June 7, 2011

tut..tut....tut....


Tiba-tiba hari ini aku dapat satu mesej dari seorang sahabat yang dah lama aku kenal, tahun 2008. Dan takdir ALLAH aku bertemu semula dia dimenara gading, 2010. Dia seorang yang cukup tabah aku kira, sebab banyak perkara yang ALLAH uji dia yang aku rasa kalau aku, aku tak mampu untuk nak hadapi dengan setabah dia.

Bulan puasa 2008, dia datang ke bilik aku. Bersama-sama telefon bimbit yang aku kira baru di belinya. Dia mahu meminjam laptop aku untuk mengisi lagu di telefonnya. Sambil memindahkan lagu, aku bertanya, "mak tau dak beli henpon baru ni?".
Dia hanya diam tanpa bicara, aku mula hairan. Lalu aku ulang semula pertanyaan itu. Dengan berat hati dia menjawab, "mak kita dah tak da, awal tahun hari tu sebelum mendaftar matrik dia meninggal, lepas itu abang kita pun meninggal tahun yang sama. Jangan risau, kita dah bagi tau abah kita la." Aku terdiam, tak ada lagi soalan yang terkeluar dari mulut becokku.

Di suatu petang di pertengahan Ramadhan 2008,
"Abahhhhhhhh...... Abahhhhhhhhhhhhhhh........ Abahhhh..."
Ish, sapa la pulak dok melalak petang-petang ni, kacau betol lar. Nak rehat pon kacau la. Sudah biasa benda ini berlaku, kami satu aras memang suka bising. Menjerit la, gelak la. Macam-macam. Tapi, kenapa macam lain ja jeritan petang ini. Betoi ka depa menjerit saja-saja tu. Aku dan dua orang kawan sebilik aku pun menjenguk bilik ke koridor aras kami. Aku lihat dia sedang menangis sambil menjerit nama abahnya. Kenapa ni? Aku lantas keluar dari bilik. "Apa dah jadi dengan Nur(Bukan nama sebenar)?"
"Tadi family dia telefon, abah dia meninggal."
Ya ALLAH, ujian lagi buat dirinya. Aku hanya mampu memerhati dia menangis serta lemah meronta-ronta meratapi satu lagi kehilangan insan yang dia sayangi sambil ditenangkan oleh kawan sebiliknya. Hanya tinggal seminggu lagi Hari raya aidilfitri, mestilah sangat sedih.

Februari 2009....
Aku dikehendaki pulang awal ke matrik sebab ada kursus dan aku dapat tahu sepanjang cuti 2 minggu ini dia tak balik kampungnya. Mujurlah kafe buka sebab budak-budak PDT(program dua tahun) tidak bercuti. Dia ceritakan kepada aku yang dia curi-curi tinggal di asrama dan berlakon memakai baju seperti hendak ke kuliah jika mahu membeli makanan di kafe. Aku tidak sampai hati mahu bertanya kenapa dia tidak pulang. Tapi aku tertanya-tanya, tak takutkah dia duduk sorang-sorang kat blok asrama tu. Memang ada budak PDT, tapi aras aku hanya ada seorang saja dan blok aku agak terpencil dan dibelakangnya hutan. Sebelum aku pulang semula ke kampung aku untuk menyambung cuti aku, aku pergi bertemu budak PDT aras aku tu. Aku bertanya kemanakah dia pergi? Telefonnya langsung tak dapat aku hubungi. Rupa-rupaya dia ke KL, rumah satu-satunya abang yang tinggal. Sepanjang cuti semester itu, aku langsung tak dapat menghubungi dia.


Selepas cuti aku bertanya, dan dia menjawab telefon itu sudah dijualnya. Aku hanya terdiam. Selepas habis matrik aku lost contact dengan dia. Ditambah pula aku memang langsung tak berhubung dengan kawan-kawan matrik lama, sebab aku tak suka ingat kembali kenangan di sana(ni cerita lain)...

July 2009
Aku pasti semua kawan-kawan aku di matrik dulu sudah mendapat tawaran universiti,termasuklah dia. Aku? aku GAGAL... Aku terpaksa mengulang semula matrik. Yang pastinya, jauh meninggalkan Negeri Sembilan iaitu Matrikulasi Kedah. Kekecewaan aku membuatkan aku melupakan segalanya tentang kenangan di matrik dulu, termasuklah dia.

Hari berganti hari, aku makin sibuk dengan aktiviti aku. Sehingga aku langsung dirinya.

June 2010,
Aku dapat tawaran universiti di Terengganu. Aku pergi dan mula belajar di sana. Universiti aku ada 3 kampus, Kampus Gong Badak(kampus utama, majoriti kos agama), Kampus Kota( kampus untuk semua budak kos sains termasuk untuk kos aku, tapi sekarang dah dimanipulasi sepenuhnya oleh fakulti sains kesihatan bersekutu-medic,dietetik and so on yang berkenaan) dan yang terakhir Kampus Besut(masih dalam proses untuk siap dan dikhaskan untuk 3 fakulti termasuk fakulti aku, so 2012 aku akan ditendang ke Besut).

Berbalik kepada cerita dia, suatu hari aku ke kampus kota, makmal aku semua dekat kampus tu. Tiba-tiba, dalam perjalanan aku ke arah kawan-kawan aku yang berkumpul di bawah kanopi, ada sesorang menjerit nama aku lalu memeluk aku. Aku kaget, kawan-kawan aku pun turut kaget melihat aksi itu. Aku masih tidak dapat melihat orang yang memeluk aku, dan bila aku menoleh, aku lihat wajah dia. Ya ALLAH, di negeri ini, aku di temukan semula dengan dia. Aku kembali memeluk dia. Sebak rasa ketika itu. Kemudian kami berborak-borak dan aku meminta nombor telefon dia. Selepas sama-sama bertukar salam, dia berlalu meninggalkan aku, dia ada kelas.

Dan kini aku bersahabat semula dengan dia. MAAFKAN aku SAHABAT kerana memutuskan tali persahabatan kita sebelum ini. Moga dirimu sentiasa dirahmati oleh ALLAH...

Sekarang dia aku lihat makin kuat dengan tarbiah oleh sahabat-sahabat satu usrah dengannya. Dan aku juga lihat cahaya keceriaan dimatanya. Moga dengan adanya usrah(keluarga) yang baru ini dapat membuatkan dirinya tetap tabah dalam menghadapi segala ujian.


Ini mesej yang dihantar olehnya untuk aku, sahabatnya sebagai peringatan....
Ukhti, "Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu, kerana sesungguhnya ALLAH tidak pernah merasa bosan sehinggakan kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh ALLAH ialah yang dilakukan secara BERTERUSAN walaupun sedikit" (HR Bukhari & Muslim).. Moga istiqamah walau dimana berada..

No comments: