July 6, 2011

Aku seorang anak kepada mak dan abah..



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh....

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang menulis sambil membaca tulisan-tulisan rakan-rakan blogger sekalian.

Kebelakangan ini aku suka membaca, dan aktiviti di dapur makin meriah. Bila malam, masa ada untuk tulis blog, aku dah letih. Macam tu la hari-hari. Baru la aku tau macam mana penatnya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Dengan satu rumah nak kena bersih, kain baju kena cuci, pinggan mangkuk kena basuh, sampah pulak, bukan setakat kat dalam rumah ja, kat luar pun kena sapu juga. Dah la halaman rumah aku penuh dengan pokok. Tiap-tiap hari menyapu pun tak kan pernah habis. Tapi, aku heran dan pelik la, aku tengok mak aku macam sangat seronok saja buat aktiviti tu semua setiap hari. Waktu tengahhari pula, dapur mula la berasap, mulut mak aku mula la sibuk menyebut menu apa yang nak di masak hari ini sambil tangan cekap melakukan apa yang disebut. Disamping buat semua tu, mak aku juga jaga seorang budak kecik yang baru berumur 1 tahun 1 bulan ( anak sedara aku la, aka cucu sulung mak). Kalau difikirkan, memang seorang suri rumah dikurniakan ALLAH dengan pelbagai benda, contohnya kesabaran. Mana taknya, kalau tak sabar, dah lama semua suri rumah mogok tau. Lagi satu, perasan tak, kerja-kerja seorang suri rumah dipermudahkan oleh ALLAH, sebab tu lah, dengan hanya dua tangan, seorang suri rumah dapat melakukan begitu banyak kerja yang kita langsung tak dapat fikirkan. Hurmmmm.... Itu baru pasal rumah, tak cakap pasal anak-anak lagi. Setiap pagi, mula la akan kedengaran mak aku berleter kat adik aku yang bongsu. Mana taknya, setiap benda mesti kena suruh. Kalau suruh sikat rambut, dia akan sikat rambut saja, bedak pulak tak pakai. Aduh, mesti aku kecik-kecik dulu pun macam tu kan. Tapi naluri ibu, tetap sabar menjaga anak-anak. Kita ja yang tak pernah perasan. Tepat masa makan tengahhari, mak sibuk menghidang makanan untuk Pak Long( ayah tiri aku, jangan tanya awat aku panggil Pak Long, sebab cerita dia panjang sangat....Pak Long ni la ayah adik aku). Lepas tu, mak akan temani Pak Long makan, hanya mereka berdua, sebab adik aku tak balik sekolah lagi, kakak-kakak aku kerja, aku?(aku jaga anak sedara aku supaya tak kacau tok dengan tok wan dia makan.)... Petang pulak, mak akan sibuk bersihkan halaman rumah sambil bersembang dengan jiran-jiran. Semua kerja-kerja mak ringan la sikit dengan adanya aku yang tak seberapa membantu sebab aku selalu buat kacau, habis bagus pun aku tolong mak ialah dengan menjaga budak kecik tu ja, yang lain ada la sikit-sikit.


Sekarang aku sedar besarnya pengorbanan seorang ibu, suri rumah dan juga isteri. Aku kena bersiap sedia secara fizikal dan mental untuk menempuh alam ini. Dan aku juga mestilah sentiasa ingat akan jasa mak aku sepanjang 21 tahun dia menjadi ibu kepada aku.



Ya ALLAH! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya seperti mana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.




Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..(Doa Untuk Ibu Bapa)

p/s; buat kamu-kamu yang jauh dari ibu bapa, selalu-selalu la telefon. Mak ayah kita selalu ingat kita. Kita ja yang tak pernah tau.. Setiap masa seorang ibu akan ingat anaknya..

4 comments:

Anonymous said...

hmm... mari kita kagum sama ibu2

cik kompas said...

jom2!!!sygilah mereka masa mereka masih ada...

Yutaka Mushimura said...

yup..betul tuh sayangi mereka sepertimana mereka menyayangi kita sewaktu kecil....:)

tips terbaru

Pemutihan Dokumentasi Di Atas Meja

Rumah Tangga Bekecai Nak Salahkan Sapa??

Si Anu Yang Baru

Ketahuilah Apa Punca Anak Derhaka

Petua Untuk Mengandung - Petua Untuk Masa Kini Dan Masa Depan

Penyakit Jantung Bolehkah Dicegah???

cik kompas said...

ea...kadang-kadang kita sebagai anak selalu lupa pengorbanan ibu kita.