July 10, 2011

Kegelisahan hati dengan keadaan kini.




Macam-macam buah fikiran manusia kan. Pendapat demi pendapat, suara hati demi suara hati dilontarkan dan diluahkan di blog masing-masing. Ada yang sokong, ada yang tak sokong. Ada yang marah, ada yang gembira. Ada yang kata berjaya, ada yang kata gagal.


Aku? Apa aku buat, aku mampu diam sambil tengok saja. Sebab apa? Sebab aku tak pandai nak cakap hal-hal ini. Aku bukan macam yang lain, yang petah dan lantang bersuara. Gah betul mereka melontarkan kata-kata, sampai kadang-kadang aku sendiri turut percaya akan apa yang ditulis mereka.


Aku sedih dalam diam, aku tengok visual-visual mereka-mereka disana. Terbit perasaan kasihan pada mereka. Tapi adakah mereka kasihan pada diri mereka? Ataupun, aku yang sepatutnya mengasihani diri aku sendiri yang tak faham akan tujuan mereka melakukan semua itu.


Ya! Itu benar, sampai ke hari ini aku langsung tak tahu apakah tujuan mereka melakukan semua itu. Aku mengaku, aku langsung tak ambil tahu hal-hal tersebut. Sebab itulah aku tak berani untuk menyuarakan pendapat. Yang aku tahu, pada tarikh itu, mereka akan melakukan perkara itu. Hanya itu yang aku tahu.


Seharian aku resah, membaca disana sini membuatkan aku bertambah resah. Si dia salahkan pihak itu, si dia yang lain pula salahkan pihak yang lagi satu. Aku keliru. Yang mana satu perlu aku percayai? Aku langsung tak dapat memilih mahupun berfikir.


Alhamdulillah.... Hari ini resah dihati aku terubat. Aku terjumpa sesuatu. Dari post dia, aku dapat satu jawapan. Aku tak sokong kedua-dua pihak di atas, tetapi aku sokong satu sahaja, iaitu MALAYSIA, tanah air yang aku pijak selama ini. Aku hanya akan berpihak pada negara aku, Malaysia.


Jangan kalian salah sangka dengan aku, aku bukan tak nak langsung berpolitik, tapi semua itu buatkan aku resah. Dulu, dalam kelas Hubungan Etnik, yang aku belajar semester lepas, aku ada tanya pensyarah aku.


Aku: Encik, macam mana kita nak mengundi, kita tau kan satu parti tu tak telus, suka menipu, dan satu parti lagi suka main kotor la, makan duit sana sini la. Dua-dua jahat, kalau tak mengundi pula kita berdosa, sebab kita tak memilih. Macam mana ya?


Encik Pensyarah: Jawapannya ialah, pilih pemimpin, bukan pilih parti. Contohnya, dikawasan kamu ada dua orang calon yang bertanding, pilihlah calon yang terbaik daripada dua orang calon tersebut, bukan berlandaskan parti.


So, mulai hari ini, jom kita cuba kaji selidik calon yang akan bertanding di kawasan kita.(hanya untuk yang sudah cukup umur untuk mengundi sahaja)...

Ciri-ciri pemimpin yang sejati
  • Memiliki kekuatan fizikal ---> (Al-Qashash;26) Dan salah seorang dari kedua (perempuan) itu berkata, "Wahai ayahku! Jadikanlah dia sebagai pekerja (pada kita), sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja (pada kita) ialah orang yang kuat dan dapat dipercaya.
  • Boleh dipercayai ---> (Yusuf;54) Dan raja berkata, "Bawalah dia (Yusuf) kepadaku, agar aku memilih dia (sebagai orang yang dekat) kepadaku." Ketika dia (raja) telah bercakap-cakap dengan dia, dia (raja) berkata, "Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi di lingkungan kami dan dipercayai."
  • Pemimpin yang adil --->(An-Nahl;90) Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.
  • Pemimpin yang dicintai oleh umatnya ---> Rasulullah bersabda : "Sebaik-baik pemimpin adalah orang yang kamu cintai dan juga mencintai kamu, kamu mendoakannya dan dia pun mendoakanmu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah orang yang kamu benci dan membenci kamu, kamu kutuk dan juga mengutuk kamu...... (HR Muslim)

Namun keempat-empat ciri di atas tidak selamanya akan melekat secara sempurna dalam diri seseorang. Bila situasi memaksa, harus memilih yang terbaik diantara yang terburuk, maka orang yang paling sedikit kekurangannyalah yang harus dipilih. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.


Beliau ditanya tentang dua orang yang dicalonkan untuk memimpin pasukan. Tapi keduanya memiliki kelemahan masing-masing. Yang pertama kuat tapi bergelumang dosa sedangkan yang kedua baik keagamaannya namun lemah dari segi fizikalnya. Imam Ahmad bin Hanbal menjawab


"Orang yang pertama, dosanya dipikul dirinya sendiri sedangkan kekuatannya akan mendukung kepentingan umat, sedangkan orang kedua keagamaannya hanya untuk dirinya sendiri sedangkan kelemahannya menjadi petaka bagi yang dipimpinnya".


Semua yang kat atas tu ciri-ciri untuk memilih pemimpin. Moga kita sentiasa diberi kekuatan oleh ALLAH untuk memilih seorang pemimpin sejati. Pemimpin yang bukan saja secara fizikalnya, tapi juga boleh dipercayai, berlaku adil dan dicintai oleh masyarakat....


Ampun maaf andai pendapat aku tak sama seperti kamu-kamu yang lain. Yang baik datang dari ALLAH, dan segala kekurangan itu dari diri aku. Wallahualam....



Sumber aku..

6 comments:

Anonymous said...

nice entry...
seeloknya kita jangan fanatik kat mana2

perhimpunan semalam pun aku x sokong

politician dan penyokong dia nak gaduh... sila ler... tp jangan susahkan org lain...

cik kompas said...

huhuhu....sebab sedih tgk perkara semalam tu la, aku suarakan pendapat aku ni.....aku tak tahu apa-apa tentang hal semalam,,,,tak berani nak komen lebih............bak kata pepatah aku, kalau tak tau apa2, dok diam sudah..... hahahahahaha....diam aku sampai nak gila, macam nak pecah dada sebab resah + runsing + bimbang..adoi aiiiiii................

Cik Azz said...

Betul... Terlalu taksub dgn sesuatu perkara itu memungkinkan terjadinya dua sebab samada baik ataupun jahat..

Dalam ertikata lain, berpada2lah dalam semua perkara..

Saya sayangkan bumi Malaysia ini. Tolong jangan cemarinya...

cik kompas said...

Ya betul!!!!! Apa-apa pun, bersederhanalah.....


p/s;jgn lupa daftar untuk mengundi...hehehe....

nanti boleh la sama2 kaji selidik calon pemimpin sejati...

Unknown said...

menarik!! harap bkal pemimpin ada terbaca entry ni :D

dah baca komik atwr #4?
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/atwr-comic-4-budak-budak.html

cik kompas said...

dah baca....

dah tgk ka, kt kamu pnya post yg ni http://eleventx.blogspot.com/2010/11/kdrama-my-fav-drama-list.html.....


ada sharekan link download...

untuk cita Iris movie..

just share...