June 3, 2011

Aku 13 tahun yang lepas.

  • 10 Januari 1990, aku lahir.
  • Anak keempat dari lima beradik, semua perempuan.
  • Orang kata muka aku turun abah aku.
  • Masa ini umur aku 9 tahun.(setahun selepas abah meninggal)
  • Susun baju kurung pun aku letak kat depan. hahahahahahaha... Sepatutnya kat tepi la.
  • Tudung warna merah, baju warna hijau. Sepadan ka dak ek?
  • Baju kurung ini kalau tak silap baju raya aku tahun itu.
  • Kecil-kecil dulu mesti aku suka warna hijau. Sebab gerek aku pun warna hijau juga.
  • Aku sempat menjadi anak bongsu selama 11tahun.
  • Tahun 2001, adik aku lahir lalu merebut takhta tersebut. Aku pasrah.
  • Kasut yang aku pakai itu kalau tak silap kasut raya.
  • Beli kat Padang Besaq, warna hitam dan ada gambar Hello Kitty.
  • Kawasan latar belakang gambar ini diambil masih sama seperti 13tahun yang dulu.
  • Cuma, pokok bunga kecil-kecil tu dah tak dak la.
  • Aku dulu dan sekarang tetap sama, cuma makin besar la.
  • Nama pun 13 tahun bertambah, mestilah berat pun bertambah. hahahahaa
  • Yang ambil gambar ini ialah kakak sulung aku.
  • Itu sahaja la yang aku ingat.

No comments: