June 10, 2011

わたしの なまえは ナジラです。


Bahasa Jepun? にほんご。

Dah 5 tahun aku tinggalkan bahasa ini. Sayang memang la sayang. Bila difikirkan balik, dulu aku belajar hanya untuk peperiksaan. Terdetik hati aku bila tengok adik-adik yang belajar bahasa jepun di sekolah dulu makin cekap. Aku? da 90% lupa. Adoii..... Sayangnya..... Oleh itu, disebabkan permohonan aku untuk menjadi cikgu sandaran ditolak, aku pun bertekad, nak kuasai semula bahasa yang dulunya aku dah hampir-hampir berjaya tangkap sepenuhnya. Untuk aku latih otak aku agar tak tepu sepanjang 4 bulan tanpa buat apa-apa. Sekurang-kurangnya otak aku akan berjalan juga lah kan. Aku mulai diri aku dengan mempelajari dari asas. Memang agak susah, kalau dulu seminggu aku dah dapat hafal semua huruf-huruf ni, tapi sekarang otak aku yang melepasi usia 20an dah tak secekap dahulu. Aku bertambah-tambah bersemangat apabila melihat kawan satu kos aku yang telah menyertai kelas bahasa jepun. Kenapa tidak aku cuba untuk ingat semula. Pasti boleh!!!!!!!!!4tahun aku belajar semua itu, dan dengan baki 4 bulan cuti yang ada, aku akan pastikan aku boleh kuasai bahasa yang amat aku minati ini. Ingat!!!!!!!!!! Belajar kerana ALLAH, jangan sebab nak dapat A atau lulus saja. Ya, dulu itulah tujuan aku belajar, subjek itu wajib diambil oleh setiap pelajar sekolah aku. Tapi sekarang, aku kena lebih berusaha dan tetapkan niat. NIAT itu penting. Andai kerana ALLAH, insyaallah kedua-dua aku akan dapat.
Jom kawan-kawan kita belajar asas...

2 comments:

Anonymous said...

aku belajar dr anime jer
hehe

cik kompas said...

erk....tak pa la ko otak bagus...hahaha....nada cm riak gila...sbb 2 la aku kata, belajar sendri lagi cepat ingt.sbb keiginan nk blaja...sebaliknya bg aku...benda 2 WAJIB!