July 31, 2011

5 tahun dulu.


Entri yang sebelum ini tentang 9 tahun lepas, ialah kenangan aku ketika dibangku sekolah rendah. Banyak lagi kenangan, tapi aku langsung tak nak dapat ingat. Kali ni aku nak imbas kenangan sewaktu aku di sekolah menengah pula.

Berbekalkan 5A, aku diterima masuk ke sekolah berasrama penuh yang juga terletak di negeri kelahiran aku. Disitulah bermula perjalanan hidup aku untuk menjadi seorang yang berdikari. Berbagai-bagai cerita sepanjang aku belajar di sana.

Masih aku ingat, dalam minggu orentasi, kami dikehendaki mencari kakak tingkatan 5 untuk mengumpul tandatangan mereka. Bukan senang-senang saja mereka nak bagi, tapi dengan bermacam-macam syarat yang kami kena laksanakan untuk mendapatkan tandatangan mereka.

Benda yang aku tak dapat lupa ialah kena berenang atas lantai. Akak tu tuang air satu tudung botol mineral ja kat atas lantai dan suruh aku berenang. Aku ketika itu sangat budak baik, dengar ja cakap senior tu.. hahaha... Memang lawak la, satu bilik tu gelakkan aku. Dah la meniarap di atas air yang sikit tu sambil buat aksi berenang, lepas tu akak-akak tu suruh aku menjerit mintak tolong.

"Tolong... Tolong.... Saya lemas!"

Tapi sangat best sebab dapat banyak tandatangan dari semua kakak dalam bilik tu. Malu aku ketepikan demi mendapatkan tandatangan. Selepas seminggu, semua sesi tu tamat. Kami diajar supaya menghormati kakak senior. Andai berselisih dengan mereka, kami diwajibkan memberi salam kepada mereka.

Begitulah lumrah kehidupan seorang junior. Setiap malam pula, andai ada senior yang tak puas hati, kami akan dipanggil, diberi amaran dan bermacam-macam nasihat lain. Tapi bagi aku, kehidupan di tingkatan satulah yang paling manis sekali walaupun kami dibuli.

Tetapi bila aku naik tingkatan 3, mula la perangai aku suka buat muka garang-garang kat junior. Sampai ada yang berdendam. Satu kes aku dan junior, ketika itu aku di tingkatan 4. Untuk keluar ke bandar, kami dikehendaki memohon tandatangan kebenaran dari warden asrama. Nak di jadikan cerita, minggu tu aku hantar buku outing aku ke pejabat warden. Malangnya, buku outing aku hilang. Aku punyalah mencari bagai nak gila.

Akhirnya aku tak dapat keluar sebab aku tak dapat cari buku tu. Nak beli lain pun dah tak sempat, sebab proses untuk warden tandatangan mengambil masa sehari. Disebabkan petang Jumaat itu aku tak keluar, jadi aku hanya bermalas-malasan dikatil. Itulah aktiviti kesukaan aku.

Tiba-tiba, ada orang memberi salam, aku tak endahkan siapa yang datang, sebabnya suara macam junior. Mungkin nak jumpa kawan mereka yang satu bilik dengan aku. Rupa-rupanya, budak tu nak jumpa aku. Aku pun bergegas turun dari katil. Dia menyerahkan buku outing aku yang hilang, katanya dia menjumpainya di tangga belakang blok asrama kami. Aku cukup gembira melihat buku outing yang dibalut rapi dengan kertas bunga oleh aku. Harapan aku ingin menggunakannya hingga aku tamat belajar disini.

Namun kebahagiaan aku dicantas oleh apa yang aku lihat di dalam buku tersebut. Buku outing aku rupanya dicuri dan disabotaj teruk. Hancur luluh harapan aku untuk menggunakannya setahun lagi. Kata-kata kesat diconteng didalamnya. Antaranya, pulang bermalam, digantikan pulang ke neraka, ke jahanam, pergi mampus dan sebagainya.

Aku marah ketika itu. Namun aku tahan kerana aku tak tahu siapa yang melakukan hal itu. Aku berkumpul dengan rakan-rakan yang lain dan membincangkan hal tersebut, dan mereka mengesyaki musuh aku yang melakukannya. Musuh terdekat aku hanya seorang ketika itu. Entah apa yang kami bergaduh ketika itu, tapi aku tau di memang sakit hati dengan aku. Jadi namanya meniti di bibir aku untuk menerima balasan selanjutnya.

Hari Isnin tiba, aku ke bilik warden lalu menunjukkan buku outing aku. Aku memohon keadilan. Lalu warden menyoal aku. Dan bila ditanya siapa yang tak puas hati dengan aku, aku terus menjawab namanya. Sebulan aku tak bercakap dengannya, ramai rakan perempuan aku yang mencemuh tindakkannya terhadap diri aku.

Namun, tiba-tiba rahsia sebenar terbongkar juga. Aku sangka musuh lelaki yang melakukan perkara itu, namun rupa-rupanya "PEREMPUAN". Junior aku rupanya yang melakukan perkara tersebut. Mereka melakukanya dalam satu kumpulan, kiranya satu bilik yang sepakat melakukannya. Aku ketika itu sudah tidak punya apa-apa perasaan, sebabnya dah sebulan aku lempiaskan amarah aku kepada "DIA" rakan sekelas aku. Apa lagi, budak-budak tu satu bilik kena panggil dengan senior mereka. Senior rumah sukan mereka la. Sebabnya kami dok bilik ikut rumah sukan. Betul cakap orang, jangan tuduh melulu.

Bercerita di kelas pula, ketika di tingkatan tiga, aku dilantik menjadi penolong ketua kelas. Berbekalkan mulut aku yang becok dan laser, aku selalu bertikam lidah dengan pelajar lelaki yang lain. Mereka menggelar aku dan tiga orang kawan aku sebagai "Geng Ragbi". Entah mengapa, mungkin kerana kami agak besar tubuh badan dan ganas kot.

Aku selalu bergaduh mulut dengan mereka-mereka yang ligat mengutuk diri aku. Pernah satu ketika meja aku disabotaj teruk. Kisahnya bermula pada suatu pagi Ahad. Aku dan rakan-rakan aku ke kelas untuk mengulang kaji pelajaran. Namun, keadaan kelas ketika itu sangatlah teruk. Lantai penuh dengan sampah, kerusi bersepah diluar kelas dan ada yang terkena air hujan. Aku mengamuk, aku dan kawan-kawan bising merungut tak puas hati dengan keadaan itu.

Sambil mulut bergerak, tangan turut bergerak membersihkan kelas. Sambil itu, seorang kawan aku sempat membuat replika sperm dengan surat khabar. Geram sangat dia dengan budak couple dalam kelas kami tu. Kebetulan ketika itu ada yang terdengar , lalu mereka melaporkan perkara tersebut.

Apa lagi, mesti sesuatu akan mereka buat untuk membalas apa yang kami katakan kepada mereka. Tunggu dan lihat sudah, aku tau yang mereka tak akan berdiam diri di atas apa yang telah aku kata. Petang itu, selepas makan malam, aku dan rakan aku ke kelas untuk melihat suasana kelas. Aku lewat sedikit sebab aku berhenti di pondok telefon untuk menelefon mak aku.

Setibanya aku di kelas, aku lihat kawan aku sedang menyapu sampah disekitar meja aku, aku berjalan mendekati mereka untuk melihat. Satu tong sampah hitam penuh dengan sampah berada disitu. Menurut kawan aku, meja aku di jadikan sasaran untuk mereka memasukkan sampah yang aku sapu tengah hari tadi. Bayangkan, satu meja aku mampat dengan sampah, tapi ketika aku sampai kawan aku sudah mengeluarkan semua sampah-sampah tersebut. Aku cukup bengang, tapi aku tak tahu sapa yang buat. Bak kata kawan aku, "baling batu sembunyi tangan", batu kena kepala orang, tapi tak tau tangan sapa yang baling.

Dan aku dapat tahu sapa yang buat semua tu di hari salam jemaah sebelum PMR(Hari memohon maaf sesama pelajar, lelaki perempuan tak salam, cuma mintak maaf saja). Semua dari mereka memohon maaf atas apa yang mereka lakukan kepada aku. Memang jadi perkara biasa di sekolah aku, buat jahat banyak-banyak kat orang tu, kutuk berkilo-kilo, ejek bertan-tan, sebelum peperiksaan, mintak maaf. Senang betul kan. Tapi semasa aku ditingkatan lima, aku tak pergi ke majlis salam berjemaah tu, aku sembunyi kat asrama. Aku dah muak dengan semua tu. Dah puas mereka pijak-pijak hati aku, senang-senang dalam satu majlis mereka ingin pinta kemaafan. Aku sampaikan lali dengan apa yang mereka buat, telinga pula seperti tuli mendengar apa yang mereka katakan kat aku.

Dan saat aku jejakkan kali keluar dari sekolah itu, pada November 2007, aku rasa amat lega. Memang aku rindu akan saat dulu, tapi saat itu memeritkan jiwa aku.

"Ala Che Nad, itu kisah dulu, kisah masa kami masih tak matang".

Itu kata-kata daripada salah seorang dari mereka selepas keluar dari sekolah kepada aku. Tapi bagi aku, aku masih sakit dengan apa yang mereka lakukan kepada aku. Memang aku akui, aku bukan baik, perkataan aku kasar dulu dengan mereka. 5 tahun aku pendam perasaan, perasaan yang sakit dihati.

