August 23, 2011

Yang Halal Untukmu

Yang Halal Untukmu


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.

“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.

Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.


Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay, salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay, salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya, abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur.


Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“abang dengar tak?”.Macam cakap dengan laptop tu je.

“hmm, saya sembahyang dekat surau.”Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.

“saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.

Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.?


“abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!

“abang..?” Aiman tersedar.

“jom.” Kunci kereta di atas meja di capai.

“saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.

Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.”

Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.

“abang, surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu.

Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke?

“err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.

“ya?”

“okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.

“jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA, insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam.

Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.

“jom.” Ajak Syahirah.

“hmm.” Enjin kereta di matikan.

___________________________________________________________________


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.

“solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.”

Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Terbaca.

“saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”

Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! Aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’

Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya.

“aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.”

Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.

“..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk.

Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.

“cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki.

Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah.

“hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman.

“salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa.

“hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa.

“salah! Hj.Amran dekat Johor.”

“ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi.

“Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam.

Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.

“abang buat apa?”

“tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”

“tanya apa?”

“er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”

“sebab Allah.” Aiman diam sebentar.

“tak faham.”

“saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap.

Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu….


“Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu.

Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.

“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!”

Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman.

“macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu.

Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa.

“tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

“maaf ya abang..” Aiman senyum.

“tak apa.” Aiman keluar dari dapur.

Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop.

“abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”

“belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.

_________________________________________________________________


“huish masin.” Komen Syahirah.

Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu.

“abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi.

Aiman rasa dan ketawa.

“okay lah ni. ha, awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula.

“okay apa..”

“is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.”

“boleh ke macam itu?”

“boleh je.”

“okay..”

“dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah !

________________________________________________________________


“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu.

Ustaz itu menoleh.

“ya?”

“saya nak…”

“nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.

“anak nak apa?”

“saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum.

“mari.”

Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.

“ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.

“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri.

“Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam.

“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.”

“terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.

“baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.

Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.

“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar.

“hmm, seminggu je.”


Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.!

“seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah.

“pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”

“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu.

Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah.

“apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus.

“gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam.

“tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung.

“tak mau lah, nanti kurang pahala.”

__________________________________________________________________


Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya.

Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.

Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri.

“..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak.

“..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam.

Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi.

“awak, saya…” Syahirah memintas.

“tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka.

“ abang sihat tak?”

“Alhamdulillah sihat.” Diam.

“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.

“baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.

“lagi?”

“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”Aiman ketawa.

“next?”

“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk.

“lagi?” “..selalu beristigfar”

“okay. Lagi?”

“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.”

“alright, next?”

“sentiasa berselawat.”

“okay.”

“abang ni last.”

“apa dia tu?” soal Aiman lembut.

“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap.

“sure.”


Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.

“Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman.

“waalaikumsalam,abang.” Nada ceria.

Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.

“er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak.

“eh, tak.. abang nampak lain.”

“apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.

“oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya.

“jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu.


Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang.

“abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut.

“thanks.”

“abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu.

“hmm?” Aiman merenung Syahirah.

Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.

“ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman.

“oh, apa benda tu?”

“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.”

“oh..” gelas di letak di atas meja.

“kenapa dengan cerita tu?”

“best.”

Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan.

“ apa yang best?”

“lagu.” Ek..

“oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia.

“best jugak tapi sedih.”

“kenapa?”

“entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”

“lagu apa?”

“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati.

“ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.

“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.

“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.

“ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu.

Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu

“saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini

“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.

“hmmm.”

Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya…


Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur.

“eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi.

“awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya.

“abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni.

“awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.

“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak.

“oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik.

“abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.

“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan.

“sure.”


“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi.

“..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu.

Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“ada boleh saya bantu encik?”

“hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”

“maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa.

“okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni.

Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?”

“tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman.

“tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?”

“okay.” Aiman membayar buku itu.


Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.

“wah,romantiknya mereka!”

“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!”

“mana kau tahu baik?”

“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”

“oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”

“sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”

“superb! Romantik!”

“kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

“betul-betul.”

_________________________________________________________________


Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.

“abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum.

“kenapa?”

“nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.

“birthday saya rasanya belum lagi..”

“abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat.

Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu.

“subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman.

‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.


Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.


“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk.

Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.

“kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.

“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya.

“bukan kamu joli kan semua duit tu?”

“Abah..”

“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni!” Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.

“abah, saya tak da duit banyak tu.”

“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman.

Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.

“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.

“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!”

“er, kenapa along?”

“kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan.

Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.

__________________________________________________________________


“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah.

“eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.

“Assalammualaikum.”

“hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.

“kenapa along?”

“aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.

“..ta..tapi kenapa?”

“kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.

“along tak boleh buat macam ni..”

“apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”

“along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman.

“kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah. Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya.

“saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”

“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi.

Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!

“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman.

“saya izin..” sebak.

“..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.

“abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk.

Ya Allah beratnya dugaan-MU… Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.

“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi.

“Ira..awak..”

“sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap.

“saya buat macam ni agar awak senang…”

“tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.”

“awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak

Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap.

“abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.

“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah….

“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.

“cuba abang baca..”

Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.

“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.

“abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.”

“tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”

“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam.

“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA….

Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.

“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.

“baca artikel apa itu?”

“Nasihat Rasulullah pada Ali.”

“oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum.

“tenang duduk dekat masjid ni.”

“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap.

“hm,dia balik kampung.”

“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu.

Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya.


Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…

__________________________________________________________________


Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit. Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.

_________________________________________________________________


“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.

“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.

“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata.

“Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.”

“terima kasih abi.”

Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim.


Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.

“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah.

“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya.

“jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.

“terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap.

Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini.

“kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.

“Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.”

____________________________________________________________________


“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.

“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang.

“Ira…” panggil Aiman.

“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.

“thanks.”

“thanks untuk apa?”

“sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil.

“bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”

“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.

“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.

“thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut.

“untuk apa pula?”

“settlekan bil-bil syarikat tu..”

“kita suami isteri kene saling membantu.”

“mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap.

Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.

Aiman memandang Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.

“hm,rezeki Allah.”

“dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut.

“abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah restoran di sebelah kiri itu.

Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya.

“awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.

“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”

“kita pergi klinik.” Syahirah dah pening.

“tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”

“no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat.

“abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah.

Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.

“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.

“..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.

“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.

“hmm, kenapa sayang?”

“abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah.

“dah pukul berapa?”

“hmm, 4.30 pagi.”

“jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu.

“..sayang ambil wudhuk dulu..”

“okay.” Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.

“mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air.

Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.

“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat.

“..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya.

“abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.

“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.

“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng.

“boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk.

“oklah. Nanti abang belikan sarapan.”

“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.

“sayang awak juga.”

_________________________________________________________________


Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.

“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau.

Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.

___________________________________________________________________


Aiman terpisat-pisat bangun.

Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.

“sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu.

“ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya.

“bukan saya.”

“dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.

“bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.

“Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.

“kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.

“bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya.

“abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.

“sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta.

“bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..”

“cepat bawa dia!” arah alongnya.

Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah………

Haji Amran melawat menantunya di penjara.

“abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum.

“sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..”

“abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya.

“abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa.

“bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.

“abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.

“abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu.

Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat…..

“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.

“cuba abang baca..”

Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)

“Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.

Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran.

‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.

Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

_________________________________________________________________


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu.

“bebas juga saya abi..” kata Aiman.

“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah.

“abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk.

Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut.

“abi, kenapa di sini?”

“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti.


Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu.

“maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu.

“barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu.

Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..

“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.

“sabar Aiman…bawa mengucap.”

“bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman.

“dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.

Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir.

video cinta kita

“lagu apa?”

“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati.

“ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.

“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.

“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.

“ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.

“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.

“hmmm.” kenapa harus begini…..


Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke realiti. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.


Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka.

“Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum.

“ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu.

“nak keluar.”

“pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula.

“hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”

“waalaikumsalam.”

___________________________________________________________________


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.

“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.

“waalaikumsalam.”

“anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam.

“saya ingat nak tidur sinilah pak cik.”

“oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk.

Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya.

“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.

“baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.

“lagi?”

“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”

Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.

“sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah.

“jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.

___________________________________________________________________


Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu.

“tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.

“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi.

Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.


Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...


by Saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia on Wednesday, August 17, 2011 at 6:34pm




Aku kongsikan dengan semua. Ini dari facebook. Menitis juga air mata aku membacanya.
Ya ALLAH, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah.
Ya ALLAH, Engkau kurniakanlah pada kami pasangan yang soleh dan solehah. Pimpinkanlah hati kami ke arahMu. Agar kami tak akan melupakan suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu. Amin.

SIAPAKAH wanita cantik?

✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah.
✔ Dia tersenyum saat tertekan.
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis.
✔ Dia tabah saat dihina.
✔ Dia mempersona kerana memaafkan.
✔ Dia mengasihi tanpa balasan.
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.
Jadilah wanita cantik itu ♥

Mood aku kurang baik, aku pun tak tahu kenapa. Jadi 2, 3 hari ini aku rasa biar aku tenangkan diri dululah. Moga aku boleh menjadi wanita yang cantik seperti ciri-ciri di atas. Insyaallah.

Dari Syahirul.com

August 19, 2011

Perlis negeriku yang tercinta

Perlis Indera Kayangan. Ya, itulah nama negeri tanah tumpah kelahiran aku. Namun, untuk pengetahuan semua, sekarang, Perlis sudah ditukarkan menjadi Perlis Darul Sunnah. Dah lama tukar, sejak aku tingkatan 5 lagi, 2007. Tapi Indera Kayangan tetap digunakan juga. Aku ceritakan sedikit sejarah negeri Perlis ini. Sebenarnya, dahulu Perlis merupakan sebahagian daripada negeri Kedah. Tapi Sultan Ziauddin Mukarram Shah telah menghadiahkan negeri ini kepada anakandanya Tuanku Safuah dan menantunya, Syed Harun Jamalulail pada tahun 1797. Selepas Siam menyerahkan kembali takhta kepada sultan Kedah selepas penaklukannya, Perlis terus dipisahkan dari Kedah. Sebab itulah, orang selalu gelar negeri Perlis dan Kedah ni adik, abang.


Bendera negeri Perlis ialah seperti gambar diatas, bahagian atas yang berwarna kuning bermaksud warna diraja bagi Raja negeri Perlis, manakala warna biru dibahagian bawahnya pula bermaksud rakyat negeri Perlis. Kedua-dua warna tersebut terletak bersebelahan dan rapat mencerminkan hubungan yang mesra dan rapat antara Raja dan rakyatnya.

Perlis merupakan sebuah negeri yang terletak paling utara di Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara Thailand di bahagian barat lautnya. Mengalami iklim bermusim yang ketara, di mana ia menerima jumlah hujan yang paling banyak di dalam bulan Oktober dan April hingga Mei, manakala musim keringnya ialah di antara bulan Disember hingga Mac. Hal ini disebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan Thailand. Jadi tak hairanlah jika ia merupakan negeri yang mempunyai tanaman tebu yang terbesar di Malaysia dek kerana musim keringnya yang panjang yang merupakan salah satu kesesuaian untuk tanaman tebu.

Cukuplah bercerita serba sedikit tentang latar belakang negeri ini. Jadi, aku teruskan kepada perkara utama yang ingin aku ketengahkan untuk kamu-kamu yang belum kenal dengan lebih rapat lagi negeri ini. Disini aku ingin kenalkan dengan makanan yang menjadi kegemaran masyarakat di negeri ini. Ada banyak sebenarnya, tapi aku hanya akan ceritakan yang mana aku rasa cukup sedap dan unik saja. Kalau ada yang sama dengan tempat hampa, tak kesah pon. Apa salah berkongsi keunikkan dengan negeri aku, kan!



Yang pertama ialah Laksa Kola. Kuahnya diperbuat daripada ikan dan dinikmati bersama laksa yang diperbuat daripada tepung beras dan dipulas sendiri mengunakan acuan maruku.
Keenakkannya membuatkan ia menjadi terkenal dan laksa ini selalunya hanya boleh didapati di Kuala Perlis saja. Namanya itu sudah mengambarkan tempat ia mula diperkenalkan jadi jika ingin merasai Laksa Kola Ori, pakat-pakat pi Kuala Perlis na.


PELBAGAI JENIS PULUT.

Negeri aku ini juga sangat popular dengan sajian pulutnya. Salah satu makanan kegemaran di Perlis ialah pulut ayam. Pulut ayam ini merupakan masakan Thai yang popular dikalangan orang tempatan dan pelancong-pelancong. Ayam yang disaluti tepung dan rempah digoreng dan disajikan dengan pulut bersama sos dan bawang goreng. Selain ayam, pulut juga disajikan bersama mempelam, durian, cempedak dan ikan kering. Seperti kat bawah tu, hampa boleh la tengok, jamu mata.




Ini pulut ikan masin, dimakan bersama-sama kelapa parut dan juga ikan masin. Selalunya, dihidangkan sebagai sarapan. Kalau kenduri, pagi-pagi tuan rumah akan sediakan pulut inilah untuk jiran-jiran yang datang bergotong royong untuk majlis tersebut.

Pulut Durian. Dimakan dengan santan dan juga sedikit gula. Sedap! Sebelum puasa hari tu, agak meriah jugalah dengan musim buah durian ni. Kat belakang rumah aku, walaupun hanya ada 2 pokok, tapi memang tak larat nak makan. Lagipun, dalam keluarga aku, kebayakkan tak makan raja buah ni, termasuk aku. Rugi kan? Tapi, kalau mak aku buat pulut macam kat atas tu, dengan santan tambah gula, aku tak tolak, makan juga. Sebab sedap sangat. Santan rasa masin-masin, gula rasa manis-manis.

Seterusnya Pulut Cempedak. Yang ini memang kegemaran aku. Pokok ni ada di sekeliling rumah aku, ada la lebih dari sepuluh pokok. Rasanya cukup enak sekali. Tak terkata jika dapat memakannya.

Pulut Mempelam, lebih kurang sama macam pulut cempedak. Tapi yang lainnya, buah cempedak ditukar dengan buah pelam. Buah pelam tu pulak, tak kisah la jenis apa pun, tapi yang terkenal kat Perlis, pelam Harum Manis la.


BUAH-BUAHAN YANG UNIK DAN SEDAP


Buah ini namanya buah ghekup. Aku tak tau la kat tempat lain nama apa, kat tempat aku memang sebut lagu tu. Sedap bila cicah dengan garam. Dulu ada kat belakang rumah aku, tapi sekarang dah tak dak dah. Pokok dia berduri, buah dia pulak ada biji kecik-kecik.

Buah pelam muda. Yang ini biasa ada kat tempat hampa kan. Tapi ada juga kelainan cara kami makan. Selalu petang-petang, mak aku dengan jiran-jiran akan berkumpul di bawah pokok sambil bersembang. Sambil tu, depa makan buah pelam muda cicah dengan garam belacan (kat tempat aku panggil lagu ni). Garam belacan senang saja nak buat dia, boh toyu (atau dipanggil kicap oleh orang luar), belacan, gula, cabai (juga dipanggil lada oleh orang pantai timur, manakala selebihnya memanggilnya cili) ,garam dan digaul la. Sudah sedia untuk dicicah bersam-sama buah mempelam muda sambil bersembang. Nyam-nyam...

Buah cermai. Sekarang susah dah nak jumpa pokok dia ni. Dulu-dulu kat belakang rumah aku ada sepokok. Sedap dimakan saja. Kadang-kadang mak aku buat halwa, manis-manis sikit. Memang betul, sekarang pokok dia dah pupus. Daun dia ada guna jugak, untuk buat mandian budak-budak kecik yang demam kot. Kalau tak silap la.

Yang ni kat Perlis panggil buah Keriang dot. Cuba sebut guna loghat utara tengok ===> gheryang doit. Hahahahahaha.. Pandai pon!! Bila kita makan, mulut dan lidah kita bertukar jadi warna ungu. Sampai sekarang ada lagi sepokok kat tepi rumah aku. Sedap makan begitu saja, nak gaulkan dengan garam pon boleh jugak.

Ini pula ialah buah yang sangat istimewa, sebabnya hanya ada di negeri Perlis saja. Selain itu, ianya juga bermusim. Hanya pada bulan Mei saja boleh dapat makan buah ni. Sekarang negeri Perlis terkenal dengan buah ni, Namanya buah pelam Harum Manis. Dengan namanya kita sudah tau betapa uniknya dia, buah ini memang berbau harum dan sudah semestinya manis rasanya. Sekilogram boleh mencecah RM15, lebih kurang 3 biji saja. Sebiji RM5.


Yang terakhir ni bukan termasuk dalam buah-buahan, tapi ia sejenis makanan laut. Namanya mentarang. Didapati di pesisiran pantai yang berselut. Aku tak pernah makan sebelum ni tau, tapi aku kenal la rupa dan namanya. Jadi, disebabkan aku tak pernah makan, suatu hari, kami keluar makan di Kuala Perlis, kakak aku telah menempah mentarang masak halia. Aku teruja gila makan. Aku makan banyak jugak la, sedap ooo... Keesokkannya, aku keracunan makanan. Ambik hang!!!

Sebenarnya, dulu Prof aku pernah ceritakan kat dalam kelas food tech la, dia cakap, daripada makan kerang dan yang sama waktu dengannya(mentarang), lebih baik makan siput babi. Kami satu kelas buat bunyi, eeeeeiiiiiiiiii...... Tapi bila Prof terangkan kenapa, aku sudah berhenti makan kerang. Nak tau sebab apa? Sebab, kerang ni, dia makan apa saja benda, termasuklah najis(kalau suka sangat kerang, cuba cari kerang yang diternak). Jika dibandingkan dengan siput babi, dia hanya makan rumput saja tau. Cuma orang kita dah setkan kat kepala ni, siput BABI. Jadi mulalah timbul rasa geli dan jijik terhadap haiwan tersebut. Aku nak cerita sangat pasal mentarang ni bukannya apa, kot-kot la suatu hari nanti hampa mai Perlis, member ajak makan mentarang bakaq ka, cuba elakkan. Sebabnya, tukang masak kat kedai tu, bukan cuci betul-betul bersih pun selut-selut kat dalam mentarang tu.

Sekian, itu saja dari aku. Nak mai Perlis, habaq la, rumah aku kat Padang Besaq, kalau aku ada kat sini, aku boleh jadi penunjuk arah. Tak payah dah guna kompas, sebab aku kan cik Kompas.

Sumber:
Anak Gapura Utara
My Far East

August 17, 2011

Aku seorang blogger.

Pertama kali aku buat blog ni, aku langsung tak tau apa-apa pun. Aku buat blog ini pada tahun 2009 sebab saja-saja suka, lagipun senang untuk aku ikut blog-blog yang aku suka. Dan aku mula menulis pada awal tahun 2010. Yang pastinya aku akui susah sebenarnya nak karang ayat panjang-panjang. Jadi sebelum mahu tulis sebarang entri, aku akan lakar isi-isi yang akan aku tulis. Tapi cuma dalam kepala aku saja la, dan aku tulis terus ke blog. Aku ambil masa dalam 2, 3 jam untuk habis menulis satu entri panjang.

Aku mula terjebak dalam blog ni bukan dari faktor rakan terdekat mahupun keluarga, bukan juga kekasih hati tapi sebab aku memang saja nak mencuba. Ditambah pula aku suka membaca dan aku gila melihat tulisan. Laman yang aku kerap kunjungi suatu ketika dulu ialah Penulisan2u, zaman remaja dulu aku memang suka baca novel cintan cintun, tapi sekarang langsung tak berminat dah. Jadi minat membaca menarik aku untuk mula melibatkan diri dalam dunia blogging ni.

Aku pada mulanya langsung tak reti nak cantikkan blog aku, apatah lagi nak letak widget. Tapi, disebabkan aku suka blogwalking, aku dapat tambah ilmu untuk mencantikkan blog, terutamanya kat Belog Cap Ayam ni, aku belajar dari tutorial dia la. Cara nak letak widget pulak aku belajar dari ex roomate aku, cik NufaBirdwing. Tapi baru-baru ini aku dah buang semuanya, sebab aku ada baca dari blog-blog yang agak popular, mereka ada buat entri pasal benda yang buat depa rasa menyampah. Aku tak terasa, tapi aku rasa betul jugak apa pendapat depa tu, terutamanya kalau pasang lagu.

Sebenarnya aku tak cadang pun untuk serious dalam dunia blogging ni. Ditambah pula, sebelum ini aku ada sedikit rasa malu nak bagi orang baca tulisan aku, sebabnya aku takut tak mengikut cita rasa para pembaca, jadi aku cuma menulis dalam diam dan secara rahsia. Cuma seorang saja sahabat aku yang tahu aku ada blog, iaitu encik Serunai Nurani. Tapi, bermula sejak tahun ini, aku jadi bersemangat. Itupun selepas aku dengar satu motivasi ni, dia cakap, apa salah kalau kita berkongsi. Jadi aku mula bertekad untuk berkongsi, lagipun aku cuti panjang, apa salahnya aku menulis sepanjang waktu lapang aku ni kan.

Jadi, selepas itu, dari menjadi silent reader, aku sudah berani tinggalkan komen, dari save link sesebuah blog, aku sudah mula berani tekan butang follow. Aku bukan apa, aku takut nak komen, sebab aku tengok ramai dah orang komen. Sampai sekarang ni pun, aku lebih suka menjadi silent reader. Aku rasa malu dan rendah diri dengan blog aku yang tak seberapa ni. Malulah kalau blogger yang otai-otai, yang popular dan yang ramai follower mai ke blog aku. Tulisan aku tak setanding langsung dengan depa. Lagipun aku tak bercadang untuk update selalu blog selepas cuti semester aku habis. Kalau sekarang, boleh la aku berceloteh panjang, tapi aku tak rasa di masa depan aku mampu.

Maafkan aku, bukan aku tak mau tinggalkan komen kat entri-entri hampa wahai blogger-blogger yang mempunyai blog yang hebat, tapi aku takut. Dah banyak sangat orang komen, nanti kalau aku komen, macam tak kena pulak dengan yang lain, jadi aku akan selalu padam komen yang aku sudah siap tulis. Selalu sangat aku buat macam tu. Tapi jangan risau, walaupun aku silent reader dan tak tinggalkan sebarang komen, aku akan setia membaca entri-entri kalian. Perkara pertama yang aku buat bila buka blog ialah tengok kat bloglist. Entri-entri terbaru dari kamu-kamu semua akan aku baca.

Kerja gila aku di waktu lapang ialah mmbaca, jadi aku akan pastikan aku baca semua entri blogger yang menarik selera membaca aku. Tapi secara peringkat-peringkat, aku selalu baca ikut bulan. Contohnya blog KERETAMAYAT, aku baca dari entri dia yang pertama. Aku rasa ingin tahu macam mana tulisan dia buat pertama kali. Dan aku juga dapat satu benda dari situ, iaitu entri-entri yang lepas selalunya sangat sangat berguna, mantap dan bagus. Dan sekarang aku tengah berusaha untuk menghabiskan dua blog ini, the blocked blog dan Gedung Rasa. Entri-entri lama depa ni banyak, jadi kalau aku dok saja-saja, aku baca la.

Selain membaca, aku layan juga komik dari blogger. Ditambah pulak kalau komik yang comel dan lawak. Fuubook, Kouda Mainframe, HS dan juga Nostalgia Klasik , ialah blog mempunyai siri komik yang aku kira seronok. Boleh buat aku tergelak sendiri. Aku tengah dalam proses nak habiskan baca semua komik-komik mereka dari awal. Untuk Fuubook aku dah selesai, yang lain menunggu dalam list. Yang lain pun ada lagi, tunggu untuk aku cari saja. Aku tengah buat senarai dan simpan untuk terus membaca nanti.

Cukup sekadar ini yang aku akan lakukan di dunia maya ini, menulis tanpa mengharapkan pembaca, membaca tanpa mengharapkan orang lain membalas balik bacaan. Aku juga langsung tak impikan punyai ramai follower, juga aku tak impikan traffik yang tinggi. Yang aku impikan, moga-moga perkongsiaan aku beri pengajaran dan kebaikkan kepada semua. Yang baik ambil, yang buruk sila tinggal, sebabnya aku menulis mengikut hati. Jadi kadang-kadang aku tersilap langkah. Jika salah aku, perbetulkan, jika benci, sila tinggalkan. Kerana aku takut, aku semakin alpa dan leka dengan dunia aku ini. Makin seronok aku menulis, makin aku lupa diri. Jadi biar aku sedarkan diri dengan kata-kata ini,


“ Sahabat, usah jadi individu yang tidak berpijak di alam nyata. Dunia online masa kini telah menyibukan kita daripada hakikat dunia offline yang lebih really, benar dan nyata.”

“ Ramai orang begitu gah di alam online, tetapi tiada apa-apa amal di alam offline.”

“ Kita beramal di alam nyata, alam yang dipertimbangkan setiap perbuatan dan amalan seharian kita. Jadilah insan yang seimbang dalam beramal.”

Dipetik dari entri, Soalan maut: Berapa kerapkah anda menulis blog?

Aku ingin berpijak di alam yang nyata. Dunia online ini akan aku tinggalkan jua suatu hari nanti bila diri ini dibawa pergi oleh KERETAMAYAT. Ayat yang selalu en Hamka guna, aku pinjam.

August 16, 2011

Miss TUPAH!!

Zaman remaja ialah zaman yang paling ceria buat semua kan? Begitu juga dengan aku. Aku suka juga imbas zaman dulu-dulu. Ditambah pulak aku dok asrama, lagilah meriah suasana. Bermula dari bangun tidur, beratur kat tandas, berebut seterika, berebut cermin kat aras bawah, berebut ambik sarapan dan banyak lagi. Tersenyum aku sendiri bila ingat. Cik Tup lah ni yang gatai-gatai dok imbau kenangan dulu-dulu kat aku.

Aku dengan cik Tup ni bukan bestfriend pun, cuma kami agak rapat. Tapi memang dengan semua budak perempuan sebaya dengan aku kat asrama tu rapat, cuma ada yang lagi rapat. Cik Tup ni kira macam kawan-kawan biasa saja. Masa mula-mula sekali aku jejak kaki ke asrama, aku takut gila, tapi tak sampai menangis teruk-teruk. Masa tingkatan 1 aku dok tingkat paling atas sekali, sama aras dengan surau. Kami diletak mengikut tingkatan masing-masing. Aras empat, tingkatan 1+2 sikit-sikit, aras 3, tingkatan 2+3, aras 2 tingkatan 3+4 dan aras 1 untuk kakak-kakak tingkatan 5. Bilik pulak duduk ikut rumah sukan, waktu tu rumah sukan masih empat(sekarang sudah enam), dan aku rumah Marikh_Merah. Aku tak kenal sangat cik Tup masa tu. Tapi kami satu kelas masa di tingkatan 1 tu.

Tapi ada kenangan yang paling lawak sekali masa aku kat tingkatan 2 dengan dia. Aku ni kuat tidoq dalam kelas, macam-macam cara aku ada untuk berlakon konon-kononnya aku fokus dalam kelas. Tapi satu hari tu, nasib aku malang. Hari tu ada pembentangan subjek Bahasa Malaysia. Ala yang belajaq pasai gurindam, puisi dengan sajak tu la. Disebabkan kumpulan aku dah lepas, aku cadang untuk nak membuta masa pembentangan tu. Lagipun, cikgu ada kat belakang kelas, kiranya line clear ar.

Seperti yang aku dok rancang, masa pembentangan tu, aku pun lentok la tiduq. Cik Tup pun memang sekaki, geng yang kuat tidoq juga. Jadi kami dua tidoq sama-sama la. Aku tidoq memang nyenyak gila ar. Sampai satu ketika, budak laki yang kat meja seberang ketuk kepala aku guna kertas majung yang digulung, kertas untuk pembentangan tu la.

"Wey!!! Cepat la, depa tanya soalan kat hang nuh!",

Aku yang masih mamai-mamai lagi terus bangun cepat-cepat. Bunyi kerusi aku tolak membuatkan semua orang tengok aku. Aku tarik nafas,

"Ulang soalan,"

Tiba-tiba, cik Tup sebelah aku yang baru bangun terus tarik tangan aku suruh aku duduk semula. Saat itu juga, ketawa dari kawan-kawan satu kelas yang lain kedengaran. Aku malu sangat-sangat, tunduk saja, lepas ni mesti tak tidoq dah. Yang dok bentang kat depan? Muka nampak cuak gila, mau dak, tiba-tiba saja ada orang bangun nak jawab soalan. Mesti depa tengah takut orang tanya soalan. Lama juga depa gelak kat aku. Budak-budak laki kat meja sebelah tu apa lagi, gelak tak abis-abis. Kejadian tu mengambil masa lebih kurang sebulan jugak kot untuk nak reda, kalau dak, benda tu jadi bahan lawak depa. Siap buat ulang tayang semula kejadian tu. Kawan-kawan aku yang perempuan pulak, dok gelak saja bila ingat semula aksi aku tu. Sampai sekarang ni pun, walaupun dah 7 tahun berlalu, depa dok ingat jugak, kalau jumpa kira dok imbau kenangan memalukan tu ar.

Jadi sejak dari kejadian itu, aku dah tak duduk dengan cik Tup. Sebabnya kawan-kawan yang lain ubah aturan dalam kelas dan aku dibagi pasangan yang tak tidoq dalam kelas. Tapi tak habis lagi kenangan aku dengan cik Tup. Sebabnya, di tingkatan 3 dan 4 dia masih satu kelas dengan aku. Ok aku teruskan ke tingkatan 3, tapi kebanyakkan aku dah lupa la kenangan tahun tu. Aku teruskan ke tingkatan 4, aku ambik jurusan sains hayat, maka bermulalah alam kami dipisahkan mengikut kos. Ada yang ambik sains teknikal, yaka? Entah la, aku pun dah lupa. Sila betulkan aku, Cik Lia dan juzMe. Yang aku tau, depa dok panggil budak TK la, LK la apa lah. Nak dijadikan cerita, cik Tup ni masih sekelas dengan aku sebab kami ni suka membaca dan menghafal, jadi kami pilih sains hayat sebagai kos untuk peringkat itu. Dan dia juga duduk di sebelah aku di dalam kelas. Memang aku dengan dia ada jodoh duduk sekali la.

Jadi kami dengan amannya menjalankan aktiviti tidur bersama-sama di dalam kelas waktu subjek fizik, cikgu tu jarang masuk. Kenangan seterusnya berlaku di satu hari, dalam kelas fizik, kami tengah belajar satu teori, aku sudah lupa teori apa. Tapi tentang momentum la. Cikgu aku kata, makin dekat jarak sesuatu benda, makin besar momentum benda tu. Cik Tup ni pulak seorang pelajar yang cemerlang( lani dia belajaq kat Australia), dia terus aplikasikan apa yang cikgu tu cakap. Dia dengan tindakkan tanpa sedar telah menghayunkan penumpuknya ke mata aku dengan jarak dekat. Dan betul teori momentum tu, jadi dia dapat buat kesimpulan, makin dekat dia hayunkan penumbuk, makin sakit aku kerana makin besar momentum yang dihasilkan. Mata aku sepek sebelah hari tu. Kurang asam betul kau wahai cik Tup, aku terus merajuk dengan dia. Jaga lah kau cik Tup, ada hari ada bas, ada hari aku balas.

Selepas hampir seminggu aku merajuk dengan cik Tup, akhirnya kami berbaik semula. Dia mintak maaf, dia tak sengaja dan aku terima maaf dia. Tapi, akhirnya aku dapat balas balik juga kat cik Tup. Kisah tu berlaku di suatu hari, cik Tup sedang leka membaca, aku datang dari belakangnya lalu curi-curi lihat apa yang dia tengah kusyuk baca tu.

"Oooo... Ni keja hang no!"

"Woi, terkejut la."

"Hang dok baca mastika tentang kes skodeng Lubuk Tupah no, haaaa kantoi!"

Muka dia sudah kecut bila aku dapat tangkap dia tengah baca benda tu. Malu agaknya, sebab kantoi dengan aku. Disebabkan dia kantoi dengan aku tengah baca topik panas kat dalam mastika tu, aku mula gelar dia "TUPAH". Dia apa lagi, marah sangat, angin satu badan, tengok aku pon macam nak telan. Aku tak endah dia, aku terus menggejeknya dengan nama itu. Dia merajuk teruk dengan aku, mana taknya, benda panas dah jadi nama gelaran dia. Seminggu dia tak cakap dengan aku, aku pun tak berani nak pi cakap, sebab dia serious gila. Tak pernah-pernah dia marah lagu tu.

Aku menyesal jugak, tapi nama tu dah tersebar kat budak-budak perempuan yang lain gara-gara suara aku yang kuat tempoh hari. Sedihnya dia tak endah aku, ala aku melawak saja wey, tak kan dia nak terasa lebih-lebih pulak kot. Di suatu petang aku pergi jumpa dia, aku mintak maaf. Masa tu dia cakap dia dah tak marah aku dah pun. Fuh, lega gila bila dia gelak. Aku dengan dia sebelum ni memang suka melawak kasar-kasar, tak tau pulak yang kali ni dia terasa lebih-lebih. Untuk pengetahuan semua, sampai sekarang nama panggilan Tupah masih lekat sebagai nama panggilan dia. Dia pun dah lali dan tak kesah, cuma tadi dia marah aku sebab aku sebut kat facebook dia. Malu kot sebab kawan-kawan baru dan boipren dia dapat tau kot. Hahaha... Nasib kau la cik Tup oiii.

Selain satu kelas, aku dengan cik Tup ni dulu juga ahli pancaragam sekolah. Dia main flute, aku pulak trompet dan trombone(2003-2005 trombone, 2005-2006 trompet), dia setiausaha, aku pulak naib pengerusi untuk badan beruniform itu. Sukan pun sama, aku main bola baling, dia pon main, dan dia main hoki, aku pon main (tapi sekejap saja aku main, lainlah cik Tup, dia lagi pandai main hoki tu). Itu saja yang aku dapat imbau. Banyak juga dah lupa, tapi bila borak-borak dengan dia hari tu, ingat kembali la. Apa-apa pun, aku rindu kau cik Tup oii, dah la tahun ni summer break hang tak balik Malaysia, aku pulak bila jumpa kawan-kawan yang lain asyik dok sebut-sebut nama hang saja. Semoga hang sihat dan sentiasa dilindungi oleh ALLAH di perantauan, nasiblah hang tak dapat balik raya tahun ni, sapa suruh pi belajaq jauh-jauh sangat.


Zaman muda-muda, tahun 2004, 14 tahun. Kami mainkan masa pembukaan untuk Hari sukan.



p/s; zaman dulu sangat manis kan....... (^_^)

Suka sangat kata-kata kat bawah ni.
bad memory = something that i wouldn't forget.
good memory = something that i wouldn't regret.



August 15, 2011

Peringatan buat aku sebagai seorang wanita.

dik: abg tahu x bila perempuan yang x tutup aurat akan mula menutup aurat?
abg: pi haji la dik, masa kahwin, kan?
adik: salah, teka la lagi.
abg: masa dah dapat hidayah Allah kan?
adik: salah, nak tahu jawapannya x, senang ja.
abg: apa dia dik?
adik: tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, dan akan tertutup buat selamanya.
Tergamam aku saat membacanya. Aku kongsi dari facebook kawan.

August 14, 2011

Revolusi Handphone aku

Lepas jalan-jalan baca entri HANDPHONE PERTAMAKU, kat blog encik Fahmie Firas Revolusi Minda, aku rasa tergerak hati pulak nak imbas kembali model-model handphone yang aku pernah guna dan secara tak langsung sertai segmen encik Fahmie Firas Revolusi Minda. Aku ni jenis kalau guna sesuatu barang, aku akan guna sampai ke akhir riwayat barang tu. Paling ketara sekali bila menggunakan handphone, aku tak akan tukaq handphone selagi ianya masih boleh dipakai untuk kegunaan aku.

Zaman aku dulu handphone tak popular sangat, sebabnya medium yang biasa orang guna ialah surat menyurat saja. Aku kenal handphone pun masa aku di sekolah menengah, ketika tu umur aku 14 tahun, tahun 2004. Handphone itu diberi kepada aku oleh kakak aku yang kedua. Itupun selepas dia bagi simkad yang dia dah tak mau kat aku. Dah bagi simkad, mesti la kena ada handphone kan.

Handphone pertama aku Nokia 8850, tahun handphone ni di keluarkan ialah pada tahun 1999. Ni la rupa handphone aku tu(warna emas), tapi masa dapat kat tangan aku, dah nazak, sebab kat bahagian atas dia dah kena ikat getah. Tapi masa kakak aku bagi aku tak tolak, aku ambik saja. Bukan aku nak guna pun, cuma saja-saja nak cuba. Klasik gila handphone tu tapi aku suka sangat. Lagipun aku guna dia sebulan sekali ja, sebabnya aku dok kat asrama. Ditambah pula, handphone adalah barang larangan untuk di bawa. Handphone tu bertahan sampai tahun 2006. Aku dengan berat hati terpaksa lepaskan dia kerana dia sudah terlalu tua dan sudah uzur. Itu pun selepas berapa puluh kali aku bagi jatuh, dan dah tak boleh nak ikat dengan getah dah.

Selepas handphone pertama aku tak boleh guna, aku tak guna apa-apa hanphone pun. Tapi kebetulan aku terjumpa handphone Nokia 3310 kat dalam kotak buku-buku kakak aku. Aku cuba on, tapi tak boleh. Akhirnya, aku terus campakkan handphone tu kat dinding. Hahahaha.. Menjadi wooo. Lepas tu, handphone tu boleh guna. Menurut kakak aku, handphone tu jatuh dalam baldi masa dia kat asrama. Dah memang tak boleh guna dah pun, tapi rezeki aku baling ke dinding, jadi aku dapat handphone tu. Handphone tu casing dia warna biru corak awan, kalau on bunyi lagu doremon. Lebih kurang macam warna yang kat bawah tu la. Tapi sekejap saja boleh guna, sebab skrin dia kadang-kadang hilang. Maklum la dia ada sejarah berendam dalam air satu ketika dulu.


Seterusnya, awal tahun 2006 aku dapat hadiah dari kakak sulung aku, handphone secondhand saja, Nokia 8310. Kecik saja handphone tu, ala-ala handphone jenis butterfly. Aku sebenarnya memang nak handphone yang kecik, sebab aku boleh bawa curi-curi pi asrama. Senang sikit nak sembunyi. Disebabkan aku ambik risiko bawak ke asrama, dia hampir-hampir nak kena rampas. Tapi, aku tak kantoi masa tu, jadi selamatlah dia dengan aku. Aku juga pernah tebuk buku tebal untuk simpan, tapi tu kat kelas, kalau kat asrama, aku pi simpan dalam poket baju kat ampaian. Gigih betul aku cari jalan untuk sembunyi benda terlarang kat asrama dulu.

Membazir gila buku yang aku tebuk tu..(T_T) insaf2!

Hayatnya dengan aku tak lama, ketika aku di tingkatan lima aku jarang bawak pi asrama, dia meragam sebab aku jarang guna dan tempat on/off dia rosak teruk. Jadi, selepas tu aku sudah tak punya handphone, lagipun aku dah nak SPM tahun tu, aku tak kisah sangat la. Bila balik aku pinjam handphone mak aku ja, on untuk semak mesej orang hantar.

Disember 2007, selepas aku habis SPM, mak aku belikan aku handphone. Hadiah buat aku yang tak pernah beli handphone. Itulah pertama kali aku beli handphone, dan SonyEricsson K800i menjadi pilihan aku. Alang-alang orang nak beli kat aku, aku pilih saja la. Aku pulak jenis tak pandai bab-bab handphone ni, kakak aku la yang cadangkan. Dia cadangkan SonyEricsson K800i dengan Nokia N70, jadi aku pilih SonyEricsson K800i sebab dalam keluarga aku semua guna Nokia.

Pada bulan Disember ni cukuplah umur dia 4 tahun dengan aku. Aku sayang sangat akan dia sebabnya dia hadiah dari mak aku. Tapi belum habis lagi kisah handphone aku, sejak 2004 aku hanya guna satu simkad, simkad yang kakak aku bagi dulu ni. Nombor tu maxis yang mempunyai banyak angka 8(nombor kesukaan aku)_012-5#88#8#. Tapi masa aku masuk matrik, UPAX diperkenalkan, percuma pulak tu. Aku apa lagi, terus ambik la. Nombor 013-3######. Mulanya aku tukar-tukar sim kat handphone sony, tapi lama-lama aku rasa kesian pulak kat handphone aku tu.
Jadi, tahun 2009 aku beli lagi satu handphone, Nokia 1200. Aku guna duit aku sendiri, RM95. Sudah jadi kebiasaan sekarang ni orang ada dua handphone kan, tapi bagi aku, handphone aku, aku hargai, aku tak akan sesekali buang dia selagi dia masih berguna untuk aku. Jangan risau dear, aku tak akan berubah hati selagi mana kamu dapat memberi khidmat buat aku.


Jadi, ini jawapan aku untuk segmen HANDPHONE PERTAMAKU di blog encik Fahmie Firas Revolusi Minda :
Tahun mula memiliki------>2004
Model--------> Nokia 8850

August 13, 2011

Ganjaran bulan Ramadhan

“Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” Hadith Riwayat Bukhari.

August 11, 2011

Sedangkan pantai berubah, inikan pula manusia!

Suasana tika itu sunyi sepi, semua penghuni asrama telah nyenyak tidur dan sudah lama dibuai mimpi. Namun tiba-tiba kedengaran satu suara merintis dan menangis tersedu-sedu. Di dalam kesamaran lampu koridor, kelihatan satu susuk tubuh yang berpakaian serba putih sedang sujud menghadap ke arah loker di salah satu dorm di aras dua itu.

Begitulah yang dilakukannya setiap malam, hanya mampu merintih sendirian kepada Yang Maha Esa. Setiap hari, selepas semua tidur dia bangun mengadu kepada kekasih hatinya. Hanya kepada kekasih hatinya itu dia mampu meluahkan semua isi hatinya. Gadis itu setiap hari terluka dek kerana sikap pelajar-pelajar lelaki yang suka mengejeknya setiap hari. Bukan sehari dua, tapi sudah 5 tahun dia menahan perasaan ini.

Memang, bila di lihat secara luaran, gadis itu nampak seperti kuat, tak gentar dek ejekkan dan seperti tak punya hati. Namun, sebenarnya, dia seorang yang sangat lemah. Dia berpura-pura dihadapan manusia lain mempamerkan yang dia sangat tabah, kuat dan bukan seorang yang mudah dibuli. Tapi, di saat manusia lain nyenyak tidur, akhirnya sifat lemahnya itu kelihatan jua dengan hadirnya titisan air mata yang jatuh di pipinya.

"Wey gemuk bau longkang!"

Kedengaran satu suara menyapa telinganya saat dia menjejakkan kaki masuk ke dalam kelasnya. Dia hanya diam, tetapi sahabat disisinya bersuara dan memarahi rakan sekelas mereka itu. Dia terus ke tempatnya yang terletak di kanan kelas. Di telinganya masih terdengar sisa-sisa ejekkan tadi. Cuma kali ini mereka hanya bercakap sesama mereka.

Setiap apa yang rakan sekelas dia lakukan mengundang rasa amarah sahabatnya. Namun, mereka hanya berdiam kerana mereka juga akan dikutuk teruk jika membela dia lebih-lebih. Pernah ada sahabatnya yang menangis kerana tidak tahan dengan ejekkan daripada mereka itu terhadapnya.

Apa yang dia mampu buat? Jika melawan, dia akan kena lagi teruk, jika berdiam, tetap kena juga. Kadang-kadang dia melawan, kadang-ladang dia berdiam diri. Ikut keadaan, dia juga seorang yang panas baran, jika dia rasa mau melenting, dia akan melawan, tapi berlawan mulut tak akan pernah selesai. Dan akhirnya dia juga yang akan kalah. Mana taknya, dia seorang, mereka ramai.

Pernah satu ketika, si gadis hendak keluar ke bandar, dan dia ke kelas dengan siap berpakaian untuk keluar pada hari itu. Seorang lelaki datang ke arahnya,

" Woi, tengok ni, Si Gemuk pakai make up!!"

Yang lain menyambut kata-kata tersebut dengan hilai tawa. Lalu datang pula seorang lelaki di hadapannya,

"Hang ni, kalau make up macam mana pun, tetap buruk tau dak, macam badak yang di make up! Huduh!"

Setakat mana sajalah yang dia dapat melawan kata-kata mereka. Akhirnya, dia hanya ke tempat duduknya dan berdiam diri. Dicapainya tisu dan dia menyapukan bibirnya yang dipakaikan lips balm sebelum keluar dari dorm tadi. Hari ini, hatinya terguris lagi. Esok apa lagilah yang akan dilemparan kepadanya.

Setiap kali keluarganya datang melawat, dia mengadu hal tersebut. Namun, keluarganya menasihati dirinya agar bersabar.

"Biaq la orang nak kata apa pun, belajaq rajin-rajin".

Sampai satu ketika, dia sudah malas untuk bercerita, memang andai diceritakan kepada orang dewasa, mereka akan memandang hal tersebut remeh saja. Tapi bagi dia, dia sudah letih, jiwa bagai nak gila, hati pula sudah hancur luluh. Siapa yang mahu diri dipanggil, dikata, dikutuk dengan perkataan-perkataan yang tidak disukai? Siapa? Ada ka?

Macam-macam akal mereka untuk kenakan dia. Pernah suatu hari ketika cuti ada yang menghantar mesej. Orang itu menyamar diri mengatakan dirinya sahabat perempuan kelasnya. Dia percaya, kerana sahabatnya itu baik, orang itu ada agenda tertentu. Disuruhnya dia menyenaraikan lelaki batchnya yang paling kacak. Mulanya dirinya terasa pelik, tapi dia menyenaraikan juga dengan disertai satu ayat, "kacak tak semestinya baik".

