesti mimpi. hik2. congrates :)