Cukuplah bercerita tentang benda yang menyakitkan. Seterusnya, tentang benda-benda mistik. Setiap sekolah berasrama ada kisahnya tersendiri. Sepanjang 5 tahun aku di sana, aku tak pernah bertemu mata dengan makhluk-makhluk tersebut. Cuma diganggu secara tidak langsung sahaja.

Kisah pertama, ketika aku di tingkatan satu. Tahun itu, riuh rendah dengan pelajar perempuan yang sering dirasuk histeria. Pada satu malam, aku tidak pergi ke dewan makan (tempat pelajar perempuan mengulangkaji pelajaran di waktu malam=PREP) kerana menemani seorang kawan aku, Sue yang demam. Nadia menjadi teman aku ketika itu dan Sue tidur di katilnya. Lampu terpaksa kami tutup kerana memang peraturan ketika waktu PREP, pelajar tidak dibenarkan berada di bilik. Dan kami terpaksa berbuat demikian kerana kami curi-curi tinggal di bilik.

Jam ketika itu 10malam, aku dan Nadia berbincang kerja sekolah kami. Tiba-tiba, kami terdengar bunyi sesuatu jatuh di katil Sue, dan selepas itu bau bilik menjadi cukup harum semerbak. Aku tenangkan hati dengan katakan itu minyak wangi Ima yang diletakkan di hujung katil Sue, mungkin Sue tersepak, lalu botol itu terjatuh.

Belum sempat kami berasa lega, tiba-tiba kami dengar sebiji bola melantun di atas tile bilik. Bunyinya seperti dekat saja, bila kami suluh dengan lampu suluh, tak ada apa-apa, oleh itu kami berdua berpendapat bahawa bola itu jatuh di bilik sebelah. Ada orangkah di sebelah? Tetapi mulut masing-masing terkunci rapat dan tak berani untuk bercakap apa lagi.

5 minit kemudian, beberapa orang kawan satu bilik kami pulang untuk mengajak kami ke dewan makan. Kata mereka, ada kakak kena histeria, dan makhluk itu sedang menunggu di blok asrama kami, itu mengikut apa yang mereka dengar sewaktu seorang abang bercakap dengan makhluk di dalam badan kakak itu. Kami bertiga bergegas untuk turun. Ketika dalam perjalanan ke dewan makan, kami lihat seorang kakak di tenangkan oleh beberapa pelajar.

Dan ketika kami masuk ke dewan makan, seorang lagi kakak dirasuk, kami sempat mendengar dialog antara kakak dan abang yang ada ketika itu. Suasana ketika itu sunyi sepi,

"Sapa kau?" , seorang abang bertanya.

(Diam)

"Aku tanya ni, hang sapa huh?", abang itu bertanya lagi.

"Grrr....................", kakak yang dirasuk itu mendengus.

"Wey, aku tanya ni, hang sap .....,

"HANTU RAYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"..., jawab kakak tersebut.

Kami satu dewan makan terdiam mendengar jawapan dari mulut kakak itu. Dah la suara kuat, garau pulak tu. Malam itu kami tidur lewat sebab ulang baca surah Yasin entah berapa puluh kali, aku pun tak pasti.

Kejadian kedua, ketika aku di tingkatan 2. Satu malam, aku terjaga. Perut aku memulas-mulas. Aduh, sakitnya.. Aku tengok jam loceng yang diletakkan di hujung kepala, 3.00 pagi. Gila!!!!!! Kecut perut aku rasa saat itu, tapi aku sakit perut memulas-mulas ni mengatasi kecut perut tu. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiii..............

Aku turun dari katil lalu mengejutkan miss ina.

"Sharina...... Sharina", sambil menggoncang badannya sekuat hati.

"Sharina, mangkit la... Jom teman aku pi tandas sat", aku tak mengalah dan mencuba lagi.

Namun dia langsung tak terjaga. Lalu aku ke katil yang lain, sama juga! Seterusnya aku berusaha lagi mengejutkan kawan-kawan yang lain. Seorang pun tidak bangun, tapi akhirnya cik Lia bangun juga. Syukur sangat. Dia kata dia pun sakit perut.

Kami pun keluar dari bilik dan menuju ke tandas. Kami memutuskan untuk ke tandas aras kami yang jarang digunakan oleh pelajar kerana tandas itu tekanan airnya rendah jika digunakan oleh ramai orang. Ditambah pula tandas bawah terlalu jauh untuk kami pergi. Sesampainya di tandas, aku terus masuk ke dalam lalu melepaskan hajat aku, manakala cik Lia menunggu aku di sinki.

Di dalam tandas, aku terdengar sepeti ada orang yang sedang menggunakan tandas sebelah. Aku andaikan cik Lia turut masuk, sebabnya dia pun sakit perut juga. Lama juga aku di dalam tandas, begitu juga cik Lia di sebelah. Ketika aku hampir sudah, aku dengar cik Lia sedang menarik flush tandas. Lalu aku pun berusaha untuk keluar secepat yang mungkin agar cik Lia tidak bosan menunggu aku nanti.

Bila aku keluar dari tandas, aku menoleh melihat tandas disebelah aku, tandas itu seperti rosak dan flushnya sudah tiada. Dan aku melihat cik Lia masih di depan sinki bilik air seperti awal tadi. Aku dengan pantas menuju ke arah cik Lia, lalu menarik tangannya untuk keluar. Dalam perjalanan aku bertanya,

"Hang dengaq dak bunyi orang tarik flush tadi?", aku bertanya.

"Dengaq la", dia menjawab.

"Bukan aku tadi tu, bunyi tu dari tandas yang sebelah aku", aku menjawab.

Apa lagi, kami berjalan sepantas yang mungkin dan berjalan seiringan agar tak ada sesiapa yang tertinggal di belakang. dan ketika itu kami rasakan seperti ada orang dibelakang mengikuti kami. Namun, kami tak menoleh kerana terlalu takut. Masuk saja dalam bilik kami terus naik ke katil masing-masing. Malangnya, aku langsung tak dapat melelapkan mata. Lalu aku memanggil cik Lia,

"cik Lia, hang dah tiduq?", tanya aku.

"Dak lagi, tak leh tidoq la Che Nad", jawabnya.

Aku terus turun dari katil aku lalu pergi ke katilnya. Malam itu kami tidur bersama-sama di atas katil yang disediakan untuk seorang pelajar. Sangat panas, tapi kami sama-sama takut. Selepas itu, aku tak pernah ke tandas itu lagi sehingga aku di tingkatan 4, kerana adik-adik junior selalu guna, jadi tandas itu dah tak terbiar.

Begitulah kisah dan kenangan aku ketika masih dibangku sekolah. Buat sahabat-sahabat perempuan di SMSTSP, aku merindui saat bersama-sama kalian. Kenangan yang indah sekali bersama kamu semua. Aku rasa begitu gembira sekali diberi kesempatan berjumpa semula dengan kalian. Kalian makin cantik, makin matang dan makin bijak. Semoga hubungan kita tidak akan putus. Sayang kamu semua, wanita batch 30 smstsp.

July 28, 2011

9 tahun lepas.

Cuti kali ini, aku dapat dua undangan perkahwinan. Sebelum-sebelum ni, aku tak berkesempatan nak menghadirkan diri pada majlis perkahwinan mana-mana kawan aku pun. Sampaikan, kawan aku lahirkan anak pun aku tak dapat pergi ziarah. Sebabnya, kehidupan aku dengan mereka sangat berbeza. Aku masih seorang pelajar yang perlu menghadirkan diri ke kelas, tapi berbeza dengan mereka yang sudah menjangkau ke alam rumah tangga.

Lebih kurang 9 tahun yang lepas, aku seorang budak perempuan yang ganas. Ketika itu aku merupakan seorang pengawas sekolah, penolong ketua pengawas. Aku boleh dikatakan agak honaq(kasar) dulu. Berkawan dengan budak laki. Dan juga seorang penyelamat kepada seorang kawan baik aku, jika dia kena buli dengan budak-budak lain. Kawan aku tu lelaki, cuma dia kecik dulu-dulu, sebab tu orang suka buli dia. Berbanding dengan aku, aku agak sasa dan kuat serta suka membuli orang lain. Hingga kini dia masih kawan baik aku. Dia sekarang bakal cikgu dan dah tak kena buli macam dulu dah.

Dan kini, semua sejarah itu kian aku lupai. Kawan aku pun satu persatu sudah mendirikan rumah tangga. Tapi, bertuahnya aku, sebab aku bersekolah di dalam kampung, maka kawan-kawan aku kebanyakkannya tinggal dalam satu kampung. Jadi, bila aku balik bercuti, akan aku update cerita-cerita terbaru dari mak aku. Dan yang paling hotnya tentang perkahwinan mereka.

Kawan aku yang pertama kahwin, namanya sama seperti aku. Di sekolah, bagi membezakan nama kami, cikgu dan kawan-kawan akan memanggilnya Nazirah dan aku pula Kak Ah. Dia lahir 6 hari selepas aku, dan kebetulan abah kami sama-sama berkenan nama Nazirah. Ejaan sama, yang membezakan ialah binti ayah masing-masing la. Dia berkahwin ketika umurnya 16 tahun. Dan tahun lepas dia telah melahirkan seorang anak lelaki.

Yang kedua Farizah. Di sekolah dulu, cikgu Kajian Tempatan aku suka mengusik dia. Nama ayahnya Yatim. Cikgu selalu bertanya soalan, "sapa anak yatim?". Dan yang pastinya dia tak pernah mengaku. Bila ditanya, jawabnya, ayah saya masih hidup. Dia berkahwin setelah selesai sekolah menengah dan kini sudah mempunyai dua orang puteri yang sungguh comel. Bahagianya dia menjadi seorang ibu.

Seterusnya, Amira. Aku tidaklah rapat dengannya, dan aku sudah lupa kenangan aku dengannya. Tapi, baru-baru ini, aku dapat khabar yang dia selamat melahirkan seorang putera sulung. Tahniah, Mira!

Manakala, Rasyidah ialah rakan sepermainan aku di sekolah rendah yang mendirikan rumah tangga hujung tahun lepas. Dulu, dia suka mengajar aku meletupkan jari jemari. Disebabkan aku tidak pandai memetik jari, dia mengajar aku meletupkan jari dengan cara mematahkan jari. Tapi buat perlahan-lahan saja la. Hingga kini, tabiat aku meletupkan jari jemari agak lain sedikit. Dia seorang yang cantik, dan kali terakhir aku jumpa dengannya ialah ketika Raya Haji tahun lepas. Dia makin cantik, seri bakal pengantin katakan.

Lelaki pertama yang berkahwin antara semua rakan sekolah rendah aku ialah Farizal. Namanya seperti sama dengan Farizah bukan? Sebenarnya mereka berdua ialah sepupu dan kemungkinan, disebabkan mereka lahir di tahun yang sama, ayah mereka meletakkan nama mereka begitu. Rumah mereka pun tak jauh, selang satu rumah saja. Dan mereka berdua selalu dipadankan oleh cikgu Kajian Tempatan kami(Cikgu Mail). Rumah aku dengan mereka berdua ni agak dekat, dan dulu aku suka tengok Farizal dan budak-budak laki yang lain main guli, dan akhirnya aku turut serta. (Aku pernah sleep walking cari guli, mungkin sebab terlalu seronok main kot). Tapi aku tak main kalau mereka letak duit sebagai pertaruhan dalam bulatan. Dan disebabkan aku selalu bergaul dengan mereka, aku pernah dijangkiti kutu dan sakit mata dari mereka.

Yang terbaru dan terakhir dalam senarai berkahwin ialah Roselizawati. Dia bukan tinggal di kampung yang sama, tapi dia datang ke kampung aku untuk bersekolah. Disebabkan rumahnya di kampung sebelah, aku pernah melawat ke rumahnya. Aku ketika itu pergi bersama-sama Azhanie, juga merupakan jiran sebelah rumah aku. Disitu berlaku satu kenangan lucu, aku dan Azhanie dikejar anjing. Dan sepanjang perjalanan pulang dari majlisnya, aku asyik tersenyum sendiri mengingatinya. Dan aku baru saja jumpa kembali dengannya. Pasar malamlah yang menghubungkan kami kembali. Dan disitu juga dia menghulurkan kad perkahwinannya untuk aku. Buat pertama kali aku menghadiri kenduri rakan aku ialah di hari perkahwinan dia. Dia cantik, berbaju ungu tersenyum ayu.

Bila diimbas kembali kenangan dulu, aku ada teringat sesuatu, ganas-ganas aku dulu, aku ada seorang peminat, tapi dia ni kuat beringus. Hingus dia pulak tiap-tiap hari warna hijau. Geli aku, dah la aku budak ganas, mana layan budak laki lembik macam dia. Lawak juga bila difikir kembali. Dalam buku biodata aku dia tulis pesanan, "Ingat aku dalam hatimu" dan aku telah conteng hatimu dan aku tukarkan menjadi doamu. Sungguh aku meluat dengan ucapan dia itu. Boleh pulak dia pi bagi tau kat semua budak laki kelas aku ditambah dengan cikgu praktikal, yang dia suka kat aku. Cikgu tu tanya sebab apa suka aku, dia jawab, "sebab nanti bila dah kawin nak peluk sedap". Tau la aku memang dari kecik berbadan besar. Tapi malu kot dia buat macam tu.

Lepas kawan baik aku mai sampaikan cerita tu, aku mengamuk teruk. Bila dia masuk kelas aku pi luku kepala dia kot. Entah aku pun lupa, tapi aku pi marah dia la. Sekarang dah besar, dia pun dah buka mata, suka kat perempuan yang cantik, macam lelaki-lelaki yang lain la. Apa punya perangai la kecik-kecik. Sekarang, dia yang malu-malu dengan aku. Aku ok saja, buat-buat tak ingat apa-apa. Kali terakhir dia mai rumah aku, raya tahun lepas. Masa tu aku tanya satu soalan dia jawab satu jawapan. Mungkin dia malu sebab ingat balik tentang hal dulu kot.

Dan aku juga masih ingat, aku selalu lepak dengan budak-budak laki main tepuk-tepuk kad di atas lantai kelas. Patut la baju aku selalu kotor. Masa tu la ada sorang budak perempuan cemburu aku ada banyak kawan laki, dia sebarkan cerita. Dia kata, budak perempuan, kalau dok sebelah budak lelaki, nanti boleh mengandung. Aku masa tu sentap juga la, jadi kami pun dok jauh-jauh masa main, konon-kononnya takut mengandung la. Lawak gila la. Kepercayaan budak 12 tahun. Dan masa itulah aku tau apa itu mimpi basah untuk lelaki. Kawan aku yang innocent lagi masa tu dok cerita. Siap detail lagi. Memang sangat ............ hahahahahaha...

Kalau cerita bab cikgu pulak, aku paling sayang cikgu Aziz. Dia cikgu Sains aku masa darjah enam. Masa aku dapat 5A UPSR, dia suapkan aku kek. Dia sangat, sangat baik. Kalau dia bagi kami soalan, dia akan bacakan jawapan untuk kami isi kat tempat soalan tu. Hahahaha... Baik kan! Seterusnya cikgu Ridhuan, cikgu kelas aku. Dia sangat lawak orangnya. Kadang-kadang, agak serius juga. Cikgu Zainuddin, cikgu matematik aku yang paling garang. Pembaris kayu pernah patah 8 dibuatnya, papan hitam pernah retak gara-gara hentukkan kepala murid-muridnya yang tak dapat jawab soalan. Aku pulak, pernah kena ketuk dengan buku tebal kat kepala, bengong sebentar. Tapi, sekarang aku mengerti mengapa dia selalu marah, sebabnya sekarang aku menjadi cikgu matematik untuk adik aku. Aku dapat rasa betapa membuak-buak rasa ingin marah ketika mengajar subjek matematik. Yang lain aku dah lupa.

Itu 9 tahun yang lepas, tapi kini 360 darjah telah berubah.

July 27, 2011

CINTA.




Cuma nak kongsi benda yang baru aku jumpa ni, dari facebook Ustaz Zaharuddin.net.

"Janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakan' pasangan 'jahat' yang belum halal bagimu , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang & putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu, bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar"
Aku sangat suka kata-kata tersebut. Yang ini pula aku dapat dari salah satu tulisan Hilal Asyraf dalam LangitIlahi. Ayat ni aku jadikan simpanan peribadi untuk ingatan aku sendiri. Jadi, setiap kali hati aku "terjatuh", aku akan ingatkan diri aku. Tanya balik pada diri aku, betul ka itu cinta sebenar? Keputusannya, aku akan selalu biarkan perasaan itu berlalu pergi, sebabnya aku tak rasa itu cinta yang akan buatkan aku lagi dekat denganNYA, tapi sebaliknya.

Cinta! Siapa boleh kawal bila nak jatuh cinta? Kalau dah jatuh cinta tu, jatuh la juga. Kadang-kadang, sebab ternampak, dengar cerita, begitulah peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begitu? Sebabnya itu memang fitrah manusia. Manusia memang ada fitrah untuk mencintai dan dicintai. Tetapi, cinta itu kenalah dibina atas dasar keimanan. Jangan pula cinta mengawal keimanan, tetapi keimanan yang mengawal cinta.

Cinta tak salah. Siapa yang mengharamkan cinta itu, dia sebenarnya mengharamkan fitrah manusia. Islam tak turun untuk mengharamkan fitrah, islam turun untuk mengajar manusia mengawalnya. Kawal cinta kita. Kalau betul cinta, cinta biar ke syurga. Maka apa persediaan kita untuk membawa keluarga kita ke syurga? Adakah dinamakan cinta kalau kita sekadar melemparkan pasangan kita ke neraka?

Cinta itu mestilah diiringi dengan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, itu bukan cinta sebenarnya. Dan korban pula bukan korbankan maruah, harta, masa untuk pasangan tapi korbankan masa, harta dan diri kita untuk tarbiyah dan proses diri agar kita bersedia membina keluarga yang ALLAH redha. Betapa indahnya cinta andainya kerana mencari redha ALLAH SWT dan dibina atas dasar keimanan.

Wallahualam.

July 26, 2011

Benda wajib dilakukan sebelum tidur...