Seminggu selepas cuti, heboh yang ada orang menyamar dan mengganggu pelajar perempuan yang lain. Baru dia teringat hal tersebut lalu dia bergegas ke bilik sahabat perempuan kelasnya itu.

"Hang tukaq no baru ka?"

"Dak ah".

"Cuti ari tu ada no mesej kata hang".

"Yaka? Dak ah, tak guna pun telepon masa cuti hari tu".

Zaman dia ketika itu, telefon bimbit jarang digunakan, jadi tak hairanlah jika ada diantara mereka hanya berhubung di sekolah saja.

Malam itu, ketika dia ke kelas, dia di kutuk teruk. Heboh satu batch mengatakan dia minat kat orang yang disenaraikan pada cuti yang lalu. Betul kata orang, khabar angin kadang-kadang ditokok tambah. Hal itu mengambil masa sebulan untuk reda. Dan dalam tempoh masa sebulan itu, dirinya akan di panggil top 10 setiap kali ada yang berselisih dengannya.

Saat itu hatinya sudah beku, telinganya telah tuli, mulutnya telah bisu, untuk mendengar mahupun untuk membalas, sudah dia tak mampu. Dia hanya menahan saja perasaan. Biarlah apa pun yang mereka nak kata, biarlah apa pun yang mereka nak buat, dia sudah lali.

Satu kes lagi, seorang lelaki, juga yang mengatakan dirinya badak huduh yang bermake up satu ketika dulu menghantar mesej kepadanya pada cuti di bulan Ramadhan. Macam-macam lelaki itu kata.

"Gemuk, gemuk, gemuk, gemuk, gemuk",

"Kalau aku gemuk pun, ada aku kacau hang. Ada aku ambik lemak hang 10 kilo ka, 20 kilo ka, 30 kilo ka, tak dak kan?"

Begitulah yang dia mampu balas. Memang, dia juga ada keluarkan kata-kata kesat. Kerana dia memang bukan seorang gadis yang cantik, gadis yang hodoh sepertinya tidak akan dipandang walaupun lemah lembut macam mana sekali pun. Jadi biarlah mereka pandang dia sebagai perangai buruk. Seperti mereka juga kan!

Masa berlalu, dia semakin dewasa, kini dia sudah melangkah ke alam yang baru. Di tempat baru, selalunya apabila ingin memperkenalkan diri, dia dikehendaki memberitahu nama sekolah lamanya. Berat mulutnya untuk melafaskan nama sekolahnya dahulu. Dia lihat rakan-rakan yang lain ceria dan gembira memberitahu nama sekolah lama mereka. Tapi dia, sisa luka masih dalam tersemat di hatinya.

Saat itu, dia berjanji, dia akan membenci manusia yang bernama "LELAKI". Jadi, dia akan berperwatakkan tidak mesra dengan mana-mana lelaki di dalam kelasnya. Ada yang mengadu sikapnya terlalu dingin, ada pula yang berkata dia terlalu garang. Dia berkelakuan sebegitu kerana perasaan takut menyelubungi diri. Lelakilah yang membuatkan dia menderita dulu, lelaki jugalah yang membuatkan zaman persekolahannya seperti neraka.

Setahun berlalu, maka tamat sudah sesi itu, dan dia akan meneruskan langkahnya ke alam seterusnya. Namun, sesuatu telah berlaku, dia gagal dan dia perlu mengulang semula. Saat itu kecewa menyelubungi dirinya. Dia menangis hiba, ujian apakah ini yang harus ditembuhinya setelah lautan duri telah ditempuhnya.

Rupa-rupanya, kegagalan memberi hikmah buat dirinya. Saat itu, perasaan benci kepada lelaki cair bak ais di bawah matahari. Sepanjang setahun dia mengulang, dirinya terisi. Tak guna membenci yang lain hanya kerana orang lain, itulah perkara baru yang dia sedar. Tempoh masa satu tahun tersebut mengubah dirinya, dia sudah makin kuat, makin punya ramai teman, sahabat dan kehidupan yang sangat bahagia.

Dan akhirnya, dia menjejakkan kaki ke mahligai gading setelah menyusuri lembah berliku dan hutan belantara. Di sana, dia punyai teman yang sangat ramai dan di sana jugalah titik perubahan buat dirinya untuk peringkat seterusnya. Indahnya jika ada seorang sahabat yang setiap kata-katanya membuatkan diri sentiasa ingat akan ALLAH. Indah juga jika punya sahabat yang sentiasa mengajak ke arah kebaikkan. Dan amat indah jika berada dalam persekitaran yang penuh dengan orang-orang yang soleh.

Benar, kata-kata "sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula manusia" itu. Dia amat setuju, namun dia sendiri yang leka berubah langsung tidak kisahkan hal yang lain. Di hatinya, dendam dulu tetap ada, luka dulu tetap ada, benci dulu tetap ada. Kadang-kadang dia rasa sakit, yalah, saat terkenangkan kenangan lama, walaupun ada yang indah, tapi yang buruk akan tetap mengatasi yang indah.

Saat dia tersedar, dia rasakan dirinya masih sakit dengan kenangan lalu. Walaupun perkara tersebut sudah dilupakan oleh mereka-mereka itu. Tapi mengapa dia masih rasakan kesakitan itu? Akhirnya muncul satu jawapan, kesakitan itu masih ada dengan adanya rasa benci, rasa dendam dan juga kerana dia tak pernah memaafkan mereka semua di atas apa yang mereka lakukan pada dirinya. Ya!!!! 4 tahun dia simpan beban itu. Apa puncanya? Marah? Dendam?

Musuh-musuhnya dulu juga layak berubah, mereka juga manusia. Mereka juga hamba ALLAH. Andai dirinya diberi cahaya oleh ALLAH, inikan pula mereka. Saat itu, berguguran air matanya. Sedangkan ALLAH ampunkan hambaNYA, inikan pula dirinya. Layakkah dia untuk tidak memaafkan mereka semua, sedangkan dia hanya hamba yang hina. Lalu ditadahkan tangan, mengucap kesyukuran di atas pengajaran yang ALLAH berikan pada dirinya. Memaafkan itu lebih berharga daripada mendendami.

Dan kini, dengan rahmat ALLAH, dia rasa cukup tenang. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wallahulam


~Berikanlah kemaafan, kerana ianya cukup berharga.
~Baik dibalas baik, kejahatan juga dibalas dengan kebaikkan.
~Buat baik kerana ALLAH tanpa mengharapkan balasan kecuali keredhaan ALLAH.
~Berikan kasih sayang kepada yang melakukan kejahatan.
~Kejahatan boleh menjadi saluran mendekatkan diri kepada ALLAH apabila dibalas dengan kebaikkan.
p/s; kalau tak silap ayat-ayat di atas ni dari buku "Satu Rasa Dua Hati, Pahrol Mohd Juol, Geleri Ilmu"..... Kalau tak silap la, sebab baca kat perpustakaan.p/s; buli mental bahaya, boleh buat mangsa ambil tindakkan bunuh diri!!!
p/s; entri KeretaMayat kali ni sangat best!! "Kenapa hati gelisah?"

"Bagi aku, apa yang aku faham, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri engkau, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka masa tu hidayat ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat kau jadi gelisah.., aku selalu gak baca cerita kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, Nabi kitapun bila nak dapat wahyu, badan berpeluh, hati jadi takut, lalu isterinya meyelimutnya…,"

;. antara ayat dari entri tu yang sangat menyentuh Qalbu.

August 9, 2011

Resepi Coleslaw Simple



Bahan-bahan:
  • 1/2 Kobis
  • 1 biji Lobak Merah
  • 2 paket Mayonis Lady's Choice
  • Yogurt asli

Cara-cara:

  1. Bersihkan kobis dan lobak merah, kemudian cincang kecil-kecil.
  2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas dan biarkan di dalam peti sejuk.
  3. Selepas kobis dan lobak merah sejuk, masukkan mayonis dan yogurt kemudian gaul hingga sebati. Gaul pakai tangan pun tak pa! Tapi pastikan pakai sarung tangan plastik yang dikhaskan untuk menggaul.
  4. Kemudian, simpan ke dalam peti sejuk.
  5. Biarkan coleslaw tersebut sekurang-kurangnya setengah jam. Lagi lama lagi umphhh.
Tip-tip tambahan:
  • Aku guna sikit ja bahan-bahan sebabnya aku suka yang ringkas, kalau nak lagi sedap ce cuba tengok resepi encik ni-->cara membuat coleslaw yang sedap.
  • Yogurt asli kalau susah nak dapat, gantikan dengan susu tepung pun boleh.
  • Resepi ini sesuai buat penggemar sayur-sayuran dan untuk mereka yang nak menjimatkan masa.

August 7, 2011

Menagih cintaNya.


Alhamdulillah, sudah seminggu Ramadhan telah kita lalui. Bersyukurlah kita diberi peluang tahun ini untuk merasai sekali lagi keberkatan bulan yang indah ini. Imbas kembali, Ramadhan-ramadhan sebelum ini, lalu kita cuba perbaiki dan cuba didik diri agar ke arah yang lebih baik. Jadikan bulan ini sebagai batu loncatan untuk kita berubah dan selepas bulan ini juga kita akan tetap istiqamah dalam melakukan amalan-amalan yang berjaya kita biasakan sepanjang bulan ini. Bak kata seorang sahabat aku,
"biasakan yang betul,betulkan yang biasa".
Jom sama-sama kita imarahkan Ramadhan yang masih berbaki ini.

August 6, 2011

Tabiat Bantal Busuk

Tiba-tiba hari ini aku terasa rindu akan Bobo. Dia aku tinggalkan sejak 3bulan yang lalu di bilik stor blok asrama aku. Rindu yang membuak-buak ini membuatkan aku nak bercerita serba sedikit tentang sejarah Bobo bersama aku dan kisah tabiat aku ketika di alam kanak-kanak yang memberi kesan di alam remaja dan alam dewasa aku.

Ketika aku masih kanak-kanak, aku selalu sunyi. Mana taknya, aku anak bongsu dalam keluarga (tapi hanya 11 tahun aku jadi anak bongsu, sebab lepas 11 tahun aku dapat adik). Beza umur aku dengan 2 orang kakak aku terlalu jauh. Jadi, selalunya ketika itu kedua-dua orang kakak aku suka bermain berdua sahaja, dan aku ditinggalkan. Sepatutnya, aku ada seorang lagi kakak, beza umurnya hanya 2 tahun dari aku, namun dia meninggal setahun sebelum aku dilahirkan. Kalau dia masih ada, mesti aku rapat dengan dia. Tapi Allah lebih sayang akan dia.

Disebabkan aku selalu dibiarkan bermain sendirian, aku dari kecil sudah pandai berimaginasi. Aku selalu mengambil sesuatu barang dan akan bercakap seperti aku ada seorang kawan yang lain. Aku selalu bayangkan ada seorang kawan yang bermain dengan aku. Selain itu, sejak usia aku 8 tahun, aku sudah tidur seorang diri kerana kedua-dua orang kakak aku tinggal di asrama. Jadi, aku selalu takut tidur sendirian. Selalu juga aku berimaginasi tentang hantu yang sedang memerhatikan aku tidur serta aku akan bayangkan rupa hantu tersebut.

Kadang-kadang, jika di hati aku terlintas nama sesuatu hantu, maka dengan secara terus otak aku terus memproses gambaran hantu itu. Dan gambaran itu akan terus menari-nari di mata aku. Ianya mengakibatkan aku berlari ke bilik mak untuk tidur di sana. Namun, mak tak pernah benarkan aku tidur bersamanya. Jadi, aku lebih sanggup tidur di hadapan pintu bilik mak, dari kembali tidur semula di bilik aku. Benda ini berlarutan setiap malam. Kesan dari perkara ini, aku dijangkiti satu penyakit, iaitu somnambulism atau dalam kata lain, sleepwalking. Setiap malam ada saja aksi aku berjalan dalam tidur, bila dipanggil nama aku, aku sedar dan aku akan ke bilik untuk sambung tidur semula.

Hal tersebut berlarutan dan menjadi teruk selepas abah aku meninggal dunia. Ketika itu abah ialah orang yang paling aku sayang. Mungkin aku tak dapat terima kehilangan orang yang aku sayang, jadi setiap malam aku aku berjalan ke pintu untuk mencari abah, mujurlah ketika itu aku agak rendah lagi dan disebabkan aku tak cukup tinggi, aku tak dapat membuka kunci pintu rumah. Setiap malam, apabila mak sedarkan aku, aku sudah berada di hadapan pintu rumah dalam keadaan aku yang tengah cuba untuk membuka kunci pintu rumah.

Mak makin runsing dengan perlakuan aku itu, bermacam-macam yang mak lakukan agar aku tak bangun berjalan ketika tidur. Dan akhirnya, mak telah membuat satu bantal kekabu yang aku paling suka sebagai peneman tidur aku. Jadi, setiap malam dengan adanya bantal tersebut aku sudah jarang-jarang berjalan dalam tidur. Hanya kadang-kadang, saat aku letih atau aku mimpi saja, aku akan berjalan dalam tidur.

Seterusnya aku ceritakan tentang kisah bantal aku itu. Bantal itu merupakan kawan aku yang paling rapat. Aku sayang dia, dan aku tau dia juga sayang aku. Kami selalu main, makan, mandi dan tidur bersama-sama. Setiap malam, dengan adanya dia, aku rasa cukup selamat untuk tidur, dan tiada lagi bayangan-bayangan hantu yang mengganggu aku. Namun, aku dan bantal tersebut dipisahkan setahun kemudian.

"Budak pandai macam Nazirah tak boleh main dengan bantal busuk", kata mak.

Akibat terlalu rindukan bantal itu, aku mula jadikan selimut aku sebagai kawan baru. Aku suka sangat berkawan dengan selimut aku tu. Lagipun, bau selimut tu sedap ja, macam bau aku pun ada juga, sebab tu aku mula berkawan dengan dia. Aku rahsiakan hal itu dari mak sebab aku takut mak akan pisahkan aku dengan dia sama macam mak buat kat aku dengan si bantal dulu.

Akhirnya, mak dapat tau jugak hal itu, tapi itupun selepas beberapa tahun. Lama kan aku dapat simpan hal persahabatan aku dengan si selimut tu. Mak dapat tau hal itu bila aku cuba untuk bawa selimut tersebut ke asrama. Ketika itu aku ditawarkan masuk ke sekolah berasrama penuh, jadi aku menangis teruk apabila mak tak benarkan aku bawa selimut tersebut bersama-sama. Mak belikan aku selimut baru, dan mak bagi alasan selimut tersebut sudah buruk. Mak juga telah mengoyak selimut tersebut agar aku tak menggunakannya lagi. Aku sangat sedih melihat kawan aku dibunuh oleh mak ketika itu.

Akibat kekecewa kali yang kedua, aku sudah tidak punya teman imaginasi lagi. Ditambah dengan usia aku 13 tahun, dan bukan lagi anak bongsu membuatkan aku lupa dengan kawan-kawan imaginasi aku itu. Namun, ketika di asrama aku alami semula ketakutan pada setiap malam seperti dulu. Bayangan-bayangan ngeri sentiasa menjelma. Dan ketika itu, aku sendiri melawan perasaan tersebut tanpa bantuan mana-mana rakan imaginasi aku sebagai peneman untuk tidur. Aku cuba lawan perasaan takut dan cuba katakan yang aku berani tidur, sebabnya satu bilik kan ada sepuluh orang, jadi kuranglah sikit rasa takut itu. Selain itu, cara lain adalah dengan tidur paling awal dari rakan-rakan dalam bilik yang lain.

Di usia aku 14 tahun, aku sudah mula berani dan semua alam imaginasi sudah aku lupakan. Ditambah pula dengan hadirnya insan-insan yang bernama sahabat dalam hidup aku. Tapi sangkaan aku bahawa tabiat buruk aku bersama bantal busuk mahupun selimut busuk hanya setakat itu meleset. Ketika aku berumur 18 tahun, aku mendapat tawaran matrikulasi di Negeri Sembilan. Jauhnya matrik tersebut dari rumah aku, sedangkan aku tak pernah berjauhan dari keluarga.

Dan disitu bermula perkenalan aku dengan Bobo, si bantal peluk bercorak lembu. Dia menjadi kawan baru aku, tapi bukan lagi kawan dalam dunia fantasi, dia cuma menjadi teman aku ketika aku sedih, rindu, takut, marah, kecewa dan mengantuk. Dialah yang menjadi teman aku sejak di Matrikulasi Negeri Sembilan, Matrikulasi Kedah dan kini di Universiti Sultan Zainal Abidin. Walaupun aku sudah ada peneman tidur yang baru, Aki si teddy bear biru, namun setiap malam Bobo jugalah yang aku peluk dan Aki akan aku buang ke bawah katil.

Aku dapat lihat perkara yang lebih kurang sama telah berlaku kepada adik bongsu aku kini. Nak buat macam mana, aku beza umur 11 tahun dengan dia, aku di universiti, mana boleh selalu dengan dia. Tapi alhamdulillah dengan kehadiran anak saudara aku dan juga beberapa ekor kucing peliharaan keluarga aku, dia kini sudah tidak sunyi lagi. Jadi, sebagai pesanan aku buat semua, sila jangan abaikan mana-mana anak, adik ataupun sesiapa pun kanak-kanak yang menggunakan status anak bongsu dan kanak-kanak yang kehilangan orang yang mereka sayangi sejak kecil lagi. Mereka ini amat dahagakan kasih sayang dan perhatian.

Tabiat Bantal Busuk

p/s; kat rumah aku jumpa bantal kekabu baru yang lembut dan comel, aku namakan dia Bibu.

August 2, 2011

# 3 Aku kahwin.

# 1 Aku kahwin.
# 2 Aku kahwin.

Semalam aku bergaduh teruk dengan mak. Hal itu bermula apabila aku mintak tangguh tarikh perkahwinan aku yang akan berlangsung pada hari Raya keempat nanti. Sudah puas aku berfikir, aku rasa aku masih tak mampu untuk berkahwin, dan aku masih perlu belajar banyak benda lagi. Aku mintak tangguh majlis ke cuti semester hadapan, Julai 2012. Namun, mak langsung tak mau dengar penjelasan dari aku. Mak tak dapat terima semua yang aku cakapkan ketika itu.

