Lepas jalan-jalan baca entri HANDPHONE PERTAMAKU, kat blog encik Fahmie Firas Revolusi Minda, aku rasa tergerak hati pulak nak imbas kembali model-model handphone yang aku pernah guna dan secara tak langsung sertai segmen encik Fahmie Firas Revolusi Minda. Aku ni jenis kalau guna sesuatu barang, aku akan guna sampai ke akhir riwayat barang tu. Paling ketara sekali bila menggunakan handphone, aku tak akan tukaq handphone selagi ianya masih boleh dipakai untuk kegunaan aku.
Zaman aku dulu handphone tak popular sangat, sebabnya medium yang biasa orang guna ialah surat menyurat saja. Aku kenal handphone pun masa aku di sekolah menengah, ketika tu umur aku 14 tahun, tahun 2004. Handphone itu diberi kepada aku oleh kakak aku yang kedua. Itupun selepas dia bagi simkad yang dia dah tak mau kat aku. Dah bagi simkad, mesti la kena ada handphone kan.
Handphone pertama aku Nokia 8850, tahun handphone ni di keluarkan ialah pada tahun 1999. Ni la rupa handphone aku tu(warna emas), tapi masa dapat kat tangan aku, dah nazak, sebab kat bahagian atas dia dah kena ikat getah. Tapi masa kakak aku bagi aku tak tolak, aku ambik saja. Bukan aku nak guna pun, cuma saja-saja nak cuba. Klasik gila handphone tu tapi aku suka sangat. Lagipun aku guna dia sebulan sekali ja, sebabnya aku dok kat asrama. Ditambah pula, handphone adalah barang larangan untuk di bawa. Handphone tu bertahan sampai tahun 2006. Aku dengan berat hati terpaksa lepaskan dia kerana dia sudah terlalu tua dan sudah uzur. Itu pun selepas berapa puluh kali aku bagi jatuh, dan dah tak boleh nak ikat dengan getah dah.
Selepas handphone pertama aku tak boleh guna, aku tak guna apa-apa hanphone pun. Tapi kebetulan aku terjumpa handphone Nokia 3310 kat dalam kotak buku-buku kakak aku. Aku cuba on, tapi tak boleh. Akhirnya, aku terus campakkan handphone tu kat dinding. Hahahaha.. Menjadi wooo. Lepas tu, handphone tu boleh guna. Menurut kakak aku, handphone tu jatuh dalam baldi masa dia kat asrama. Dah memang tak boleh guna dah pun, tapi rezeki aku baling ke dinding, jadi aku dapat handphone tu. Handphone tu casing dia warna biru corak awan, kalau on bunyi lagu doremon. Lebih kurang macam warna yang kat bawah tu la. Tapi sekejap saja boleh guna, sebab skrin dia kadang-kadang hilang. Maklum la dia ada sejarah berendam dalam air satu ketika dulu.
Seterusnya, awal tahun 2006 aku dapat hadiah dari kakak sulung aku, handphone secondhand saja, Nokia 8310. Kecik saja handphone tu, ala-ala handphone jenis butterfly. Aku sebenarnya memang nak handphone yang kecik, sebab aku boleh bawa curi-curi pi asrama. Senang sikit nak sembunyi. Disebabkan aku ambik risiko bawak ke asrama, dia hampir-hampir nak kena rampas. Tapi, aku tak kantoi masa tu, jadi selamatlah dia dengan aku. Aku juga pernah tebuk buku tebal untuk simpan, tapi tu kat kelas, kalau kat asrama, aku pi simpan dalam poket baju kat ampaian. Gigih betul aku cari jalan untuk sembunyi benda terlarang kat asrama dulu.
Hayatnya dengan aku tak lama, ketika aku di tingkatan lima aku jarang bawak pi asrama, dia meragam sebab aku jarang guna dan tempat on/off dia rosak teruk. Jadi, selepas tu aku sudah tak punya handphone, lagipun aku dah nak SPM tahun tu, aku tak kisah sangat la. Bila balik aku pinjam handphone mak aku ja, on untuk semak mesej orang hantar.
Disember 2007, selepas aku habis SPM, mak aku belikan aku handphone. Hadiah buat aku yang tak pernah beli handphone. Itulah pertama kali aku beli handphone, dan SonyEricsson K800i menjadi pilihan aku. Alang-alang orang nak beli kat aku, aku pilih saja la. Aku pulak jenis tak pandai bab-bab handphone ni, kakak aku la yang cadangkan. Dia cadangkan SonyEricsson K800i dengan Nokia N70, jadi aku pilih SonyEricsson K800i sebab dalam keluarga aku semua guna Nokia.
Pada bulan Disember ni cukuplah umur dia 4 tahun dengan aku. Aku sayang sangat akan dia sebabnya dia hadiah dari mak aku. Tapi belum habis lagi kisah handphone aku, sejak 2004 aku hanya guna satu simkad, simkad yang kakak aku bagi dulu ni. Nombor tu maxis yang mempunyai banyak angka 8(nombor kesukaan aku)_012-5#88#8#. Tapi masa aku masuk matrik, UPAX diperkenalkan, percuma pulak tu. Aku apa lagi, terus ambik la. Nombor 013-3######. Mulanya aku tukar-tukar sim kat handphone sony, tapi lama-lama aku rasa kesian pulak kat handphone aku tu.
Jadi, tahun 2009 aku beli lagi satu handphone, Nokia 1200. Aku guna duit aku sendiri, RM95. Sudah jadi kebiasaan sekarang ni orang ada dua handphone kan, tapi bagi aku, handphone aku, aku hargai, aku tak akan sesekali buang dia selagi dia masih berguna untuk aku. Jangan risau dear, aku tak akan berubah hati selagi mana kamu dapat memberi khidmat buat aku.
Jadi, ini jawapan aku untuk segmen HANDPHONE PERTAMAKU di blog encik Fahmie Firas Revolusi Minda :
Tahun mula memiliki------>2004
Model--------> Nokia 8850
9 comments:
Thanx 4 da entry... :)
\nice
sama2...
untunglah tahun 2004 dah ada hp. dulu 2004 dok bergayut guna public kat asrama lagi :P
ada pun, bukan boleh guna sgt. asrama sebulan skali ja balik. Ala, bergayut kat public 2 biasa la kalau dah nama dok kt asrama.
phone dlu2 klu baling kena kepala konfirm pengsan..huhu
handphone pertama aku alcatel.
skang pon pakai dua hp sebab hp satu ni teruk dan rosak
p/s: Nokia 3310 mcm Honda EX5.. lasak
saizuan ; hahaha... memang pun, boleh jugak jadi alat keselamatan waktu nak baling orang jahat.
kapten ; alcatel? sedapnya nama handphone tu. ala2 koktail pon ada gak..hahaha....
hurm, 3310 memang lasak..jarang boleh ada ciri2 tu kat handphone keluaran sekarang ni.
sama dgn GR..tahun 2004 saya masih lg guna public phone...tu pun kena beratur nak telefon rumah..budak hostel lah katakan...hihi
Alisya:telefon jugak kn...hehehe...sy pon rasai juga bergayut kat public phone..beratur panjg2,dh rasai jugak la...
Post a Comment