Hampa pernah dak terjaga tengah malam, dalam lingkungan jam 2, 3 pagi? Lepas tu, terjaga pulak sebab mimpi ngeri. Tak kisah la apa jenis mimpi pun, asalkan ianya ngeri. Bila hampa terjaga pulak hampa rasa panas ja satu badan, berpeluh-peluh.

Semalam benda ni jadi kat aku. Aku tiduq awal juga la, sebab aku kurang sihat. Lebih kurang pukul 2.43 pagi aku terjaga. Dan benda yang aku mimpi tu pun aku masih boleh ingat sampai malam ni. Tapi yang pastinya masa aku terjaga tu, memang ketaq habis ar. Dengan cahaya bulan pulak samar-samar masuk ikut bata bunga bilik aku.

Aku ingat mimpi tu tapi aku tak tau nak cerita macam mana. Tapi yang pastinya, aku menjerit dalam mimpi, sampai terjaga pun aku menjerit. Pagi tu aku cuba berfikir dengan warasnya apa yang terjadi semalam.

Pikir punya pikir, rupa-rupanya aku tak tidur macam hari-hari biasa. Malam tu aku tidur dalam keadaan yang aku tak mau tidur lagi, dalam erti kata lain "tertidur". Yang pastinya, semua rutin harian yang aku akan buat sebelum tidur, aku tak buat.

Ok, ni aku nak kongsi apa benda wajib yang perlu kita buat sebelum tidur.

  • Basuh muka
Yang pertama, basuh muka. Alah, buat apa nak basuh muka, nak tidur ja pun! Haaa... Salah tu, sepatutnya, sebelum tidur, pastikan hampa basuh muka. Bersihkan dari segala minyak-minyak, debu-debu dan microorganisma yang lain. Nak tambah basuh kaki sekali pun boleh saja.
  • Berus gigi
Yang ini bekas roomate aku yang pesan. Dia kata pensyarah dia yang bagi tau. Sebab ada kesan kot, mungkin akan mendatangkan penyakit. Aku pun dah lupa apa yang kawan aku terangkan panjang lebar hari tu. Tapi bagus apa kalau kita berus gigi sebelum tidur. Sekurang-kurangnya, sisa makanan yang kita makan masa makan malam tak dak la tertinggal.
  • Buang air
Haa..... Yang ni pun sama, maklum la roomate aku tu budak nursing, macam-macam petua dia cuba turunkan kat aku. Petua ni dia turunkan kat aku masa dia tengah belajar endocrine. Ala yang pasal ginjal tu la, yang bentuknya piramid tu. Dia cakap, sebelum tidur, biasakan buang air dulu. Sebabnya, ada satu benda aku pun dah lupa apa namanya, yang mengawal rasa ingin membuang air akan rosak kalau kita tahan. Akibatnya, kita akan jadi macam orang tua-tua yang langsung tak dak rasa apa ketika hendak membuang air , tengok-tengok dah basah.
  • Minum air kosong
Minum air kosong ni aku pun tak tau dari mana aku dapat, tapi memang dah jadi tabiat aku. Mungkin nak bagi tekat tak kering kot.
  • Baca doa tidur
Yang ini sudah semestinya perlu. Sebabnya nak menghalang gangguan syaitan ketika kita tidur.


Rupa-rupanya semalam aku tertidur masa tengah tengok cerita. Aku penat, tapi tak mengantuk, lalu aku ulang semula tengok cerita. Mujur la laptop aku automatik hibernate, kalau dak, mau meletup la dia. Dan aku tertidur dalam keadaan yang aku tak sedar, perkataan apakah yang cuba aku katakan ni. Hahahaa.....

Pesanan aku, kalau nak tidur tu silalah bersiap sedia. Sebab apa? Sebab kalau kita terjaga pukul 6, tengok-tengok kita tertidur kat meja, kan dah dinamakan satu kerugian. Rugi la, sebab tak dapat tidur atas katil. Ditambah pulak dengan bermacam-macam gangguan lain.

Jom tidoq.......... (^_^)

July 24, 2011

Belum terlambat untuk mencuba.

Semalam tengah aku dalam keadaan keliru dan sedih, aku pun mula berjalan menggunakan jari aku tanpa arah tuju di atas keyboard laptop kesayangan aku. Fikiran aku tak menentu. Ada rasa sedih di hati. Terbit sedikit gundah di jiwa aku. Aku rasa sesuatu berkurangan.

Alhamdulillah, ALLAH temukan aku pengubatnya. Ubat ini mendamaikan jiwa yang gusar, menenangkan hati yang gundah. Ya ALLAH, Engkau jadikan aku wanita solehah yang dapat berjuang demi agamaMU. Aku kongsikan dengan kalian.

bagaimanakah ciri2 wanita solehah....?

~ Seseorang yang menyejukkan hati mata yang memandang

~ Seseorang yang bisa menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah

~ Seseorang yang hatinya tulus

~ Seseorang yang bicaranya hikmah dan benar

~ Seseorang yang berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakai dan pergaulannya

~ Seseorang yang khuatir dirinya akan membuatkan orang tergoda

~ Seseorang yang redha dengan ujian

~ Seseorang yang berjiwa hamba

~ Pelajarilah dari wanita yang solehah supaya berjaya menjadi solehah..


.insyaAllah.. Belum terlambat untuk kita kaum hawa untuk menjadi seorang wanita solehah. Jom didik diri kita~

"ALLAH tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. ALLAH hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian."-Hadis Riwayat Muslim_

"Jangan difikir apa yang orang kata, orang pandang, tapi fikirlah apa yang ALLAH pandang pada kita"

Setiap manusia ada kesilapan, samaada kita sendiri yang menentukan untuk berubah seandainya hidayahNYA sampai pada kita.

Wallahualam..

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang menasihatiku dengan bait-bait ini.

July 23, 2011

# 2 Aku Kahwin.

# 1 Aku kahwin.

Seminggu selepas ziarah yang pertama, tiba juga hari pertunangan aku. Dan dihari pertunangan aku ini, hanya keluarga terdekat saja yang hadir. Kata mak, baru bertunang, tak manis diheboh-hebohkan, nanti nak kahwin boleh la panggil ramai pun, ni cuma bertunang tak payahlah semua orang tahu. Kawan-kawan aku seorang pun tak tahu hal ini. Rasa sedikit bersalah dihati aku kerana aku langsung tak punya kekuatan untuk menyuarakan hal ini kepada mereka.

Majlis hari itu hanya biasa-biasa saja. Lepas asar rombongan dari pihak lelaki datang. Aku pula hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana hanya itu saja yang aku tahu. Keluarga aku dan tetamu sudah mula berbincang tentang kami, sedangkan aku hanyut di dalam khayalan aku sendiri.

"Kenapa ni, Nazirah. Hang tak gembira ka? Ataupun hang sedih?"

"Bukan! Sebenarnya aku masih keliru. Keliru sama ada keputusan ini baik ataupun tidak buat aku."

Andai aku punya keputusan tika ini, ianya tetap sama. Aku sudah terlambat untuk membuat keputusan. Sepatutnya sekarang aku harus terima dengan redha pilihan orang tua aku. Tak guna aku cuba membantah kerana ia akan menambahkan malu buat keluarga aku. Dan sebaiknya aku mengikut saja kehendak mak aku.

Lamunan aku terhenti apabila aku mendengar suara memberi salam. Aku menjawabnya, namun aku langsung tidak mengangkat kepala untuk melihat gerangan siapakah yang datang. Sebab aku sudah tahu, mesti wakil pihak lelaki datang untuk menyarungkan cincin sebagai tanda pertunangan aku. Aku terus diam, dan dia mengangkat wajah aku. Aku lihat wajahnya tersenyum.

"Apa khabar anak umi?"

Senyumannya buat aku terubat, wajah tenangnya buat aku damai, dia bahasakan dirinya umi dan aku dia panggil anak. Bergetar hati aku ketika itu, aku hanya membalas jawapannya dengan sebuah senyuman. Setelah selesai menyarung cincin, dia memeluk aku dengan erat sekali. Pelukkan itu seperti bererti dia mengucapkan selamat datang buat aku yang bakal menjadi salah seorang ahli keluarganya.

Tunang aku? Aku pun tak kenal siapa dia, sebabnya minggu lepas masa dia dan keluarganya datang, aku langsung tak angkat kepala untuk melihat dia. Hari ini pulak, dia tak mai. Memang sampai kahwin kot, aku tak tengok dia. Entah kacak ke tidak, entah comel ke tidak. Aku sendiri pun langsung tak tahu. Nak tanya keluarga, aku malu. Biarlah, yang pasti aku langsung tak kisah siapa pun bakal menjadi suami aku itu.

Ahhhh..... Itu majlis dua bulan lepas,dan kini sudah dua bulan aku menjadi tunangan orang. Aku sendiri langsung tak boleh mempercayainya. Aku mungkin masih berfikir mengenai hal ini. Tapi berapa lama lagi harus aku berfikir. Masa kian berlalu, hari perkahwinan aku pula semakin dekat. Wajah umi juga turut meniti diingatan aku. Ikhlasnya dia untuk menerima aku sebagai bakal menantunya, tetapi aku, masih dalam perasaan aku sendiri yang masih serba salah untuk berkahwin dengan anaknya.

