June 8, 2011

Aku rindu roomate lama aku..

2010 merupakan tahun pertama aku di universiti itu. Semasa aku mendaftar, aku cedera di kaki. Oleh yang demikian, aku memohon di pejabat asrama untuk menukar bilik ke tingkat 1. Alhamdulillah, permohonan aku di terima. Namun begitu, aku di tempatkan di blok J. Sepatutnya bagi majoriti pelajar kos aku, kami ditempatkan di blok K. Tapi disebabkan aras bawah blok K dah penuh, aku di tempatkan di blok J. Ala, sebelah blok ja pun, no hal la. Aku bermonolog sendirian tanpa aku tahu akibat yang bakal aku hadapi apabila duduk berasingan dengan pelajar yang satu kos dengan aku. Blok J dikhaskan untuk pelajar Jururawat(lagi sedap sebut nursing). Satu aras blok memiliki empat rumah, manakala satu rumah memiliki 5 bilik yang dilengkapi tandas+bilik mandi, dapur, bilik ampaian serta anjung(tempat kegemaran aku sidai baju, kalu nasib kurang baik, baju kena rampas). Satu bilik, 2 orang pelajar. Roomate aku orang Kelantan, umur dia 20tahun, muda satu tahun dari aku. Selepas genap 1 tahun aku hidup dengan dia di satu bilik, aku makin selesa dengan dia. Aku pun da paham perangai dia, dan banyak juga rahsia yang aku kongsi dengan dia. Kadang-kadang aku suka mintak pendapat dari dia, pemikiran orang yang lagi muda kadang-kadang lebih matang tau.... Pernah satu ketika, aku demam. Masa tu bulan puasa. Aku mati-mati tak nak buka puasa. Dia marah aku sebab tak mboh(eh3...bahasa ganu plak(=.=") ), sebab aku tak mau dengar cakap dia. Akhirnya lepas telefon mak aku, mak aku suruh aku buka puasa. Melihat aku yang sudah buka puasa, dia dengan pantasnya mengambil termometer yang memang setiap pelajar nursing mesti ada, dan terus suap di mulut aku..(personalitinya sebagai seorang jururawat amat ketara ketika itu)... Adoi!!!!!!!!!!!! Hari itu kalau tak silap aku, lebih dari 5 kali aku mandi, sebab dia cakap bila mandi, haba dalam badan akan keluar, lagi satu, berbotol-botol air masak aku minum. Sebab dia cakap, bila banyak minum air, nanti cepat nak buang air, bila buang air, haba dalam badan pun turut keluar sekali. Itulah kenangan aku demam dan dialah yang menjadi jururawat aku. Lagi satu, masa musim peperiksaan, aku akan dapat belajar apa yang dia belajar, sebab dia ni suka sangat bercerita segala nota yang dibacanya. Daripada sakit puan, sakit tuan, kanak-kanak, mental, macam-macam lagi lah...Banyak lagi benda yang aku lalui dengan dia, banyak sangat sampai tak tahu nak diceritakan. Tapi aku bersyukur sebab dikurnia dia oleh ALLAH untuk bersahabat dengan aku.. TakdirNya jua aku tersesat seorang diri di blok J(blok jururawat).... Ni ada satu artikel yang kami dua jumpa dalam facebook dan kami cuba aplikasikan 2 minggu sebelum cuti semester yang lepas. Hahahahaa..... Kerja gila yang kami cuba tiru sebelum berpisah.

20 Cara Menjadikan Roomate Anda Gila

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.




Apapun, roomate aku kenal siapa aku...

"che nad!!! tutup lampu tuh, nak takut apa, tak dak apa-apa nak kacau eh..."
"che nad!!! bangunn....dah pagi"
"che nad, dah solat belum?"
"che nad!!!dah mandi belum?"
"che nad!!! dan che nad!!!....................................................... Ni gambar yang dia edit, J1/2 tu nombor rumah kami la... Teddy bear biru tu aku punya..hehehe...

Tula dia roomate aku, suka betol teddy bear banyak-banyak. Bukan semua milik kami...


Dan baru aku sedar, gambar aku ngan dia tak dak satu pun...
Ada tu ada, tapi aku tak sempat nak copy dari dia..huhuhu....
Sebab masa aku balik aritu dia ada kat rumah tengah bercuti...
Cuti kami tak sama..

2 comments:

Anonymous said...

huhu
ko kawen jemput dia ya
haha

cik kompas said...

dah janji dh...dia kata dia akan mai kalau ada cuti...hahahaha....ko mcm tau2 kami pernah ckp hal ni...hahahahaaaaa