Dan alasan utama mengapa aku mengambil keputusan tersebut ialah kerana aku rasa aku tak bersedia untuk menghadapi alam baru itu. Ditambah pula satu perasaan yang kurang enak, iaitu aku rasa diri aku sudah tidak bebas. Buktinya, minggu lepas, ketika aku nak keluar jumpa kawan aku yang dah lama aku tak jumpa, sebabnya dia jarang bercuti, tapi di saat akhir aku terpaksa membatalkan janji tersebut. Mak tak benarkan aku keluar. Hari berikutnya, aku merangka untuk menghadiri satu program, namun ianya tidak berjalan seperti yang aku rancang kerana aku terpaksa mengikuti mak ke rumah kawannya.

Aku seperti anak kecil yang diikat tali di kaki untuk tidak ke mana-mana, hanya duduk diam-diam di rumah. Sebelum ini boleh pulak aku keluar jumpa kawan-kawan aku. Tapi lain pulak jadinya selepas aku menjadi tunangan orang. Aku sudah rasa tidak selamat dengan status aku sekarang sebagai tunangan orang. Mak terlalu mengongkong aku, takut-takut sesuatu yang tak elok berlaku, mungkin. Jadi, setiap kali mak keluar, mak akan pastikan aku ikut bersamanya.

Pergaduhan semalam membuatkan mak mengamuk teruk kerana perangai aku yang biadap melawan cakapnya. Aku dituduh anak tak kenang di untung. Aku hanya terdiam tanpa berkata-kata. Andai aku menjawab, nanti di kata aku kurang ajar kerana berani melawan cakapnya. Akhirnya aku berlalu masuk ke bilik dan menguncikan diri di dalamnya. Aku menangis semahu-mahunya.

"Apa ni, aku tak mau macam ni. Ya Allah, tolonglah hambamu ini", rintih hati aku.

Aku tak mau jadi anak derhaka, ditambah pulak lagi beberapa hari nak masuk bulan Ramadhan. Takkanlah aku nak bermasam muka dengan mak sepanjang hari. Ya ALLAH, berdosanya aku! Macam mana ni, aku buntu memikirkan hal tersebut. Sedang aku melayan perasaan sendiri, kedengaran nada mesej dari telefon nokia aku menandakan ada mesej baru masuk. Aku yang tengah bermalasan di atas katil bangun untuk mencapai telefon aku yang terletak di atas meja,


Salam. che nad,
apa khabar?
tahun ni xleh la
kita nak puasa
sama2 kn!!
(T_T)

Sender:
J12_Farhah
+60139288785

Message centre:
+60193900000

Sent:
29-July-2011
22:17:39

Saat aku baca mesej dari bekas roomate aku itu, aku jadi makin sebak. Dulu, dia tempat aku bercerita, dialah tempat aku bertanya pendapat dan berkongsi rahsia. Kini tengah aku dalam keadaan sedih, dia muncul. Tanpa membuang masa aku pantas menekan namanya untuk membuat panggilan kepadanya. Aku ingin luahkan segalanya pada dia, kerana aku sudah tidak dapat menanggung benda ini seorang diri lagi.

Aku menangis sambil bercerita segalanya pada dia. Dia turut bersimpati dengan apa yang berlaku. Aku luahkan yang aku takut sebenarnya, aku takut untuk menghadapi hari esok. Aku takut mak aku akan tingkatkan lagi sekatan kebebasan aku. Aku takut lepas ni aku tak dibenarkan sambung belajar, mana tau kan, kot-kot la. Semuanya aku luahkan kepada dia. Dan akhirnya, aku setuju dengan satu cadangannya dan aku nekad untuk melakukannya. Esok aku akan lakukan rancangan tersebut dengan rapi agar aku tak gagal. Aku tertidur selepas berbual panjang dengannya.

------------------------------------------------------------------------------------------------
30 Julai 2011

Keesokkannya............

"Mak, tak lama lagi dah nak kena balik U, tiket bas tak beli lagi ni. Kalau lambat takut habis pulak, musim raya kan", lontar aku ketika menolong mak di dapur tengahhari itu.

"Tak pa la, tak payah la hang balik dengan bas kali ni, suruh laki hang pi hantaq, kan hang dah kawin dengan dia masa tu", jawab mak.

"Tapi mak, cheq rasa tak mau nak susahkan dia la. Tak pala, kali ni cheq pi sendiri pun tak pa. Lain kali baru suruh dia pi hantaq, lagipun tadi Amal telefon, dia ajak keluaq esok, nak beli tiket. Kesian kat dia, tak kan dia nak balik sorang-sorang", jawab aku dengan berhati-hati agar hati mak jatuh simpati dengan aku.

"Tapi esok ada kenduri rumah Pah Rasyid, mak tak boleh pi", balas mak.

"Tak pa, cheq suruh abang Faizal pi hantaq kat kepala jalan, pi naik bas pun tak pa", dan saat itu hati aku mula berbunga-bunga.

"Ok, pi la. Balik awai tau! Jangan dok jalan merata-rata pulak", jawab mak lambat-lambat.

"Yes!!!! Akhirnya.........", monolog aku di dalam hati dan seulas senyuman terukir dibibir aku.


Malam itu, aku mulakan operasi seterusnya. Dalam gelap, aku memasukkan barang-barang penting ke dalam beg pakaian yang sederhana besar milik aku. Aku terpaksa minimumkan pakaian yang penting sahaja dan sedikit barang keperluan lain. Aku sudah nekad untuk melarikan diri ke Terengganu, dan balik ke universiti walaupun cuti masih berbaki. Aku nekad dengan keputusan itu. Dan Farhah juga sudah sedia untuk tunggu aku di sana dan akan menolong aku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

31 Julai 2011

Pagi itu, aku sudah bersiap sedia, aku beritahu abang ipar aku yang aku akan berjalan kaki ke kepala jalan untuk menaiki bas di sana. Aku tak mau dia tahu yang aku bawa beg pakaian bersama, jadi anak saudara aku yang mengantuk aku jadikan alasan supaya abang ipar aku pergi tidurkan anaknya itu dan aku bolehlah berjalan kaki ke sana sendiri. Dia akhirnya akur dengan apa yang aku minta dek kerana anak saudara aku sudah mula merenyek kerana terlalu mengantuk. Halangan kedua sudah aku lepasi.

Selepas dia masuk ke biliknya untuk menidurkan anaknya, aku pantas mencapai beg yang aku sembunyi di dalam bilik lalu bergegas keluar dari rumah. Satu beg pakaian penuh dengan baju aku bawa dengan sebelah tangan manakala sebuah beg galas yang berisi laptop dan barang-barang lain turut sempat aku bawa bersama. Aku mula berjalan dengan kadar yang sangat laju agar cepat sampai ke kepala jalan, destinasi utama aku ketika itu.

10 minit berjalan, akhirnya aku tiba di kepala jalan dan bas juga sampai seketika kemudian. Aku menarik nafas lega apabila sudah berada di dalam bas itu. Seterusnya, aku akan ke Kangar. Aku akan ke stesen bas untuk membeli tiket ke Terengganu, yang pastinya malam ini juga. Aku berdoa moga-moga tiket bas untuk malam ini ada.

Sejam kemudian aku tiba di Kangar, aku ke bank untuk mengeluarkan sedikit wang simpanan untuk perjalanan aku ini serta untuk perbelanjaan nanti. Selepas itu aku ke kaunter tiket bas SP Bumi, satu-satunya syarikat bas yang terbesar untuk perjalanan ke arah pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Syukur alhamdulillah, rezeki aku, hanya tinggal dua tiket yang terakhir. Bas akan bergerak pada pukul 8 malam nanti. Jadi sementara menunggu 8 jam lagi, aku menghayunkan langkah ke KFC, boleh aku lepak-lepak sambil online disitu. Kedua-dua telefon aku matikan sebagai langkah berjaga-jaga. Aku tau, kakak-kakak aku mungkin akan membuat friend finder nanti, jadi aku terlebih dulu mematahkan cubaan mereka.

Selepas solat magrib di surau stesen bas, aku meninjau kalau-kalau bas aku sudah tiba, dan tepat pada masanya apabila aku lihat sebuah bas SP Bumi menuju masuk ke dalam stesen tersebut. Aku berjalan menuju ke arah bas itu, lalu naik ke dalamnya. Dan saat itu aku rasa cukup lega kerana halangan terakhir sudah berjaya aku lepasi. Aku menyandarkan badan di kerusi bas tersebut. Aku lepaskan lelah aku sepanjang hari ini.

Ketika bas mula bergerak, aku meninjau suasana di luar tingkap, kot-kot ada yang datang mencari aku. Namun, tak ada satu kelibat pun yang aku kenal. Aku melarikan diri disaat umat Islam sedang berpusu-pusu ke masjid bagi menunaikan solat tarawih pada malam yang pertama. Sayu aku rasa tika melihat pak cik dan mak cik beriringan menaiki motosikal ke masjid. Tapi, inilah keputusan yang telah aku ambil, aku sudah tak boleh menoleh ke belakang lagi. Bermula sudah pengembaraan hidup aku sebagai seorang pelarian, seorang pengembara tanpa kompas. Adakah aku akan sesat dengan ketiadaan kompas bersama?


p/s: rekaan semata-mata!!!!