Bermula dari dua bulan yang lepas, mak sibuk mengajar aku memasak. Aku disuruh melakukan bermacam-macam kerja. Kata mak, supaya aku cekap nanti bila sudah menjadi isteri orang. Tempoh pertunangan aku hanya tiga bulan, dan sebelum aku mulakan semester baru di tahun yang kedua, aku akan berkahwin. Ya! Aku akan berkahwin. Cik Kompas akan menamatkan zaman bujang pada usia 21 tahun. Betulkah ini? Adakah ini semua kenyataan ataupun dalam khayalan semata-mata. Hurmm.... Aku pun tak tahu, sebabnya aku kini berada di kedua-dua situasi, fantasi dan juga realiti.


p/s: rekaan semata-mata!!!!!

July 22, 2011

Jika terlalu mencari "KESEMPURNAAN"..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi....
Yang kamu pasti baik untuk dirimu....
Mengenyangkan... Berkhasiat....
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain....
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya....
Kamu akan menyesal....

Maksudnya....
Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
Yang pasti membawa KEBAIKKAN kepada dirimu...
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU....
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain....
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.....
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.....
Kamu juga akan MENYESAL




~~~”Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN”~~~






Ini pesanan dari kakak sulung aku di facebooknya. Boleh tahan juga kakak aku ni bermadah.
Well, orang yang lebih dulu makan garam, mestilah lebih tahu betapa masinnya garam.

July 21, 2011

Rahsia rasmi seorang wanita.

Hampa pernah dak ada seorang wanita di sisi? Wanita tu tak kira la sapa, sama ada mak ka, kakak ka, adik ka, kekasih ka, isteri ka, kawan ka, asalkan dia seorang wanita. Dan sudah semestinya wanita yang berumur 12 tahun dan ke atas. Kenapa mesti 12 tahun ke atas? Sebabnya, kebanyakkan wanita di umur ini sudah mengalami kitaran haid.


Ya!! Hari ini aku mahu bercerita tentang wanita dan PMS, dan secara tak langsung akan menyentuh juga pasal haid. Sebabnya, bila haid baru PMS berlaku. Dan yang namanya wanita jugalah yang berhadapan dengan semua ini. Qunsa aku tak tau la dia ada ke tak.


Ok, mula-mula sekali, tentang PMS. PMS ini sebenarnya dalam bahasa inggeris iaitu Premenstrual Syndrome. Selain itu, PMS juga dikenali sebagai PMT( Premenstrual Tension). Dari nama pun kita boleh dapat tau apa jenis penyakit yang selalu wanita alami setiap bulan.


Hampir setiap wanita akan merasai sindrom ini. Oleh itu, aku terdetik ingin berkongsi tentang PMS dari pandangan aku. Sebabnya, aku rasa ramai yang masih tak ambik kisah hal ini. Walaupun kita seorang wanita, kita kena tau juga! Sebab apa? Kalau kawan kita PMS, kita sebagai wanita sepatutnya amat memahami keadaan mereka. Ini tak, masa dia PMS, segala angin taufan mai melanda, kita boleh sabaq, kasi can kat dia sebab dia "PMS". Tapi bila masa kita, dia buat-buat tak faham. Tolonglah.... Tolonglah memahami kaum sendiri.


PMS akan mendatangi wanita sama ada sebelum, semasa ataupun selepas haid. Tapi kalau yang normal, akan berlaku 2 minggu sebelum kitaran haid. Tapi kebanyakkan wanita sekarang PMSnya tak menentu. Mungkin juga hal ini disebabkan faktor pemakanan. Sebabnya, makanan juga boleh menyebabkan hormon kita meningkat mahupun menurun.


Hormon utama yang membuat onar PMS ini adalah hormon estrogen. Hormon estrogen ini sebenarnya hormon wanita, tugas dia untuk tebalkan dinding endometrium, bila estrogen menurun, dinding endometrium pun akan turut runtuh sekali. Mood pun akan turun jugak lah nampaknya. Tapi, kalau ada persenyawaan, dinding itu tak akan runtuh tau. Sebabnya, kat situlah kita membesar.


Sesetengah wanita ketika PMS melanda dirinya, dia sendiri seperti tidak kenal akan dirinya. Perangai pulak, 360 darjah terbalik. Kadang-kadang, terdetik juga dihati rasa nak bunuh orang yang banyak cakap, yang menyakitkan hati dan banyak lagi. Dalam jangka masa ini, emosi para wanita amatlah tidak stabil, perkara sekecil-kecil kuman pun boleh mengakibatkan mereka ini menangis tanpa sebab.


Pernah dulu, aku ceritakan pengalaman aku sendiri. Lepas magrib aku ke kafe untuk beli makan malam. Aku tak suka makan kat kafe sebab suasana kat situ amat bingit. Oleh itu, aku punya tujuan ketika itu, pergi beli dan balik makan kat bilik. Lebih kurang setengah jam aku tunggu, aku mula menangis. Betul! Kat kafe tu jugak aku teyak(!_!)... Memang la sekarang aku tengah waras, aku fikir benda yang aku buat tu sangatlah bodoh. Tapi, masa tu aku tak ingat apa dah. Aku menangis setengah jam kat kafe, tersedu-sedu. Nak tau sebab apa? Sebab akak kafe tu goreng nasik aku lambat sangat.


Lepas dah dapat makanan aku tu, aku balik dan aku sambung menangis sambil makan. Padahal bila difikirkan, kecik punya hal, tapi emosi ja lebih. Maka, disini ingin aku nyatakan, itulah penangan PMS kepada wanita. Masalahnya, PMS ini tak dapat kami kawal, sebabnya ia tindakan luar sedar otak kami yang terhasil daripada rangsangan hormon wanita.


Oleh itu, disini aku nak tekankan pada sahabat wanita yang diluar sana, anda sebagai wanita sepatutnya lebih faham perasaaan sahabat wanita yang lain. Nak buat macam mana kan, memang wanita dan PMS tak dapat dipisahkan.


Dan buat ibu-ibu pulak yang ada anak perempuan, tolonglah faham anak gadis kalian. Kesian depa, dah la PMS, pastu kena berleter dengan mak tak henti-henti pulak.. Hahaha... Aku la tu. Bukan saja-saja nak lawan mak, tapi masa itu PMS sedang menyerang, emosi tak dapat kawal, fikiran pun turut terganggu. Yang bakal jadi ibu pula, jom kita sama-sama fahami bakal anak gadis kita.


Dan buat kaum adam, yang bukan suami kepada seseorang wanita, cuba jauhi diri anda ketika anda melihat wanita yang seperti emosinya terganggu. Sebabnya, peratus anda terdedah pada bahaya amatlah tinggi. Tapi berlainan pula buat suami, anda sepatutnya perlu mendekati isteri anda ketika mereka PMS, kerana wanita ketika ini suka dilayan seperti seorang ratu. Kalau boleh, setiap bulan, masa isteri PMS tu, tawarkan diri anda untuk kurangkan beban kerja mereka. Cewah, macam aku tau saja.

Wallahualam...

July 20, 2011

Aku blur~

Pernah dak hampa rasa blur semacam ja. Aku pernah, bukan kali ini saja, tapi banyak kali. Pertamanya, aku takut. Bila aku takut, kepala jadi serabut memikirkan benda yang tak patut aku fikir. Kemudian, mulalah aku bayangkan perkara akan terjadi. Aku fikir apa akibatnya selepas ini. Lepas itu, aku akan berhenti berfikir sebentar, kemudian aku menangis. Tapi aku sendiri langsung tak tahu apa sebab aku menangis. Yang aku tau, aku rasa nak menangis saja. Setengah jam kemudian, aku migrain. Lepas dapat sakit, baru aku ingat padaNya.

Betul juga satu ayat dari seorang sahabat aku, "tambah senang, kurang tenang"..

Ialah, sebabnya kita langsung tak pandang apa yang kita ada, langsung tak bersyukur, yang kita tau, salahkan takdir kenapa kita tak macam itu, macam ini dan macam-macam lagi. Dan kita langsung tak boleh sabar dengan apa yang tak ada pada kita sekarang. Aku bagi contoh, kita cantik, tapi kita tak sedar, kita tak bersyukur. Yang kita tau, kita nak kaya saja, dan bila kita berusaha ke arah menjadi kaya, kita tak sabar. Kita nak cepat kaya. Itulah satu realiti hidup kita.

Lumrah dalam dunia ini, ada yang baik, ada yang tak. Ada rasa hasad dengki, ada pula rasa iri hati, ada rasa benci, ada juga rasa sayang, ada rasa rindu, ada pula rasa dendam. Berbagai-bagai jenis rasa yang ada, tapi itu adalah perasaan yang setiap dari kita ada. Sama ada sedar mahupun tak, kita ada setiap ciri-ciri tersebut. Sebab itulah kita dikurniakan olehNya akal. Dengan akallah kita dapat mengawal semua perasaan tersebut dari terus menyelubungi diri kita.

Mari sama-sama beristigfar,

Astagfirullahalazim,,,

July 13, 2011

Tak Dak apa pun.

Pernah tak hampa semua download cerita? Bagi yang pernah, hampa memang sangat( )*isilah sendiri. Sebenarnya, aku sebelum ini langsung tak pernah ada pengalaman download sebarang cerita pun. Yang aku tau, mintak aja dari orang. Bawak pendrive, buat muka kesian, pahtu mintak la tiga empat cerita.


