August 17, 2011

Aku seorang blogger.

Pertama kali aku buat blog ni, aku langsung tak tau apa-apa pun. Aku buat blog ini pada tahun 2009 sebab saja-saja suka, lagipun senang untuk aku ikut blog-blog yang aku suka. Dan aku mula menulis pada awal tahun 2010. Yang pastinya aku akui susah sebenarnya nak karang ayat panjang-panjang. Jadi sebelum mahu tulis sebarang entri, aku akan lakar isi-isi yang akan aku tulis. Tapi cuma dalam kepala aku saja la, dan aku tulis terus ke blog. Aku ambil masa dalam 2, 3 jam untuk habis menulis satu entri panjang.

Aku mula terjebak dalam blog ni bukan dari faktor rakan terdekat mahupun keluarga, bukan juga kekasih hati tapi sebab aku memang saja nak mencuba. Ditambah pula aku suka membaca dan aku gila melihat tulisan. Laman yang aku kerap kunjungi suatu ketika dulu ialah Penulisan2u, zaman remaja dulu aku memang suka baca novel cintan cintun, tapi sekarang langsung tak berminat dah. Jadi minat membaca menarik aku untuk mula melibatkan diri dalam dunia blogging ni.

Aku pada mulanya langsung tak reti nak cantikkan blog aku, apatah lagi nak letak widget. Tapi, disebabkan aku suka blogwalking, aku dapat tambah ilmu untuk mencantikkan blog, terutamanya kat Belog Cap Ayam ni, aku belajar dari tutorial dia la. Cara nak letak widget pulak aku belajar dari ex roomate aku, cik NufaBirdwing. Tapi baru-baru ini aku dah buang semuanya, sebab aku ada baca dari blog-blog yang agak popular, mereka ada buat entri pasal benda yang buat depa rasa menyampah. Aku tak terasa, tapi aku rasa betul jugak apa pendapat depa tu, terutamanya kalau pasang lagu.

Sebenarnya aku tak cadang pun untuk serious dalam dunia blogging ni. Ditambah pula, sebelum ini aku ada sedikit rasa malu nak bagi orang baca tulisan aku, sebabnya aku takut tak mengikut cita rasa para pembaca, jadi aku cuma menulis dalam diam dan secara rahsia. Cuma seorang saja sahabat aku yang tahu aku ada blog, iaitu encik Serunai Nurani. Tapi, bermula sejak tahun ini, aku jadi bersemangat. Itupun selepas aku dengar satu motivasi ni, dia cakap, apa salah kalau kita berkongsi. Jadi aku mula bertekad untuk berkongsi, lagipun aku cuti panjang, apa salahnya aku menulis sepanjang waktu lapang aku ni kan.

Jadi, selepas itu, dari menjadi silent reader, aku sudah berani tinggalkan komen, dari save link sesebuah blog, aku sudah mula berani tekan butang follow. Aku bukan apa, aku takut nak komen, sebab aku tengok ramai dah orang komen. Sampai sekarang ni pun, aku lebih suka menjadi silent reader. Aku rasa malu dan rendah diri dengan blog aku yang tak seberapa ni. Malulah kalau blogger yang otai-otai, yang popular dan yang ramai follower mai ke blog aku. Tulisan aku tak setanding langsung dengan depa. Lagipun aku tak bercadang untuk update selalu blog selepas cuti semester aku habis. Kalau sekarang, boleh la aku berceloteh panjang, tapi aku tak rasa di masa depan aku mampu.

Maafkan aku, bukan aku tak mau tinggalkan komen kat entri-entri hampa wahai blogger-blogger yang mempunyai blog yang hebat, tapi aku takut. Dah banyak sangat orang komen, nanti kalau aku komen, macam tak kena pulak dengan yang lain, jadi aku akan selalu padam komen yang aku sudah siap tulis. Selalu sangat aku buat macam tu. Tapi jangan risau, walaupun aku silent reader dan tak tinggalkan sebarang komen, aku akan setia membaca entri-entri kalian. Perkara pertama yang aku buat bila buka blog ialah tengok kat bloglist. Entri-entri terbaru dari kamu-kamu semua akan aku baca.

Kerja gila aku di waktu lapang ialah mmbaca, jadi aku akan pastikan aku baca semua entri blogger yang menarik selera membaca aku. Tapi secara peringkat-peringkat, aku selalu baca ikut bulan. Contohnya blog KERETAMAYAT, aku baca dari entri dia yang pertama. Aku rasa ingin tahu macam mana tulisan dia buat pertama kali. Dan aku juga dapat satu benda dari situ, iaitu entri-entri yang lepas selalunya sangat sangat berguna, mantap dan bagus. Dan sekarang aku tengah berusaha untuk menghabiskan dua blog ini, the blocked blog dan Gedung Rasa. Entri-entri lama depa ni banyak, jadi kalau aku dok saja-saja, aku baca la.

Selain membaca, aku layan juga komik dari blogger. Ditambah pulak kalau komik yang comel dan lawak. Fuubook, Kouda Mainframe, HS dan juga Nostalgia Klasik , ialah blog mempunyai siri komik yang aku kira seronok. Boleh buat aku tergelak sendiri. Aku tengah dalam proses nak habiskan baca semua komik-komik mereka dari awal. Untuk Fuubook aku dah selesai, yang lain menunggu dalam list. Yang lain pun ada lagi, tunggu untuk aku cari saja. Aku tengah buat senarai dan simpan untuk terus membaca nanti.

