
uwaaaaaaaaaaaaaa................................aku nak buku terbaru Ramli Awang Mursyid, Sutera Bidadari. Nak! Nak! Nak! Nak jugak...................... Banyak lagi buku dari penulis kegemaran aku yang baru keluar. Semuanya aku tak dapat tengok walaupun sekadar pada kulit buku. Maklum lah, aku duk Perlis, buku-buku baru keluar lambat sikit nak sampai. Adoi..... Dan sekarang aku langsung dah tak ada perasaan teruja untuk memiliki koleksi buku-buku yang selama ini aku impi-impikan.

Dengan saki baki ketagihan aku hari ini, aku pun mula la intai-intai blog-blog yang aku suka stalker. Alhamdulillah, ketagihan aku mula dirangsang semula. Aku mula rasa menyesal sebab dah hampir sebulan aku merajuk kepada satu-satunya hobi yang aku paling suka ini. Dan disebabkan buat masa sekarang aku tak ada apa-apa buku pun untuk dibaca, aku pun mula la balik aktiviti lama yang aku selalu buat masa kat U disaat aku tertekan, iaitu baca blog dalam masa beberapa jam tanpa henti. Inilah antara blog yang kerap aku intai kebelakangan ini :
Blog kereta mayat aku paling suka la, sebabnya banyak yang aku dapat ditambah pulak penulis, Encik Hamka, suka post benda yang diselitkan dengan benda-benda lawak. Sampai aku boleh gelak tergolek-golek suka dengan lawak dia. Ada lagi blog lain, tapi depa macam tak aktif update. hohohoho... Aku ni pulak jenis suka baca post yang panjang-panjang dan berterusan macam yang blog Rozaimi & Pak cik Hashim punya post cita tentang Memoirs of a gambler. Ada lagi, Langitilahi, dari seorang penulis kepada banyak penulis. Langitilahi sangat aku suka, sebab banyak post untuk mentarbiah hati.

Aku lagi suka baca tulisan tanpa ada apa-apa gambar. Sebab aku rasa tulisan itu sangat unik tanpa apa-apa gambar sebab ia mampu menceritakan sesuatu yang dapat dibayangi oleh pembaca.TJuga buat penulis yang dianugerahkan sesuatu yang istimewa oleh ALLAH untuk mereka, jangan pernah berhenti menulis, kerana banyak orang yang nak baca tulisan kalian.
Dan, ketagihan aku tak akan pernah berhenti!!!!
No comments:
Post a Comment