Tindakkan aku itu boleh diibaratkan seperti "bersenang-senang di atas kesusahan orang lain". Ya, itulah yang selama ini aku lakukan terhadap semua kawan-kawan aku. Sampai satu tahap, aku yang ingin bercuti selama 4 bulan sanggup copy berpuluh-puluh cerita dari kawan-kawan aku. Memang sangat kejam. Tapi hanya buat yang betul-betul bersusah payah mengdownload semua cerita tu la.


Bermula kisah aku yang buta kayu IT ni belajar download cerita. Disebabkan cerita yang aku copy dari kawan-kawan aku sudah siap aku tengok dalam masa dua bulan, aku mula terasa gatal-gatal ingin mencuba mencari cerita baru.


Pertama sekali aku tanya dari kawan sekolah lama, aku tanya masa kami keluar lepak-lepak sambil makan. Dia pun ajar guna mulut saja, dan aku sebagai muridnya berusaha untuk cuba membayangkan apa yang diajar olehnya. Namun aku langsung tak paham. Aku dari dulu memang slow learner.


Balik dari jumpa kawan aku, aku terus mencapai laptop dan terus mencuba untuk belajar sendiri. Dan aku anggarkan masa untuk mendownload satu drama korea mengambil masa lebih kurang tiga ke empat hari, bukan 24jam satu hari la, lebih kurang 12 jam satu hari mendownload.


Drama korea pertama aku berjaya download menggunakan keringat aku sendiri ialah My Girlfriend is a Gumiho.( aku ambik masa 2 minggu download). Masa aku tengah pelan-pelan belajar ditambah pulak internet terputus.


Kat bawah ni aku listkan link-link yang aku selalu terjah,

gloG85 mediafire

sazwan mediafire

kongsi gelap


File yang didownload plak sangat pelik. Bagi aku yang pertama kali melakukan kerja ni.
File dia format .001 .002 .003.....


Mula-mula aku tersangatlah keliru, apa kehei aku download lama-lama, tiba-tiba tak boleh nak tengok. Lepas belajar lagi dengan lebih mendalam, rupa-rupanya, file-file tersebut kenalah disambungkan terlebih dahulu, dan kemudiannya dinamakan dengan apa-apa jenis file yang kita nak. Contohnya, .avi atau .mkv.


Kalau hampa tak paham, hampa boleh baca kat tutorial kat sini. Aku yang slow ni pun boleh paham, hampa semua apatah lagi kan. Yang penting, cuba belajar perlahan-lahan. Jangan terlalu gelojoh. Kalau makan nasik dengan gelojoh, nanti tak hadam.


Tapi perkara yang paling menyiksakan aku adalah, bila aku penat-penat tunggu sampai pukul 12 ++ untuk mendownload satu-satu file, dan hanya tinggal berapa peratus saja nak habis download, tiba-tiba internet terputus. Bukan terputus dengan sendiri, tetapi ditutup oleh manusia. Pernah aku merajuk untuk mendownload selama dua hari. Buruk punya perangai. Hahahaha...


Lagi satu, aku juga diberikan tagline oleh mak aku, " satu hari tak usung laptop, tak boleh hidup". Tak dak ar, boleh ja hidup. Aku akan usung laptop aku tepat pukul 10 ke ruang tamu. Nak tau sebab apa? Sebab adik aku nak tidoq. Tak leh kacau orang yang nak pi sekolah tidoq. Hahahahaha...


Waktu aku mengdownload cerita adalah lingkungan pukul 1 tengah hari hingga 6 petang, 9 malam hingga 1 pagi. Sambil tunggu download aku baca blog orang. Jangan terkejut la kalau aku dok terjah entri lama-lama hampa tu. Sebabnya, aku gila tengok huruf. Maksudnya, aku suka membaca la.


Hahaha.... Sebelum ni, aku langsung tak UP-TO-DATE cerita yang baru keluar. Contohnya, aku akan tengok satu-satu cerita yang keluar dipawagam tahun 2008, aku tengok dalam 2009. Macam itulah, ditambah pulak negeri kelahiran aku ni memang tak pernah wujud pawagam. Eh... eh... Kejapp.... Ada la, tapi bukan pawagam, nama dia Dewan Kapitol, kalau aku tak silap la. Tapi seingat akulah, aku tak pernah jejaki kaki ke tempat tu. Selepas beberapa tahun bangunan tersebut terbiar, kini dah pun di ambil alih sepenuhnya oleh UniMAP.




Aku ni jenis kampung punya orang, bagi aku, aku tak rasa tengok wayang itu adalah satu kepuasan. *BAGI AKU, satgi hampa mai serang aku pulak, itu sekadar pendapat aku, seorang budak kampung yang seperti katak dibawah tempurung. Ok, berbalik pada kisah wayang, aku pernah sekali saja tengok wayang. Pengalaman pertama aku dan mungkin yang terakhir kot(insyaallah). Ceritanya, Hantu Kak Limah Balik, tengok dengan kakak aku, kawan kakak aku, adik aku dan juga sepupu aku.

Aku nak cerita yang sekarang dengan tahunya aku mendownload, aku boleh tengok cerita baru kat laptop aku. Hahahahaa.... Bosan? Biar ar, sebab ini aku, memang aku bercita rasa macam ini. Cita rasa orang tak sama kan. So, terimalah perbezaan.

Ok noktah! Banyak lagi link untuk download cerita yang boleh hampa dapat, cuba tengok kat sini.

Sekiannnnn..... Selamat mencuba.

p/s; kegilaan aku akan tamat bila tamatnya cuti semester yang panjang gila ni.. hee~

p/s II; Jom blogwalking.....

Aku nak habiskan baca blog ni-----> the blocked blog....
Next, KeretaMayat...

Kegusaran hati ini.


Dah hampir seminggu perkara itu berlaku. Nampaknya, bahang perkara tersebut masih tetap panas dirasai aku.

Aku ingat perkara itu akan sunyi sepi ditelan angin. Tapi tekaanku salah. Keresahan aku kembali.

Tolonglah, kepala aku sudah pusing berfikir, dada aku sudah sesak tak boleh bernafas.

Aku sudah tidak tahan melihat kerenah kalian. Tolonglah..... Aku merayu, tolong hentikan semua ini...

Tolonglah kalian....... Aku merayu kepada kalian semua, aku sudah tidak tahan lagi melihat, mendengar mahupun menatap perkara-perkara yang kalian lakukan.

Cukuplah wahai saudara seIslamku.. Berhentilah.. Hanya itu saja pintaku buat kalian.

July 12, 2011

Short note.


Sebentar tadi aku bersedih, tapi kini aku sudah terubat.

Sebentar tadi fikiran aku kosong, tapi kini fikiran aku sudah terisi.

Sebentar tadi marah menyelubungi diri aku, tapi kini aku sudah reda.

Bersabarlah, sesungguhnya sabar itu ubat buat penyakit marah, resah, sedih dan banyak lagi.

July 11, 2011

Pertama.


Pertama kali dia kenal dirinya, dia masih di awal remaja.

Pertama kali dia kenal erti berdikari, dia sudah tegar berlari.

Pertama kali dia jatuh cinta, dia belum mengerti apa itu terluka.

Pertama kali dia kecewa kerana gagal, dia masih belum dapat mengawal.

Pertama kali dia kenal apa itu persahabatan, barulah dia sedar apa itu sebuah ingatan.

Pertama kali dia kenal apa itu berusaha, dia sudah mula bertekad untuk berjaya.

Pertama kali dia kenal apa itu redha, dia sentiasa sedarkan dirinya.

Pertama kali dia kecewa bercinta, dia baru kenal apa itu pedihnya terluka.

Pertama kali dia sedar ALLAH itu sayang akan dirinya, dia amat bahagia.

Pertama kali dia kenal apa itu rindu sebenar, air matanya sentiasa mengalir.

Pertama kali dia tahu apa itu pedihnya akibat bercinta, dia rasa amat sengsara.

Pertama kali dia tahu apa itu tabahkan hati, dia sedar ramai yang ada disisi.

Dan kerana yang pertamalah, dia kini mula meneruskan perjalanan tanpa menoleh.........

p/s ; yang pertama tak selalunya indah, tapi yang pertamalah yang akan mengajar kita untuk menempuh yang kedua dan seterusnya............


Kegagalan...

Hari ni aku terasa amat rindukan KMK.


Apa maksud kecewa...

Al imanu yazidu wa yankus

July 10, 2011

Kegelisahan hati dengan keadaan kini.




Macam-macam buah fikiran manusia kan. Pendapat demi pendapat, suara hati demi suara hati dilontarkan dan diluahkan di blog masing-masing. Ada yang sokong, ada yang tak sokong. Ada yang marah, ada yang gembira. Ada yang kata berjaya, ada yang kata gagal.


Aku? Apa aku buat, aku mampu diam sambil tengok saja. Sebab apa? Sebab aku tak pandai nak cakap hal-hal ini. Aku bukan macam yang lain, yang petah dan lantang bersuara. Gah betul mereka melontarkan kata-kata, sampai kadang-kadang aku sendiri turut percaya akan apa yang ditulis mereka.


Aku sedih dalam diam, aku tengok visual-visual mereka-mereka disana. Terbit perasaan kasihan pada mereka. Tapi adakah mereka kasihan pada diri mereka? Ataupun, aku yang sepatutnya mengasihani diri aku sendiri yang tak faham akan tujuan mereka melakukan semua itu.