Cukup sekadar ini yang aku akan lakukan di dunia maya ini, menulis tanpa mengharapkan pembaca, membaca tanpa mengharapkan orang lain membalas balik bacaan. Aku juga langsung tak impikan punyai ramai follower, juga aku tak impikan traffik yang tinggi. Yang aku impikan, moga-moga perkongsiaan aku beri pengajaran dan kebaikkan kepada semua. Yang baik ambil, yang buruk sila tinggal, sebabnya aku menulis mengikut hati. Jadi kadang-kadang aku tersilap langkah. Jika salah aku, perbetulkan, jika benci, sila tinggalkan. Kerana aku takut, aku semakin alpa dan leka dengan dunia aku ini. Makin seronok aku menulis, makin aku lupa diri. Jadi biar aku sedarkan diri dengan kata-kata ini,


“ Sahabat, usah jadi individu yang tidak berpijak di alam nyata. Dunia online masa kini telah menyibukan kita daripada hakikat dunia offline yang lebih really, benar dan nyata.”

“ Ramai orang begitu gah di alam online, tetapi tiada apa-apa amal di alam offline.”

“ Kita beramal di alam nyata, alam yang dipertimbangkan setiap perbuatan dan amalan seharian kita. Jadilah insan yang seimbang dalam beramal.”

Dipetik dari entri, Soalan maut: Berapa kerapkah anda menulis blog?

Aku ingin berpijak di alam yang nyata. Dunia online ini akan aku tinggalkan jua suatu hari nanti bila diri ini dibawa pergi oleh KERETAMAYAT. Ayat yang selalu en Hamka guna, aku pinjam.

10 comments:

GR said...

wah dah lama tulis blog, huhu. terima kasihlah pilih blog gedung rasa sebagai pilihan. tapi kan, entri2 lama dalam blog tu tak best, serius. sebab dulu masa mula2 menulis, adeh macam apa. huhu. walaupun sekarang pun lebih kurang, hehe.

apapun, GR rasa blog ini bagus, sebabnya memang nampak gaya penulisan yang tak menonjol (tidak terlalu menarik perhatian) tapi mempunyai isi yang sebenarnya bagus.

teruskan menulis, insyaAllah ada sesuatu yang mampu anda sumbangkan. =)

cik kompas said...

Alhamdulillah. moga ALLAH redha dengan apa yg sy buat.

Best la, setiap orang ada gaya penulisan yg tersendiri. setiap orang mula dari bawah, bknnya terus di atas kn..

Teruskan menulis, kerana pembaca sentiasa nantikan penulisan GR..

Dr. Bentara said...

halusnya tulisan sakit mata membaca (kasihanilah mereka yang rabun).

Unknown said...

blog hang baguih.

blog aku banyak mengarut. menulis takdak tujuan, dan takdak bagi kesan. sampai kadang2 aku rasa buat apa aku ada blog sedangkan aku lebih banyak lagha dengannya.


*ayat "betulkan yang biasa,biasakan yang betul" bukan aku dengaq dari jpp kmns. aku tau ayat tu dari program perkasakan bahasa melayu di radio Negeri 9.

cik kompas said...

Dr Ben ; yaka,nanti sy besarkan

nub ; alhamdulillah.. tak kisah la, tp ada juga selitkan pengajaran kn. teruskan menulis...

owh, yaka... tapi aku dapat ayat 2 dari amir ydp la...masa kat KMK...azamin pun skali kt KMK...Raihani pon hang kenai kot, depa semua H2 juga dulu. aku dulu kat kmns satu prax dengan misbah.

Unknown said...

jgn berhenti menulis, membaca dan mengutarakn pendapat...

pendapat tidak selalunya betul... ia hanya pendapat...

melalui pembacaan, nanti kita akn jumpa identiti penulisan yang kita mahu... :)

Haikal Blank said...

wahwah! :D
teruskan menulis meluah pendapat!

haish, seimbangkan mengikut peratusan yang ebtul antara dunia online dan offline. jgn ikut aku,sesat di online ja. haha

cik kompas said...

Zulfikar Hazri ; ia, betul tu. penulisan hanyalah untuk mengutarakan pendapat sendiri. Kalau salah, diharap ada yg dapat tegur.

haikalblank ; wahwah!!! pandai2 ja cakap diri tu sesat....kan ni dah sedar, mesti kena kembali berpijak di alam realiti...

Wardah alisya said...

membaca antri ini membuatkan saya menyelongkar kembali entri2 lama saya...nak tergelak pun ada bila baca tulisan sendiri. blog ntah apa-apa..

buat cik kompas, teruskan menulis!

cik kompas said...

hehehe....

biasalah tu,sy pun sama apa..

setiap yg kita ada sekarang ni mesti ada permulaanya..

sama ada permulaan yg baik, yg lawak, yg pedih dan yg indah..

sy sendiri pun kdg2 akan ulang baca apa yg sy tulis..hehehe...

insyaallah, akan menulis selagi mampu dan ada masa terluang...