June 8, 2011

Jernihkan hati...


Jernihkanlah hatimu dengan mengingati mati dan apabila membaca Al-Quran....

Perkongsian aku hari ini ialah tentang motivasi diri...
Jika anda rasa diri seperti kosong, tak bermakna,
maka cuba jernihkan hati.
Macam mana? Ingatlah mati..
Hati kita ini ibarat besi yang berkarat...
Andai kita selalu mengingati mati,
Insyaallah, hati kita akan semakin jernih...
Pada suatu hari, semasa hati aku tengah kosong,
aku dengan tidak sengaja(bukan tidak sengaja, tapi memang kehendakNYA)
membuka radio ikim, ketika itu mendayu-dayu suara ustaz di slot motivasi pagi
bercerita tentang ketenangan...

Dia ibaratkan utara sebagai tenang dan selatan sebagai tension(dan sebagainya yang negative)

kemudian dia berkata
" semakin kita menuju ke utara, semakin selatan jauh dari kita"

maksudnya disini, seandainya kita rasa kosong, gelisah, tension, stress dan sebagainya, andai kita cuba untuk menuju ke arah ketenangan, insyaallah segala rasa di atas akan turut meninggalkan kita...

Tapi, apa pula yang dimaksudkan dengan ketenangan?
Macam mana kita nak menuju ke arah ketenangan?

Ketenangan adalah sesuatu yang tak dapat dibeli.
Ia boleh didapati andai kita makin dekat dengan ALLAH...

Maka, apa yang kita boleh buat untuk tenang?
Lakukanlah kebaikkan, kerana apabila kita melakukan kebaikkan kita akan tenang..

Kebaikkan apa pulak dah....

Senyum----->satu contoh kebaikkan..

2 comments:

Lia Irdelia said...

so touching ~

cik kompas said...

Lia-De-Pinky-Leo-anda xtenang ka?
aku pun dlm 2 3 hari ni rasa kosong dan xtenang juga, post ni aku tujukan buat diri aku sendiri dan buat semua...moga kita cepat2 terjaga dari mimpi...hehehe...apa plak yg aku dok merepek ni...