Ya! Itu benar, sampai ke hari ini aku langsung tak tahu apakah tujuan mereka melakukan semua itu. Aku mengaku, aku langsung tak ambil tahu hal-hal tersebut. Sebab itulah aku tak berani untuk menyuarakan pendapat. Yang aku tahu, pada tarikh itu, mereka akan melakukan perkara itu. Hanya itu yang aku tahu.


Seharian aku resah, membaca disana sini membuatkan aku bertambah resah. Si dia salahkan pihak itu, si dia yang lain pula salahkan pihak yang lagi satu. Aku keliru. Yang mana satu perlu aku percayai? Aku langsung tak dapat memilih mahupun berfikir.


Alhamdulillah.... Hari ini resah dihati aku terubat. Aku terjumpa sesuatu. Dari post dia, aku dapat satu jawapan. Aku tak sokong kedua-dua pihak di atas, tetapi aku sokong satu sahaja, iaitu MALAYSIA, tanah air yang aku pijak selama ini. Aku hanya akan berpihak pada negara aku, Malaysia.


Jangan kalian salah sangka dengan aku, aku bukan tak nak langsung berpolitik, tapi semua itu buatkan aku resah. Dulu, dalam kelas Hubungan Etnik, yang aku belajar semester lepas, aku ada tanya pensyarah aku.


Aku: Encik, macam mana kita nak mengundi, kita tau kan satu parti tu tak telus, suka menipu, dan satu parti lagi suka main kotor la, makan duit sana sini la. Dua-dua jahat, kalau tak mengundi pula kita berdosa, sebab kita tak memilih. Macam mana ya?


Encik Pensyarah: Jawapannya ialah, pilih pemimpin, bukan pilih parti. Contohnya, dikawasan kamu ada dua orang calon yang bertanding, pilihlah calon yang terbaik daripada dua orang calon tersebut, bukan berlandaskan parti.


So, mulai hari ini, jom kita cuba kaji selidik calon yang akan bertanding di kawasan kita.(hanya untuk yang sudah cukup umur untuk mengundi sahaja)...

Ciri-ciri pemimpin yang sejati
  • Memiliki kekuatan fizikal ---> (Al-Qashash;26) Dan salah seorang dari kedua (perempuan) itu berkata, "Wahai ayahku! Jadikanlah dia sebagai pekerja (pada kita), sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja (pada kita) ialah orang yang kuat dan dapat dipercaya.
  • Boleh dipercayai ---> (Yusuf;54) Dan raja berkata, "Bawalah dia (Yusuf) kepadaku, agar aku memilih dia (sebagai orang yang dekat) kepadaku." Ketika dia (raja) telah bercakap-cakap dengan dia, dia (raja) berkata, "Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi di lingkungan kami dan dipercayai."
  • Pemimpin yang adil --->(An-Nahl;90) Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.
  • Pemimpin yang dicintai oleh umatnya ---> Rasulullah bersabda : "Sebaik-baik pemimpin adalah orang yang kamu cintai dan juga mencintai kamu, kamu mendoakannya dan dia pun mendoakanmu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah orang yang kamu benci dan membenci kamu, kamu kutuk dan juga mengutuk kamu...... (HR Muslim)

Namun keempat-empat ciri di atas tidak selamanya akan melekat secara sempurna dalam diri seseorang. Bila situasi memaksa, harus memilih yang terbaik diantara yang terburuk, maka orang yang paling sedikit kekurangannyalah yang harus dipilih. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.


Beliau ditanya tentang dua orang yang dicalonkan untuk memimpin pasukan. Tapi keduanya memiliki kelemahan masing-masing. Yang pertama kuat tapi bergelumang dosa sedangkan yang kedua baik keagamaannya namun lemah dari segi fizikalnya. Imam Ahmad bin Hanbal menjawab


"Orang yang pertama, dosanya dipikul dirinya sendiri sedangkan kekuatannya akan mendukung kepentingan umat, sedangkan orang kedua keagamaannya hanya untuk dirinya sendiri sedangkan kelemahannya menjadi petaka bagi yang dipimpinnya".


Semua yang kat atas tu ciri-ciri untuk memilih pemimpin. Moga kita sentiasa diberi kekuatan oleh ALLAH untuk memilih seorang pemimpin sejati. Pemimpin yang bukan saja secara fizikalnya, tapi juga boleh dipercayai, berlaku adil dan dicintai oleh masyarakat....


Ampun maaf andai pendapat aku tak sama seperti kamu-kamu yang lain. Yang baik datang dari ALLAH, dan segala kekurangan itu dari diri aku. Wallahualam....



Sumber aku..

July 9, 2011

# 1 Aku Kahwin.

"Tom, anak hang dah ada orang cop ka belum?".

Amboi-amboi, mimpi apa la Pak Brahim ni mai rumah aku hari ni, siap tanya aku dah dicop ka belum. Aku terus memerhati mak dan keluarga aku yang lain bersembang dengan Pak Brahim di set kerusi yang terletak di belakang rumah aku. Pelik betul soalan Pak Brahim tadi, aku mimpi ka ni? Selama ini aku selalu dok berangan orang mai meminang aku. Tapi hari ini macam jadi kenyataan, ada orang mai merisik aku. Tapi sapa? Aku pun tak tau lagi, sebab tak dengar butir bicara depa semua.

Malam itu, mak panggil aku dengan tiba-tiba,

"Nazirah, mai sini sat mak ada nak tanya hang sesuatu".

Aku pun bangun dan terus ke ruang tamu, tempat mak dan keluarga yang lain tengah tengok Akademi Fantasia 9. Muka mak aku tatap dengan penuh kasih sayang. 4bulan cuti semester kali ini aku isi bersama-sama mak sebagai pengubat kerinduan aku ketika belajar di Terengganu.

"Tadi ni, Pak Brahim mai merisik hang, esok rombongan sebuah kereta nak mai tengok hang."

Aku menarik nafas dalam-dalam sambil otak aku ligat berfikir perkataan apakah yang patut aku keluarkan sekarang.

"Pukul berapa depa nak mai?".

Apakah pertanyaan yang aku tanya ini!!! Mak aku lihat tersenyum, adik dan kakak-kakak pula mula mengusik. Adoi, nampak macam aku tak sabar la pulak bila tanya soalan tu. Benda lain yang nak ditanya, tapi benda lain yang terkeluar dari mulut aku.

Sebenarnya, tadi aku nak tanya mak, mak serius ka dengan semua ni. Sebelum ni mak punya la bagi amaran kat aku, jangan dok gatai-gatai, selagi tak habis belajar, mak tak mau aku kahwin. Ni terbalik pulak, kenapa mak aku dengan senang hatinya menerima ziarah dari keluarga yang nak datang merisik aku tu esok. Pelik, pelik. Apa yang ada kat fikiran mak aku sekarang? Aku langsung tak boleh tidur sekarang sebab dok pikir apa la yang akan terjadi esok.

Keesokkannya..........

Aku berbaju kurung hijau dan dipadankan dengan tudung kuning lembut yang sama seperti warna bunga dibaju aku. Berdebar? Tak payah cakap la. Macam nak pecah jantung aku ni. Nak-nak pulak bila dengar enjin kereta, menandakan tetamu yang ditunggu-tunggu sudah sampai. Peluh di dahi mula keluar. Tangan aku tiba-tiba sejuk, badan rasa seram aja. Kepala pulak rasa pusing-pusing macam nak pengsan sekarang jugak. Aku kaku didapur seorang diri, sambil tetamu dijemput masuk oleh keluarga aku. Aku terdengar suara-suara yang tak aku kenali membuatkan aku makin berdebar.

Tiba-tiba, kakak aku mai,

"pi bawak aiq kat depan nuh".

Ya ALLAH, gemuruh aku ni tak hilang lagi, aku diberi tugas lain pulak. Dengan berat hati aku pun mengangkat talam yang berisi hidangan untuk para tetamu. Aku berjalan dengan penuh berhati-hati, dan aku rasakan semua mata memandang aku. Aku tunduk malu. Aku tak malu sebab orang nak mai meminang aku, tapi aku malu depa semua tengok aku. Sepanjang aku meletakkan talam, aku langsung tak angkat muka aku. Dan aku juga langsung tak pandang sapa-sapa. Lepas dah letak talam, aku pun bergegas secepat yang boleh untuk kembali menyembunyikan diri di dapur semula.

Agak lama jugak aku kat dapur tu, sampai lah semua tetamu balik.Fuh......lega sangat.
Malam tu, mak masuk ke bilik aku. Mak bagi tau yang depa semua setuju minggu depan nak mai meminang aku. APA?? Oh, apakah ini. Melihat wajah ceria ibu aku membuatkan aku hanya mampu tersenyum tanpa berani menunjukkan sebarang reaksi untuk cuba membantah. Kegembiraan mak juga kegembiraan buat aku. Tapi tak kan aku nak kahwin dah kot. Aku baru umur 21tahun, pelajar tahun 1 pulak tu. Masak memasak pun aku tak pandai sangat, mandi pun mak aku selalu dok suruh lagi. Inikan pulak nak jadi isteri orang.

Malam itu, aku terus berfikir dan tak tahu pukul berapa aku terlelap. Aku rasa tak tahu nak buat apa-apa keputusan. Tapi yang pastinya keputusan tersebut telah mak aku putuskan. Aku langsung tak dapat nak suarakan apa-apa. Bukan aku tak berani, tapi aku takut akan lukakan hati insan yang amat aku sayang. Tapi, kalau aku kahwin sekarang, apa kata pensyarah-pensyarah aku, kawan-kawan satu kos aku, kawan-kawan sekolah, jiran-jiran dan keluarga aku yang lain.Pening!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



