June 4, 2011

Terasa Diri bersemangat.


Pagi-pagi ini, lepas jalan-jalan ke blog orang, dapat la juga sesuatu yang mendidik hati. Post tuan punya blog ini macam sarapan pagi buat aku. hehehehehe...... Tapi aku ambil bahagian kesimpulan saja la, sebab bahagian ini sangat menyentuh hati aku, terasa seperti embun pagi telah menyirami hati aku. Cewah, ayat, tak boleh belah. Terima kasih buat tuan punya blog ni, di atas post yang sangat menyentuh hati saya, Penyakit Nanti Begitu Baru Begini.

"Kesimpulannya, mahu jadi pelajar cemerlang, hari ini kena start rajin baca buku, ulangkaji, study smart dan sebagainya. Mahu jadi suami yang soleh, isteri yang solehah, hari ini kena start ubah sikap, perangai, akhlak, dekatkan diri dengan Allah, tambahkan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Mahu jadi ayah dan ibu yang disegani dan dihormati anak-anak, hari ini kena start istiqamah dengan amalan, baiki kelemahan, terapkan nilai positif dan sebagainya. Mahu cemerlang dalam kerjaya di masa hadapan, hari ini kena start bina personaliti, ubah sikap negatif, sifat malas, bertangguh dan sebagainya."

Jom berubah!!!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

mahu jadi ayah / ibu yg baik
kena kita jadi anak yg baik untuk ibu bapa

cik kompas said...

baik....