August 26, 2011

Bila qalbuku berbicara..

Wahai qalbuku, bersabarlah..
Wahai qalbuku, tabahkanlah dirimu..
Wahai qalbuku, telanlah kepahitan itu...
Wahai qalbuku, hadamlah rasa sakit itu...
Wahai qalbuku, jangan dibiar sedih menyelubungi..
Wahai qalbuku, teruskan menjadi kuat!!!

Alhamdulillah, aku sudah sihat. Rasa amat syukur. Nazirah, tak mau sedih-sedih dah na!!! Hanya tinggal 2 minggu baki cuti aku ini. Rasa macam sekejap saja 3 bulan berlalu. Tapi, alhamdulillah, aku dapat isikan dengan sesuatu benda yang berguna. Adakah aku masih ada peluang untuk merasai kenikmatan seperti kali ini di masa hadapan? Yang paling aku rasa nikmat sekali ialah bila tibanya bulan Ramadhan. Aku mengharapkan dengan madrasah Ramadhan ini, hati aku akan lebih kuat.

Apa yang aku nak nasihatkan diri ini,

Wahai diri yang bernama NAZIRAH,
Kuatkan hatimu,
Teguhkan imanmu,
Jagalah peribadimu,
Tingkatkan ibadahmu,
Didiklah budi pekertimu,
Peliharalah lidahmu,
Lindungilah matamu,
Lenyapkan amarahmu,
Padamkan sedihmu.

****Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan Yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta perkenankanlah.********





Nak kongsi ini ====>

Buat yang masih mencari

Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.

Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.

Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.

Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.

Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.

Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.

Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.

Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.

Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.

Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.

Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.

Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.

Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.



Ampun dan maaf dari aku, dalam jangka aku ubati diri, aku tak mampu nak coretkan, nak luahkan mahupun nak mengeluarkan apa-apa dari fikiran. Kerana saat itu, semuanya berkecamuk. Aku tak dapat nak susun betul-betul apa yang ada difikiran. Aku juga tak mampu untuk membaca saat itu, kerana hati aku tika itu seperti merajuk gayanya. Langsung tak dapat nak hadam tulisan walaupun aku mahu. Aku hanya mampu berkongsi tulisan-tulisan yang aku kira dapat sama-sama dijadikan pedoman buat semua.

2 comments:

GR said...

jangan bersedih, Allah bersama kita :)

ambil masa untuk sembuhkan diri, masa sesungguhnya adalah penyembuh yang baik untuk penyakit hati

cik kompas said...

terima kasih..

ya2...MASA!!

masa adalah ubat..

"kasih sayang ALLAH tidak akan dirasai tanpa adanya ujian.. banyak mana ujian ALLAH, byk itulah kasih sayangNYA pada hambaNYA"


*tgh berusaha utk jadi KUAT...