p/s: rekaan semata-mata!!!!

Lepaskan sahaja gelas itu =.=''

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”

Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa

Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”



suka sangat benda ni....copy dari fb..oleh itu, jom kawan-kawan, kita lepaskan saja semua yang tak tertahan untuk ditanggung selama ini. Senyum (^_^)

July 8, 2011

Penaku di Penghulu hari..

Puteriku sayang….

Disaat kau di lahirkan terpancar kegembiraan di wajah ayah dan ibu kerana di kurniakan seorang anak perempuan yang comel dan cantik seperti ibu dan ayahnya…

Ibu mengharapkan agar anak kecil ini dapat memberi keceriaan dalam hidupnya dan menjadi seorang gadis yang sopan santun dengan budaya timur dan mematuhi setiap ajaran ISLAM…

Wahai puteriku sayang…

Ibu sentiasa menjaga dirimu dari anasir-anasir jahat dan gangguan lelaki yang bertuankan nafsu di luar sana…

Puteriku…bukan ibu ingin menyekat kebebasanmu bersama-sama kawan-kawanmu tetapi sedarlah ramai musuh-musuhmu diluar sana sedang memerhatikan perkembangan dirimu…perubahan tubuh badan mu itu yang mengiurkan pandangan mereka…ini semua bukan ibu mereka,bukan untuk menakutkan mu wahai puteriku tetapi inilah kenyataan…lelaki diciptakan dengan satu nafsu dan sembilan akal…nafsu yang satu itu belum tentu mereka dapat mengawalnya dengan baik,belum tentu mereka dapat menahannya…memang ALLAH jadikan mereka begitu…

Wahai puteriku sayang…

Hawa diciptakan oleh ALLAH kerana ALLAH mengetahui Adam memerlukan teman untuk berbicara…tetepi ALLAH telah menyediakan panduan untuk Adam…ISLAM adalah agama yang indah dan cantik…ALLAH mengetahui fitrah hamba yang diciptakannya lantas ALLAH telah meletakkan garis panduan dalam hidup ini antara lelaki dan prempuan

Bukan sewenang-wenang untuk kau bergaul dengan mereka,kerana kau masih mentah untuk menilai lelaki-lelaki di luar sana…mereka semua mempunyai agenda tersendiri,wanita adalah fitnah terbesar dalam dunia ini dan wanita jua adalah penawar dan mutiara yang berharga jika ia di jaga dengan rapi,di gilap setiap hari dan di simpan tempat yang sukar untuk orang melihatnya apatah lagi untuk menyentuhnya…

Maka dengan itu ALLAH telah menwajibkan setiap wanita muslim itu menutup aurat mereka dari pandangan mata lelaki anjabi…kerana panahan mata ini mungkin kau akan terpukau…kata-kata manis mereka ayat yang tersusun rapi dengan struktur ayat dan frasa ayat yang memang A1…kau tak dapat menangkisnya tetapi jika kau mengikut panduan-panduan itu kau akan terselamat wahai puteriku…

Ingatlah puteriku kau lah permata idaman semua orang, hiasi dirimu dengan senjata yang teguh untuk kau menghadapi cabaran di luar sana…

Aduhai puteri ku sayang…

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti,

Lembutmu bukan hiasan bukan jua kebanggaan,

Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati…

Disebalik bersih wajahmu,

Disebalik tabir irimu ada rahsia agung tersembunyi dalam diri,

Itulah sekeping hati yang takutu pada ILLAHI,

Ber pegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota kau yang kau jadikan singgahsana

Hanya berkuasa menjaga diri dan nama

Wahai puteriku sayang

Kau lah mahligai idaman

Syurga itulah tempatnya…

Puteriku sayang

“Rupa-rupanya puteri ibu ini sudah besar ya, tak lama dah mula melangkah ke alam persekolahan menengah”,kata ibu dengan wajah yang ceria kerana anak gadisnya mula melangkah ke alam remaja…

“Tapi sayang ibu khuatir semua itu”,kata si ibu

“apa yang ibu nak takutkan insya ALLAH ibu puteri ibu ini akan berada dalam lindungan ALLAH…amin”,kata si anak

Si ibu membelai rambut anaknya itu…

Dalam hati ibu itu seribu satu satu kerisauan yang bersarang di hatinya hanya doa pohonkan agar anaknya terselamat dari segala penipuan besar diluar sana…berhati2 lah wahai puteriku…

Sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah…mampukah kita untuk mencapai taraf wanita solehah itu? Insya ALLAH tepuk dada tanyalah iman…

Dalam menempuh hidup yang serba moden ini kita harus pandai dan bijak mengatur strategi untuk menjaga anak-anak kita samaada lelaki atau perempuan…supaya tidak mudah terpengaruh dengan tipu muslihat musuh-musuh diluar sana…kerana musuh-musuh diluar sana sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan dan memesongkan AKIDAH remaja kita pada hari ini…nak salahkan siapa ibu bapa sebab tak ready awal-awal untuk menjadi ibubapa…cuba periksa balik kepada ibubapa semasa diawal perkenalan,di zamam cinta yang indah-indah itu, ada tak menjaga batas-batas pergaulan yang telah ALLAH tetapkan? Ikut ke tak atau adalah juga tapi kadang2 tu daruratlah…

Hah…mana ada istilah darurat lah dalam perkara-perkara macam ni,kita ambil contoh budaya sekarang ni cinta muda mudi yang mana boleh di anggap darurat lah…

1. Bercakap dalam telepon dengan nada yang manja…hmm…macam mana ada tak?mesti lah ada…bukan selalu pun kadang-kadang je…hah..hah nampak tu yang kadang-kadang itu lah….kalau seronok nak buat selalu…kenapa masih nak menafikan lagi mari saya buktikan…

ISLAM telah menetapkan panduan kepada hamba-hambanya dalam pergaulan lelaki dan perempuan kenapa suara itu di kira aurat …jangan salah faham pulak bukan maknanya orang perempuan tak boleh bercakap langsung…macam mana kita nak belajar nanti bila nak Tanya lecturer soalan pakai surat lak pulak….hah tak ke parah nanti….tak pasal2 lah pulak lecture tu salah tafsir… ada pulak student suka kat dia tak ke naya tu namanya….

Macam ni bila kita bercakap dengan lelaki yang bukan mahram kita maksudnya yang halal bagi kita untuk berkahwin dengannya…kita kena cakap kasar lah sikit…kasar tu bukannya kena brutal-brutal tapi macam mana lecturer kita bercakap dalam class masa ajar kita…macam tu lah…kenapa kita kena jaga semua ni…hai payah lah pulak kan tapi ingat kawan-kawankuku…semua yang ALLAH tetapkan ada sebab musababnya bukan main-main tau…ok mari kita explore satu persatu…ALLAH dah buat kaji selidik awal-awal dah pasal hamba-hamba DIA ni… sebab itu lah kita tak leh nak temberang…masa kena soal..

Ok let’s go point to point…in the first…why?when u use the slow voice during talk with man……..!!!!!!!!!???????


Mereka akan memandang diri mu dengan penuh ghairah tapi mereka tak tunjukkan konon-kononnya nak control macho…

Faham-fahamlah bila dah ghairah tu macam-macam yang berlegar diruang angkasa otak mereka…

Bila dah tiba masanya tunggu je lah…..dan untuk makluman kalau member lelaki call lepas 12 tgh malam jangan angkat….tau tak kerana itu adalah waktu yang tak sepatutnya untuk lelaki dan perempuan untuk menjawab panggilan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kita orang perempuan ni satu je….kalau mahkota diri kita dah hilang dah takde guna lagi….sebab itu mencegah lebih baik daripada mengubati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Puteriku sayang

Dalam diam kau ku perhatikan,

Namun tiada sebarang reaksi dari dirimu,

Aku rasakan mungkin tiada harapan untuk ku mengenali dirimu,

Tetapi aku tahu walaupun kau tidak memberi sebarang jawapan..aku tahu,

Kerana yang mahal itulah yang sentiasa menjadi buruan,

Buruan setiap lelaki yang ingin menjadikan kau sebagai seorang isteri

Kejadianmu di ciptakan ALLAH sungguh unik dan indah,

Dirimu umpama mawar berduri,

Bila dipegang akan luka jari jemari tetapi sang kumbang hanya mampu memandang dari jauh,

Untuk mendeaktimu khuatiri ia akan membawa padah,

Kau telah memagar dirimu dengan pesanan dari yang maha ESA,

Dirimu hanya untuk suami yang tersayang,

Dan kau menjauhkan pandangan mu dari panahan mata lelaki yang menipu...





p/s; Dah lama simpan, tak tau copy dari mana, dah lama dah pun dari 2008.. Tapi hari ni terjumpa semula dalam simpanan. Moga dapat dikongsi bersama yang lain. Wallahualam....