Bahan-bahan utama, sudah semestinya bahan makanan(well....i'm a food technologist wanna be)
Pertama sekali, Susu tepung (Nespray ka, Omega ka, apa-apa jenis pun tak apa).
Masukkan 5-6 sudu susu tepung (nak lebih pun lagi bagus), campurkan dengan air suam, kacau sehingga sebati di dalam bekas sederhana besar dan bawa masuk dalam bilik mandi. Basahkan badan anda dahulu, kemudian diikuti dengan mandi susu tersebut. Letak sikit-sikit di atas permukaan kulit, biar susu itu menyerap kedalam kulit anda. Setelah habis semua susu di letakkan di permukaan kulit anda, tunggu 5minit agar susu itu kering. Selepas itu, boleh la dibilas. Amalkan seminggu sekali, Insyaallah kulit anda akan lembut.




Seterusnya Limau purut. Kulit dah, muka pun dah, sekarang untuk rambut. Potong limau purut ini menjadi 8 bahagian yang kecil-kecil, kemudian gosokkan di rambut serta kulit kepala. Biarkan seketika kemudian boleh dibilas. Limau ini juga boleh di gosok di bahagian badan yang mengeluarkan peluh seperti ketiak dan pelipat-pelipat badan. Rambut anda akan berbau harum dan juga dapat mengatasi masalah kelimumur. Seminggu sekali(2-3 biji).

Sebenarnya semua makanan diatas mudah diperolehi, kadang-kadang kat dapur rumah kita memang dah ada pun, kita ja yang tak pernah ambik tau apa kegunaan makanan tersebut untuk diri kita. Yang kita tahu, nak beli mask yang mahal. Bukan setakat mahal, bahan kimia pun turut menjadi ramuan mask yang kita beli itu. Silap-silap, ada pula bahan-bahan yang tidak diyakini kebersihannya(tak kata tak halal na, cuma tak bersih). Mana tau kan, kita asyik percaya aja kat orang yang mengeluarkan bahan-bahan tersebut, tapi adakah mereka mengambil kira kita? Fikir-fikirkan.
2 comments:
aku suka yg penjagaan rambut tu
hurm...try la..harum ja tau bau rambut. lembut pun lembut. macam pakai syampu jugak.
Post a Comment