Sekadar perkongsian buat semua. Sangat menarik. Di copy dari facebook syahirul.com
Ustaz Azhar Idrus: Panduan Suami Baik
*  Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan  berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami  terlupa.
* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah  bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk  anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
* Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
*  Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami  tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan  turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
* Pastikan anda ada  masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia  apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan  untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
* Telefon isteri  ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun  rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila  mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
* Hiburkan hati isteri  anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap  gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
*  Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa  dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami  membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan  makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa  makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan.  Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
* Ajak  isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama  adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
*  Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat  meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan  pasangan anda.
* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin.  Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan  menyelesaikan banyak masalah.
* Pastikan penampilan anda anggun,  kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang  mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
*  Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.  Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.  Elakkan cakap tak serupa bikin.
* Berikan nafkah kepada isteri  mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan  nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini  menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.
* Jadikan  penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka  kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga  sejahtera
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
*  Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara  sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang  lain. Ini wajib dihentikan.
* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
*  Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan  endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila  suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
* Jadilah suami  yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri  setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah  masuk syurga.
* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih  sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang  kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan  memberontak.
* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan  amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan  menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
* Mendahulukan  keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat.  Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan  kesilapan ini.
* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain.  Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.  Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini  sehingga suami meninggal dunia.
* Cintai isteri sepenuh hati.  Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi  tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
*  Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga,  ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah.  Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
* Pamer  keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah  dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut  berikan kepada keluarga.
* Pamer kematangan yang tinggi. Orang  yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan  cekap menyelesaikan masalah.
* Memuliakan semua perempuan bukan  sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.  Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat  sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
* Bentuk beberapa sifat  wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu,  pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada  lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
*  Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli  keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian  dan memilih penyelesaian yang optimum.
* Membaiki diri secara  berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang  taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang  baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
*  Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya  setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.  Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
*  Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.  Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina  keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
*  Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga  berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan  keluarga.
* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa  yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata  bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
*  Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru  ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas  sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
* Latih diri  memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi  tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat  dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
* Cari  peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,  lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh,  sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
* Fahami yang isteri  ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali  sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya  khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
* Bentuk kerjasama  yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada  anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual,  tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
* Nilai diri  daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci.  Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri  bahagia, suami akan bertambah bahagia.
* Apabila suami melayan  isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan  cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang.  Pasti hebat kesannya.
* Suami wajar belajar jadi mengikut setia.  Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan  bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
* Buat  undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti  senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan  daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
* Latih  gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan  gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri,  bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang  lintasan dalam hati.
* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih  sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat  adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak  tidur.
* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat  kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan  isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang,  sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
*  Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan  riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif,  bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang  taubat dan maafkan semua orang.
 
No comments:
Post a Comment